Friday, 30 December 2022

PUJAAN HATI ENCIK BOS

Image result for PUJAAN HATI ENCIK BOSNovel ni nipis saja. Dah lama buku ni saya usung ke sana ke mari tetapi tidak juga sempat dibaca-baca he he. Akhirnya gara-gara terbangun seawal jam 2 pagi maka gigihlah saya membaca novel ni dan dihabiskan dalam tempoh dua jam. Novel ni hasil kara AUNIE AYUNIE, tak tau lah pernah baca atau tidak novel beliau sebelum ini. Nampak macam penulis muda saja ni sebab bahasa yang digunakan banyak merujuk kepada bahasa-bahasa generasi muda.



Cerita novel ni santai sahaja. Tidak adalah konflik yang berat dan memeningkan. Cuma penggunaan bahasa dan teknik penceritaan penulis yang saya rasa agak menganggu mood pembaca generasi berumur seperti saya ha ha. Mungkin saya yang tidak berapa gemar dengan POV pertama. Walaupun adakalanya penulis berjaya mencuit hati saya dan membuat saya tertawa tetapi rasa tak kenalah kot he he. Apa-apapun saya letak keistimewaan novel ini pada jalan cerita klisenya lari daripada kebiasaan. Banyak dah yang saya baca cerita klise macam ni dan diakhiri dengan kebahagiaan perkahwinan tetapi penulis ni hanya bertindak bijak menggantung ceritanya ha ha mungkin sebab ada sambungan untuk cerita ini.

Kisah simple tentang seorang gadis bernama Dinda Suhana yang berkerja sebagai PA Encik Fayyadh. Macam biasalah, Mr Bos dengan PA mesti dimulai dengan adegan garang-garang dan kasar-kasar dulu he he. Mestilah PA dia bencikan Mr Bos yang garang tu kan ha ha. Dinda ni dia suka sangat kat kawan baik lelaki dia bernama Tuah bak kata panggilan generasi muda sekarang crush lebih kurang macam tu lah. Tapi punyalah dia kecewa apabila dia tahu Tuah dah ada GF. Dia punya frust tu tahap gabanlah atau bos dia yang terlebih prihatin he he.

Dipendekkan cerita, bos dia pun mulala nak memikat dia. Rupanya dalam diam, bos suka kat PA dia sejak hari pertama mereka berjumpa sewaktu Dinda menjalani latihan praktikal di syarikat itu. Tak adalah susah sangat bos nak pikat. Macam petik jari je dapat ha ha sebab PA dia memang single dan available. Maka bermulah kisah sawit mawit mereka. Langau...mestilah adakan....Tuah muncul balik menagih cinta Dinda. Baru dia tau rasanya, perasaan kehilangan Dinda. Punyalah Tuah ni gigih memaksa balik Dinda menerima dia. Secara logiknya dah dapat Mr Bos tak kanlah nak Tuah pula kan he he. Langau betina pun ada juga he he....Tumirah sepupu bos yang gilakan dia. Dia fitnah Dinda smpi bakal mak mertua benci kat dia. Lepas tu Dinda lari ke kampung...bos datang pujuk bersama Tuah...smptlah juga adengan bertumbuk ala-ala cerita Tamil berebut hero...dan mestilah Mr Bo yang menangkan...then HAPPY ENDING...oh ya diorg tak kahwin tau...mungkin ada sambungan cerita ni.
  1. CINTA TAK SEMESTINYA PERLU DILUAHKAN TETAPI YANG PENTING PERLU DIRASAI DALAM HATI AGAR LEBIH BERKEKALAN.
  2. JANGAN TERLALU CEPAT MEMBUAT ANDAIAN KELAK MEMBAKAR DIRI

#Saya lebih suka jika diakhiri dengan perkahwinan ha ha..apa-apapun cerita ni masih best untuk mereka yang suka cerita santai dan rileks.


KOLEKSI BICARA NOVEL ( 19 NOVEMBER 2018)

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...