Showing posts with label ANJELL. Show all posts
Showing posts with label ANJELL. Show all posts

Friday, 30 December 2022

NOVEL DR.ALPHA MALE



Image result for novel dr alpha male
 Sudah lama novel ini dalam simpanan saya tetapi sengaja saya lengah-lengahkan masa untuk membacanya kerana saya mahu satu masa yang betul-betul tenang untuk saya membaca novel ini.....hal ini disebabkan saya tahu kemampuan penulis ANJELL dalam menyampaikan karyanya bukan calang-calang...ini merupakan novel kelima hasil penulisannya yang telah saya baca maka sedikit sebanyak saya telah dapat gambaran cara penulisan beliau..... tambahan pula apabila saya membaca review pembaca yang lain....semua kata best.....

Fuuuh...amazing.....awal-awal cerita....saya seolah-olah memandai-mandai membuat ramalan tentang cerita ini....saya berandaian selepas ini....ini yang berlaku...tetapi saya agak terkejut apabila di tengah-tengah cerita tiba-tiba pula berlaku peristiwa hitam yang sangat saya tidak suka berlaku pada heroin.....sayakan tidak suka membaca sesuatu yang menyebabkan jiwa saya sesak he he....saya tidak suka novel yang terlalu sarat dengan penderitaan apatah lagi penuh dengan paparan kesulitan dan kelemahan hidup wanita seperti didera...dirogol....pelacur....hhuuuuuh....saya paling benci dengan cerita begini.....jadi saya teragak-agak untuk meneruskan pembacaan namun saya kuatkan hati saya kerana seperti yang saya katakan tadi penulis ANJELL ni bukan calang-calang...dan saya yakin hasil penullisan beliau tidak akan menghampakan saya.....seusai pembacaan...dapatannya :-

1.    KENALI PERASAAN ANDA SENDIRI.
-       Adakalanya dalam pembacaan saya berasa jengkel apabila balik-balik punca konflik dalam perhubungan ialah disebabkan oleh sikap manusia yang tersalah pilih pasangan. Tersilap menilai perasaan masing-masing. Dah tunang malah ada yang sudah kahwin sekalipun baharu sedar bahawa perasaannya terhadap pasangan mereka tidak mampu mencapai tahap CINTA....namun apabila saya fikir semula....benda ni juga berlaku dalam realiti hidup kita cuma mungkin tanpa kita sedari....sebelum melangkah kepada satu perhubungan yang lebih serius...kenali perasaan anda sendiri sama ada SUKA, SAYANG atau CINTA sebab ketiga-tiganya ada perbezaan yang nyata....adalah sangat menyakitkan apabila sudah terjalin sebuah ikatan barulah kita sedar bahawa kita tidak mengimpikan atau memaknakan perhubungan tersebut......jadi jangan terburu-buru.......

2.    BERTINDAK MELULU PERKARA SIA-SIA
-       Jangan terlalu cepat mempercayai sesuatu perkara yang disampaikan oleh orang luar berbanding dengan orang yang rapat dengan kita....kerana kita belum tahu niat sebenar orang tersebut. Langkah sebaik-baiknya adalah dengan melakukan siasatan dan berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan supaya tidak menghukum orang lain. Tindakan melulu bukan sahaja menyusahkan kita malah mungkin membahayakan orang-orang di sekitar kita. Oleh itu, berfikirlah sebelum bertindak agar tidak menyesal di kemudian hari.
 
3.    KEIKHLASAN KUNCI KEBAHAGIAAN HIDUP
-       Jika kita benar-benar ikhlas dengan sesuatu perkara maka ia akan memberikan ketenangan dalam hidup kita. Hidup yang tenang merupakan kunci kepada kabahagiaan hidup. Ikhlas penting agar setiap tindakan kita akan dilakukan dengan sepenuh hati tanpa ada unsur paksaan. Namun bukan mudah untuk kita menilai apatah lagi mengukur sejauhmana kesungguhan sesorang itu dalam menunjukkan keikhalasannya kerana ia merupakan sesuatu yang terlalu subjektif untuk dinilai. Walau bagaimanapun, keikhlasan ini mudah sahaja terpancar melalui raut wajah seseorang jika kita benar-benar mampu menilai setiap tindakan yang dilakunya.

