Showing posts with label Shazie Kamaruzaman. Show all posts
Showing posts with label Shazie Kamaruzaman. Show all posts

Friday, 30 December 2022

NOVEL TUTOR TERLAJAK GARANG


Image result for novel tutor terlajak garang

Ini novel ketiga yang saya habiskan pembacaan dalam satu hari ha ha lepas gian betul selepas hampir dua bulan tidak membaca. Novel ini hasil karya SHAZIE KAMARUZAMAN. Rasanya pertama kali membaca karya beliau. Novel ni nipis sahaja. Hanya 220 mukasurat. Boleh dihabiskan pembacaan dalam tempoh satu jam jika tiada gangguan. Nipis-nipispun novelnya tapi harganya lebih kurang sama dengan novel-novel yang lain he he. Namun berbaloilah bagi mereka yang sukakan penceritaan dan jalan cerita yang santai dan menghiburkan.

Saya pada kelazimannya tidak berapa gemar dengan cerita-cerita yang berkisar pada kehidupan remaja atau kehidupan kampus yang melibatkan jiwa remaja ni he he...mungkin disebabkan faktor usia maka saya lebih suka membaca novel yang berkisar tentang dunia kerjaya...konflik keluarga atau masyarakat walaupun masih dalam keadaan yang menghiburkan. Ntah macamana saya order juga novel ni sebab macam seronok saja teasernya walaupun melibatkan dunia kampus.

Ternyata novel ini tidak mengecewakan saya. Saya suka dengan  jalan cerita yang santai. Tak adalah konflik yang sampai memeningkan kepala atau memualkan saya. Jalan cerita yang ringkas dan berfokus kepada watak-watak tertentu sahaja menjadikan ia mudah difahami dan dihayati.

Kisah ini tentang Kayla siswi yang mencari tutor untuk subjek Statistik yang dia hampir gagal. Kayla ni jenis manusia yang jika dia nak belajar dia memerlukan orang lain untuk menerangkan dan menjelaskan kepadanya. Dia telah meminta bantuan Adam Noah pelajar yang paling pintar dalam Statistik. Noah yang sedang berusaha untuk lari daripada gadis psiko Fura telah menetapkan syarat agar Kayla menjadi girlfriend sementaranya dan dia akan menjadi tutornya. Konflik banyak berkisar tentang sikap Noah yang tersangatlah garang dengan Kayla namun di sebalik kegarangan itu tersimpan sejuta rasa untuk sentiasa melindungi Kayla walaupun Noah berusaha untuk menafikannya. Kayla pula menjadi sasaran gangguan Fura yang telah bersubahat dengan Dennish rakan serumah Noah menyebabkan hidup Kayla menjadi tidak tenang.

Hubungan mereka terputus selepas Noah kembali ke London. Dia meninggalkan Kayla begitu sahaja dan langsung tidak mahu menghubunginya. Hal ini berterusan sehinggalah Noah akhirnya mengambil keputusan untuk kembali dan berkahwin dengan Kayla pada usia yang masih muda....HAPPY ENDING...k dapatan novel :-

1.    MARUAH VS PERASAAN
-     Kadang-kadang timbul juga rasa geram dengan kaum sendiri. Terlintas di hati pertanyaan yang agak kasar....OTAK MANA OTAK...dah orang tak nak tu...tak payahlah paksa-paksa. Ini menjatuhkan maruah diri. Maruah kaum perempuan. Suka sekalipun kalau dah lelaki tu pandangpun tak hingin...nak paksa lagi hadap muka kita...dengan andaian dia akan suka dengan kita....tipikal wanita lemah.....come on..move on lah.....cari orang yang mahu dengan kita jangan terhegeh-hegeh dengan orang yang terang-terangan meluat dengan kita. Fikir-fikirkanlah.
  
2.    SAYANG VS KAWAN
-       Punca konflik dalam perhubungan ialah kesukaran untuk mengenalpasti perasaan masing-masing. Adakalanya kita keliru antara sayang atau kawan. Jadi kenali hati anda agar tidak menyesal di kemudian hari.


