Showing posts with label Umie Nadzimah. Show all posts
Showing posts with label Umie Nadzimah. Show all posts

Friday, 13 October 2017

NOVEL LELAKI KIRIMAN TUHAN


Image result for lelaki kiriman tuhan



Ini novel kedua hasil karya penulis ini iaitu UMIE NADZIMAH yang saya telah baca....kekuatan novel ini yang membuatkan saya meneruskan pembacaanya dan menghabiskannya dalam tempoh tiga jam ialah terletak pada teknik suspens yang banyak digunakan oleh pengarang he he....jenuh tau tak rasa di jiwa cuba untuk menebak apa sebenarnya yang berlaku...setiap konflik yang timbul...setiap kali tu jugalah penulis ini perkemaskannya dengan unsur suspens yang membuatkan pembaca tidak mampu menghentikannya pembacaannya....

Pada awal-awal cerita novel ini....lebih kepada trauma kaum perempuan yang terpaksa menanggung penderitaan hidup akibat perbuatan orang lain...walaupun saudara kandungnya sendiri....fuuuh....awal-awal cerita dah tertanya-tanya sapa yang memerhati...stalker tu untuk apa....kenapa dia buat semua tu.....perkembangan cerita...sapa sebenarnya lelaki itu.....mengapa dia bersungguh-sungguh nak berkahwin dengan wanita berhati batu.....lepas kawin wujud pula lagi konflik yang ntah apa-apa dan memeningkan...ditambah pula dengan misteri kehilangan...sesak jiwa dan nak tahu ending cerita ni he he..... jom kongsi dapatan dalam novel ini :-
1.    JANGAN PANDANG HINA PADA PENDOSA
-       Insaf diri seketika.....ini mesej utama yang saya dapat daripada novel ini...bahawa manusia yang mempunyai masa silam yang penuh dengan noda dosa tidak semestinya akan kekal menjadi pendosa sampai bila-bila...apabila pintu taubat Allah buka kepadanya maka dia akan menjadi manusia yang benar-benar beriman kepada Allah....selagi kita diberi peluang untuk bertaubat maka gunakanlah sepenuhnya....rasa kerdil sangat diri ini apabila mengenangkan nikmat ketenangan yang semakin hari rasa semakin tidak digunakan dengan sebaik-baiknya di depanMu ya Allah...daripada novel ni juga....menyampaikan mesej supaya jangan menghakimi orang lain....memanglah terlalu perit untuk kita menerima sesuatu yang di luar jangkaan namun berusahalah untuk reda dan sabar dengan apa yang berlaku.....geram dengan Naira namun masih boleh memahami mengapa dia begitu sukar untuk menerima masa silam suaminya sendiri.....bukan calang-calang kot.....ujian suami pernah menjadi ‘anak ikan’ kepada wanita-wanita kaya suatu ketika dahulu bukanlah satu pekara yang mudah utk seseorg yang bergelar isteri.....nak merana berpuluh tahun kot hu hu...

2.    KIFARAH PEMBERSIH DOSA MASA SILAM
-       Sentiasa ingatkan diri bahawa setiap pekara yang kita lakukan akan ada balasannya......kagum dengan Raid yang begitu positif dan bersedia untuk berhadapan dengan balasan terhadap perbuatan masa silamnya....perlu diingatkan dan dihadam dalam diri bahawa setiap kali diuji....sentiasa bersangka baik dengan ALLAH kerana Dia adalah sebaik-baiknya perancang.....pekara ini bukannya mudah...dengan iman yang hanya seciput di dada.....terasa begitu hina dan jahil sekali apabila sentiasa merungut dan mengeluh terhadap kesulitan yang hadir dalam hidup.....pekara paling penting adalah kembali mengingatiNya dan berusaha untuk sentiasa memperbaharui iman...hu hu...terasa diri semakin jauh daripadaNya....