SINOPSIS

Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Tristin Hazel yang mempunyai sepasang mata yang berwarna hazel yang cantik. Dia telahpun bertunang dengan Iwan namun kesetiaannya dikhianati apabila Iwan menjalin hubungan cinta dengan sepupunya sendiri Safura. Hazel bertemu dengan Hilman yang menjadi pensyarahnya. Pertemuan demi pertemuan mereka sangat menghiburkan. Tambah mengejutkan apabila Hilman merupakan jiran kepada Hazel di kampungnya.

Satu peristiwa hitam telah berlaku dalam hidup Hazel. Dia menjadi trauma. Iwan menjadikan alasan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang telah dinodai untuk memutuskan pertunangan mereka dan akhirnya berkahwin dengan Safura. Hazel melalui kegetiran hidupnya dengan berusaha untuk kuat. Setiap kali dalam kesulitan, Hilman sentiasa ada untuk membantunya. Hilman akhirnya menjadikan Hazel sebagai isteri walaupun dia tahu apa yang berlaku kepada gadis tersebut kerana pada malam itu....dialah orang yang telah menyelamatkan Hazel daripada mangsa kerakusan nafsu serakah lelaki misteri yang menodai Hazel (Saya dah mula membuat andaian bahawa lelaki itu sebenarnya Hilman he he).

Banyak peristiwa yang berlaku yang menimbulkan kecurigaan terhadap keselamatan Hazel. Dia tidak pernah putus daripada pemerhatian lelaki misteri tersebut malahan kesemua lelaki yang pernah menyentuhnya akan dicederakan kecuali Hilman. Oleh itu, pelbagai startegi telah dibuat untuk menangkap lelaki tersebut namun gagal sehinggalah Hazel menjalani latihan pratikalnya di sebuah syarikat. Akhirnya terbongkarlah identiti lelaki mental yang selalu menganggu hidup Hazel. Dia adalah peminat Hazel yang tidak boleh menerima kehilangan Hazel....banyaklah benda berlaku...korang baca eeh....sebab memang best giler ......ada unsur-unsur suspen dan kejutan yang banyak dalam novel ni he he...apa-apapun happy ending....yang pasti bukan Himan yang menjadi pencabul kehormatan Hazel....

#Saya terperasaan penulis ini....dia akan cuba membuat penampilan istimewa untuk watak-watak lain dalam novel sebelumnya dalam novel terbaharu...cthnya watak Nurin dan Harraz daripada novel Tundukkan Playboy Itu ada dalam novel Hero Seorang Cinderella dan dalam novel ini....watak Tengku Ian Uzzam dan Medina daripada Hero Seorang Cinderella.....agak menarik ya...sebab dia akan berjaya menggamit rasa rindu pembaca terhadap karya sebelumnya he he...

NOVEL SUAMIKU PALING SWEET


Image result for novel suamiku paling sweet



Ini juga hasil karya ANJELL. Kan saya dah kata penulis ni memang hebat. Dah banyak dah novel diadaptasi dalam bentuk drama. Yang ni pun sudah ada drama adaptasinya. Adalah juga saya tengok sedikit drama tu tapi pada saya memang ada bezalah daripada drama namun apa-apapun saya lebih suka membaca novel berbanding dramalah...berbulu mata ha ha...

Dah lama sebenarnya saya baca novel ni....awal tahun ni kot atau lebih awal daripada itu...namun waktu tu belum terfikir nak buat review...saya cuba ingat semulalah apa yang saya telah baca dalam novel ini...

Novel ini berkisar tentang Qisya seorang gadis manis yang telah diminta oleh ibunya untuk menjadi pengasuh kepada cucu kawannya sewaktu dia bercuti semester. Dia diminta untuk menjadi pengasuh Hafiy yang merupakan anak saudara kepada Izz. Ibu bapa Hafiy telah meninggal dunia menyebabkan Izz menjalankan tanggunjawab membesarkan Hafiy. Pada peringkat awal Hafiy memang tidak suka pada Qisya namun Qisya ni berjaya jadi sahabat pada Hafiy. Hal ini menyebabkan Izz mula terpikat dan ingin menjadikan Qisya sebagai mummy pada Hafiy.

Namun Qisya ni jenis yang suka berprasangka buruk. Dia tidak mahu percaya dengan kesungguhan Izz kerana kewujudan Maya. Alah....Qisya ni cemburu sebenarnya tapi dia tak nak mengaku tu yang meleret-leret tu he he. Sampailah satu kejadian, Qisya mendapati dirinya dalam bilik di sebuah hotel bersama dengan Izz. Maka atas persetujuan kedua-dua keluarga untuk menutup malu kerana mereka telah ditangkap khalwat...Izz dan Qisya menikah. Namun Qisya punyalah keras kepala tahap bengang ha ha....geram sungguh sebab dia langsung tak nak percayakan suaminya sendiri. Bermula episode kesabaran c Izz ni untuk memujuk dan menyakinkan Qisya.

