Saturday 29 September 2018

NOVEL HATI YANG TERSAKITI



Image result for novel hati yang tersakiti

Sewaktu saya membaca review untuk novel ini, saya rasa sedikit teruja sebab ramai yang kata best dan ada kelainan sebab perempuan yang berusaha untuk memenangi hati suaminya. Namun selepas membeli novel ni....tidaklah pula terus membacanya....kata teruja he he....selepas dua bulan dalam simpanan baru tergerak hati nak membuka bungkusannya....mungkin banyak lagi simpanan novel belum dibaca tu yang take turn tu.....novel ini karya NURFIFFA

Saya sebenarnya teragak-agak nak  memulakan pembacaan....takut-takut nanti jalan ceritanya menyebalkan jiwa...hu hu....harap-harap janganlah......lalu saya mulakan pembacaan dan akhirnya.....apa yang mampu terluah ialah BEST he he...tak adalah konflik yang besar sangat dalam novel ni.....cerita mudah sahaja...lebih kepada konflik dalam perhubungan...k dapatan novel ni :-

1. JANGAN SESEKALI BERANI UNTUK MEMPERGUNAKAN ATAU MEMPERMAINKAN PERASAAN ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI
-       Sehebat manapun masalah yang kita hadapi, adalah tidak wajar untuk menyelesaikannya dengan cara menyakiti orang lain. Apatah lagi jika kita seolah-olah mengambil kesempatan atas kebaikan orang tersebut. Jangan sesekali berani untuk membiarkan kita berbahagia atas penderitaan orang lain. Farhaini yang mempergunakan perasaan Adam untuk keluar drpd kemelut perasaan peribadinya terhadap Idham adalah sangat tidak wajar.

2.    SETIAP YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA
-       Setiap yang berlaku pasti ada sebab di sebaliknya. Bukan mudah untuk kita menerima sesuatu perkara yang menyakitkan namun kita tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana sesungguhnya rencana Allah lebih baik daripada apa yang kita impikan. Farhaini berasa marah apabila mengetahui keluarga kandungnya masih hidup dan dia merasakan dirinya telah dibuang daripada keluarga tersebut. Namun apabila dia berjumpa terus dengan keluarganya baru dia tahu kisah sebenar.

3.    BELAJAR UNTUK MENERIMA KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT.
-       Apabila kita berani untuk membuat keputusan maka kita juga haruslah akur dengan keputusan yang telah dibuat. Ini bermaksud kalau kita sudah menyatakan untuk meninggalkan seseorang maka adalah tidak wajar untuk kita menjilat semula ludah tersebut semata-mata untuk kepentingan sendiri. Rafika yang cuba untuk mendapatkan semula Adam selepas mendapati dirinya mengandung hasil hubungannya dengan orang lain.


SINOPSIS

Novel ini berkisar tentang seorang gadis bernama Farhaini yang menyimpan perasaan terhadap abang angkatnya Idham. Farhaini tidak mampu untuk menghilangkan perasaannya terhadap abang angkatnya itu telah mengambil keputusan untuk mempergunakan Adam sebagai penyelesai masalah. Farhaini telah mengajak Adam berkahwin dengannya walaupun dia tidak mempunyai sebarang rasa cinta  kepada Adam. Sebaliknya Adam pula mula mencintai Farhaini setulus hatinya.

Adam begitu mengambil berat dan sentiasa ada untuk Farhaini. Muslihat Farhaini terbongkar apabila Adam terbaca diari isterinya itu. Adam merasakan dirinya telah dipergunakan. Bermula kisah sang isteri memujuk sang suami he he korang bacalah ya....apabila diorang dah berbaik....muncul pula ex-girlfriend si Adam iaitu Rafika yang meminta Adam menjadi pak sanggup terhadap anak yang dikandungnya. Konflik menjadi rumit apabila Adam dan Rafika kemalangan bersama. Pasti terperanjat Farhaini dibuatnya. Adam koma dan Rafika keguguran serta mendakwa anak itu adalah anak Adam. Bertambah bingunglah c Farhaini. Nasib baik Qayyum muncul dan.....HAPPY ENDING....

#Cerita ini bukan kisah jutawan...lebih kepada kehidupan masyarakat marhaein yang berusaha untuk mencari kebahagiaan hidup....




