Novel ini merupakan karya FARA HANA. Ini adalah
novel pertama keluaran Suara Hati Publication yang saya baca. Hampir terlupa
novel ini ada dalam simpanan tetapi apabila ada rakan-rakan dalam group Dunia
Novel kata ceritanya best maka sayapun gigihlah mencari dalam rak simpanan
stok. Akhirnya saya berjaya menghabiskan pembacaan. Namun entah mana silapnya
pada pertengahan cerita saya seolah-olah kehilangan tumpuan sehinggakan saya
menghentikan pembacaan. Jarang sebenarnya saya berhenti membaca sebelum habis
satu buku tu. Ini yang kedua selepas Qidran he he.
Tapi korang jangan cepat buat telahan yang
novel ni tak best pula tau. Memang saya akui kata-kata rakan-rakan dalam group
tu novel ni memang best cuma disebabkan kewujudan konflik dan suspens yang
muncul menyebabkan saya sedikit terganggu. Tapi apabila fikir semula mungkin
disebabkan latar masyarakat dalam novel ini yang terlalu hedonisme menyebabkan
saya jadi sebal seketika.
Novel ni ada kelainan dengan novel lain. Ini bukan
kahwin paksa tapi lebih kepada tekanan kehidupan sehingga menyebabkan hanyut
dalam nikmat dunia. Andaian awal saya ialah cerita novel ini lebih kepada klise
pemuda kaya mengejar wanita miskin atau sebaliknya melalui ikatan perkahwinan
tetapi novel ini tidak. Banyak sangat unsur hedonisme yang boleh dijadikan
sebagai pengajaran dalam cerita ini.
Cerita ini tentang Nur Mellisa anak yatim
piatu. Hidup dalam keadaan yang terseksa disebabkan oleh sikap keluarga bapa
saudaranya sendiri. Sangat sedih kisah Lisa yang berusaha untuk mencari nafkah
untuk nenek dan juga keluarga bapa saudaranya. Semua hasil usahanya diambil
oleh bapa saudaranya suka main judi. Maria sepupunya pula selalu menganiayai
dirinya apatah lagi selepas dia mengetahui lelaki yang dicintainya iaitu Amran
menyimpan perasaan terhadap Lisa. Kisah sedih hidup Lisa bertambah apabila
neneknya meninggal dunia dan dia dihalau keluar dari rumahnya oleh Mak Nab.
Bermula kisah hidup Lisa yang berhijrah ke
KL. Di situ dia bertemu dengan Tengku Dennis jutawan muda secara tidak
tersengaja apabila Lisa masuk tanpa diundang ke dalam kereta Tengku Dennis
ketika berhenti di lampu isyarat. Ini pertemuan kedua mereka sebenarnya sebab
sebelum ini mereka pernah bertembung dalam peristiwa kemalangan di kampung
Lisa. Di sinilah bermula hubungan Lisa dan Tengku Dennis. Disebabkan tidak tahu
hendak ke mana Lisa telah sanggup bersekedudukan dengan Tengku Dennis. Pada peringkat
awal, Lisa ni kuat juga pendiriannya. Walaupun dalam keadaan terpaksa dia akur
juga dengan kehidupan bebas Tengku Dennis. Automatik penampilan dan hidup Lisa
menjadi mewah. Semuanya mewah walaupun dia tidak berkenaan dengan semua pakaian
mahal yang dibelikan kepadanya tetapi semuanya agak seksi.
Hubungan mereka semakin hanyut apabila Lisa
dan Tengku Dennis terlanjur disebabkan Lisa tersalah makan pil khayal. Lisa mula
menjadi liar dan merasakan dirinya jijik. Dia cuba untuk membunuh diri namun
berjaya diselamatkan oleh Tengku Dennis. Dia meminta Tengku Dennis
bertanggungjawab. Tengku Dennis sanggup bertanggungjawab namun dengan caranya
tersendiri iaitu Lisa harus menjadi perempuan simpanan tanpa sebarang ikatan
yang sah. Hubungan tanpa sah mereka ini mencapai klimaks apabila Lisa
mengetahui dia mengandung. Berita itu sangat mengejutkan kerana pada waktu itu
tersebar berita bahawa dia merupakan isteri kepada Tengku Dennis yang cedera
parah akibat cubaan membunuh oleh Mikail. Apabila Tengku Dennis sedar dan tahu
bahawa Lisa mengandung dia memberikan dua piliha iaitu gugur atau serahkan pada
keluarga angkat.
Atas dasar kasihan (sebenarnya Tengku Dennis
ni dah suka kat Lisa tapi ego) Tengku Dennis sanggup menikahi Lisa secara sah. Lisa
begitu gembira tanpa menyedari niat sebenar suaminya sehinggalah Lisa terdengar
rancangan Tengku Dennis yang mengarahkan orangnya mencari keluarga angkat untuk
anak yang bakal dilahirkan oleh Lisa. Bermula dari sini Lisa mengamuk dan
menjauhkan diri daripada Tengku Dennish. Nasib baiklah Tengku Darius adik
iparnya yang membantu menjernihkan hubungan mereka. Akhirnya Tengku Dennis cuba
untuk menerima kehadiran anaknya dalam hubungan mereka. Namun berlaku satu
kejadian hitam apabila Tengku Darius dibunuh oleh Mikail di hadapan Tengku
Dennis ketika dia mengambil ubat dan vitamin di klinik adiknya.
Tengku Dennis sangat tertekan dengan
kehilangan adiknya. Ingatannya terhadap kematian adiknya Tengku Darina
menambahkan luka di hati. Akibat tertekan dia akhirnya melepaskan semuanya
dengan isterinya yang sedang sarat mengandung. Lisa terjatuh dan langsung tidak
dihiraukan oleh suaminya. Lisa melahirkan anak dan apabila sedar dia telah
membawa lari anaknya jauh daripada Tengku Dennis. Akibat kehilangan isterinya,
Tengku Dennis mula berubah. Dia kembali kepada Allah dan meninggalkan segala
perbuatan jahatnya. Setahun kemudian barulah dia berjumpa dengan Lisa dan anaknya
Tengku Daniel. Kesungguhannya memujuk Lisa akhirnya berbaloi...dan HAPPY
ENDING....k dapatan novel:-
1.
MILLIONAIRE
: MAMPUKAH MEMBELI SECEBIS KEBAHAGIAAN
-
Ini
lumrah alam. Sekaya dan sehebat manapun seorang manusia itu tapi apalah kudrat
yang dia ada untuk memiliki erti sebuah kebahagiaan hakiki. Kebahagiaan hakiki
yang mendatangkan ketenangan dalam hidup bukannya ketenangan sementara yang
hanyut apabila dilanda badai ujian. Oleh itu berhati-hatilah dengan nikmat
kekayaan anda takut nanti ia adalah ujian terbesar pada kita untuk mendapat
redha Allah.
2.
DENDAM
TANPA ASAS AKAN MENGHILANGKAN AKAL RASIONAL MANUSIA.
-
Dendam
ni memang punca kehancuran kepada manusia. Kalau dibiarkan maka ia akan
menguasai akal rasional kita. Apabila akal rasional kita sudah dipengaruhi
dendam maka kita akan mudah hilang pertimbangan. Nak hilangkan
dendam....belajarlah untuk memaafkan.
#Sapa yang berdendam.....pastinya
Mikail...siapa Mikail....apa dendamnya kepada Tengku Dennis.....korang baca
ya....alah sikit jer yang saya tinggalkan ni supaya anda teruja untuk
memilikinya he he....oh ya Mariapun dapat balasan tau tapi apa balasannya...korang baca eeh
No comments:
Post a Comment