Friday, 30 December 2022

MELAKAR MEMORI KEHIDUPAN 2018

INI BUKAN CERITA NOVEL TETAPI HANYALAH CATATAN-CATATAN SAYA UNTUK SIMPANAN MEMORI KEHIDUPAN.


07.01.2018(Ahad)

Wah...dah Tahun Baru ni.....yeah.....walaupun ada azam tak tercapai tapi syukurlah nak masih diberikan peluang untuk terus hidup di bumi Allah....misi membalut koleksi novel telahpun selesai sebelum 2017 melabuhkan tirai ha ha.....satu kejayaan besar tu sebab bukan senang nak membalut novel berjumlah 100 lebih dalam tempoh 2 hari ha ah...apa-apapun moga tahun ini lebih bermakna untuk diri, keluarga dan kerjaya.

Sebenarnya....mood membaca dah mula muncul....hati dah macam digaru-garu ni saat melihat koleksi novel yang belum dibaca sedang cantik tersusun dalam rak....ada lebih kurang 30 buah semuanya...aduhai sabarlah jiwa sebab kena siapkan kerja dahulu...nak ready bahan mengajar agar hobi tidak menganggu periuk nasi saya hu hu......

Blog juga sudah lama tidak diupdate hu hu.....bukannya tidak ada bahan tetapi tiada masa dek kesibukan menyediakan tugasan untuk murid....sabarlah ya jiwaku.....walaupun dah merintih2 nak buat review he he

09.01.2018 (Selasa)

Yahuu...akhirnya berjaya menulis review pertama di tahun 2018...dan novel bertuah itu bertajuk Isteri Tuan Ihsan.....terubat sikit gian nak menulis review...nak menulis novel tak pandai dan tak ada bakat tapi nak juga buat review untuk kepuasan sendiri selepas membaca sesebuah novel. Moga-moga kerja-kerja sekolah dapat saya siapkan. Mood membaca dah ada sebenarnya....membuak-buak he he...kira stok tadi adalah dalam 31 buah novel yang sedang menanti untuk dibaca....hu hu tapi kekangan tugas menyebabkan kita tangguhkan dulu ya.....bersabarlah wahai jiwaku he he

13.01.2018 (Sabtu)

Novel pertama yang saya baca tahun ini bertajuk Mr Hot Daddy......he he....nipis saja bukunya...saja cari yang nipis sebab tujuan bukan untuk fokus pada bacaan tapi nak hilangkan gian membaca he he...tapi bila dah mula membaca tu mana boleh berhentikan....lps siap Mr Hot Daddy...saya bercadang nak berehat dulu sebab ada kerja lain...mana boleh tahan....tangan pula mengambil buku Semanis Kaseh dan akhirnya berjaya dikhatam buku tu semalam he he....reviewnya ada dalam blog ini

16.01.2018(Selasa)

Masih belum mampu untuk meneruskan pembacaan walaupun ada mood nak membaca. Bebanan kerja yang menuntut keutamaan menyebabkan hobi ini diketepikan buat masa ini. Tambahan pula, saya tidak tahu nak mulakan pembacaan. Terlalu banyak pilihan ha ha...tu lah tamak sangat ni lah jadinya....tu pun tak henti-henti buat order....laratkah dibaca tu nanti...dalam keadaan emosi tidak menentu adalah lebih baik biarkan dulu....nak membaca ni kena ada feel....rileks....santai...barulah meresap di jiwa.....baru dapat menghayati...kalau saja-saja baca...tak syok lah.....nak buat reviewpun tak done lagi....buku banyak dah tu...dah mula lupapun jalan ceritanya.....makanya terpaksalah dilupakan niat review semua buku hu hu......tak per...kena buat juga...tak kiralah smpi bilapun....semangat kena ada....chaiyo chaiyo

02.02.2018(Jumaat)

Wah dah lama tak menulis dan meluah di sini......hari ni dah cuba untuk mulakan pembacaan dengan menarik novel Tuan I Love You.....tapi malangnya tak dapat dihabiskan sebab gangguan 25 muka surat hilang dalam novel tu...hu hu...terus mood jatuh ke laut....dah tak ada mood untuk teruskan pembacaan....last-last letak balik buku dalam rak....dan menunggulah sehingga mood membaca itu datang...mood ada tapi takut terlalai sebab banyak kerja dan juga fokus pada sesuatu yang sangat saya takuti masa ini.....

03.02.2018(Sabtu)

Nak lepaskan gian membaca yang terhenti hampir dua bulan....hari ini dalam sejarah ha ha....TIGA  buah novel saya habiskan dalam sehari ha ha.....tu betul-betul marathon punya pembacaan. Selepas novel ketiga rasa nak tarik lagi tapi terpaksalah kawal diri sebab banyak betul lagi kekangan tugas yang menunggu hu hu....novel-novel tu saya dah buat reviewnya dalam blog ini.

