Friday, 13 October 2017

NOVEL LELAKI KIRIMAN TUHAN


Image result for lelaki kiriman tuhan



Ini novel kedua hasil karya penulis ini iaitu UMIE NADZIMAH yang saya telah baca....kekuatan novel ini yang membuatkan saya meneruskan pembacaanya dan menghabiskannya dalam tempoh tiga jam ialah terletak pada teknik suspens yang banyak digunakan oleh pengarang he he....jenuh tau tak rasa di jiwa cuba untuk menebak apa sebenarnya yang berlaku...setiap konflik yang timbul...setiap kali tu jugalah penulis ini perkemaskannya dengan unsur suspens yang membuatkan pembaca tidak mampu menghentikannya pembacaannya....

Pada awal-awal cerita novel ini....lebih kepada trauma kaum perempuan yang terpaksa menanggung penderitaan hidup akibat perbuatan orang lain...walaupun saudara kandungnya sendiri....fuuuh....awal-awal cerita dah tertanya-tanya sapa yang memerhati...stalker tu untuk apa....kenapa dia buat semua tu.....perkembangan cerita...sapa sebenarnya lelaki itu.....mengapa dia bersungguh-sungguh nak berkahwin dengan wanita berhati batu.....lepas kawin wujud pula lagi konflik yang ntah apa-apa dan memeningkan...ditambah pula dengan misteri kehilangan...sesak jiwa dan nak tahu ending cerita ni he he..... jom kongsi dapatan dalam novel ini :-
1.    JANGAN PANDANG HINA PADA PENDOSA
-       Insaf diri seketika.....ini mesej utama yang saya dapat daripada novel ini...bahawa manusia yang mempunyai masa silam yang penuh dengan noda dosa tidak semestinya akan kekal menjadi pendosa sampai bila-bila...apabila pintu taubat Allah buka kepadanya maka dia akan menjadi manusia yang benar-benar beriman kepada Allah....selagi kita diberi peluang untuk bertaubat maka gunakanlah sepenuhnya....rasa kerdil sangat diri ini apabila mengenangkan nikmat ketenangan yang semakin hari rasa semakin tidak digunakan dengan sebaik-baiknya di depanMu ya Allah...daripada novel ni juga....menyampaikan mesej supaya jangan menghakimi orang lain....memanglah terlalu perit untuk kita menerima sesuatu yang di luar jangkaan namun berusahalah untuk reda dan sabar dengan apa yang berlaku.....geram dengan Naira namun masih boleh memahami mengapa dia begitu sukar untuk menerima masa silam suaminya sendiri.....bukan calang-calang kot.....ujian suami pernah menjadi ‘anak ikan’ kepada wanita-wanita kaya suatu ketika dahulu bukanlah satu pekara yang mudah utk seseorg yang bergelar isteri.....nak merana berpuluh tahun kot hu hu...

2.    KIFARAH PEMBERSIH DOSA MASA SILAM
-       Sentiasa ingatkan diri bahawa setiap pekara yang kita lakukan akan ada balasannya......kagum dengan Raid yang begitu positif dan bersedia untuk berhadapan dengan balasan terhadap perbuatan masa silamnya....perlu diingatkan dan dihadam dalam diri bahawa setiap kali diuji....sentiasa bersangka baik dengan ALLAH kerana Dia adalah sebaik-baiknya perancang.....pekara ini bukannya mudah...dengan iman yang hanya seciput di dada.....terasa begitu hina dan jahil sekali apabila sentiasa merungut dan mengeluh terhadap kesulitan yang hadir dalam hidup.....pekara paling penting adalah kembali mengingatiNya dan berusaha untuk sentiasa memperbaharui iman...hu hu...terasa diri semakin jauh daripadaNya....

3.    SENTIASA BERFIKIR SECARA RASIONAL DAN JANGAN BERTINDAK TERBURU-BURU
-       Apabila menerima sesuatu berita yang menyakitkan tentang pasangan kita, kebiasaannya kita akan terus mempercayainya bulat-bulat tanpa ada usaha untuk mengetahui sejauhmana kebenarannya....hal ini menjadikan kita tidak mampu untuk berfikir secara rasional kerana terlalu dipengaruhi oleh emosi kekecewaan terhadap berita tersebut....cuba untuk sentiasa berfikir dalam-dalam dahulu dan elakkan bertindak secara terburu-buru kerana ini akan memburukkan lagi keadaan...

4.    KEHILANGAAN SESUATU YANG MENYAKITKAN
-       Hargai sesuatu yang kita sayangi sebelum kita merasai kehilangannya....antara pekara yang paling menyakitkan dalam hidup ialah KEHILANGAN......bawa-bawalah berbincang jika tidak mahu menyesal di kemudian hari...

5.    NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
-       ROBIN HOOD......dia ni HERO atau sebenarnya manusia yang memegang pada prinsip buat jahat tidak apa asalkan untuk kebaikan he he......apa-apapun...niat tidak menghalalkan cara...jadi berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita.

 SINOPSIS

Bermula dengan kehidupan seorang gadis bernama Naira....yang menariknya nama bapa heroin ni sama macam nama bapa saya NAIN.....ha ha...feeling ker...tak ada maknanya k.....Naira ni hidup menderita selepas kematian ayahnya disebabkan dia terpaksa menggalas tanggungjawab melindungi resort arwah ayahnya dan juga pelindung kepada adiknya Zeenta dan uminya akibat perbuatan abangnya Mirza yang juga seorang penagih dadah.....sikap Mirza yang selalu meminjam duit dengan ALONG dan menjadikan Naira sebagai tempat untuk mereka menagih hutangnya menyebabkan hidup gadis malang ni semakin kucar-kacir sehinggalah akhirnya muncul seorang ROBIN HOOD yang selalu berada bersamanya di saat dia berhadapan dengan pelbagai kesulitan..

Namun Raid yang menjadi penyelamatnya ini merupakan seorang lelaki yang mempunyai misteri sendiri menyebabkan Naira menderita dengan keputusan yang diambilnya untuk berkhawin dengan lelaki yang baru dikenalinya...dalam proses nak mengurat Naira ni...banyak kisah-kisah lucu ya nak tau korang bacalah sendiri....Naira yang digelar Cik Jeruk atau Melur....dan Raid pula digelar sebagai hantu...he he memang seronok.... namun seperti yang saya katakan awal-awal dalam entry ni...kekuatan novel ini pada unsur suspen yang digunakan...antaranya:
     i. Siapa yang sedang memerhati kisah Naira ketika apek boroi dengan annei mengejarnya 

    ii.         Siapa lelaki berjambang yang akhirnya bertukar menjadi kacak dan datang menginap di resort Naira? Apa tujuan kedatangannya? Datang dengan membawa duit yang banyak pula tu?

   iii.       Betulkah Raid benar-benar pernah menjadi anak ikan seperti yang diceritakan oleh Datin Maria dan Puan Sri Azizah? Part ni memang menyebalkan beb.....boleh rasa mcamana perasaan Naira waktu tu....

   iv.    Mirza mendakwa bahawa Raid merupakan seorang gay dan dia menjadi penagih dadah disebabkan oleh Raid sewaktu mereka sama-sama menuntut di UK....betulkah dakwaan ini ?

    v.        Siapakah Faris seperti yang didakwa oleh Mirza sebagai pasangan songsang Raid?

   vi.    Selama 10 bulan Raid menghilang tanpa sebarang berita selepas terlibat dengan kemalangan.....mayatnya tidak ditemui....tambahan pula Naira dalam keadaan yang sarat mengandung dan gigih untuk mencari kebenaran masa silam suaminya.....

Jangan risau....semua persoalan ini terjawab dengan menggembirakan dalam novel ini he he....soalan i dan ii tu semestinyalah IQBAL RAID...lelaki misteri yang begitu ikhlas mencintai Naira dan ingin menjadi pelindung kepada gadis malang ini....untuk soalan yang seterusnya.....ada yang lebih kepada fitnah yang dibuat-buat oleh Mirza dan Datin Maria namun terselit juga kebenaran yang menyakitkan di dalamnya...Faris juga muncul dan menceritakan hal sebenar malah memadu kasih pula dengan sahabat baik Naira iaitu Maryam dan menjaga Naira selepas kehilangan Raid.....untuk soalan terakhir tu...RAID menghilang 10 bulan kerana terlibat dengan kemalangan yang telah dirancang oleh syarikat pesaing..atas dasar keselamatan maka dia diminta untuk menyembunyikan diri tambahan pula kesan daripada kemalangan itu dia telah kehilangan ‘kelelakian’nya yang menyebabkan dia rasa hilang keyakinan untuk berjumpa dengan Naira.....setelah dia sembuh...dia ambil masa pula untuk mendalami ilmu agama....ceritapun tamat.....happy ending k.....


Rasa kelakarpun ada dengan ending cerita.....punyalah berdebar giler....menunggu kemunculan Raid....takkanlah dia mati terus kot....dahlah Naira tengah mengandung hu hu.....suspen dalam novel ni memang bestlah bagi saya sebab benar-benar menimbulkan tanda tanya yang berterusan dan menyebabkan saya leka untuk menghabiskan cerita....permainan emosi jangan ceritalah memang banyak punyalah ha ha....marah...sedih....geram....gembira....semua ada....tak percaya....bacalah novel ini...

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...