Kisah ini berterusan sehinggalah dalang di sebalik semua kejadian itu adalah Iqram kawan baik Qisya sendiri yang menjadikan Qisya sebagai habuan kepada Along tempatnya meminjam duit. Dah selesai yang ini muncul pula lagi masalah Maya. Perempuan seorang ni tak habis-habis nak menganggu hubungan mereka sehingga menyebabkan Izz koma kerana kemalanngan yang sepatutnya dirancang untuk membunuh Qisya. Selepas kejadian ini , hubungan Qisya dan Izzpun menjadi baik. HAPPY ENDING....

Korang baca sendiri ya sebab ada lagi kisah tentang sahabat Qisya sengal ni yang bernama Syukriah...adik ipar Qisya c Hakimipun sengal juga ha ha..tu tak masuk kisah senget abang Qisya yang namanya Qairul...memang best...jadi nak tahu tentang mereka...bacalah ya novel ni....berbaloi untuk korang...

Walaupun dah lama baca tapi setiap buku yang saya baca tu memang saya letak unsur pengajaran :-
1.    MEMELIHARA ANAK YATIM MERUPAKAN SATU AMANAH BESAR DARI ALLAH.
Anak yatim merupakan takdir yang Allah berikan kepada mana-mana hambaNya. Hafiy yang menjadi yatim piatu selepas kematian ibu bapanya dibesarkan oleh Izz dengan penuh kasih sayang. Izz malahan meletakkan Hafiy sebagai keutamaan dalam memilih pasangan hidupnya. Berkat kesungguhan Izz membesarkan Hafiy c anak yatim dia juga mendapat sinar kebahagiaan dalam hidupnya.

2.    REDHA DAN AKU DENGAN KETENTUAN ALLAH LEBIH BAIK DARIPADA ANDA MENAFIKAN DAN MELARIKAN DIRI DARIPADANYA.
Kita hanya insan lemah yang merupakan ciptaan Allah. Siapalah kita untuk menidakkan sesuatu yang telah ditakdirkan untuk kita. Maka hadapilah dengan penuh kekuatan walaupun acapkali kita tersungkur. Daripada kita terus melarikan diri ia bukanlah penyelesaian terbaik malah merumitkan keadaan. Qisya terus melarikan diri tanpa ingin tahu kebenaran dengan membuka pintu hatinya untuk suami sendiri. Keras kepala sungguh akhirnya dia sendiri yang terduduk apabila hampir kehilangan Izz.


#Novel ini mengajar saya untuk menilai kegunaan tahap EGO kita. Nak ego sangatpun tak akan ke mana. Lebih baik akur jika kita juga punya rasa yang sama kecualilah langsung tak ada perasaan ha ha...



Saturday, 7 October 2017

NOVEL EKSPERIMEN CINTA

Image result for novel eksperimen cinta



Ini pula novel kedua ANJELL yang saya baca. Bezanya yang ini saya tengok dahulu melalui drama kemudian barulah saya dapatkan novelnya sebab saya rasa tidak puas melihat drama tersebut he he…jauh di sudut hati saya berkata-kata…novel mesti lebih best…dan ternyata telahan saya tepat…saya lebih menyukai novel daripada jalan cerita dalam drama walaupun tidaklah lari jauh. Saya selesa dengan lakonan hero namun saya tidak berapa selesa dengan lakonan heroin yang saya rasa lari jauh daripada gambaran perwatakan untuk Mia dalam novel…he he..dan yang paling saya tak gemar ialah….heroin part2 romantispun blh ketawa mcmanalah nak real ha ha…..

Seperti novel pertama karya beliau yang saya baca….kelebihan penulis ini tidak dapat dinafikan dalam mengembangkan cerita sehingga membuatkan pembaca terbuai dengan perasaan ingin tahu yang kuat kerana adakalanya perkembangan plot cerita berputar daripada jalan cerita asal….biasanya perasaan sebeginilah yang menjadikan pembacaan bertambah seronok he he….mcm-mcm perasaan yang ada….sedih, marah, lucu….sebab itu saya suka membaca karya beliau. Tidak hairanlah….karya beliau semuanya tebal-tebal belaka he he…oleh sebab saya dah tgk dalam drama maka saya mengambil masa yang agak panjang sedikit membaca novel ini…..lebih daripada 24 jam sebab berhenti2 he he….