3.    SENTIASA BERFIKIR SECARA RASIONAL DAN JANGAN BERTINDAK TERBURU-BURU
-       Apabila menerima sesuatu berita yang menyakitkan tentang pasangan kita, kebiasaannya kita akan terus mempercayainya bulat-bulat tanpa ada usaha untuk mengetahui sejauhmana kebenarannya....hal ini menjadikan kita tidak mampu untuk berfikir secara rasional kerana terlalu dipengaruhi oleh emosi kekecewaan terhadap berita tersebut....cuba untuk sentiasa berfikir dalam-dalam dahulu dan elakkan bertindak secara terburu-buru kerana ini akan memburukkan lagi keadaan...

4.    KEHILANGAAN SESUATU YANG MENYAKITKAN
-       Hargai sesuatu yang kita sayangi sebelum kita merasai kehilangannya....antara pekara yang paling menyakitkan dalam hidup ialah KEHILANGAN......bawa-bawalah berbincang jika tidak mahu menyesal di kemudian hari...

5.    NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
-       ROBIN HOOD......dia ni HERO atau sebenarnya manusia yang memegang pada prinsip buat jahat tidak apa asalkan untuk kebaikan he he......apa-apapun...niat tidak menghalalkan cara...jadi berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita.

 SINOPSIS

Bermula dengan kehidupan seorang gadis bernama Naira....yang menariknya nama bapa heroin ni sama macam nama bapa saya NAIN.....ha ha...feeling ker...tak ada maknanya k.....Naira ni hidup menderita selepas kematian ayahnya disebabkan dia terpaksa menggalas tanggungjawab melindungi resort arwah ayahnya dan juga pelindung kepada adiknya Zeenta dan uminya akibat perbuatan abangnya Mirza yang juga seorang penagih dadah.....sikap Mirza yang selalu meminjam duit dengan ALONG dan menjadikan Naira sebagai tempat untuk mereka menagih hutangnya menyebabkan hidup gadis malang ni semakin kucar-kacir sehinggalah akhirnya muncul seorang ROBIN HOOD yang selalu berada bersamanya di saat dia berhadapan dengan pelbagai kesulitan..

Namun Raid yang menjadi penyelamatnya ini merupakan seorang lelaki yang mempunyai misteri sendiri menyebabkan Naira menderita dengan keputusan yang diambilnya untuk berkhawin dengan lelaki yang baru dikenalinya...dalam proses nak mengurat Naira ni...banyak kisah-kisah lucu ya nak tau korang bacalah sendiri....Naira yang digelar Cik Jeruk atau Melur....dan Raid pula digelar sebagai hantu...he he memang seronok.... namun seperti yang saya katakan awal-awal dalam entry ni...kekuatan novel ini pada unsur suspen yang digunakan...antaranya:
     i. Siapa yang sedang memerhati kisah Naira ketika apek boroi dengan annei mengejarnya 

    ii.         Siapa lelaki berjambang yang akhirnya bertukar menjadi kacak dan datang menginap di resort Naira? Apa tujuan kedatangannya? Datang dengan membawa duit yang banyak pula tu?

   iii.       Betulkah Raid benar-benar pernah menjadi anak ikan seperti yang diceritakan oleh Datin Maria dan Puan Sri Azizah? Part ni memang menyebalkan beb.....boleh rasa mcamana perasaan Naira waktu tu....

   iv.    Mirza mendakwa bahawa Raid merupakan seorang gay dan dia menjadi penagih dadah disebabkan oleh Raid sewaktu mereka sama-sama menuntut di UK....betulkah dakwaan ini ?

    v.        Siapakah Faris seperti yang didakwa oleh Mirza sebagai pasangan songsang Raid?

   vi.    Selama 10 bulan Raid menghilang tanpa sebarang berita selepas terlibat dengan kemalangan.....mayatnya tidak ditemui....tambahan pula Naira dalam keadaan yang sarat mengandung dan gigih untuk mencari kebenaran masa silam suaminya.....

