Friday, 14 September 2018

NOVEL MAAF TAK INDAH


Image result for novel maaf tak indah


Novel ini merupakan karya EMY ROBERTO...penulis ni terkenal dengan hasil karya beliau yang telah diadaptasi ke drama bertajuk Jangan Benci Cinta he he....tagline Husna sangat popular hasil penangan drama ini. Saya teruja ketika membaca buku ini sebab dari mula lagi sudah sedih....hati saya terasa sayu dan sedih saat Raimie berhadapan dengan sikap keras kepala isterinya Syazan yang tidak mahu menerima hakikat yang dia mengandung. Kesilapan terbesar Syazan telah buat hasil hasutan rakan baiknya Cheryl iaitu dengan mengugurkan kandungannya yang telah berusia tujuh bulan di Amerika Syarikat namun tidak berhasil dan akhirnya anak tersebut lahir juga tetapi mengalami kecacatan kesan perbuatan Syazan.


Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu akhirnya menyedarkan Syazan. Tangisan pertama anaknya ketika dilahirkan menzahirkan rasa bahagia dalam dirinya. Namun dia terpaksa berhadapan dengan kemarahan suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan isterinya. Syazan tidak dibenarkan untuk menyentuh atau menjaga Adam. Hal ini amat menyakitkan Syazan kerana haknya sebagai ibu kandung diketepikan. Raimie berpendapat Syazan tidak layak bergelar ibu dan isteri. Permohonan maaf Syazan tidak dilayan oleh Raimie malah hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Raimie akhirnya menceraikan Syazan dan mahu berkahwin dengan Zila. Sewaktu Syazan diceraikan dia sedang mengandung namun Syazan mengambil keputusan untuk menyimpan berita tersebut kerana dia yakin jika Raimie tahu Raimie akan mengambil anak itu daripadanya. Setelah lima tahun mereka berjumpa semula dan Raimie terkejut kerana Syazan mempunyai seorang anak. Setelah diselidiki akhirnya Raimie mengetahui bahawa anak itu adalah anak kedua mereka.

Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun di sebaliknya Raimie yang masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya. Adam jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Raimie mengambil keputusan untuk menikahi semula Syazan. Pernikahan semula mereka menimbulkan kemarahan Zila yang tak henti-henti mengharapkan Raimie mengahwininya. Raimie tidak mahu berkahwin dengan Zila setelah mengetahui perbuatan jahat Zila terhadap arwah anaknya Adam.

Hati Raimie hancur dan penuh dengan penyesalan apabila melihat isteri yang disayanginya, hidup dalam penderitaan  sepanjang lima tahun mereka bercerai. Parut-parut duka dalam badan isterinya cukup menyeksa jiwa Raimie sehingga air mata penyesalannya menitis. Syazan juga masih hidup dalam penyesalan namun kekuatan dan kasih sayang suaminya memberikan semangat kepadanya.

Sedih tau rasa di jiwa sepanjang membaca novel ni. Tidaklah tebal. Nipis sahaja. Saya boleh habiskan membaca dalam dua jam sebab mula saja pembacaan...hati ku diruntun rasa pilu hu hu.....tapi saya suka he he...HAPPY ENDING.

# Novel ini mengajar saya erti sebuah kemaafan dan penyesalan. Betapa mudahnya untuk kita mengungkapkan kata-kata maaf tetapi belum tentu semudah itu kita akan mampu untuk melupakan apa yang telah berlaku. Bak kata orang...hati yang terluka itu terlalu sukar untuk diubati.

#Sebuah rasa penyesalan sangat sakit untuk kita lalui. Kesilapan demi kesilapan...kesalahan demi kesalahan yang telah kita lakukan akan menjadi bayangan penyesalan yang sentiasa mencengkam memori kehidupan kita.

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...