10.02.2018(Sabtu)

Dah seminggu saya tidak meluahkan rasa he he....dah mula sibuk dengan pembacaan novel-novel yang stoknya bukan main banyak tetapi tidak boleh sekaligus. apabila saya baca semula review novel-npvel yang telah saya baca.....saya mengharapkan pembaca yang membacanya boleh memahami apa yang saya tulis sebab adakalanya bahasa-bahasa yang saya guna tu mungkin tidak difahami. Tujuan saya membuat blog ini cuma ingin menjadikannya seperti sebuah diari online saya tentang semua novel yang telah saya baca di samping berkongsi dengan pembaca-pembaca yang sudi singgah di blog saya apabila mereka inginkan review...

#Catatan untuk 2018 berakhir di sini he he...hanya mampu bertahan dalam tempoh dua bulan..tidak apa untuk tahun 2019 saya cuba lagi ha ha

NOVEL TI AMO SWEETHEART 100 HARI


Image result for ti amo sweetheart 100 hari

Ini merupakan novel kelima karya Suri Ryana yang telah saya baca.....penulis ini memang seorang yang berbakat besar dan mempunyai gaya penulisan yang tersendiri....jika nak membaca novel yang sweet-sweet.....carilah karya penulis ini he he...tpi saya tidaklah mengatakan hasil karya beliau hanya berkaitan dengan yang sweet sahaja tau....beliau mungkin ada sahaja banyak lagi novel lain yang memaparkan plot dan tema cerita yang lain....tapi yang saya baca hanyalah yang genre sweet2 ni sebab memangpun tujuan nak cari hiburan yang sweet jugakan he he.....

Mula-mula saya terlihat tajuk novel ini....jujur saya tidaklah terlalu teruja sebab saya masih lagi terbayang-bayangkan cerita yang 7 Hari Mencintaimu yang begitu popular sebelum ini...jadi saya mempunyai andaian asal ada 'hari-hari'  ni memang cerita macam tu lah.....jadi saya tangguhkan niat untuk membuat pembelian secara online......namun ntah mcmana saya terbaca review tentang novel ni....macam bestlah pula he he.......dan setelah membaca novel ini....dapatan saya ialah :-

1. KEPERCAYAAN KUNCI KEPADA SEBUAH PERHUBUNGAN

- Jika kita inginkan sebuah perhubungan yang berkekalan maka tanamlah nilai kepercayaan kepada pasangan kita. Adakalanya perasaan cemburu yang menguasai diri akan menyebabkan kita mudah hilang pertimbangan dan sukar untuk berfikir secara rasional. Diikuti pula dengan perasaan marah dan merasakan diri telah dikhianati memburukkan lagi keadaan. Oleh itu syaitan mudah masuk main peranan untuk membakar lagi bara kebencian agar perhubungan sah yang terjalin akan terlerai begitu sahaja. Kalau dah sayang, apa salahnya mendengar dan memberi peluang kepada orang yang kita sayang untuk memberikan penjelasan. Jangan main hentam keromo dan meletakkan ego masing-masing di tahap yang tertinggi. Jika ini berlaku maka bersedialah untuk menerima keretakan dalam perhubungan yang pasti menyakitkan. Begitulah juga permasalahan yang dihadapi oleh Isaac Iskandar dan Melissa dalam novel ini. Dek perasaan marah, cemburu dan terasa dikhianati maka perpisahan tanpa sebarang penjelasan telah diambil menyebabkan banyak pihak yang terasa disakiti terutamanya si kecil Dina.

2. JANGAN MENGANIAYAI DAN MENGAMBIL KESEMPATAN KE ATAS ORANG LAIN.

- Saya paling geram dengan orang yang memaksa orang lain untuk menyukai malah mencintainya. Malah sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang disukainya hidup bersamanya. Fikirlah secara logik, apa yang kita dapat dengan memaksa orang lain untuk hidup bersama kita sedangkan dia nak tengok muka kitapun langsung tak ada makna malah terpahat seribu kebencian. Janganlah berandaian bahawa orang lain akan mudah menerima setelah pelbagai kejahatan yang telah kita lakukan untuk memilikinya. Akurlah bahawa dia mungkin bukan yang terbaik untuk kita. Oleh itu, tidak perlulah menganiayai orang lain dengan mengambil kesempatan terhadap kebaikan ataupun kelemahan orang tersebut untuk kepentingan sendiri. Rania watak perempuan gedik yang hanya tahu mengambil kesempatan terhadap hubungan Melissa dan Iskandar dengan mempergunakan ibu dan adik Iskandar sendiri. Namun niat yang jahat ini tidak selamanya akan kekal. Pasti akan terbongkar satu hari nanti dengan cara yang lebih memalukan dan mengaibkan diri sendiri.

