Novel ni hasil karya HESSA WIDAD. Ada
kawan-kawan kata penulis ni turut menggunakan nama pena yang cukup popular juga
iaitu KAY DELAILA (kalau tak salah he he). Ini karya kedua beliau atas nama
Hessa Widad yang saya baca selain Bahagia Bukan Bidaan yang pernah diadaptasi
baru-baru ini.
Berbeza sungguh buku ini dengan Bahagia Bukan
Bidaan. Genre yang saya rasa berbeza sebab dalam buku Bahagia Bukan Bidaan tu
mula saja pembacaan dah sedih giler. Yang ni pun ada jugalah sedih tapi
tidaklah sehebat kesedihan dalam Bahagia Bukan Bidaan. Pada saya novel yang ini
lebih santai dan rileks.
Seingat saya ini novel kedua yang benar-benar
membuatkan saya ketawa, rasa terhibur dan dalam masa yang sama terasa bahagia
membacanya seolah-olah ada rama-rama berterbangan dalam perut ha ha. Jarang
sangat saya rasa begini apabila membaca. Novel pertama yang membuatkan saya
berperasaan begini ialah ZER & FIYA karya SI. Saya boleh gelak dan boleh
ulang baca kedua-dua buku ini dengan jiwa yang masih berbunga-bunga dan tetap
akan ketawa setiap kali membaca part-part yang mengeletek hati saya. Tidak
semua novelis mampu menghasilkan karya yang betul-betul menjentik rasa humor
saya. Adakalanya mendatangkan kejengkelan dan rasa sebal pula jika penulis
tidak punya teknik dan plot yang baik dalam penulisan.
Bebalik pada novel ini. Kisah santai dan
cukup menghiburkan saya. Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Elina
Maisara yang suatu ketika dahulu pernah ditolak cintanya oleh seniornya
disebabkan bentuk badannya yang besar. Maisara dihina dengan teruk sekali oleh
lelaki tersebut sehingga akhirnya dia nekad untuk menguruskan dirinya. Semangat
Maisara semakin kuat apabila melihat baju saiz M yang pernah diberikan oleh
lelaki itu kepadanya. Akibat sakit hati yang mendalam, Maisara menggelar lelaki
itu sebagai Megatron.
Satu peristiwa hitam telah melanda hidup
Maisara yang mengubah kehidupannya. Dia ni sebenarnya dibesarkan oleh nendanya
di Amsterdam. Trauma yang mengulit kehidupannya. Tragedi yang meragut nyawa
nendanya. Peristiwa yang akhirnya membawa kepada perjanjian Maisara dengan
keluarganya agar memberi dia masa 5 tahun untuk hidup seperti orang biasa.
Sebenarnya Maisara ni anak orang berada. Nama penuhnya ialah Tengku Elina
Maisara. Dalam tempoh 5 tahun itulah Maisara berusaha untuk menyembunyikan
segala penderitaan dan traumanya. Dalam masa ini jugalah dia cuba mencari
kekuatan diri untuk menyelesaikan kemelut traumanya.
Namun atas keprihatinan abangnya Tengku Emran
dan juga abang susuannya Tajol dengan bantuan pembantu peribadinya Ayu, kisah
yang cuba disembunyikan oleh adik mereka berjaya dibongkar. Di sebelah pihak
pula, Nash seorang jejaka yang digelar Musang Berjanggut kerana mencari calon
isteri yang berjaya memasak uncang bahan mentahnya he he. Dia sangat cerewet
dalam memilih calon isteri. Dia tetapkan 10 ciri calon isteri pilihannya. Dia
menjadi begini sebab kecewa dengan bekas kekasihnya yang dianggapnya perempuan
baik namun sebenarnya tidak sesuci seperti yang dia harapkan.
Pertemuan antara Nash dan Maisara di sebuah
majlis perkahwinan menjadikan Nash tidak putus-putus mengejar Maisara. Dia juga
merayu Maisara malah sanggup memeluk kaki Maisara ketika bertemu di GYM.
Maisara yang masih berperang dengan rahsia besar yang disimpannya bertambah
tertekan dengan kehadiran Nash kerana Nash itu adalah MEGATRON yang suatu
ketika dahulu menolak cinta malah menghinanya dengan teruk.
Lebih menyedihkan, Maisara dengan Nash
sebenarnya telahpun menikah ketika di Amsterdam demi menyelamatkan Maisara.
Namun pada ketika itu, Nash dalam keadaan yang sangat marah dan terpaksa
menikahi Maisara dengan kata-kata selepas nikah Maisara tidak boleh muncul di
hadapannya dan mereka tidak saling mengenali. Maisara berpegang pada kata-kata
itu. Tempoh 5 tahun itulah dia cuba untuk merungkai hubungannya dengan Nash.
Tapi setelah bertemu, Megatron yang dahulu telah tiada...yang ada hanyalah
Megatron versi romantic yang menggetarkan jiwa seorang Maisara. Maka bermula
kisah Megatron mengejar isterinya. Tidak semudah itu Maisara kembali kepadanya.
Tapi saya suka sebab tidak ada orang ketiga. Saya suka watak Maisara seorang
wanita yang tabah dan kuat.
Yang melucukan adalah watak-watak sampingan
yang berjaya dikembangkan dengan baik namun tidak keterlaluan. Mereka ni yang
menghangatkan kemeriahan cerita dan berjaya menghidupkan watak gila-gila
Megatron he he. Setelah melalui pelbagai cabaran dan dugaan akhirnya Maisara
kembali juga kepada Megatron dan mengungkap segala rahsia yang disimpannya
selama ini. Part ni agak sedih jugalah. Setelah semua berlalu....HAPPY ENDING
he he...k dapatan :-
1.
LEBIH
SAKIT JIKA KITA MEMENDAMKAN SENDIRI SESUATU RAHSIA YANG MELIBATKAN BANYAK PIHAK
2.
HARTA
BUKAN JAMINAN KEBAHAGIAAN HIDUP.
# Apa rahsia yang Maisara simpan. Apa yang
berlaku sebenarnya sehingga mereka berkahwin. Saya tinggalkan untuk korang baca
eeh he he
#Muncul penampilan istimewa Nik dan Aileen
dalam ni...sapa yang dah baca Bahagia Bukan Bidaan...anda kenal dengan
mereka...oh ya....Hana pun ada ya
KOLEKSI
BICARA NOVEL (7 DEC 2018)
No comments:
Post a Comment