Walaupun masih mengekalkan gaya penulisan yang bersahaja….saya suka bahasa-bahasa yang digunakan oleh penulis ini sebab sangat santai…dan itulah yang menjentik rasa lucu sehingga membuatkan saya ketawa terbahak-bahak sendiri. Adakalanya bahasa yang beliau gunakan terlalu santai sehingga saya sendiri jarang mendengar penggunaanya. Cara ANJELL menulis juga sangat mudah untuk difahami. Bahasa-bahasa yang mudah ini menjadikan pembaca seperti saya lebih selesa untuk memahaminya dan seronok membacanya. Itu belum lagi ditambah dengan perjalanan dan gambaran perwatakan watak yang saya rasa real tergambar di ruang minda saya….fuuh….memang hebat penulis ini…patutlah semua bukunya menjadi best seller dan didramakan…

Dapatan saya dalam novel ini ialah :-
1.    DENDAM HANYA MEMAKAN DIRI MAKA PENAWARNYA IALAH SEBUAH        KEMAAFAN YANG AMAT MENYAKITKAN
-       Apabila hati  disakiti maka adalah normal untuk seorang insan biasa seperti kita untuk terluka. Kadangkala luka dalaman yang ditanggung lebih menyakitkan daripada luka luaran yang dapat dilihat dengan mata kasar.  Lebih parah apabila orang yang mengkhianati kita adalah orang yang rapat dan sentiasa berada di hati kita sepanjang masa. Bayangkanlah jika anda berada di tmpt yang dikhianati oleh saudara kandung dan buah hati sendiri. Namun dendam yang tersimpan dalam hati akan tambah menyakitkan jika hati tidak mampu untuk mengungkapkan rasa maaf. Mungkin bukan mudah untuk memujuk hati supaya menerima bahawa dia bukan jodoh kita tetapi jika inginkan kehidupan yang lebih tenang....ayuh belajarlah untuk memaafkan.


2.    JANGAN MEMPERGUNAKAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI
-       Jangan terlalu angkuh dengan kelebihan diri apatah lagi menggunakannya untuk menakluki orang lain. Perasaan suka merupakan sesuatu yang terlalu subjektif dalam diri setiap manusia. Oleh itu, ia bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa. Mempermainkan perasaan orang lain adalah satu perkara yang seolah-olah merendah-rendahkan maruah dan martabat orang lain. Sehebat manapun kemampuan kita tetapi percayalah, ia hanya akan menimbulkan sebal dalam diri orang-orang yang kita pandang rendah.

3.    PERASAAN CINTA ADALAH ANUGERAH ALLAH.
-       Setiap manusia Allah kurniakan dengan sekeping hati yang memang telah diselitkan dengan perasaan halus untuk disayangi dan menyayangi. Seiring dengan itu, Allah juga kurniakan kita akal untuk menilai dan menggunakan perasaan tersebut di landasan yang betul. Nasihat orang tua...jangan terlalu sombong dengan perasaan benci kita terhadap orang lain kerana kita mungkin akhirnya akan mempunyai perasaan terhadap orang tersebut...maksudnya...takut Allah bolak balikkan hati kita maka bercintalah kita dengan orang yang kita benci sebelum ini he he....ibu saya selalu berpesan....benci orang jgn sampai ke tulang takut nnti menggigit tulang sendiri dan cinta orang jangan sampai ke hati nnti takut makan diri..tinggalkan sedikit untuk diri kita supaya kita mampu belajar untuk mengawal perasaan benci dan sayang dalam diri kita....


SINOPSIS NOVEL

Novel ini mengisahkan tentang Tengku Adrian yang telah menyimpan dendam kesumat dalam hatinya sejak kembarnya sendiri mengkhianatinya. Tengku Adrian tdk dapat menerima apapun alasan perkahwinan antara kembarnya dengan teman wanitanya sendiri apatah lagi bukan setakat dirinya yang terluka tetapi juga bekas teman wanita adik kembarnya sendiri yang akhirnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sewaktu hendak menghalang Tengku Adrian untuk berjumpa dengan kembarnya.

Oleh itu, Tengku Adrian telah menyimpan perasaan dalam diri bahawa tiada lagi istilah CINTA dalam hidupnya. Namun atas desakan untuk memmbuktikan kepada mereka yang telah mengkhianatinya bahawa dia juga boleh hidup bahagia akhirnya dia mempergunakan Damia Farisha untuk bekerjasama dengannya menjalankan rancangan EKSPERIMEN CINTA.