Friday 21 September 2018

NOVEL CEO TAK DIJANGKA


Image result for novel ceo tak dijangka
Novel ni karya NORSHIEMAH MD YASAN...macam ini bukan buku pertama beliau yang saya baca tapi tidak taulah pula...macam familiar pula nama penulis ni he he...mungkin penulis di bawah penerbitan Kaki Novel dulu kot. Sekarang penerbitan itu dah ditutup. Rata-rata penulis yang dulu bernaung di bawahnya ada yang berpindah ke Suara Hati Publications dan ada juga yang beralih ke penerbitan lain. Adui...apa pula melalut tentang penerbitan ni huhu.

Kisah dalam novel ni agak berlainan sedikit dengan cerita klise lain yang bersangkut paut dengan tajuk yang seangkatan dengannya. Tak taulah pula kalau pendapat orang lain tak sama dengan saya selepas membaca novel ini he he.

Kisah tentang Hadif seorang penjual burger yang tiba-tiba mendapat wasiat untuk menjadi CEO Mentari Jingga (Klise bukan he he) selepas kematian Tan Sri Hamdan yang tidak dikenalinya. Seingatnya dia hanya berjumpa sekali dengan seorang lelaki tua yang dipanggilnya Pakcik Hamdan ketika berteduh di gerai burgernya. Oleh itu, terlalu sukar untuk dia menerima wasiat itu apatah lagi dia diminta untuk berkahwin dengan Diana anak arwah Tan Sri Hamdan yang tersangatlah sombong, angkuh, riak dan kerek. Namun atas sokongan ibunya dan juga kawan baiknya Kamal serta janji Reisya(bekas PA Tan Sri Hamdan) yang akan sentiasa membantunya menyebabkan Hadif akhirnya akur dengan wasiat itu.

Reisya ni pula sangat dibenci oleh Diana kerana hubungan rapat dengan bapanya. Tambahan pula, Diana sangat tidak menyukai Rumah Kasih yang diusahakan oleh Reisya bersama Mak Kiah dengan bantuan kewangan Tan Sri Hamdan. Diana mahu menutup Rumah Kasih tersebut dan menghalau anak-anak yatim yang tinggal di situ. Diana yang menyimpan dendam terhadap dua manusia ini iaitu Hadif dan Reisya yang dianggapnya merampas hartanya telah mengatur rancangan untuk mengahwinkan mereka. Diana berandaian jika kedua-duanya berkahwin maka dia akan dapat syarikatnya dan juga sekaligus mengusir Reisya. Tambahan pula, jika dia tidak jadi berkahwin dengan Hadif maka wasiat kedua akan dibaca dan Diana yakin wasiat kedua itu menyebelahinya.

Hadif dan Reisya terpaksalah berkahwin atas sebab sendiri. Hadif nak melepaskan jawatannya sebagai CEO manakala Reisya pula mahu mempertahankan Rumah Kasih. Apabila mereka berkahwin, Hadif secara jujurnya tidak dapat menerima kehadiran Reisya dan ini berbeza dengan Reisya yang berusaha untuk menerima Hadif sebagai suaminya. Namun mereka ni mendapat sokongan padu daripada Kamal dan Puan Julia ibu Hadif. Pelbagai usaha konspirasi mereka jalankan untuk memastikan Hadif dan Reisya kekal bersama he he....lucu jugalah....tgk telatah mereka berdua yang adakalanya menimbulkan kemarahan Hadif.

Setelah wasiat kedua dibacakan, Diana terkejut kerana apa yang diperolehinya lebih teruk. Hadif kekal sebagai CEO dan dia pula diturunkan hanya sebagai Pengarah Urusan dan diminta berpindah ke Rumah Kasih. Atas dasar inilah maka Diana melakukan pelbagai perkara termasuk memisahkan Hadif dan Reisya. Tapi jangan haraplah kan....selepas Hadif dah jatuh cinta dan sayang dengan isteri dia...cnfrmlah tak ada sapa yang boleh sentuh dan sakiti dia. Tambahan pula, kehadiran Kamal sebagai bodyguard yang sentiasa membantu mereka dan melindungi mereka. Banyak bendalah c Diana ni buat.....korang bacalah ya....tak larat nak cerita kejahatan dia memburuk-burukkan Hadif terutamanya Reisya.

