Showing posts with label Hash Aulia. Show all posts
Showing posts with label Hash Aulia. Show all posts

Friday, 30 December 2022

NOVEL RAFAEL


Image result for novel rafael hash aulia

Wow.....selesailah Badboy Project 2017. Akhirnya ketiga-tiga novel ini selamat diselesaikan walaupun jarak yang agak lama antara satu sama lain. Ooh ya...Badboy Rafael ini merupakan hasil karya HASH AULIA dan ni karya pertama beliau yang saya baca. Seperti yang saya tulis dalam blog saya tentang review untuk novel Qidran sebab itu yang pertama saya baca.....saya andaikan kesemua Badboy Project ini berkaitan dengan dendam kesumat yang mengubah hidup seseorang. Apabila saya baca Jibrael...andaian saya betul...dan saya andaikan Rafael juga lebih kurang sama namun tidak berani membuat andaian penuh.

Selepas pembacaan untuk Rafael selesai, rupanya persepsi awal saya salah. Rafael ada kelainan sedikit. Dia tidak berpaksikan kepada dendam tetapi lebih kepada satu misteri yang menimbulkan suspens dalam diri pembaca mengapa Rafael bertindak dengan begitu kejam. Rafael lebih kepada memenuhi perintah orang lain demi melindungi sesuatu.

Dhuha Sophea gadis yang telah berkahwin dengan Rafael ketika berada di England telah ditinggalkan oleh suaminya selepas seminggu perkahwinan mereka. Rafael meninggalkan Dhuha tanpa khabar berita. Namun takdir Allah menemukan mereka semula selepas dua tahun. Dhuha yang bekerja sebagai Setiausaha kepada ibu Rafael akhirnya terpaksa menjadi Setiausaha kepada suaminya sendiri. Ibu Rafael memang sangat berkenaan dengan Dhuha dan ingin menjodohkannya dengan Rafael. Dia tidak mengetahui perkahwinan rahsia mereka berdua ketika berada di England.

Rahsia terbongkar apabila ibunya menemui kad kahwin Rafael dan Dhuha. Apabila rahsia terbongkar maka bermulalah kisah penderaan zahir dan batin Rafael terhadap isterinya Dhuha. Ditambah lagi dengan kehadiran si pengacau Amy iaitu adik kepada Rafael. Dia sentiasa memfitnah Dhuha sehingga menyebabkan baran Rafael semakin menjadi-jadi terhadap Dhuha. Cukup terseksa Dhuha namun disebabkan kesilapannya berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapanya maka Dhuha terpaksa berdiam diri sehinggalah satu tahap kesabarannya tergugat apabila Amy cuba menggugurkan kandungannya yang kononnya atas arahan Rafael.

Saat Rafael mula bertekad untuk tidak terikat lagi dengan ugutan seorang lelaki bernama Faris, dia telah kehilangan Dhuha. Bermula episode memujuk hati seorang Dhuha yang telah terluka teruk. Lama jugalah Rafael memujuk Dhuha. Hati Dhuha yang telah disakiti zahir dan batin bukan mudah untuk sembuh. Namun kesungguhan Rafael akhirnya melembutkan hati Dhuha. Demi sebuah kebahagiaan, kemaafan Dhuha hulurkan untuk suami dan adik iparnya....HAPPY ENDING. K dapatan novel :-

1.    NILAI SEBUAH KEMAAFAN
-      Jika kemaafan itu mampu untuk menzahirkan sebuah kebahagiaan maka hulurkan walaupun begitu sukar untuk kita lafazkannya. Maaf atas perbuatan yang menyakitkan tidak akan mampu memadamkan kesakitan itu serta-merta namun jika itulah ganjaran untuk kebahagiaan hidup maka berkorbanlah.


2.    SOMBONG DENGAN SESUATU YANG BUKAN MILIK KITA
-   Setiap harta atau kemewahan yang kita miliki bukan janji kekal untuk kita nikmatinya sepanjang hidup. Jangan kerana kemewahan yang kita ingin pertahankan maka semua perkara lain dalam hidup termasuk sesuatu yang amat kita sayangi dilukai begitu sahaja.