Damia Farisha yang tersepit dengan ugutan dan lamaran Tengku Adrian akhirnya bersetuju dengan lamaran tersebut kerana takut akan menyusahkan lebih ramai orang. Hal ini disebabkan Tengku Adrian mengugut akan menarik sponsor projek terhadap syarikat tempat Damia bekerja seandainya Damia menolak lamarannnya. Dalam proses mereka menuju gerbang perkahwinan ini banyak pekara lucu berlaku he he.....memang mencuit hati...tetapi klu ditengok dalam drama...saya agak terganggu sedikit kerana heroinnya nmpk tdk dpt melakonkan watak tersebut dgn baik...dia jadi kalut dan tertawa pada saat-saat yang sepatutnya tdk memerlukan dia beraksi begitu.....

Dalam tempoh perkahwinan tersebut, Tengku Adrian akhirnya kalah dalam perasaan egonya sendiri. Dia akhirnya mula jatuh cinta dengan isteri sendiri namun mestilah ada watak penganggu....he he...jeng jeng....Sally muncul menganggu kehidupan mereka dengan mendakwa bahawa dia telah mengandungkan anak Tengku Adrian....kejadian ini pula berlaku saat Damia juga sedang mengandung...namun atas bantuan rakan Damia yang sepatutnya bersubahat dengan Sally tetapi telah berpaling tadah kerana dia lebih suka dengan kejujuran dan keikhlasan Damia dalam persahabatan.....saya suka sangat sewaktu Sally tu mengaku dpn mak bapa Tengku Adrian dan akhirnya dia sendiri yang mendapat malu.... lebih seronok lagi Tengku Adrian menafikan sepenuhnya dan malah membantah cadangan ayahnya untuk berkahwin dengan Sally.

Oh ya apa yang berlaku dengan Tengku Adrian dan kembarnya....akhirnya dendam Tengku Adrian hilang juga apabila akhirnya Seri bekas kekasih dan juga merangkap iparnya....telah meninggal dunia...hal ini memberikan kesan yang hebat kepada Tengku Adrian....dia mula belajar memaafkan...dan akhirnya atas dorongan isterinya Damia...dia akhirnya dapat menerima dan memaafkan saudara kembarnya....

Ending......mestilah happy ending....tak ada novel yang saya baca tpi tdk happy ending...bikin pening kepala saja he he.....Tengku Adrian kembali kepada Damia...sahabat Damia juga akhirnya berkahwin dengan saudara kembar Tengku Adrian.....



Banyak pekara yang berlaku dalam hidup kita bukan seperti yang kita impikan namun itulah yang perlu kita hadapi....adakalanya apabila selesai membaca novel saya banyak mengaitkannya semula dengan kehidupan sama ada yang berkaitan terus dengan diri sendiri atau yang berlaku dalam kalangan masyarakat kini....

Adakalanya terlalu mudah kita menanggapi bahawa kita akan mampu untuk melakukan semua pekara asalkan kita bersungguh-sungguh dan punyai kelebihan sama ada dari segi kuasa ataupun harta...tetapi kita lupa bahawa ada lagi satu kuasa besar yang menentukan semuanya iaitu kuasa ALLAH.....kuasa yang kita tidak mampu untuk pertikaikan lagi...

Susah untuk menyakinkan dan menguatkan hati apabila berlaku sesuatu yang sukar diterima tetapi apa lagi yang mampu kita boleh lakukan selain daripada belajar untuk reda kerana semakin kita menolak maka semakin kuatlah juga penyeksaan dalaman kita.....cuba salami watak Tengku Adrian...walaupun dia ada silapnya dalam perhubungan dengan Seri namun mampukah kita tersenyum saat mengetahui teman wanita berkahwin dengan saudara kandung sendiri...amat perit...tapi itu nilai kehidupan yang perlu dilalui.

CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI.....saya betul-betul tidak suka dengan pernyataan ini he he....emangnya perlu bagaimana untuk kita memiliki cinta....aduh...susah banget sih....apa-apapun....kita tidak tahu apa yang akan berlaku di hadapan kita maka oleh itu....mohonlah kekuatan daripadaNya pemilik segala ketentuan dan penentu kepada arah hidup kita.....


REVIEW KDRAMA : OH MY GHOST CLIENTS

Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ...