Jujur inilah novel yang saya beli tanpa
merujuk mana-mana review mengenainya.....saya baca sinopsis belakang dan main
tarik macam tu saja ketika berada di Eaton’s. Pada awalnya saya saja-saja
membelinya dengan niat asal ada buku yang dibawa keluar dari kedai tersebut he
he.....dan antara buku yang tersimpan lama dalam koleksi yang belum
dibaca...lama-lamapun lebih kurang dalam 2 bulanlah he he.....
Novel ini hasil karya RINA
FARIZQ.....keluaran kaki novel....biasanya trend penulis di bawah syarikat penerbitan
masing-masing juga dapat kita rasai atau kenali melalui cara penulisan mereka. Saya
tertarik dengan novel ini kerana jalan ceritanya berlainan dengan cerita yang
pernah saya baca. Oleh itu, gigihlah saya menghabiskan pembacaan bermula dari
jam 9.30 pagi dan tamat pada 1.00 petang he he....walaupun pada dasarnya masih
juga berkisar tentang tipikal cerita Melayu yang mesti daripada golongan
kaya-kaya namun plotnya agak berbeza apabila di awal-awal cerita muncul unsur ketegangan/suspen
yang tidak terduga. Hebat juga penulis ni memainkan jalinan ceritanya. Awal-awal
dah suspen.....terpinga-pinga seketika itu yang menyebabkan pembacaan
diteruskan tanpa henti. Plot agak berbeza ya....sebab penceritaannya disulami
dengan teknik imbas kembali dan peristiwa semasa.....k dapatan untuk novel ini
:-
1.
JANGAN
MUDAH MENYERAH JIKA INGIN MEMILIKI SESUATU
-
Walaupun
dikatakan jangan mudah menyerah untuk memiliki sesuatu namun biarlah di tempat
yang betul. Maksudnya tidak mudah menyerah untuk memiliki sesuatu yang baik dna
positiflah.....kalau nak memiliki sesuatu yang tidak patut untuk kita miliki
itu dah tak betul. Berusahalah selagi mampu dan jangan mudah putus asa. Rizq
Hakim berusaha untuk mendapatkan dan melindungi perempuan yang disayanginya
walaupun tidak sama seperti perempuan idamannya....agak pelik tapi inilah
penarik dalam cerita ini yang membuatkan saya tidak boring membacanya he he.
2.
TAMAK
PUNCA KEMATIAN AKAL WARAS MANUSIA
-
Tamak
pada harta dunia.....selalu menjadi mesej dalam sesebuah cerita yang disampikan
oleh penulis.....mungkinkah sebab perkara ini selalu berlaku dalam masyarakat
kita menyebabkan hal ini seolah-olah begitu sinonim dengan jalan cerita
mana-mana novel atau drama....mungkin juga sebab sekecil manapun rasa tamak itu
pasti membawa kepada ketidakwarasan akal kita untuk menilai sesuatu perkara
dengan rasional.
3.
IKHLAS
DAN JUJUR DALAM PERHUBUNGAN
-
Saya
memang berpegang pada prinsip lelaki dan perempuan tidak boleh terlalu rapat
atau berkawan baik kerana memang akan ada salah seorang yang pasti menyimpan
rasa melebihi daripada seorang sahabat. Oleh itu, ikhlas dan jujurlah dalam
persahabatan....sama ada itu adalah FRIENDSHIP atau RELATIONSHIP.
SINOPSIS
Novel ini mengisahkan tentang Hannah gadis
ala-ala grunge yang pada mulanya dijodohkan dengan Rizq Hakim. Namun wujud
konflik sweet antara mereka apabila pada
awalnya mereka cuba untuk mengagalkan plan keluarga mereka. Rizq yang terlebih
dahulu menyedari perasaannya pada Hannah cuba untuk mendapatkan Hannah dan
menjadikan dia sebagai isterinya.......memang ‘sawit’ sangatlah c Rizq ni
dengan isteri dia...
Namun awal-awal cerita dah ada unsur
suspen....awal-awal cerita Hannah membawa Rizq lari bersamanya pada hari
pertunangan mereka dan bab seterusnya tiba-tiba Rizq pula hilang ingatan dan
Hannah mati....tapi siapa yang muncul semasa Rizq di Pulau Rawa yang mengakui
dirinya adalah Hannah....selepas itu barulah penceritaan tentang usaha Rizq
mengurat Hannah sehinggalah mereka berkahwin....dan digambarkan sebagai ingatan
semula Rizq terhadap kisah 5 tahun yang hilang daripada ingatannya..... Rizq
mula menyedari ada sesuatu yang pelik tentang kematian Hannah kerana Hannah
pernah muncul secara live di hadapannya.
Siasatan telah dimulakan dengan bantuan
Rayqal kawan karib Hannah dan terbongkarlah kisah bahawa Hannah memang masih
hidup Cuma disembunyikan atas sebab keselamatan. Abang kepada ibu tiri Hannah
menjadi dalang kepada kehilangan Hannah......akhirnya selesai.....banyaklah
kisah-kisah menarik...jadi korang baca yer......HAPPY ENDING......
# saya
teruja dengan novel yang punya kelainan dalam jalinan cerita namun tidak
menyesakkan jiwa saya.....tapi damai dan menyeronokkan he he...
No comments:
Post a Comment