Sampai pada klimaksnya apabila Diana cuba memerangkap Hadif dengan memintanya datang ke rumah sewanya kerana kononnya dia dalam bahaya. Tapi pada waktu itu, dia tidak tahu yang Hadif berada di kampung bersama Reisya jadi yang datang adalah Kamal. Perangkap Diana menjadi namun malangnya dia terpaksa berkahwin dengan Kamal bukannya Hadif he he. Berlakulah pertengkaran semula....Diana mengamuk dan melarikan diri dan dikejar oleh Kamal. Akhirnya Kamal pula yang kemalangan kerana menyelamatkan isterinya....selepas itu korang taulah kan ending dia....semua HAPPY ENDING he he.

Okey....saya tinggalkan sedikit suspen yang tak berapa suspens he he...Hadif dan Diana ni ada pertalian yang menyebabkan Hadif menjadi pilihan Tan Sri Hamdan..korang baca eeh

# Novel ni kombo dengan AKU ADA UNTUKMU maka mesej utamanya lebih kurang sama iaitu jangan dikejar harta dunia tak akan ke mana.

# Jangan memandang rendah terhadap orang lain. Anda tidak tahu satu ketika nanti orang yang anda perlekehkan itulah yang paling anda sayangi.

BICARA NOVEL 14 SEPT 2018

Friday 14 September 2018

NOVEL MAAF TAK INDAH


Image result for novel maaf tak indah


Novel ini merupakan karya EMY ROBERTO...penulis ni terkenal dengan hasil karya beliau yang telah diadaptasi ke drama bertajuk Jangan Benci Cinta he he....tagline Husna sangat popular hasil penangan drama ini. Saya teruja ketika membaca buku ini sebab dari mula lagi sudah sedih....hati saya terasa sayu dan sedih saat Raimie berhadapan dengan sikap keras kepala isterinya Syazan yang tidak mahu menerima hakikat yang dia mengandung. Kesilapan terbesar Syazan telah buat hasil hasutan rakan baiknya Cheryl iaitu dengan mengugurkan kandungannya yang telah berusia tujuh bulan di Amerika Syarikat namun tidak berhasil dan akhirnya anak tersebut lahir juga tetapi mengalami kecacatan kesan perbuatan Syazan.


Kelahiran anak yang dinamakan Adam itu akhirnya menyedarkan Syazan. Tangisan pertama anaknya ketika dilahirkan menzahirkan rasa bahagia dalam dirinya. Namun dia terpaksa berhadapan dengan kemarahan suaminya Raimie yang tidak dapat menerima perbuatan isterinya. Syazan tidak dibenarkan untuk menyentuh atau menjaga Adam. Hal ini amat menyakitkan Syazan kerana haknya sebagai ibu kandung diketepikan. Raimie berpendapat Syazan tidak layak bergelar ibu dan isteri. Permohonan maaf Syazan tidak dilayan oleh Raimie malah hati Syazan tambah terluka apabila Raimie menjalin hubungan dengan Zila.

Raimie akhirnya menceraikan Syazan dan mahu berkahwin dengan Zila. Sewaktu Syazan diceraikan dia sedang mengandung namun Syazan mengambil keputusan untuk menyimpan berita tersebut kerana dia yakin jika Raimie tahu Raimie akan mengambil anak itu daripadanya. Setelah lima tahun mereka berjumpa semula dan Raimie terkejut kerana Syazan mempunyai seorang anak. Setelah diselidiki akhirnya Raimie mengetahui bahawa anak itu adalah anak kedua mereka.

Penderitaan Syazan tidak berpenghujung. Dia sentiasa rindukan Adam namun tidak diberikan peluang oleh Raimie untuk berjumpa. Raimie membenarkan Syazan berjumpa Adam dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya namun di sebaliknya Raimie yang masih menyayangi Syazan tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya. Adam jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia. Raimie mengambil keputusan untuk menikahi semula Syazan. Pernikahan semula mereka menimbulkan kemarahan Zila yang tak henti-henti mengharapkan Raimie mengahwininya. Raimie tidak mahu berkahwin dengan Zila setelah mengetahui perbuatan jahat Zila terhadap arwah anaknya Adam.