3. HARGAI MASA DEPAN ANAK-ANAK KECIL. SEKALI MEREKA TERLUKA MAKA IA AKAN MEMBENTUK SIKAP MEREKA PADA MASA HADAPAN.
- Kita sentiasa beranggapan bahawa anak-anak akan menerima sahaja apa yang ibu bapanya telah tetapkan. Namun kita lupa bahawa mereka juga mempunyai perasaan tersendiri. Mereka juga mempunyai suara hati mereka sendiri. Mereka juga berhak untuk mengecapi nikmat kebahagiaan hidup yang bukan sahaja seratus peratus ditentukan oleh ibu bapanya tetapi juga oleh jiwa mereka sendiri. Contohnya perceraian....ibu bapa berpendapat bahawa satu hari nanti anak-anak akan faham dengan situasi itu. Ya...memang betul mereka akan faham tetapi dalam proses mereka memahami situasi tersebut mereka telah melalui lorong kepahitan yang penuh dengan luka-luka kecil dan dalam dalam jiwa mereka. Dina yang kehilangan ibunya berasa terpencil dan rendah diri apabila rakan-rakannya hidup bahagia bersama keluarga masing-masing.

SINOPSIS

Kisah ini tentang Melissa yang telah digantung tanpa tali oleh suaminya Isaac Iskandar selama 2 tahun. Selama itulah Melissa merasakan hidupnya sangat menderita kerana dia ditinggalkan langsung tanpa sebarang penjelasan daripada suaminya. Malah dia lebih tertekan apabila ibu mertuanya sendiri yang membuangnya seperti sampah pada hari dia diusir daripada rumah mereka. Melissa tambah tertekan apabila dia sangat merindui anak susuannya iaitu Dina. Walaupun Dina bukan anak kandungnya tetapi Melissa sangat menyayanginya seperti anaknya sendiri kerana ibu kandung Dina iaitu Emilia yang merupakan isteri pertama Iskandar telah meninggal dunia sewaktu melahirkan Dina. Melissa telah menjadi ibu susuan Dina sebelum dia berkahwin dengan Iskandar.

Seorang lelaki yang tidak dikenal telah memberikan alamat Iskandar yang kini berada di Itali kepada Melissa. Melissa telah mengambil keputusan untuk menjejaki Iskandar untuk mendapatkan penjelasan dan kata putus suaminya tentang status hubungan mereka. Sepanjang berada di Itali, Melissa tinggal bersama sepupunya Zati yang sedang melanjutkan pelajaran di sana. Pertemuan Melissa dengan Iskandar secara tidak sengaja membuatkan Melissa merasakan dirinya belum bersedia berhadapan dengan suaminya apatah lagi sudah ada perempuan yang mendampingi Iskandar iaitu Rania.

Pertemuan semula Melissa dengan Dina telah meninggalkan kesan yang begitu dalam terhadap mereka berdua. Dina yang masih mengenali Melissa berulangkali membuat perangai semata-mata untuk bersama dengan mama yang dirinduinya. Melissa semakin bingung apabila Iskandar tidak mahu menceraikannya dengan alasan dia mahu Melissa terseksa dengan situasi mereka sebagai balasan terhadap perbuatan yang telah Melissa lakukan padanya. Melissa semakin buntu apatah lagi ibunya terus-terusan mendesaknya menuntut cerai secara fasakh dan menerima lamaran Hilman yang sudah lama menyimpan perasaan terhadapnya.

Melissa yang tidak berpuas hati dengan tindakan Iskandar yang tidak mahu menunjukkan bukti penipuan yang kononnya telah dilakukan oleh dirinya menyebabkan Melissa telah mengambil keputusan mencari bukti tersebut dengan menggeledah bilik suaminya. Dia begitu terkejut apabila menemui sepucuk surat yang ditandatanganinya menyatakan bahawa dia tidak mahu bersama dengan Iskandar kerana mahu bersama dengan lelaki lain. Turut ada bersama surat itu adalah gambarnya bersama Hilman yang sengaja diambil dari 'angel' yang salah semata-mata untuk menunjukkan dia ada hubungan sulit dengan lelaki itu. Melissa begitu terkejut kerana dia masih ingat sewaktu gambar itu diambil...ibunya ada bersama mereka.

Kebenaran terbongkar apabila Affendi akhirnya memberitahu kisah sebenar. Dialah yang telah menganiayai hubungan Iskandar dan Melissa dengan mengambil gambar Melissa dan Hilman dari sudut yang menimbulkan kecurigaan atas arahan Rania dan hasutan ibu saudara Rania yang juga merupakan Mak Lang kepada Melissa. Iskandar sangat menyesal dan cuba untuk berbaik dengan Melissa semula namun tidak semudah seperti yang diharapkan kerana Melissa rasa  begitu terluka dengan perbuatan Iskandar...jeng jeng jeng.....part ni memang sweet...pelbagai cara yang Iskandar buat untuk menawan semula hati isterinya he he....sehinggalah dia menawarkan 100 hari untuk Melissa tinggal bersama semata-mata demi Dina...dan dalam tempoh 100 hari inilah Melissa diberi peluang untuk membuat pilihan sama ada menerima Iskandar atau menolaknya....