#Novel ni ada unsur suspens sedikit sebab watak lelaki yang mengugut Rafael tu tiba-tiba muncul tanpa ada sebarang penjelasan kukuh hubungannya dengan Dhuha. Memang dinyatakan lelaki itu mengugut Rafael kerana cinta terhadap Dhuha tapi siapa, di mana dan bagaimana  agak kurang dijelaskan. Namun ini tidak menjejaskan cerita sebab tumpuan novel ini pada watak Rafael itu he he....

RUMUSAN BADBOY PROJECT 2017

Selepas kesemua novel ni habis dibaca barulah dapat gambaran yang jelas untuk ketiga-tiganya. Jika ditanya, antara Qidran, Jibrael dan Rafael siapa yang lebih kejam?.......emmmm...susah juga nak jawab sebab ketiga-tiga manusia ini ada tahap kekejamannya yang tersendiri. Namun kalau dipaksa juga saya diminta memilih tahap kekejaman itu he he saya akan susun Rafael paling kejam, diikuti oleh Jibrael dan Qidran. Itu pandangan saya. Orang lain ikut pendapat masing-masing.

Rafael saya katakan paling kejam sebab dia banyak melakukan kekasaran fizikal terhadap Dhuha. Dia banyak mendera Dhuha dengan kejam seperti menghentak kepala Dhuha ke dinding....menyembamkan muka Dhuha ke bubur kacang yang panas....eeehh....geram sangat dengan Rafael masa ni.

Sekejam-kejam Jibrael menyeksa Dara seperti memukulnya sehingga lebam dan menghempasnya dengan pinggan namun saya masih rasa sweet apabila Jibrael sanggup memijak kaca dan menumbuk dinding sehingga dia sendiri terluka apabila dia sedar apa yang dilakukannya terhadap Dara. Kekejaman Jibrael lebih pada kata-kata yang menghiris hati Dara dan perbuatannya yang hanya menggunakan Dara semata-mata untuk mencapai hasrat hati mendapatkan zuriat sendiri. Agak-agaklah perasaan Dara yang dilayan seperti ‘pelacur’ di hadapan suaminya sendiri.

Saya bersetuju apabila orang kata Qidran yang paling tidak kejam he he. Kekejaman Qidran ni pula lebih kepada penganaiyaannya terhadap Yara iaitu mencabuli Yara. Hal ini menyebabkan Yara kehilangan segala-galanya dan menjadi punca dia diusir keluar dari rumah. Namun Qidran tidaklah sampai memukul Yara. Dia banyak menyeksa Yara secara psikologi.

Yang kelakarnya, apabila anda membaca novel ini...dalam setiap novel...anda akan jumpa kemunculan istimewa watak-watak ini...contoh dalam Qidran muncul Rafael dan Jibrael dan begitu juga dengan Rafael dan Jibrael he he....sebab ketiga-tiga lelaki berperangai iblis ini KU RAFAEL, KU JIBRAEL DAN KU QIDRAN merupakan sepupu.


#Cukuplah kot untuk BADBOY PROJECT. Jujur kalau ditanya perlu tak ada sambungan untuk novel ni...saya rasa tak perlulah....dah cukup baik dah endingnya. Kalau disambung lagi mesti banyak lagi konflik yang menyebalkan he he.

NOVEL HANYA KERANA DIA


Image result for novel hanya kerana dia

Novel ini karya kedua HASH AULIA yang saya baca. Novel ini agak santai dan simple sahaja jalan ceritanya. Tidak ada konflik antara watak yang berat dalam novel ini. Ia hanya lebih kepada perjalanan cerita perhubungan antara Delara dan Haris dalam mengecapi kebahagiaan hidup berumahtangga. Ceritanya memang santai dan tidak menyesakkan akal fikiran anda. Jika anda inginkan minda yang rileks semasa dan selepas membaca bolehlah baca novel ini.