Jangan risau....semua persoalan ini terjawab dengan menggembirakan dalam novel ini he he....soalan i dan ii tu semestinyalah IQBAL RAID...lelaki misteri yang begitu ikhlas mencintai Naira dan ingin menjadi pelindung kepada gadis malang ini....untuk soalan yang seterusnya.....ada yang lebih kepada fitnah yang dibuat-buat oleh Mirza dan Datin Maria namun terselit juga kebenaran yang menyakitkan di dalamnya...Faris juga muncul dan menceritakan hal sebenar malah memadu kasih pula dengan sahabat baik Naira iaitu Maryam dan menjaga Naira selepas kehilangan Raid.....untuk soalan terakhir tu...RAID menghilang 10 bulan kerana terlibat dengan kemalangan yang telah dirancang oleh syarikat pesaing..atas dasar keselamatan maka dia diminta untuk menyembunyikan diri tambahan pula kesan daripada kemalangan itu dia telah kehilangan ‘kelelakian’nya yang menyebabkan dia rasa hilang keyakinan untuk berjumpa dengan Naira.....setelah dia sembuh...dia ambil masa pula untuk mendalami ilmu agama....ceritapun tamat.....happy ending k.....


Rasa kelakarpun ada dengan ending cerita.....punyalah berdebar giler....menunggu kemunculan Raid....takkanlah dia mati terus kot....dahlah Naira tengah mengandung hu hu.....suspen dalam novel ni memang bestlah bagi saya sebab benar-benar menimbulkan tanda tanya yang berterusan dan menyebabkan saya leka untuk menghabiskan cerita....permainan emosi jangan ceritalah memang banyak punyalah ha ha....marah...sedih....geram....gembira....semua ada....tak percaya....bacalah novel ini...

NOVEL SI BAJU KURUNG KASUT KANVAS


 Image result for si baju kurung kasut kanvas


 Ini juga kali pertama saya membaca hasil karya penulis ini iaitu UMIE NADZIMAH....tak taulah pula kalau ada dalam longgokan koleksi yang tersusun rapi dalam rak buku novel tu...atas dasar minat yang tinggi terhadap novel...akhirnya My Hubby belikan sebuah rak buku kecil untuk memuatkan novel-novel hasil belian isteri kesayangannya(ha ha) yang semakin hari semakin bertambah.....eeh melalut pula...saja bagi intro..


Berbalik semula kepada novel ini...saya sebenarnya dah lama perasaan yang tajuk novel sekarang ni dah pelik-pelik...kalau dahulu punyalah pemilihan nama tu pun dah metafora sangat...baca tajuk bukupun dah rasa berbunga-bunga dek namanya yang hiperbola sangat tapi mutakhir ini trend dah berubah...tajuk novel dah jadi ‘selamba’...main bubuh jer lah namanya...macam ni novel ni....blh pula Si Baju Kurung Kasut Kanvas....

Mula-mula saya ternampak novel ni...memang tak menarik langsung perhatian saya sebab dah tajuk pun pelik-pelikkan macam tak best saja.....tapi jangan menilai dari luaran ya...he he...setelah membacanya memang best pula cerita ni..boleh buat saya tersengih-sengih malah adakalanya meletus juga ketawa kecil apabila penulis memaparkan unsur humor bersahaja dalam penceritaannya....dan walaupun tak adalah sampai menitiskan air mata tetapi adakalanya konflik dalam cerita benar-benar menyentuh naluri pembaca saya.......baiklah.....dapatan saya dalam novel ini:-
1.    RIAK ITU PERMULAAN KEJAHATAN DIRI
-       Saya sebenarnya terkesima sewaktu membaca novel ini apabila penulisnya berjaya memaparkan kisah masyarakat yang terlalu riak dalam kehidupan mereka...walaupun jalan cerita simple dan isu biasa sahaja iaitu melibatkan masyarakat Utara yang begitu taksub dengan kelebihan diri namun mesej RIAK itu sebagai permulaan kepada segala kejahatan amat jelas.....disebabkan RIAK orang sanggup menghina orang lain kerana merasakan dia lebih baik walhal sesungguhnya apabila kita merasakan kita lebih baik daripada orang lain maka itu adalah satu permulaan sikap yang tidak baik.