Pengarang ini memang hebat kalau nak sweet2....he he....terutama sewaktu mereka berada di Venice.....waktu mlm ulang tahun perkahwinan...sehinggalah mereka akhirnya bersama semula....sama-sama memberikan peluang kedua kepada diri masing-masing....namun ceria tidak berpanjangan apabila Rania sekali lagi muncul membuat onar bersama dengan penyokong tegarnya iaitu ibu Iskandar dan adiknya sendiri. Mereka telah menjalankan operasi menipu Melissa dan Iskandar dengan mengatakan bahawa Datin Seri Ainon hanya boleh hidup selama 6 bulan sahaja kerana dia menghidap kanser. Luluh rasa hati saat-saat menghayati situasi tertekan yang dihadapi oleh Iskandar dan Melissa yang dipaksa untuk menerima kehadiran Rania dalam perhubungan mereka. Iskandar tidak mahu perempuan lain selain Melissa apatah lagi Rania yang terang-terangan punca kepada keretakan hubungan mereka sebelum ini. Melissa pula tidak mampu untuk menerima hakikat dalam usia muda dia akan hidup bermadu namun dia tidak ada pilihan selain daripada akur kepada permintaan ibu mertuanya. Sakit jiwa mereka berdua apabila mengetahui Iskandar ditunangkan dengan Rania yang gedik itu.

Namun tembelang Rania, Intan dan Datin Seri Ainon pecah sewaktu mereka datang untuk membawa Iskandar ke butik pengantin. Kebetulan pada waktu itu, ayah Iskandar ada di situ dan melihat secara tersembunyi penipuan yang dibuat oleh isterinya sendiri dengan meminum air sirap untuk menunjukkan dia sedang sakit. Kemarahannya memuncak....dia telah memasang strategi untuk mencari isteri muda sebagai pengajaran terhadap isterinya yang tidak habis-habis mengenakan Melissa. Waktu ni seronok beb...ha ha....waktu inilah baru dia ingat menantunya....minta Melissa supaya menghentikan tindakan ayah mertuanya untuk bekahwin lain (dia sendiri bermadu tak nak, tapi nak madukan orang lain dia gigih pula.....geram betul manusia mcm ni)..Intan pula telah dibekukan segala hartanya oleh ayahnya...oleh itu dia telah melanjutkan pelajaran.....Iskandar dan Melissa akhirnya boleh hidup dengan aman......happy ending

ooops....apa pula cerita dengan Hilman.....oh ya...Hilman ni pun tak habis-habis juga nak kacau Melissa...dia mengambil peluang untuk memujuk rayu Melisa semasa dia terjumpa Melissa dan Dina yang sedang bercuti di PD tanpa Iskandar kerana pada waktu itu...Melissa dalam keadaan yang tertekan dengan permintaan ibu mertuanya untuk membenarkan Iskandar berkahwin dengan Rania....namun Hero muncul pada waktu yang tepat dan menghancur leburkan niat dan harapan Hilman untuk memiliki Melissa....tu lah...nak juga kejar isteri orang c Hilman ni.....boleh-boleh pula dia meminang Melissa sedangkan Melissa masih bergelar isteri Iskandar yang sah.....giler ker apa....

Note : Tak ada sweetnya...ha ha...korang bacalah sendiri....tak mampu nak menulis ayat-ayat sweet mueet yang penulis ni guna...segala ayat-ayat romantis dalam bahasa Itali pun ada tau....Ti amo...ti amo...sweetheart....fuuuh....tu belum lagi ayat merayu-rayu Iskandar dan Melissa tu....sesuailah dengan tajuknya TI AMO SWEETHEART....memang sweet....tak caya....baca ha ha...okeylah....belanja sikit-sikitlah ya.....

"You have no idea how much i miss you...your voice...your smile...your touch...your cuddles...your kisses.....(Iskandar)

"I miss everything about you too...abang..(Melissa)

"Do you know you're getting more beautiful now?" (Iskandar)

"Sweet talker" (Melissa)

No...bukan sekadar ayat manis. I am being serious. Do you know how many times I wanted kiss you? Do you know how many times I wanted to hold you in my arms? Do you know how many times I have to remind myself to stay away from you?...(Iskandar)

"Sono dipendete dei tuoi baci". (Iskandar)

" Sono pazzo di te" (Melissa)

"Ti amo, sweetheart. I love you so much Melissa...."

"Ti amo...abang...."  

