Novel ini merupakan hasil karya novelis SUCI HIDAYAT. Rasanya ini juga kali pertama saya membaca karya beliau. Dah lama juga
saya menanti buku ni namun selepas tiba ke pangkuan...saya hanya dapat
membacanya selepas dua minggu berlalu...sibuk dengan kekangan tugas menjadikan
buku ini ‘terabai’ buat seketika..masalahnya bukan buku ini sahaja tetapi ada
banyak lagi yang menunggu untuk dibaca.....take time and take ur turn he he....
Berkaitan novel ni....saya mulakan pembacaan
dengan rasa yang teruja namun keterujaan itu tersekat di tengah jalan apabila
mood penat menguasai badan....sebelumnya kalau saya membaca...tak boleh nak
berhenti selagi tak habis satu buku selagi tu lah tak berhenti sehinggakan
sanggup bersengkang mata tak tidur malam semata-mata nak habiskan cerita. Emosi
saya sebenarnya agak terganggu sedikit apabila penulis ini dengan hebatnya
memaparkan kesengalan dan kegedikan watak c Ain he he....kadang-kadang tak
dapat diterima dek akal lemah saya betapa sengetnya c Ain....nak kata bangang
tak juga....nak kata gedik tidak juga...sebab dia adakalanya tahu apa yang dia
buat tu tidak menjatuhkan maruahnya...tapi adakalanya berbulu juga mata membaca
saat-saat dia tunjukkan gaya sengal dia dengan Tuan Azad he he...
Novel ni berkisar tentang kisah seorang gadis
berusia 26 tahun yang telah 3 kali putus tunang...pertama dengan lelaki yang
kuat mengikis duitnya, kedua dengan lelaki kaki betina dan ketiga dengan lelaki
kaki pukul. Akhirnya Ain bertemu dengan Tuan
Azad yang juga merupakan majikan kepadanya. Tuan Azad ni anak teruna
terlajak yang dah menghampiri usia 40-an. Tuan Azad ni lah yang pernah menolong
Ain ketika dia dipukul oleh Fadil tanpa Ain ketahui ceritanya. Sewaktu dia
bekerja di bawah Tuan Azad nilah Ain banyak keluarkan perangai sengal dia yang
adakalanya dah sampai tahap gedik luar alam dah saya rasa he he....nasib
baiklah juga watak Tuan Azad ni jenis yang cool dan rasanya sebab dia dah suka
dengan Ain sebab tu apa2pun kesengalan yang Ain tunjukkan di depan mata Tuan
Azad....semuanya nampak comel sahaja....yalah...orang tengah angau bau kentut
pun katanya wangi. cuma yang jadi masalahnya Tuan Azad ni susah sangat nak
mengaku perasaan dia.
Kesian juga dengan Ain sebab dapat jiran dan
kawan sepejabat yang memang kaki mengumpat dan memfitnah. Dahlah Ain ni jenis
anak yang baik....bersungguh-sungguh dia bekerja semata-mata untuk memenuhi
keinginan ibunya. Mereka ni telah ditinggalkan oleh ayah Ain yang berkahwin
dengan janda muda. Fadil pula tak henti-henti menganggu. Klimaks cerita apabila
Ain dan Tuan Azad ditangkap kering di pejabat Tuan Azad. Dengan hasutan dan
fitnah jiran mereka, hubungan Ain dan ibunya menjadi tegang. Ain dipaksa untuk
bertunang dengan lelaki tua yang lebih tua daripada ayahnya. Dalam keterpaksaan
kerana nak menjaga hati ibunya Ain terkejut sebab lelaki tua itu mungkin Cikgu
Sudin seperti yang dibayangkannya tetapi si buah hati yang telah lama bertakhta
di hati....jeng jeng...korang tahukan siapa....ha ha...HAPPY ENDING. K dapatan
novel ni :-
1.
FITNAH
RACUN KEHIDUPAN
-
Fitnah
penghancur kehidupan manusia. Oleh sebab itu, jangan mudah percaya dengan apa
yang diperkatakan orang tentang seseorang yang kita sayangi. Sebaiknya
selidikilah...siasatlah supaya tidak timbul penyesalan pada masa hadapan.
Jangan suka memfitnah kelak makan diri sendiri.
2.
ATURAN
ALLAH ADALAH YANG TERBAIK.
-
Jika
kita diberikan sesuatu yang pahit mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita.
Bererti akan ada yang lebih baik cumanya belum sampai lagi kepada kita. Jadi
bertabahlah dalam menunggu aturan indah tersebut.
#Saya
tak berapa suka watak sengal c Ain ni tapi saat-saat dia sudah jadi pendiam dan
menjauhkan diri daripada Tuan Azad...saya suka sangat...nampak dia
bermaruah....tapi korang janganlah salah anggap pula...korang baca dulu...Ain
ni jadi sengal dan gedik depan Tuan Azad saja...yang memang suka dengan
kesengalan c Ain ni Cuma saya yang tak berapa gemar dengan sengalnya tu he
he....pandai novelis D mengolah kesengalan c Ain tu he he
No comments:
Post a Comment