Delara gadis anak yatim piatu yang dibesarkan dalam keluarga Airina telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Hariskacho sang playboy tahap gaban. Keputusan Delara ini mendapat tentangan kakak angkatnya Airina yang sememangnya arif dengan perangai Haris yang pastinya akan mengundang penderitaan hidup kepada Delara pada masa hadapan. Namun Delara masih juga dengan keputusannya dan terus-menerus memujuk Airina untuk bersetuju dengan permintaannya.

Selepas berkahwin dengan Haris, barulah Delara sedar bahawa niat asal untuk berkahwin dengan Haris tidak semudah seperti yang dirancang dan disangkanya. Sikap Haris yang tidak boleh dikawal walaupun selepas bergelar suami menyebabkan Delara rasa tersakiti. Haris juga sentiasa mengulangi kata-katanya yang dia tidak akan jatuh cinta walaupun Delara isterinya yang sah. Ini menambahkan luka di hati Delara. Pelbagai usaha dibuat oleh Delara namun hanya dipandang sipi oleh Haris. Tetapi di sebalik semua itu, Haris sebenarnya semakin runtuh rasa egonya terhadap isteri sendiri namun dia tetap bertahan untuk menyakiti Delara.

Sehingga akhirnya satu peristiwa di pejabat Delara yang menyebabkan Haris salah sangka dan menuduh isterinya ada skandal dengan kawan baiknya sendiri iaitu Ezmir merangkap majikan Delara. Hal ini menyebabkan pertelingkahan mereka sehingga hampir saja Haris melafazkan talak terhadap Delara namun sempat diselamatkan oleh nenda Haris. Delara yang terluka membawa hatinya balik ke kampung. Haris mula menyedari kesilapannya dan bermulalah adegan pujuk-memujuk he he...korang bacalah ya...apa-apapun akhirnya Delara balik ke pangkuan Haris dan sekali lagi rumah tangga dilanda badai kecil saja ha ha sewaktu Delara sedang mengandung namun semuanya HAPPY ENDING....k dapatan :-

1.    CINTA VS MASA DEPAN
-       Sanggupkah anda mengorbankan masa depan semata-mata kerana cinta. Hanya manusia yang berani  berhadapan dengan risiko ini sanggup melakukannya. Namun pada pendapat saya secara peribadi, tidaklah perlulah memperjudikan masa depan hanya kerana sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.

2.    HARGAI SELAGI MASIH MILIK KITA.
-      Jangan sia-siakan sesuatu yang kita miliki. Jika merasakan sesuatu yang kita miliki itu tidak sempurna, fikirkan berkali-kali kerana setiap apa yang ada tidak dijanjikan dengan kesempurnaan tetapi untuk saling melengkapi. Tak guna rasa tersakiti selepas kehilangan tetapi itulah kelemahan manusia, belum terhantuk belum terngadah, selagi tidak merasa sakit selagi itulah tidak akan menghargainya.

#Mengapakah Delara nak sangat kahwin dengan Haris.....kerana ketampanan...kekayaan....atau ada sebab lain.....saya tinggalkan untuk korang baca eeh he he....ooh ya...cover depan ni...macam lain sikit daripada yang saya miliki....mungkin yang ini yang awal-awal kot....

NOVEL MY MR SETAN

Image result for my mr setan





Wah...dah lama tidak update blog. Sudah lama juga tidak membuat pembacaan disebabkan kekangan tugas. Buku banyak yang belum dibaca tetapi membeli tak berhenti. Dalam kesempitan sumber kewangan sekalipun digigihkan juga membeli sebab berdasarkan pemerhatian dan pengalaman,buku ni lebih mahal apabila dijual prelove berbanding  buku asal terutamanya buku-buku LE atau SE sebab tidak akan direprint semula.