BAHAGIA ITU MILIK MEREKA YANG IKHLAS DAN JUJUR DALAM PERHUBUNGAN

NOVEL ZER & FIYA



 Image result for novel zer & fiya
Ini novel pertama penulis Sha Ibrahim yang saya baca dan terus menjadikan beliau antara penulis kegemaran saya. Saya suka sangat membaca karya beliau kerana cara penulisannya yang memang santai....bahasa yang mudah.....plot yang gila-gila pada saya he he...tetapi itulah tarikan kuat karya beliau di mata saya......Sha Ibrahim menulis karya ala-ala remaja punya bahasa menyebabkan saya adakalanya terburai ketawa kerana bahasa tersebut.... dan novel ini juga antara novel terawal yang saya miliki sejak mula berjinak-jinak dengan dunia novel bermula hujung tahun lepas.....

Jujur....saya membaca buku ini non stop....pukul tiga pagi saya masih lagi terkekek-kekek ketawa sampai En. Suami tegur dan saya terpaksa turun ke ruang tamu di tingkat bawah meneruskan pembacaan he he....waktu tu saya rasa seronok sangat sebab dah lama tidak membaca novel....jumpa pula novel ni memang mengena betullah di jiwa saya.....unsur humor yang bersahaja disampaikan oleh penulis melalui dialog-dialog watak turut membangkitkan semangat pembacaan saya...dapatan dalam novel ini :-
1.    KEIKHLASAN DAN KETELUSAN HATI MERUPAKAN CERMINAN KEJUJURAN DALAM HIDUP
-       Orang yang betul-betu jujur akan ikhlas dalam setiap perbuatannya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Malah dia juga tidak akan mengharapkan setiap perbuatan yang dilakukannya akan mendapat penghargaan apatah lagi pujian daripada orang lain. Pekara ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana sudah menjadi kelaziman untuk manusia biasa seperti kita untuk mengharapkan sedikit penghargaan daripada apa yang kita lakukan. Aafiya menolong anak-anak yatim piatu tanpa mengharapkan sebarang pujian. Dia ikhlas menolong anak-anak yatim tersebut walaupun dia langsung tidak mengenali arwah ibu bapa mereka.

2.    JANGAN MENILAI ORANG DARIPADA LUARAN SAHAJA MUNGKIN TERDAPAT PELBAGAI KEBAIKANNYA DARI SUDUT YANG BERLAINAN.
-       Mungkin agak kasar dan biadap atas pemerhatian kita tetapi mungkin dari sudut yang berbeza pasti ada nilai kebaikan yang ada dalam diri seseorang yang kita anggap kurang beradab. Oleh itu, nasihat juga pada diri sendiri agar sentiasa seimbang dalam menilai orang lain. Elakkan penilaian negatif terus tapi utamakan atau selitkn penilaian positif. Aafiya yang agak kasar memang Nampak kurang beradab tetapi hanya Qaizer yang tahu betapa mulianya hati wanita tersebut.

3.    ATURAN ALLAH TERLALU INDAH. YANG PENTING KITA HANYA PERLU          MEMINTA DAN MEMOHON KEPADA-NYA.
-       Ini termasuklah aturan jodoh kita. Jika kita inginkan sesuatu maka berdoalah...minta kepadaNya...adakalanya sesuatu yang kita harapkan tidak seperti yang kita dapat...dan sesuatu yang kita dapat tidak semestinya seperti yang kita harapkan...samalah seperti Aafiya dan Qaizer....merancang tapi tidak semudah yang dirancang...

SINOPSIS

Cerita ini berkisar tentang seorang gadis cantik manis bernama Aafiya yang berperwatakan agak kasar. Saya sendiri tertanya-tanya apa yang menyebabkan c Fiya ni agak kasar...mgkn disebabkan dia hanyalah satu-satunya perempuan dalam adik beradiknya ataupun sebab dia memang kaki panas baran...sebab dia ni memang digambarkan sebagai perempuan yang kasar...mulut laser....dan jangan terkejut pula dia ni juga merupakan ahli kickboxing tau....he he.....

Fiya berasa sangat tertekan apabila ayahnya terlalu mendesak dia untuk berkahwin. Ayahnya risau melihatkan nasib anak perempuan tunggalnya yang agak berbeza dengan wanita lain. Oleh itu, ayahnya telah mengaturkan beberapa calon untuk dijadikan suami Fiya namun semuanya tidak tahan dengan perangai kasar dan semengah Aafiya. Namun akhirnya impian ayah Aafiya hampir tercapai apabila Qaizer dengan bersungguh-sungguh ingin memperisterikan Aafiya walaupun dia sedia maklum perangai anak perempuan Tan Sri Omar.

Maka bermulalah kisah Qaizer nak mengurat Aafiya yang garang...yang ni banyak part-part yang melucukan pada saya sebab dialog-dialog yang digunakan oleh kedua-dua mereka sangat bersahaja dan memang nakal...gelagat Qaizer yang tak makan saman dan sentiasa berjaya mengalahkan c mulut laser Aafiya menyebabkan Aafiya mula membuka hatinya untuk seorang Qaizer...namun tidak seindah seperti yang disangka sebab kehadiran Humaira adik susuan Qaizer yang menyimpan perasaan terhadap abang susuannya menjadikan hubungan mereka berantakan...