2.    HIPOKRIT SIKAP YANG AKAN MENJATUHKAN NILAI MARUAH DIRI
-       Jadi diri kita sendiri adalah lebih baik...jujur dan akui apa sahaja kelemahan yang kita miliki...namun sebagai insan biasa yang nalurinya ingin sentiasa kelihatan hebat daripada orang lain...bukan mudah untuk kita mengamalkannya...saya sendiri insan lemah yang sentiasa alpa dengan nikmat Allah...sebagai peringatan diri...tak perlulah hipokrit jika inginkan perhatian orang lain..syukuri dan berbanggalah dengan apa yang kita miliki...yang paling penting...jangan hipokrit di hadapan orang lain semata-mata untuk dapatkan perhatian kerana apabila tembelang anda pecah.....waduh....tak tahu di mana nak letak muka selepas itu....adalah lebih baik kita akui kelemahan diri agar apabila kita tidak mampu melakukan sesuatu...kita lebih reda dan akur dengan keadaan daripada bersikap hipokrit konon hebat padahal sekali pecah nak letak maruah diri di kutub utarapun dah tak ada gunanya.
3.    FITNAH SENJATA UNTUK MENJATUHKAN SESAMA INSAN
-       Aduh....takut sangat dengan hal seperti ini..memfitnah dan difitnah..dua-duanya mengerunkan..mudahan terhindar daripada pekara ini. Fitnah jika dijadikan sebagai santapan seharian kehidupan maka tunggulah apabila kifarah Allah tiba pada dirimu. Bukan mudah untuk seseorang yang difitnah menjalani kehidupannya selepas difitnah..kesan dan lukanya kekal terpahat walaupun ungkapan maaf telah diucap..kedukaan fitnah yang mencengkam orang itu bukan boleh hilang dalam sekelip mata tetapi makan masa yang lama untuk sembuh...oleh itu berfikirlah sebelum terlibat dengan fitnah-memfitnah

4.    JUJUR DAN IKHLAS KUNCI KETENANGAN JIWA
-       Perlu jujur dengan diri sendiri...perlu ikhlas dengan diri sendiri...barulah kita boleh hidup dengan jujur dan ikhlas di hadapan orang lain. Nak jujur...nak ikhlas kena ada kekuatan dalam diri..perlu ditanamkan dan diamalkan dalam diri...bukan mudah untuk jujur dan ikhlas kerana ini adalah lambang hati seorang manusia yang benar-benar bersih..

SINOPSIS

Cerita novel ni simple sahaja...berkisar tentang seorang gadis sempoi....jujur dan ikhlas menerima kekurangan dirinya bernama Suria Rihana....Suria menerima setiap kekurangan dirinya dengan terbuka...bermula dengan saiz badannya yang agak tembam dan wajah yang kurang jelita seperti kakak sepupunya Ratnasari...Suria akur dengan kekurangannya..

Namun di sebalik kekurangan itu, Suria memiliki hati yang bersih...dia jujur dalam setiap tingkah laku dan tutur katanya...dia juga seorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama lebih-lebih lagi sejak dia rapat dengan keluarga Ustazah Latifah. Hal ini membolehkan dia menerima sikap ibunya Che Pah yang terang-terangan mengutuk dan menghina dirinya yang tidak suka melawa sepertinya dan Ratna. Che Pah benar-benar marah dengan cara berpakaian Suria yang lebih suka mengenakan baju kurung dengan kasut kanvas tanpa ada secalit makeup di wajahnya. Che Pah berpendapat kerana sikap sempoi Suria dalam berpakaian inilah menjadi punca Suria tidak kelihatan cantik dan tidak laku. Malah keluarga bekas kekasihnya Jejai menolak dia disebabkan oleh raut wajahnya yang tidak cantik.