Okei...berbalik kepada novel terkini karya HASH AULIA ini memang kena  sangatlah di jiwa saya he he sebab sudah lama tidak membacakan jadi apabila terpilih buku yang santai dan tak banyak konflik yang menyebalkan maka jiwa kitapun jadi tenang he he...

Kisah simple dan klise tapi saya suka he he. Kisah tentang Xia Amara seorang gadis yang  telah bertembung dengan seorang lelaki yang kerek. Pertemuan pertama mereka sangatlahtidak menggembirakan disebabkan keterlanjuran bicara dan tingkah laku Xia mencabar ego lelaki bernama Alex Xander (nak tau apa kisahnya susah sangatlah nak habaq kat sini sebab terlalu dalam nak diperincikan) korang bacalah ya he he.

Tanpa diduga Alex Xander merupakan bos baru di tempat kerjanya. Selebihnya kornag boleh bayangkanlah apa yang berlaku kan. Xander ni punya memaksa. Dia nak kat Xia tu tapi tak nak percaya pada ikatan perkahwinan dan cinta disebabkan latar belakang keluarganya begitu. Jadi Xander ni memerangkap Xioa sehiinggalah Xia akhirnya terpaksa akur dengan kehendak Xander untuk berkahwin dengannya. Xander tahu untuk dia memiliki Xia dia perlu melakukannya melalui ikatan perkahwinan.

Terluka hati Xia apabila suami sendiri memaklumkan bahawa tujuan dia menikahi dirinya hanya kerana sebab nafsu semata-mata. Oleh sebab itulah dia meminta Xia supaya tidak menyimpan perasaan terhadapnya. Saya suka watak Xia yang tidak lemah. Tidak seperti heroin lain yang sikit2 menangis. Tapi Xia memberontak dan cuba untuk melawan namun apalah kudratnya apabila ia diperlakukan seperti pelacur dan seolah-oleh diperkosa tanpa belas kasihan oleh suaminya sendiri.

Apabila Xia semakin menjauh selepas trauma dengan kejadian hitam ‘diperkosa’ oleh suaminya maka Xander barulah menyedari kesilapannya. Xander bertambah takut apabila Xia mulai menuntut perpisahan. Akhirnya Xander berusaha untuk berubah demi menyelamatkan rumah tangganya dan korang tahulah endingnya kan...mestilah hero dapat balik heroinnya ha ha

# Kenapa Xander ni nak sangat dengan Xia...apa yang berlaku..korang baca ya...sikit je tu  he he

#Maruah tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

BICARA NOVEL 03 NOV 2018

DIA ISTERI AKU RUPANYA

Novel ni karya HASH AULIA. Memang banyak dah buku-buku karya beliau yang telah saya baca. Penulis muda ni memang giat menulis. Dalam setahun mampu untuk menghasilkan berbelas-belas novel untuk tatapan para peminatnya. Namun ada yang berpendapat bahawa kualiti perlu diutamakan berbanding dengan kuantiti. Saya tidak tujukan kenyataan ini kepada buku ini tetapi secara umum. Jujur pada saya, oleh sebab saya membaca untuk tujuan mengisi masa lapang dan hiburan maka sebenarnya saya jarang menganalisa karya itu lebih daripada unsur pengajaran yang terdapat di dalamnya. Dari segi jalinan cerita jika sudah memuaskan hati saya, saya tidak lagi berfikir jauh-jauh. Kesalahan bahasa atau typing error pun saya tak kisah sangat. Saya jenis yang akan cuba juga memahaminya dan membetulkan sendiri he he. Nak komen yang membina saya tidak pandai...apatah lagi nak mengkritik dan bukan juga nak mengampu tetapi itulah hakikatnya apabila saya membaca buku.

Berbalik kepada kisah ini, kisah tentang Firkash dan Safiya yang cuba dijodohkan oleh kedua orang tua mereka namun kedua-duanya menolak tanpa bersetuju untuk bertemu muka. Fikash telah kemalangan dan mengakibatkan dia hilang penglihatan. Hal ini menimbulkan tekanan kepadanya. Yalah daripada seorang lelaki rebutan Malaya dia menjadi seorang buta yang tidak mampu melihat apa-apa. Firkash menyalahkan ibunya yang menjadi punca kepada kemalangan itu kerana membangkitkan isu perkahwinannya. 