Pada saat mereka hampir melangsungkan perkahwinan, tercetus satu pergaduhan di rumah Qaizer akibat fitnah Humaira terhadap adik-adik angkat Aafiya menyebabkan Aafiya yang memang panas baran mengeluarkan kata-kata kasar terhadap ibu Qaizer yang menyebelahi Humaira...hal ini menyebabkan Qaizer hilang pertimbangan dan menampar Aafiya...kejadian ini meninggalkan kesan dalam perhubungan mereka. Aafiya cuba meminta maaf namun tidak diendahkan oleh Qaizer dan apabila marah Qaizer dah surut...Aafiya pula tawar hati dengan perhubungan mereka..maka berlakulah tarik tali yang hanya menyakitkan mereka berdua...kesudahannya Qaizer mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Aafiya buat sementara waktu dengan pergi ke Dubai...pemergian Qaizer ini menyebabkan Aafiya bertambah marah dan kecewa dengan Qaizer....

Selepas tiga bulan, Qaizer kembali semula dan bertemu dengan Aafiya yang semakin cantik pada pandangan matanya kerana Aafiya sudah mula bertudung...dan tambah mengejutkannya apabila hubungan keluarganya termasuk Humaira dengan Aafiya baik seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Qaizer telah mengambil keputusan untuk meminang Aafiya sekali lagi dan Aafiya bersetuju dengan syarat semua urusan perkahwinan diuruskan oleh Qaizer seorang.

Part yang ini memang kelakar....apabila Qaizer timbul rasa seram sejuk terhadap bakal isteri sendiri kerana Aafiya seperti ada agenda tersembunyi terhadapnya...berbeza dengan perempuan lain yang dua minggu sebelum kahwin akan mengunjungi spa atau butik kecantikan...tetapi Aafiya setiap hari datang ke gym berlatih kickboxing dengan jurulatihnya...tindakan Aafiya ini menimbulkan tanda tanya Qaizer...dan akhirnya terjawab apabila pada malam pertama perkahwinan mereka.....Aafiya telah membawa suaminya sendiri untuk berlawan kickboxing dengannya ha ha....yang ini memang kelakar giler....Aafiya ni memang berani tahap gaban punyalah...dia bukannya tidak tahu yang suaminya tu dulu merupakan champion dalam kickboxing tetapi dia nak juga bertarung kerana ingin melepaskan segala rasa geramnya terhadap tindakan Qaizer yang telah meninggalkannya selama 3 bulan....hasil pertarungan...Qaizer bengkak di betis terkena tendangan padu isterinya namun sebagai balasannya dia akhinrya dapat kasih sayang penuh daripada isterinya.....memang diorang ni pasangan luar alam betulkan he he....

Diorang ni sebenarnya ada kisah silam yang menyebabkan Qaizer begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Aafiya....bermula dari situlah Qaizer mula jatuh hati dengan ketelusan hati Aafiya....apa yang berlaku....bacalah ZER & FIYA...saya tinggalkan sedikit saspen untuk anda ya....he he

NOVEL SHA & SHAH


Image result for novel sha & shah


Ini novel kedua hasil karya Sha Ibrahim yang saya baca...disebabkan penangan novel sebelumnya Zer & Fiya saya gigih mencari lagi novel lain karya beliau he he dan menjumpai novel ini.....memang seperti yang saya jangkakan saya memang suka dengan cara penulisan penulis ini....memang berjaya mencuit hati saya....jalan cerita novel ini masih juga santai walaupun konfliknya diperhebatkan dengan kehadiran watak penganggu dan juga konflik dalaman antara hero dan heroinnya..

Pernah juga cuba untuk menonton adaptasinya dalam drama namun hanya mampu melihat 3 episod sahaja itupun ‘lompat-lompat’ TAKUT kesucian jalan cerita novel telah ternoda ha ha....melampau tak kalau gambarkan macam tu.....sebenarnya saya yang fanatik pada karya asli penulis...ada orang yang tahan menonton drama ada yang spesis macam saya...lebih kepada pembacaan....dan dalam drama tu juga....saya tak kenal dengan pelakonnya...juga salah satu penganggu konsentrasi saya he he....dapatan novel ini :-

1.    ERTI SEBUAH PERSAHABATAN
-       Hadirnya sahabat merupakan pelengkap dalam kehidupan kita. Jika kena pada gayanya....kena pada pemilihan erti sahabat yang tepat maka memang wujud satu ikatan yang benar-benar ikhlas untuk sama-sama menghadapi susah dan senang kehidupan....namun perlu diingat..sahabat tetap sahabat...ada batasnya..tidak mungkin semua perkara akan dapat kita kongsikan dengan sahabat kita walaupun katanya BFF...hubungan Sha dan Shah yang bermula dengan persahabatan dan berlanjutan hingga ke perkahwinan merupakan perkara yang sukar untuk dimengerti...adakah ini satu pengorbanan atau satu penyeksaan... renung-renungkanlah sahabat di sekitar anda..