Saya agak penasaran dan geram sangat-sangat saat Mak Cik Ropawan tu menghina Suria di hadapan orang ramai...rasa anak lelaki dan menantunya tu lah yang paling hebat di muka bumi....geram sungguh waktu membaca part ni...tpi syoknya apabila di peleraian cerita rupa-rupanya menantu kesayangan dia tu lagi hodoh daripada Suria cuma dia jadi cantik sebab telah menjalani pembedahan plastic...Jejai pula dah jadi mereng sebab nak berbalik dengan Suria..waktu dulu-dulu tak nak...bila Suria dah jadi lawa barulah terhegeh-hegeh nak mampus....padan muka manusia tembok mcm ni .....oooppps

Waktu Che Pah melebih-lebihkan Ratna daripada anak kandung sendiripun antara part yang cukup mengeramkan. Pandai sangatlah c Ratna hipokrit tu berlakon sampai semua adik-beradik Suria pun menyebelahinya...dia ni hasad dengki sangat tinggi..tak boleh nak tengok Suria tu hidup senang sikit ada saja kata-kata dan rancangan jahatnya yang menyakitkan keluar daripada hati dan mulut busuknya tu...nasib baik Suria ada hero yang sentiasa berada di sisi he he...jeng jeng...siapa lagi kalau bukan Gary Rahman c abang sado...oh ya..kalau korang nak tahu..Gary ni merupakan lelaki idaman Ratna tau...dia sanggup buat apa saja untuk mendapatkan Gary namun tidak pernah dihiraukan oleh Gary yang sememangnya sudah bosan dengan sikap perempuan-perempuan hipokrit...sebab tu lah Gary terpikat dengan Suria sebab ketulusan hati dan kejujuran sikap gadis itu berjaya mengocak jiwa lelaki Gary yang mula berubah kea rah mencari reda Allah...

Gary terpikat dengan sikap jujur Suria....jodoh bertambah kuat apabila Suria menjadi guru mengaji anak saudaranya si manis Sophea...dan bertmbah kuat lagi apabila ibunya Puan Saria berkenaan sangat dengan Suria untuk dijadikan menantu....

Cerita ni jadi best di endingnya apabila semua yang jahat dapat balasan yang setimpal he he.....Ratna yang berlagak nak mampus konon kawin dengan orang kaya...CEO...rupanya bakal suami hanyalah bekerja sebagai guard sahaja he he...Suria yang dikutuk, dihina oleh ahli keluarganya sendiri...yang dikatakan hanya layak untuk berkahwin dengan lelaki tua akhirnya Allah kurniakan kebahagiaan dengan seorang suami yang beriman.

Saya membaca buku ni macam ala-ala drama Korea Oh My Venus he he....saya dapat gambarkan bagaimana penderitaan emosi seorang gadis yang dihina kerana kekurangan dalam dirinya...namun berkat kejujuran dan kesabaran maka Allah kurniakan anugerah yang jauh lebih baik daripada kehilangan yang pernah dilaluinya.

Saya sangat mengharapkan Suria tu akan jadi cantik he he sebab yalah nak berdampingan dengan Gary Rahman perunding kecergasan yang popular kenalah sepadan dengan dia. Sebelum sampai ending tu hati dan minda saya dah mula berkecamuk he he....takut Suria tak cantik sebab adakalanya apabila membaca novel ni ending yang kita mahu tidak sama seperti apa yang penulis mahu tup tup penulis letak Suria tu gemuk smpi ending tak kah sakit jiwa mak membacanya ha ha...

Nasiblah juga Suria akhirnya jadi kurus....sebab bakal suami pun namanya perunding kecergasan kan....he he

Suka sangat dengan cerita ni.....rasa terhibur sangat...lari daripada tanggapan awal....nampak macam cerita tak best tapi rupanya...best giler untuk mereka yang nak kan hiburan untuk membaca..

Korang janganlah harap klu novel-novel yang saya baca ni jenis yang thrill pula...tak ada maknanya saya membaca novel begitu...memberatkan minda dan kepala hotak jer...saya nak baca untuk berhibur..untuk melepaskan tekanan namun dalam masa yang sama mendapat pengajaran di sebaliknya...ala novel sweet mana ada pengajarannya....korang ni kan dah cukup akal...pandailah nak cari pengajaran tu dari sudut mana...huuuh


SAAT ITU