# Novel santai membuatkan jiwa anda juga jadi santai dan rileks he he. Tak ada dah fikir-fikir konflik yang mengusutkan minda. Baik juga sekali sekala untuk menghilangkan tekanan dan mengisi masa lapang.

KONTRAK KAHWIN ANTI KLISE


Image result for kontrak kahwin anti klise

Ni buku kedua penulis SHAZIE KAMARUZAMAN yang saya baca. Sebelum ni, ada satu buku beliau yang telah saya buat review sebelum ini iaitu Tutor Terlajak Garang (TTG). Buku ni juga lebih tebal berbanding dengan TTG tu. Satu yang dapat saya perhatikan dalam novel ini, penulis banyak memasukkan semula kesemua watak dalam novel-novelnya. Biasanya teknik begini banyak saya baca dalam novel karya Anjell. Teknik sebegini sebenarnya kalau pada saya banyak menimbulkan rasa ingin tahu pembaca terhadap watak tersebut sehingga mungkin membeli karya lain ha ha contohnya macam saya selepas karya ni terus mencari karya beliau yang lain yang belum saya baca.

Okei berbalik kepada novel ni, kisah masih santai dan tidak menyebalkan. Konflik yang timbulpun tidak terlalu berat. Klise memang klise he he tipikal cerita imaginasi romantik Melayu cuma mungkin anti klise tu pada bahagian-bahagian tertentu dan secara tersirat. Kisah tentang seorang gadis yatim piatu bernama Rose (panjang sebenarnya nama dia dan susah nak sebut he he) yang terlihat kecurangan bakal tunangnya Kael menyebabkan dia kehilangan pertimbangan dan hampir dilanggar kereta sewaktu melintas jalan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Pertemuan tidak sengajanya dengan Seth lelaki yang hampir melanggarnya melakar pertemuan pertama mereka. Terkejut beruk Seth apabila Rose memohon pertolongan yang tidak dijangkanya.

"I need your help. Boleh you tolong I," Macam nak tak nak saja suara aku keluar dari mulut.

"Tolong apa?'

"Take me to your place,". Senafas aku lontarkan ayat itu.

Dah lah mereka baru pertama kali berjumpa, tiba-tiba seorang perempuan berani meminta dibawa balik ke rumahnya memang terkejutlah Seth . Tapi waktu tu mungkin dah terdetik sesuatu rasa dalam diri Seth.

"Fine, I bawa you balik ke rumah I. Cuma satu je I nak pesan."

"Okey, apa dia?" Beratus pesanan pun I sanggup, you.

Mata lelaki itu memicing seketika. Bertambah lajulah jantung aku berdegup.

"Jangan menyesal."

Maka bermulalah episod mereka tinggal serumah namun tidak berdua sebab Seth telah meminta pembantu rumahnya iaitu Kak Tun tinggal bersama sepanjang Rose berada di rumah itu. Oh ya, Seth ni merupakan designer terkenal tau. Dia memiliki syarikat sendiri dan sebenarnya dia sudah bertunang dengan seorang model bernama Anggerik atau glamernya Angie. Namun hanya dengan alasan kesibukan Seth yang tiada masa untuk dirinya menyebabkan Angie meminta pertunangan mereka diputuskan kerana dia sudah memilih untuk bersama dengan lelaki lain. Cuma yang menyebalkan Angie ni dah macam gila talak apatah lagi apabila mengetahui kewujudan seorang perempuan bersama bekas tunangnya iaitu Rose.

Rose ni sebenarnya mengelak untuk berjumpa dengan ex BF dia Kael. Tu yang dia ikut Seth balik ke rumah dan seterusnya meminta kerja di syarikat Seth sebagai PA kepada PA Seth iaitu Hadee. Hubungan mereka baik sahaja sehinggalah satu ketika, Rose merasakan tindakannya tinggal bersama Seth pasti akan menjadi buah mulut orang dan menjatuhkan reputasi Seth dan dia dituduh punca Seth putus tunang dengan Angie. Oleh itu, dia telah mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah Seth. Namun satu kejutan berlaku apabila Seth melamarnya menjadi isteri kepada lelaki itu. Rose pada mulanya tidak bersetuju tetapi selepas melihat hasil siasatan bodyguardnya Thariq tentang identiti kekasih Kael maka Rose bersetuju untuk berkahwin dengan Seth dengan syarat pernikahan mereka dirahsiakan sehingga Rose bersedia. Klise bukan he he dan Seth pun bersetuju maka berlangsunglah perkahwinan rahsia itu.