2.    ERTI SEBUAH PERKAHWINAN
-       Perkahwinan itu adakalanya seperti jalinan sebuah persahabatan yang teguh. Saling memerlukan..saling melengkapi dan saling menghargai. Namun tidak semua persahabatan itu merupakan satu perkahwinan kerana erti sebuah perkahwinan lebih daripada hubungan sebuah persahabatan.....macam berbelit-belit pula he he....dalam novel ni...inilah yang penulis garapkan bahawa perkahwinan tidak boleh dipertaruhkan semata-mata hanya kerana ingin mengekalkan persahabatan...pastinya mesti ada sedikit kesediaan untuk bersama mendirikan mahligai tersebut walaupun bukan atas dasar cinta...Sha dan Shah...sebelum ini pun mereka rasanya dah ada perasaan antara satu sama lain namun dikunci rapat kerana alasan persahabatan mereka.

3.    JANGAN GUNAKAN KELEBIHAN DIRI UNTUK KESERONOKAN SEMATA-MATA
-      Setampan manapun kita...sekaya manapun kita...malah sehebat manapun kita...itu bukan jaminan untuk kita terus kekal berkuasa atau berada di kedudukan tertinggi setiap masa....gunakanlah kelebihan yang dikurniakan kepada kita dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk mempermain-mainkan perasaan dan kedudukan orang lain...sekali kita menyakiti orang lain atau memberikan harapan kepada orang lain maka selamanya orang akan mengingati segala perbuatan kita dan yang lebih teruk akan menyimpan dendam terhadap kita.

SINOPSIS

Novel ini berkisar tentang hubungan persahabatan antara Sha dan Shah yang terjalin sejak mereka berusia 6 tahun. Setelah kedua-duanya meningkat dewasa, mereka telah mengambil keputusan untuk berkahwin. Hal ini atas desakan Shah yang mahu menyelamatkan diri daripada dipaksa oleh ibunya berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Shah seorang lelaki yang suka berkawan dengan perempuan atau pendek katanya playboy...dan selalunya tempatnya untuk merujuk adalah Sha sahabat karibnya. Shah meminta pertolongan supaya Sha berkahwin dengannya kerana dia yakin hanya Sha yang boleh memahami perangainya dan menerima segala keburukannya.

Setelah berkahwin, Shah mula sedar tentang perasaan sebenarnya terhadap isteri a.k.a sahabat baiknya sendiri yang mula bertukar kepada perasaan yang lebih daripada seorang kawan. Shah mula menjalankan operasi mengurat isteri sendiri. Ini korang kena baca sendiri baru dapat feel....gaya manja yang adakalanya terlebih-lebih manja Shah semata-mata untuk menawan hati sendiri. Kehadiran Iskandar dan Atilia merupakan watak penganggu dalam rumah tangga mereka. Konflik dikembangkan lagi dengan kehadiran watak seorang isteri yang didera oleh suaminya sendiri. Perempuan malang ini merupakan jiran kepada Shah dan Sha.

Macam biasalah......bumi mana tidak ditimpa hujan dan rumah tangga mana yang tidak dilanda badai.....adalah juga Shah dan Sha berkonflik maha hebat apabila timbul rasa siapa yang berkuasa ketika berada di pejabat. Namun tidaklah berpanjangan sangat gaduhnya...yang menyebalkan ni...c Atilia tu.....dah jadi pesakit mental sebab angaukan c Shah. Iskandar pula nasib jadi baik wataknya....apa-apapun...novel ni tetap best.

Note : Saya tak tahu dramanya pula macamana sebab tak habis tengok he he....novel ni dah lama saya baca...sebab tu sinopsis agak kurang sedikit he he...namun kalau nak baca untuk hiburan...kira berbaloi novel ni....tak percaya...bacalah.....

NOVEL ISTERI SEPARUH MASA


Image result for novel isteri separuh masa



Ini adalah antara drama adaptasi yang saya tengok dari mula hingga habis episodnya he he....kata tak suka tapi yang ini boleh pula saya menghabiskan episodnya...pada saya jalan ceritanya saya suka dan pasangan pelakon juga mantap....saya memang suka Emma....lakononnya bersama Aiman memang power...ada keserasian yang kuat saya nampak he he sebab tu saya tahan mengikuti cerita ini......