Pertemuan tidak sengaja antara Safiya dan Firkash berlaku apabila Safiya melihat betapa teruknya Firkash dihina oleh peminata fanatiknya Izora. Safiya telah membantu Firkash di restoran itu dengan mengaku tunangan kepada Firkash tanpa mengetahui yang itulah lelaki yang pernah dijodohkan dengannya. Ibu Firkash telah merayunya berkahwin dengan Firkash. Pernikahan mereka berlangsung dalam keadaan yang sungguh mengharukan apabila mereka menerima pelbagai cemuhan daripada tetamu yang datang. keikhlasaan Safiya diragui dan dituduh sebagai materialistik kerana sanggup berkahwin dengan lelaki buta. Hal ini sedikit sebanyak membakar hati Firkash yang belum dapat menerima kekurangan dirinya. Hubungan menjadi tegang namun dengan kelembutan dan keikhlasaan Safiya menjaga suaminya maka kedua-duanya cuba untuk memberikan ruang di hati masing-masing untuk saling menerima.

Dipendekkan cerita he he, Izora telah membakar hati Firkash dengan tuduhan Safiya berkahwin dengannya atas dasar duit. Hal ini semakin kukuh apabila Firkash terdengar perbualan ibunya dan Safiya sewaktu Safiya mengembalikan semula wang RM 50 ribu kepada ibunya. Firkash mengamuk dan mengusir Safiya pada malam itu juga. Malam di mana penglihatannya kembali semula tetapi dia langsung tidak mahu melihat wajah isterinya. Safiya diusir keluar dengan kejam oleh Firkash.

Safiya yang kecewa terpaksa menanggung kesedihan itu sendirian. Dia yang telah sanggup berhenti kerja semata-mata ingi mnenjaga suaminya diusir pada hari dia berhenti kerja. Safiya telah mengambil keputusan untuk menghadiri temuduga PA sementara kepada bos kawannya Aneesa memandangkan dia perlukan duit. Ketika temuduga....jeng jeng ha ha sungguh dia tidak menyangka yang lelaki itu adalah suaminya Firkash. Firkash seolah-olah dapat mengecam itu isterinya melalui suara dan nama namun dinafikan sepenuhnya oleh Safiya. Maka bermula kisah Firkash mula jatuh cinta kepada isterinya sendiri. Kewujudan Airil yang juga rapat dengan Safiya menjadikan Firkash cemburu tanpa mengetahui identiti sebenar Airil.

Atas pujukan ibu Firkash, Safiya akhirnya bersetuju untuk kembali ke rumah Firkash. Kejutan untuk Firkash sebab perempuan yang dicintainya itu adalah isterinya sendiri. Maka bermulalah kisah Firkash pula memujuk hati isteri yang telah dilukainya dan akhirnya berjaya....HAPPY ENDING...selepas mereka menemui kebahagiaan Izora datang lagi mengacau tapi sikit jer...tepi sekali dah tumbang he he...k dapatan untuk novel ini :

  1. JANGAN TERLALU IKUT RASA HATI. BERFIKIR SECARA RASIONAL SEBELUM BERTINDAK AGAR TIDAK MENYESAL KEMUDIAN HARI.
  2. REDA WALAUPUN SAKIT UNTUK MENERIMA DARIPADA SAKIT BERTERUSAN KERANA TIDAK MAHU MENERIMA TAKDIR.
#Apa yang Izora lakukan...siapa Airil ni sebenarnya...dia pun ada kisah tersendiri dalam cerita ini he he...saya tinggalkan untuk korang baca.



6/6 CABARAN 60 NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (16 JANUARI 2019)



REVIEW KDRAMA : OH MY GHOST CLIENTS

Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ...