Friday, 30 December 2022

NOVEL HANYA KERANA DIA


Image result for novel hanya kerana dia

Novel ini karya kedua HASH AULIA yang saya baca. Novel ini agak santai dan simple sahaja jalan ceritanya. Tidak ada konflik antara watak yang berat dalam novel ini. Ia hanya lebih kepada perjalanan cerita perhubungan antara Delara dan Haris dalam mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga. Ceritanya memang santai dan tidak menyesakkan akal fikiran anda. Jika anda inginkan minda yang rileks semasa dan selepas membaca bolehlah baca novel ini.

Delara gadis anak yatim piatu yang dibesarkan dalam keluarga Airina telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Hariskacho sang playboy tahap gaban. Keputusan Delara ini mendapat tentangan kakak angkatnya Airina yang sememangnya arif dengan perangai Haris yang pastinya akan mengundang penderitaan hidup kepada Delara pada masa hadapan. Namun Delara masih juga dengan keputusannya dan terus-menerus memujuk Airina untuk bersetuju dengan permintaannya.

Selepas berkahwin dengan Haris, barulah Delara sedar bahawa niat asal untuk berkahwin dengan Haris tidak semudah seperti yang dirancang dan disangkanya. Sikap Haris yang tidak boleh dikawal walaupun selepas bergelar suami menyebabkan Delara rasa tersakiti. Haris juga sentiasa mengulangi kata-katanya yang dia tidak akan jatuh cinta walaupun Delara isterinya yang sah. Ini menambahkan luka di hati Delara. Pelbagai usaha dibuat oleh Delara namun hanya dipandang sipi oleh Haris. Tetapi di sebalik semua itu, Haris sebenarnya semakin runtuh rasa egonya terhadap isteri sendiri namun dia tetap bertahan untuk menyakiti Delara.

Sehingga akhirnya satu peristiwa di pejabat Delara yang menyebabkan Haris salah sangka dan menuduh isterinya ada skandal dengan kawan baiknya sendiri iaitu Ezmir merangkap majikan Delara. Hal ini menyebabkan pertelingkahan mereka sehingga hampir saja Haris melafazkan talak terhadap Delara namun sempat diselamatkan oleh nenda Haris. Delara yang terluka membawa hatinya balik ke kampung. Haris mula menyedari kesilapannya dan bermulalah adegan pujuk-memujuk he he...korang bacalah ya...apa-apapun akhirnya Delara balik ke pangkuan Haris dan sekali lagi rumah tangga dilanda badai kecil saja ha ha sewaktu Delara sedang mengandung namun semuanya HAPPY ENDING....k dapatan :-

1.    CINTA VS MASA DEPAN
-       Sanggupkah anda mengorbankan masa depan semata-mata kerana cinta. Hanya manusia yang berani  berhadapan dengan risiko ini sanggup melakukannya. Namun pada pendapat saya secara peribadi, tidaklah perlulah memperjudikan masa depan hanya kerana sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

2.    HARGAI SELAGI MASIH MILIK KITA.
-      Jangan sia-siakan sesuatu yang kita miliki. Jika merasakan sesuatu yang kita miliki itu tidak sempurna, fikirkan berkali-kali kerana setiap apa yang ada tidak dijanjikan dengan kesempurnaan tetapi untuk saling melengkapi. Tak guna rasa tersakiti selepas kehilangan tetapi itulah kelemahan manusia, belum terhantuk belum terngadah, selagi tidak merasa sakit selagi itulah tidak akan menghargainya.

#Mengapakah Delara nak sangat kahwin dengan Haris.....kerana ketampanan...kekayaan....atau ada sebab lain.....saya tinggalkan untuk korang baca eeh he he....ooh ya...cover depan ni...macam lain sikit daripada yang saya miliki....mungkin yang ini yang awal-awal kot....

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...