Novel ini merupakan tulisan HANNAH EZATY. Ini
juga antara buku yang agak laris dijual di kedai buku Popular. Saya membaca
review pembaca lain sebelum membeli buku ini. Saya dapat gambaran sedikit
bahawa akan ada unsur-unsur suspen dalam cerita ni. Itu yang agak bersemangat
untuk memulakan pembacaan.
Novel ini berkisar tentang gadis bernama
Elena yang berimpian tinggi dalam bidang bakeri. Perkenalannya dengan seorang
lelaki misteri bernama Tuah sedikit sebanyak menimbulkan tanda tanya dalam diri
Elena. Hal ini disebabkan kemunculan Tuah yang tidak menentu malahan dia juga
pernah bertemu dengan seorang Tuah versi lain yang sangat bertentangan dengan
Tuah yang dikenalinya. Tambahan pula, Tuah baru yang ditemuinya ini sudahpun
berkahwin. Pertemuan demi pertemuan menambahkan kekeliruan dalam diri Elena
sehingga menjejaskan usaha untuk mereka saling mengenali.
Elena ni pula jenis yang terlalu sayangkan
sahabatnya Zira. Dia sanggup berhadapan dengan Azad tunangan dan akhirnya
menjadi suami Zira yang kaki perempuan. Episode pergaduhan antara Elena dan
Azad ini berterusan sehinggalah menjadi teruk menjelang majlis pernikahannya
dengan Tuah berlangsung. Elena telah dicederakan oleh Azad sehingga menyebabkan
dia koma selama beberapa bulan. Sedar sahaja daripada komanya, dia mendapati
dirinya telahpun sah menjadi isteri Tuah.
Ooh...banyak pula kisah lain lagi yang
menyedapkan rencah dalam cerita ini seperti kisah Ezra abang Elena yang kecewa
dengan Nisrena dan akhirnya berkahwin dengan Zira...kenapa dengan Zira
pula..kan dia isteri Azad...he he korang baca ya....ooh....yang selalu
mengelirukan Elena iaitu Tuah versi baru yang sudah berkahwin tu pula
siapa....aah dia tu abang Tuah...kenapa sama tapi tak bersama sebab Tuah nampak
selekeh sedangkan abangnya nampak segak bergaya...rasanya saya simpan untuk
debaran korang membaca novel ni he he... k dapatan novel ni :-
1. JANGAN TERLALU MENYIBUK HAL ORANG LAIN
Sahabat tetap
sahabat...kita juga berhak untuk melindungi sahabat kita tetapi ala kadarlah
kot nak menolong dia. Kalau dia sendiripun tidak mahu mempercayai apa yang kita
katakan apa guna kita nak bersungguh-sungguh sehingga mencederakan diri sendiri
he he saya rasa tindakan Elena ni sedikit menyibuk dan agak keras terhadap
Azad....dah Zira sendiri yang cari pasalkan....lantak dialah he he...berpada-pada
dalam mencampuri urusan perhubungan orang lain.
2. USAHA TANGGA KEJAYAAN
Dalam setiap yang
kita kehendaki...usaha merupakan penentu kepada kejayaannya. Tuah dan Elena
bersungguh-sungguh dalam usaha mereka untuk mencapai impian masing-masing. Tuah
begitu berdikari dan berusaha sendiri untuk meraih kejayaan walaupun mendapat
tentangan daripada daddynya sendiri.
#Kisah cinta Elena & Tuah memang
unik...sawit tetap sawit tapi novel ni kekuatan lebih kepada unsur suspen dan
ketegangan yang dikemukakan oleh penulis.
No comments:
Post a Comment