Wah...dah lama tidak update blog. Sudah lama juga tidak membuat pembacaan disebabkan kekangan tugas. Buku banyak yang belum dibaca tetapi membeli tak berhenti. Dalam kesempitan sumber kewangan sekalipun digigihkan juga membeli sebab berdasarkan pemerhatian dan pengalaman,buku ni lebih mahal apabila dijual prelove berbanding buku asal terutamanya buku-buku LE atau SE sebab tidak akan direprint semula.
Okei...berbalik kepada novel terkini karya HASH AULIA ini memang kena sangatlah di jiwa saya he he sebab sudah lama tidak membacakan jadi apabila terpilih buku yang santai dan tak banyak konflik yang menyebalkan maka jiwa kitapun jadi tenang he he...
Kisah simple dan klise tapi saya suka he he. Kisah tentang Xia Amara seorang gadis yang telah bertembung dengan seorang lelaki yang kerek. Pertemuan pertama mereka sangatlahtidak menggembirakan disebabkan keterlanjuran bicara dan tingkah laku Xia mencabar ego lelaki bernama Alex Xander (nak tau apa kisahnya susah sangatlah nak habaq kat sini sebab terlalu dalam nak diperincikan) korang bacalah ya he he.
Tanpa diduga Alex Xander merupakan bos baru di tempat kerjanya. Selebihnya kornag boleh bayangkanlah apa yang berlaku kan. Xander ni punya memaksa. Dia nak kat Xia tu tapi tak nak percaya pada ikatan perkahwinan dan cinta disebabkan latar belakang keluarganya begitu. Jadi Xander ni memerangkap Xioa sehiinggalah Xia akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Xander untuk berkahwin dengannya. Xander tahu untuk dia memiliki Xia dia perlu melakukannya melalui ikatan perkahwinan.
Terluka hati Xia apabila suami sendiri memaklumkan bahawa tujuan dia menikahi dirinya hanya kerana sebab nafsu semata-mata. Oleh sebab itulah dia meminta Xia supaya tidak menyimpan perasaan terhadapnya. Saya suka watak Xia yang tidak lemah. Tidak seperti heroin lain yang sikit2 menangis. Tapi Xia memberontak dan cuba untuk melawan namun apalah kudratnya apabila ia diperlakukan seperti pelacur dan seolah-oleh diperkosa tanpa belas kasihan oleh suaminya sendiri.
Apabila Xia semakin menjauh selepas trauma dengan kejadian hitam ‘diperkosa’ oleh suaminya maka Xander barulah menyedari kesilapannya. Xander bertambah takut apabila Xia mulai menuntut perpisahan. Akhirnya Xander berusaha untuk berubah demi menyelamatkan rumah tangganya dan korang tahulah endingnya kan...mestilah hero dapat balik heroinnya ha ha
# Kenapa Xander ni nak sangat dengan Xia...apa yang berlaku..korang baca ya...sikit je tu he he
#Maruah tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.
BICARA NOVEL 03 NOV 2018
No comments:
Post a Comment