Yang tak klise nya tak adalah tangguh-tangguh untuk mereka nak rasmi jadi suami isteri sebenar sebab Seth memang mendominasi keadaan ha ha. Tak ada kisah-kisah asing bilik sebab Seth memang nak isteri dia sentiasa berada di sampingnya. Kisah mereka macam biasalah antara majikan dan pekerja ketika berada di opis dan suami isteri di belakang Kak Tun di rumah. Banyak jugalah kisah lucu Seth + Rose yang curi-curi untuk bermesra seperti kedapatan ketika berada di kampung Kak Tun sewaktu pernikahan Mak Jemah. Ahaa....di sinilah semua watak tu muncul....Dean dan Karl sebagai watak penyeri yang memang menghiburkan.

Klimaks sangat2lah menyebalkan pada saya. Apabila Rose dah mengandung dan hidup bahagia dengan Seth...Tok Mama Seth pun menerima Rose...muncul pula c langau Angie yang mengatakan dia mengandung. Yang menyakitkan hati, Seth ni dalam dia tak nak menyakiti hati isteri dia dengan berahsia dan nampak lebih memihak kepada Angie tanpa dia sedari dia telah menyakiti hati isterinya berganda-ganda sebab terlalu melebihkan Angie semata-mata untuk mengelakkan Rose tahu Angie menuduhnya bapa kepada kandungan perempuan itu. 

Rose ni bukan calang-calang orang tau. Dia sebenarnya anak kepada Tan Sri Ghazali. Dia seorang wanita yang kuat namun macam yang dia kata kepada suaminya....My had limit is Angie....maka akhirnya dia kalah dengan perasaan marah itu. Apabila Seth berjaya menyelesaikan Angie, Rose berhadapan lagi dengan ancaman lain sehingga melibatkan pencerobohan ke penthouse mereka. Akhir sekali Rose diculik oleh dua orang wanita yang berkomplot membenci Rose iaitu Angie + Felina menyebabkan Rose kemalangan.

SCENE 1

"I love you, love."

Ayat itu yang menjadi kekuatan aku. Ayat itu yang buatkan aku terjaga dua jam lepas. Tak ada wajah lain yang aku nak lihat selain wajah Seth. Hanya Seth.

"Seth, I okey. Sikit je ni."

"Sikit? You tak sedarkan diri lebih daripada 24 jam, Rose. You hampir mati!" Seth bangkit berdiri. Melihat ke luar.

SCENE II

Selesai saja, dia tak terus pakaikan pijama itu. Sebaliknya dia perhatikan segenap tubuh aku. Reaksinya langsung berubah. Bergerak-gerak rahangnya.

Aku tahu dia nampak lebam dan luka yang masih baru. Dan aku tahu dia marah. Aku capai tangannya dan mendongak.

"Seth, it's okay. I okey. I dah rasa sihat sikit."

Seth menggeleng. Tak mahu mengiakan kata-kata aku.

"Seth..."

"Enough." Seth memintas.

Dia hanya diam selepas itu. Selepas menggantikan pakaian, dia suruh aku berbaring. Aku perhatikan saja dia tarikkan duvet sehingga ke paras dada. Dia mahu berlalu. Tapi, aku menahan.

"Teman I kejap, please?

Tanpa suara Seth terus naik ke atas katil. Aku mengiring. Begitu juga dia. Dekat sehingga nafasnya terasa menampar wajah aku.

Jari aku mula bermain dengan jambangnya. Kasar, tapi aku suka. Kemudian, beralih ke pipinya pula. Sebelum turun ke bibirnya. Bibir itu semakin kurang senyum sejak aku sedar di katil hospital.

