Wow.....selesailah Badboy Project 2017. Akhirnya
ketiga-tiga novel ini selamat diselesaikan walaupun jarak yang agak lama antara
satu sama lain. Ooh ya...Badboy Rafael ini merupakan hasil karya HASH AULIA dan
ni karya pertama beliau yang saya baca. Seperti yang saya tulis dalam blog saya
tentang review untuk novel Qidran sebab itu yang pertama saya baca.....saya
andaikan kesemua Badboy Project ini berkaitan dengan dendam kesumat yang
mengubah hidup seseorang. Apabila saya baca Jibrael...andaian saya betul...dan
saya andaikan Rafael juga lebih kurang sama namun tidak berani membuat andaian
penuh.
Selepas pembacaan untuk Rafael selesai,
rupanya persepsi awal saya salah. Rafael ada kelainan sedikit. Dia tidak
berpaksikan kepada dendam tetapi lebih kepada satu misteri yang menimbulkan
suspens dalam diri pembaca mengapa Rafael bertindak dengan begitu kejam. Rafael
lebih kepada memenuhi perintah orang lain demi melindungi sesuatu.
Dhuha Sophea gadis yang telah berkahwin
dengan Rafael ketika berada di England telah ditinggalkan oleh suaminya selepas
seminggu perkahwinan mereka. Rafael meninggalkan Dhuha tanpa khabar berita. Namun
takdir Allah menemukan mereka semula selepas dua tahun. Dhuha yang bekerja
sebagai Setiausaha kepada ibu Rafael akhirnya terpaksa menjadi Setiausaha
kepada suaminya sendiri. Ibu Rafael memang sangat berkenaan dengan Dhuha dan
ingin menjodohkannya dengan Rafael. Dia tidak mengetahui perkahwinan rahsia
mereka berdua ketika berada di England.
Rahsia terbongkar apabila ibunya menemui kad
kahwin Rafael dan Dhuha. Apabila rahsia terbongkar maka bermulalah kisah
penderaan zahir dan batin Rafael terhadap isterinya Dhuha. Ditambah lagi dengan
kehadiran si pengacau Amy iaitu adik kepada Rafael. Dia sentiasa memfitnah
Dhuha sehingga menyebabkan baran Rafael semakin menjadi-jadi terhadap Dhuha. Cukup
terseksa Dhuha namun disebabkan kesilapannya berkahwin tanpa pengetahuan ibu
bapanya maka Dhuha terpaksa berdiam diri sehinggalah satu tahap kesabarannya
tergugat apabila Amy cuba menggugurkan kandungannya yang kononnya atas arahan
Rafael.
Saat Rafael mula bertekad untuk tidak terikat
lagi dengan ugutan seorang lelaki bernama Faris, dia telah kehilangan Dhuha. Bermula
episode memujuk hati seorang Dhuha yang telah terluka teruk. Lama jugalah
Rafael memujuk Dhuha. Hati Dhuha yang telah disakiti zahir dan batin bukan
mudah untuk sembuh. Namun kesungguhan Rafael akhirnya melembutkan hati Dhuha. Demi
sebuah kebahagiaan, kemaafan Dhuha hulurkan untuk suami dan adik
iparnya....HAPPY ENDING. K dapatan novel :-
1.
NILAI
SEBUAH KEMAAFAN
- Jika
kemaafan itu mampu untuk menzahirkan sebuah kebahagiaan maka hulurkan walaupun
begitu sukar untuk kita lafazkannya. Maaf atas perbuatan yang menyakitkan tidak
akan mampu memadamkan kesakitan itu serta-merta namun jika itulah ganjaran
untuk kebahagiaan hidup maka berkorbanlah.
2.
SOMBONG
DENGAN SESUATU YANG BUKAN MILIK KITA
- Setiap
harta atau kemewahan yang kita miliki bukan janji kekal untuk kita nikmatinya
sepanjang hidup. Jangan kerana kemewahan yang kita ingin pertahankan maka semua
perkara lain dalam hidup termasuk sesuatu yang amat kita sayangi dilukai begitu
sahaja.
#Novel
ni ada unsur suspens sedikit sebab watak lelaki yang mengugut Rafael tu
tiba-tiba muncul tanpa ada sebarang penjelasan kukuh hubungannya dengan Dhuha. Memang
dinyatakan lelaki itu mengugut Rafael kerana cinta terhadap Dhuha tapi siapa,
di mana dan bagaimana agak kurang
dijelaskan. Namun ini tidak menjejaskan cerita sebab tumpuan novel ini pada
watak Rafael itu he he....
RUMUSAN BADBOY PROJECT 2017
Selepas kesemua novel ni habis dibaca barulah
dapat gambaran yang jelas untuk ketiga-tiganya. Jika ditanya, antara Qidran,
Jibrael dan Rafael siapa yang lebih kejam?.......emmmm...susah juga nak jawab
sebab ketiga-tiga manusia ini ada tahap kekejamannya yang tersendiri. Namun kalau
dipaksa juga saya diminta memilih tahap kekejaman itu he he saya akan susun
Rafael paling kejam, diikuti oleh Jibrael dan Qidran. Itu pandangan saya. Orang
lain ikut pendapat masing-masing.
Rafael saya katakan paling kejam sebab dia
banyak melakukan kekasaran fizikal terhadap Dhuha. Dia banyak mendera Dhuha
dengan kejam seperti menghentak kepala Dhuha ke dinding....menyembamkan muka
Dhuha ke bubur kacang yang panas....eeehh....geram sangat dengan Rafael masa
ni.
Sekejam-kejam Jibrael menyeksa Dara seperti
memukulnya sehingga lebam dan menghempasnya dengan pinggan namun saya masih
rasa sweet apabila Jibrael sanggup memijak kaca dan menumbuk dinding sehingga
dia sendiri terluka apabila dia sedar apa yang dilakukannya terhadap Dara. Kekejaman
Jibrael lebih pada kata-kata yang menghiris hati Dara dan perbuatannya yang
hanya menggunakan Dara semata-mata untuk mencapai hasrat hati mendapatkan
zuriat sendiri. Agak-agaklah perasaan Dara yang dilayan seperti ‘pelacur’ di
hadapan suaminya sendiri.
Saya bersetuju apabila orang kata Qidran yang
paling tidak kejam he he. Kekejaman Qidran ni pula lebih kepada penganaiyaannya
terhadap Yara iaitu mencabuli Yara. Hal ini menyebabkan Yara kehilangan
segala-galanya dan menjadi punca dia diusir keluar dari rumah. Namun Qidran
tidaklah sampai memukul Yara. Dia banyak menyeksa Yara secara psikologi.
Yang kelakarnya, apabila anda membaca novel
ini...dalam setiap novel...anda akan jumpa kemunculan istimewa watak-watak
ini...contoh dalam Qidran muncul Rafael dan Jibrael dan begitu juga dengan
Rafael dan Jibrael he he....sebab ketiga-tiga lelaki berperangai iblis ini KU
RAFAEL, KU JIBRAEL DAN KU QIDRAN merupakan sepupu.
#Cukuplah
kot untuk BADBOY PROJECT. Jujur kalau ditanya perlu tak ada sambungan untuk
novel ni...saya rasa tak perlulah....dah cukup baik dah endingnya. Kalau disambung
lagi mesti banyak lagi konflik yang menyebalkan he he.
No comments:
Post a Comment