Saya juga tidak berpuas hati hanya menonton drama sahaja jadi sayapun belilah juga novel ini....perasaan mahu tahu jalan cerita novel sangat kuat...dalam hati saya berandaian mungkin dalam bentuk penceritaan novel lagi best he he....gigihlah saya mencari novel ini dalam timbunan buku-buku lama yang ada di salah sebuah kedai buku di Labuan....dan setelah membaca novel ini....dapatan saya ialah :-

  1. SETIALAH DALAM PERHUBUNGAN
-       Seandainya anda mengharapkan orang lain untuk setia dan menghargai anda maka belajarlah terlebih dahulu untuk setia dan menghargai orang lain...acapkali kita menuntut orang untuk tidak mengkhianati kita tetapi dalam masa yang sama kita turut melakukan perkara yang menyebabkan pasangan kita tidak menyukainya...sedar atau tidak...layanan kita terhadap orang jika terlebih mesra boleh sahaja disalahertikan oleh orang tersebut walaupun kita hanya beranggapan mereka adalah kawan biasa sahaja....dalam novel tidaklah menonjolkan sangat watak Zita sebagai penganggu tetapi dalam drama memang dihighlight habislah watak tu....

  1. JANGAN EGO DAN MEMANDANG RENDAH ORANG LAIN. BELAJARLAH UNTUK MENERIMA KRITIKAN ORANG LAIN
-       Rasa sayang yang terlalu dalam terhadap orang yang kita sayang menyebabkan kita tidak sanggup mendengar perkara yang tidak baik tentang dirinya walhal kenyataannya memang dia telah melakukan sesuatu yang menyakitkan kita. Pasti ada sesuatu yang mencurigakan jika lebih daripada seorang yang memaklumkan kepada kita tentang perangai buruknya. Oleh itu, jangan ego dan memandang rendah terhadap orang yang mungkin telah menyelamatkan kita daripada terus menjalin hubungan dengan manusia yang tidak menghargai kita sepenuhnya...Nazrin yang taksub dengan cinta Zita dengan penuh egonya memandang rendah pada Medina Izwani yang membongkar rahsia kecurangan Zita....dia turut berdendam malah membenci Medina yang dianggapnya punca keretakan hubungan dengan Zita.

  1. REDA PADA TAKDIR ALLAH
-       Memang bukan satu perkara yang mudah untuk kita reda dengan sesuatu yang menyakitkan namun kita tidak ada pilihan kerana sesungguhnya kita hanyalah insan biasa milik pencipta yang Maha Agung. Semakin kita menolak semakin kuat tekanan yang akan kita perolehi ..jadi lebih baik kita berusaha untuk reda walaupun sangat menyakitkan...


SINOPSIS

Novel ini berkisar tentang kehidupan rumah tangga Medina Izwani dan juga Nazrin. Mereka terpaksa berkahwin dalam usia Medina yang masih muda kerana memenuhi permintaan nenek mereka. Konflik berlaku apabila Nazrin tidak dapat menerima tindakan Medina yang memaklumkan kepada keluarganya tentang kecurangan kekasih hatinya Zita. Nazrin beranggapan Medina hanya menabur fitnah kerana terlalu sayangkan Zita. Medina ini pula merupakan anak angkat dalam keluarga Nazrin. Oleh itu, dia tidak ada pilihan selain daripada bersetuju dengan permintaan nenek angkatnya untuk berkahwin dengan ‘bapa singa’ he he....gelarannya untuk Nazrin.

Cerita semakin berkembang apabila Nazrin bertugas sebagai pensyarah di tempat Medina melanjutkan pelajaran. Banyaklah kisah-kisah diorang berdua ni berlakon bahagia di hadapan orang tua mereka. Akhirnya kecurangan Zita telah terbongkar di Bali dan di sini jugalah Nazrin mula meluahkan perasaannya kepada Medina. Apabila mereka berdua ni dah k...bahagia bersama....muncul pula Zafril yang datang untuk membalas dendam terhadap kematian abangnya Megat Shazril....ooh ya...Megat ni dulu adalah orang yang c Medina suka masa di bangku sekolah dan mereka sama-sama berjanji akan melanjutkan pelajaran di tempat yang sama namun tidak kesampaian apabila Medina dipaksa berkahwin dengan Nazrin.

Megat telah membunuh diri kerana tidak dapat menerima hakikat kehilangan Medina. Ibu bapanya turut terbunuh dalam kemalangan sewaktu hendak melawat Megat. Zafril yang tertekan dengan kehilangan ahli keluarganya mengalami tekanan jiwa dan telah menyamar sebagai siswa di universiti tempat Medina belajar. Dia telah mempergunakan Niza sahabat baik Medina setelah gagal mendapatkan Medina. Berjayakah usaha balas dendam Zafril......agak-agak korang mcmana ya????he he....baca novel ini.

Note : Saya tak berani nak ulas banyak-banyak sebab saya dah terlalu terpengaruh dengan jalan cerita dalam drama he he.....minat sangat dengan gandingan lakonan Emma dan Aiman......

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...