"You marah I ke, Seth?"

"Yes, I marah you. Sangat-sangat."

"I minta maaf sebab buat you marah."

Seth sentuh tangan aku yang berada di pipinya. Kemudian, dibawa ke bibirnya lama.

"I love you, Rose."

Aku senyum."I love you too."

"Don't ever doubt it."

"I won't, husband."

Tu antara scene-scene romantik Seth + Rose he he...selebihnya korang bacalah ya. Selepas kemalangan itu maka bermulalah hidup bahagia mereka he he dan di sinilah muncul pula watak TTG iaitu Noah dan Kayla...sekejap je...masa persandingan mereka...and HAPPY ENDING...k dapatan :-
    1. JANGAN TAMAK DALAM APA SAJA. TAK KIRALAH HARTA ATAUPUN MEMILIKI PERASAAN ORANG LAIN.
    2. SENTIASA MENCARI ALASAN UNTUK MEMENANGKAN DIRI SENDIRI DAN MERASAKAN DIRINYA ADALAH MANGSA MERUPAKAN SIFAT PENGECUT DAN BACUL.
# Korang kena baca ya novel ni. Banyak lagi yang saya tak sentuh. Siapa sebenarnya kekasih Kael tu. Apa hubungan antara Kael dan Rose ni sebenarnya. Betulkah kekasih atau ada udang di sebalik batu.

# Anti klisenya di mana pun korang kena baca baru dapat hadam. Kalau tak korang tak akan tahu anti klisenya di mana he he.

# Saya sebenarnya agak terganggu dan tidak berapa gemar dengan panggilan moden macam I dan You ni tapi kerana tarikan jalinan cerita novel ni maka saya mampu menghabiskannya dan berjaya menyingkirkan rasa tidak senang itu he he....Daebak untuk penulis ni.


13/60 CABARAN 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 29 JANUARI 2019

TUAN PERASAAN MACO


Image result for tuan perasan maco

K..ni buku ketiga penulis ni yang telah saya baca. Buku ni lebih kurang saja ketebalan dengan Tutor Terlajak Garang...buku ni hanya 275 muka surat sahaja jadi tidaklah terlalu lama untuk dihabiskan. Satu pemerhatian saya terhadap corak penulis ni adalah dari segi penggunaan bahasanya. Kalau bukunya nipis maka banyaklah bahasa-bahasa selamba yang digunakan tapi kalau buku dia agak tebal standard novel biasa penggunaan bahasanya tidak terlalu menampakkan bahasa anak-anak muda zaman sekarang.

Kisah simple dan santai. Jika anda pernah menonton drama popular suatu ketika dahulu iaitu Bety..yang dulunya hodoh jadi cantik..lebih kurang mcm ni lah konsep cerita dia he he. Kisah tentang seorang gadis bernama Alma Ameena. Sorang gadis introvert yang suka menyendiri dan berpenampilan agak tidak menarik walaupun sebenarnya dia digambarkan memiliki aura kecantikan yang tersendiri. Kisah malang dalam hidupnya bermula apabila dia meluahkan rasa sukanya terhadap Ryan crush yang diminatinya secara diam-diam. Ryan bukan sahaja tidak menerima luahan perasaannya malah Amee telah dihina dengan begitu teruk sekali. 

"Amee, terima kasih sebab suka saya. Saya hargai perasaan awak tu. Tapi..."

Ah perkataan 'tapi' itu biasanya bawa maksud tak baik.

"Saya tak minat perempuan selekeh macam awak ni, Amee."

Aku pandang diri sendiri. Selekeh?!

"Pakai specs stail orang tua."

Stail orang tua?!

"Mix dan match baju macam orang buta warna."

Buta warna?!

Muka tak siap. Tak ada seri."

Tak siap?!

"Awak tak sepatutnya ada perasaan dekat saya, Amee. Awak kena sedar diri dari mula lagi yang awak tu tak layak untuk saya."

