Novel ni
hasil karya MAYA RAHMAN. Rasanya pertama kali ni saya membaca karya beliau. Buku
ni saya order terus daripada penerbitnya iaitu KarnaDya. Mula-mula saya nampak
tajuk novel ni macam dah boleh agak dah ceritanya he he....tapi apabila saya
mula membaca novel ni ada andaian saya yang betul dan ada juga yang tersasar he
he. Namun kekuatan pada novel ini saya letakkan pada keupayaan penulis untuk
membuat jalinan cerita yang membawa kepada klimaks yang benar-benar meruntun
jiwa saya.
Kisah ini
tentang seorang gadis bernama Aisya yang telah diminta untuk berkahwin dengan
lelaki pilihan keluarganya. Begitu juga sebaliknya Daniel yang berkahwin dengan
Aisya kerana pilihan keluarga. Klise bukan.....tapi saya suka he he sebab klise
macamana sekalipun itulah yang menghibur hati saya. Nak cari novel yang action
atau thriller jangan baca novel-novel yang telah saya buat review sebab itu bukan genre pilihan
saya.
Tambah mengejutkan
Aisya yang suaminya itu adalah CEO yang digambarkan singa jadian oleh
rakan-rakan sekerjanya. Lagi klise tapi saya tambah suka he he. Daniel pula
sangat tidak mahu jika orang tahu hubungan mereka. Aisya hanya mengikuti saja
kehendak suaminya walaupun berhadapan dengan pembulian Fida yang mengaku
dirinya kawan sekelas sekolah rendah Daniel. Berlagak betul...yang dibulinya tu
bukan calang-calang....isteri Daniel kot. Akhirnya hubungan Aisya dan Daniel
terbongkar. Ingatkan Fida ni insaflah rupanya tambah menjadi gila apabila
bersubahat dengan Mila kawan baik Daniel yang menyimpan rasa cinta kepada
Daniel.
Mila mula
mengatur rancangan untuk memunsahkan rumahtangga Daniel dan Aisya walaupun
dinasihati oleh Syafik yang juga merupakan sahabat baiknya dan Daniel. Hubungan
bahagia Daniel dan Aisya sangat menyebalkan Mila tambahan pula apabila Aisya
mengandung dan Daniel sangat-sangat teruja menanti kehadiran anaknya (saya dah
mula meneka pasti ada konflik sebab Daniel betul-betul teruja). Mila telah
melakukan khianat terhadap Aisya. Dia telah memaksa Aisya minum sesuatu yang
menyebabkan anak Aisya meninggal dalam kandungan. Lepas itu Mila pula
berkomplot dengan seorang doktor untuk memaklumkan kepada keluarga mereka yang
Aisya tidak boleh mengandung lagi disebabkan kerosakan rahim.
Perkara ini
amat mengecewakan Daniel yang secara diam-diam menyalahkan isterinya atas
kematian anak mereka. Aisya pula tidak dapat berterus-terang kerana dia tahu
Daniel lebih mempercayai sahabat baiknya Mila daripada dia. Ketika keluarga
Mila porak-peranda, Mila ambil kesempatan untuk meracuni fikiran Daniel. Kononnya
Daniel menerima sebagai isteri kedua kerana dia tiada tempat bergantung dan
dalam masa yang sama dia boleh memberikan zuriat kepada Daniel. Sedih tau tak
saat ni....hu hu rasa nak hempuk jer Daniel tu...agak-agaklah.....boleh pula
dia minta Aisya bersetuju untuk dimadukan.
Aisya ni
memang wanita yang baiklah. Baik sangat. Dalam kesakitan dia tetap bersetuju
kerana Daniel juga tidak mahu melepaskannya dan dalam masa yang sama dia
kasihan pada Mila. Pada hari suaminya bertunang, Aisya telah meminta izin untuk
bercuti dan kebetulan di tempat resort adik kembar kepada arwah tunangnya. Namun
atas hasutan Mila, Daniel hampir hilang pertimbangan dan memukul Kimi kerana
salah sangka. Selepas itu, Aisya lebih banyak menahan rasa kerana sikap Mila
yang semakin mengada-ngada. Kebenaran terbongkar atas bantuan Kimi dan Syafik. Akhirnya
Daniel mengetahui perkara sebenar daripada doktor tersebut dan rakaman suara
Mila sendiri. Daniel betul-betul marah. Saya suka sangat part ni sebab Daniel
memang betul-betul menyesal dan merasa bersalah dengan isterinya he he....nasib
tak kawin lagi. Selepas itu...HAPPY ENDING lah kan. K dapatan novel ini :-
1. PERASAAN CINTA TIDAK BOLEH DIPAKSA
- Soal perasaan ni tidak boleh dipaksa-paksa. Tetapi ia
masih boleh kita kawal. Jangan dilayan sangat supaya nafsu tidak mempengaruhi
kita untuk melakukan sesuatu di luar batas.
2. BERTINDAK DENGAN RASIONAL DAN TIDAK PERLU MENGHUKUM ORANG
LAIN.
- Dah salah sendiri, jangan sibuk untuk menyalahkan orang
lain. Dalam apa-apa hal utamakan kewarasan fikiran supaya tindakan tidak
tersasar.
# Oh
ya....banyak lagi kisah ni...apa yang berlaku dengan Mila...tak habis
ceritakan....Kimi pun akhirnya jadi geng dengan Daniel...jadi korang kena
bacalah...memang best novel ni walaupun klise tetapi tetap ada
kelainannya....saya suka he he
No comments:
Post a Comment