Fuuh.....dah lama rasanya tidak membaca buku
hasil terbitan Penulisan2U....sebab sekarang ni lebih banyak membaca buku-buku
yang hanya dibeli melalui online sahaja. Biasanya untuk buku-buku keluaran
penerbitan ini, saya hanya beli di kedai-kedai buku apabila mengunjungi tanah
besar Sabah. Buku ni dah lama saya beli.
Saya terbaca teasernya dalam FB dan sangat memikat hati saya. Namun kekangan
masa menghalang untuk saya membacanya.
Novel ini karya RISSA AHDIYA. Juga kali
pertama saya membaca karya beliau. Kisah dalam ni simple sahaja. Tak adalah
konflik yang terlalu berat untuk difikirkan. Jadi rasa lega sangat sebab
jiwapun tidaklah tertekan sewaktu membacanya he he. Novel ini berkisar tentang
kehidupan Najla gadis muda berusia 18 tahun yang memberontak terhadap tindakan
ibu bapa kandungnya yang telah meninggalkannya sejak dia berusia 45 hari. Namun
Najla tidak mengetahui sebab Hj Lufti dan Hjh Karimah mengambil tindakan yang
sangat menyakitkan mereka itu. Najla membesar dalam jagaan datuk dan neneknya dan
seringkali menjadi bahan cercaan sepupu-sepupu terutamanya Wani. Dia hanya mula
hidup bersama ibu bapa kandungnya di usianya 12 tahun selepas kematian datuk
dan neneknya. Sejak itulah Najla mula memberontak dengan melakukan pelbagai
kejahatan semata-mata untuk menyakiti hati kedua orang tuanya.
Hj Lufti yang risaukan Najla kesan daripada
penyakit buah pinggang yang dihidapinya telah mengambil keputusan untuk meminta
bantuan Firhad anak buahnya sendiri agar menjaga dan membimbing Najla. Firhad akhirnya
bersetuju dan walaupun tanpa kerelaan Najla yang jika boleh tidak mahu
berkahwin di usia muda, perkahwinan mereka termeterai jua. Harapan Najla untuk
mencari boyfriend di universiti dan berkahwin dengan lelaki yang berkerjaya
punah dengan perkahwinannya dengan seorang penjual ayam. He he...tpi Firhad ni
bukan sembarangan tau...ada ijazah...dia bukanlah penjual ayam biasa-biasa
tetapi lebih kepada usahawan penternak ayam yang berjaya.
Najla sangat berharap dia dapat sambung
belajar ke universiti yang jauh daripada kampung mereka agar dapat bebas
daripada ayahnya yang garang dan juga suaminya. Namun takdir Allah teratur
cantik apabila dia ditawarkan di UKM yang dekat dengan rumah Firhad. Bermulalah kisah
hidup mereka sehinggalah si Wani yang tak pernah jemu membuat onar pada Najla
asyik menganggu kehidupan rumahtangga mereka. Saya suka sebab tidak adalah juga
konflik yang menyesakkan jiwa sangat dan novel ini tidaklah terlalu ‘sawit’
sehinggakan meloyakan tekak pembacaan saya he he....
Klimaks cerita apabila Firhad dituduh merogol
Wani atas perangkap Wani sendiri yang mahu ada orang yang bertanggungjawab
terhadap kandungannya. Demi menjaga maruah keluarga, Najla meminta Firhad
berkahwin dengan Wani. Wani gembira sakanlah dapat kahwin dengan jejaka pujaan
hatinya dari dulu. Namun Firhad tidak bersetuju dan rela masuk penjara. Dalam
masa yang sama, Hj Lufti telah pengsan dan memerlukan pemindahan buah pinggang
untuk hidup. Najla mahu menderma tetapi dia sedang sarat mengandung. Akhirnya,
ada seorang penderma yang tidak mahu identitinya dikenali. Hj Lufti kembali
pulih. Ekoran kes Wani, Firhad dituduh sebagai perogol. Namun semuanya
terungkai dengan baik dan cantik....HAPPY ENDING....saya tinggalkan persoalan
tentang siapa bapa anak dalam kandungan Wani....berjayakah Najla kembali kepada
keluarganya.....siapakah penderma misteri itu.....korang baca eeh he he....k
dapatan cerita :-
1.
HORMATI
ORANG TUA
- Sebenci
manapun Najla dengan ibu bapa kandungnya namun dia masih juga menuruti kata
mereka. Walaupun dia mengutarakan kata-kata pedas yang mungkin sahaja melukai
hati mereka namun Najla tetap akur dan tidak berani membantah dan hasilnya dia
dapat kembali kepada keluarganya.
2.
JANGAN
BUAT TINDAKAN BODOH
- Wani
yang terlalu mengikut perasaannya mahukan Firhad akhirnya menerima padah
apabila dia berjumpa dengan bomoh. Dia cuba memisahkan Firhad dan Najla dengan
menggunakan khidmat bomoh. Akhirnya makan tuan sendiri. Oleh itu, jangan bodoh
dalam tindakan, kelak menyesal di kemudian hari.
#Firhad
yang matang dan sabar dalam menangani sikap keanak-anakkan isterinya menambat
hati saya. Yalah.....sapa suruh kahwin dengan budak 18 tahun kan he he...ooh
ya...Firhad ni sebenarnya dah lama suka kat Najla iaitu sejak Najla berusia 6
tahun lagi...apa yang berlaku....mereka terpisahkah...baca ya he he
No comments:
Post a Comment