Tu dia...mak aiii...penghinaan tu betul-betul menyakitkan hati Amee. Tapi bestnya Amee ni bukanlah watak yang lemah. Setelah apa yang Ryan katakan pada dia Amee akhirnya...

Ryan yang baru nak berlalu, berhenti melangkah. Aku berdiri. Dan, dengan sekuat hati aku baling sebiji cream puff tepat ke mukanya.

Kan....tgk mendapat c Ryan dengan Amee gara-gara mulut celupar tu. Bukan setakat itu sahaja, Ryan telah menjaja cerita tentang sesi luahan Amee kepada rakan-rakan kuliah mereka dan ini benar-benar memalukan Amee. Nasib baiklah dia teringat akan seorang lelaki maco iaitu Fadh Benjamin yang menyaksikan kisah malangnya dengan Ryan di Kafe INN beria-ria nak membantunya untuk berubah. 

Amee akhirnya mengambil keputusan untuk berubah dengan bantuan Ben. Namun bukan calang-calang cabaran yang terpaksanya dilaluinya terutamanya berhadapan dengan bebalan Ben yang tak kurang pedasnya. Hasil bantuan Ben yang merupakan lelaki perfect dengan raut wajah dan kekayaan yang dimilikinya menjadikan Amee yang baru berjaya dilahirkan pada hari pertama cuti semester dibuka.

Ramai yang tidak kenal Amee he he sampaikan pensyarahnya sendiri ingatkan dia adalah pelajar baru masuk. Dan yang lebih memuaskan hati, Ryan juga terkejar-kejarkan dirinya semula sehingga menimbulkan kemarahan Thalia GF Ryan. Sir Arman juga mula mengejar Amee namun apa saja yang berlaku Ben pasti ada he he tambahan pula hubungan Ben dengan ayah Amee tersangatlah baik.

Hubungan Ben + Amee tidaklah terus menjadi kekasih tetapi lebih kepada teman tersangatlah mesra. Gelagat pekerja GBC milik Ben sangat-sangatlah menghiburkan. Konflik muncul apabila ayah Amee tiba-tiba didapati ada hubungan dengan orang lain. Amee berasa tertekan kerana dia seolah-olah dipinggirkan namun setelah dirasionalkan oleh Ben, Amee akhirnya menerima dan merestui pilihan ayahnya.

Amee sekali lagi mengambil keberanian untuk meluahkan perasaanya kepada Ben. Walaupun dia tidak menerima penghinaan daripada Ben malah Ben menyatakan dia juga menyukai Amee namun ada perkataan 'tapi' yang tergantung sehinggalah Amee dipertemukan dengan Bazla yang Ben akui sebagai GF nya. Amee cuba bersikap profesional walaupun dia agak sakit di dalam. Konflik terlerai apabila Bazla dan Raid muncul memaklumkan kepada Amee hal sebenar. Bazla tu sebenarnya adalah kakak kandung kepada Ben.

Amee yang mengetahui kisah sebenar mula menggodam balik instagram Ben dan akhirnya dia dapat merungkai kod-kod rahsia kaspyen Ben pada gambar-gambar miliknya di instagram. Dari situlah Amee tahu Ben juga menyukai dan menyayanginya. Mereka cuba menjalin hubungan dan ceritanya ni diakhiri dengan Ben melamar Amee pada hari konvoksyennya...tu je...mungkin ada sambungan..tak tau lah pula he he..k dapatan novel ini :-
  1. JANGAN MENGHINA KEKURANGAN ORANG LAIN
  2. HARGAI PERTOLONGAN ORANG LAIN

# Apa yang menyebabkan Ben menolak Amee sedangkan dia juga berperasaan sama seperti Amee. Apa yang Ben takuti sehingga dia sanggup menyeksa diri walaupun jiwanya terseksa merindui Amee.

# Ayah Amee kawin dengan siapa...macam Amee kenal je dengan wanita itu he he.

# Penulis ada tinggalkan hint untuk watak next novelnya....he he saya rasa watak Gibb...kita tunggu dan lihat


17/60 CABARAN MEMBACA 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (11 FEBUARI 2019)

SAAT ITU