Hati Raimie hancur dan penuh dengan penyesalan apabila melihat isteri yang disayanginya, hidup dalam penderitaan  sepanjang lima tahun mereka bercerai. Parut-parut duka dalam badan isterinya cukup menyeksa jiwa Raimie sehingga air mata penyesalannya menitis. Syazan juga masih hidup dalam penyesalan namun kekuatan dan kasih sayang suaminya memberikan semangat kepadanya.

Sedih tau rasa di jiwa sepanjang membaca novel ni. Tidaklah tebal. Nipis sahaja. Saya boleh habiskan membaca dalam dua jam sebab mula saja pembacaan...hati ku diruntun rasa pilu hu hu.....tapi saya suka he he...HAPPY ENDING.

# Novel ini mengajar saya erti sebuah kemaafan dan penyesalan. Betapa mudahnya untuk kita mengungkapkan kata-kata maaf tetapi belum tentu semudah itu kita akan mampu untuk melupakan apa yang telah berlaku. Bak kata orang...hati yang terluka itu terlalu sukar untuk diubati.

#Sebuah rasa penyesalan sangat sakit untuk kita lalui. Kesilapan demi kesilapan...kesalahan demi kesalahan yang telah kita lakukan akan menjadi bayangan penyesalan yang sentiasa mencengkam memori kehidupan kita.

Saturday 1 September 2018

NOVEL TUAN MUDA CIK HANA


Image result for novel tuan muda cik hana


Novel ini merupakan karya CHEMPAKA LYANA. Macam pertama kali membaca karya beliau tapi ntahlah tak pasti pula kalau dah ada sebelumnya. Buku terbitan Trop Publications. Dalam group Dunia Novel kata novel ni....BOLEHLAH...rakan-rakan yang sudah membacanya macam nak kata best tak juga nak kata tak best pun tak juga...sebab tu saya gigihlah membacanya he he. Selepas pembacaan pada saya pula, saya suka novel ni walaupun adakalanya watak heroin tu agaklah menyebalkan tetapi masih boleh dihadam ha ha.

Kisah ini tentang Hana seorang gadis berperwatakan kasar yang telah ditunangkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Ini semua adalah atas pilihan dan kehendak ibunya kerana lelaki tersebut telah banyak membantu keluarga mereka sejak ayah Hana sakit dan meninggal dunia. Ibu Hana yang sakit dan dipotong kaki kerana kencing manis juga telah mendapat penjagaan yang sempurna hasil bantuan lelaki itu. Namun keras kepala Hana ni punyalah kuat. Dia langsung tidak mahu ambil tahu sapa lelaki itu hatta nama tunang sendiri pun dia tak mahu tahu. Surat wasiat ibunya yang mengandungi gambar tunangnya telah dibuang ke laut begitu sahaja disebabkan rasa benci yang teramat sangat. Hal ini disebabkan Hana sebenarnya sudah menyimpan perasaan terhadap seorang lelaki yang telah menggantikan pokok kegemarannya dengan selori benih he he tetapi dia tidak kenal siapa lelaki itu.

Selepas kematian ayah dan ibunya, dia tinggal bersama abangnya Hanafi dan kakak iparnya Ida. Hana telah mendapat tawaran bekerja di Jaaf Plantations sebagai pustawakan peribadi kepada Tuan Muda. Dalam syarat Hana diminta selama 4 bulan yang pertama tidak mengambil tahu atau tidak cuba mengambil tahu tentang siapa Tuan Muda. Jika Hana melanggar syarat maka dia dikehendaki membayar tiga bulan gajinya...dahlah gaji yang ditawarkan kepadanya tidak masuk akal sebab terlalu mahal tetapi sebab dekat dengan tempat tinggal abangnya maka dia terima saja tawaran itu tanpa mengetahui bahawa Tuan Muda itulah tunangannya he he. Banyak peristiwa lucu di sini yang boleh membuatkan anda gelak.

Tuan Muda Badri ni kaya tau ha ha.....satu Cameron tu dia yang pegang...gangsterlah katakana...dia digelar Ayahanda Badri. Kedudukan Badri memudahkan dia mengawal tunangnya yang tersangatlah keras kepala dan ikut kehendak dia sahaja. Hana ni mungkin cantik sangatlah kot sebab di universiti dia menjadi rebutan dua orang Megat bersaudara. Bertumbuk malah sanggup berbunuh2an kedua-duanya demi nak dapatkan Hana ni...bengong betul. Megat Amir telah menggunakan taktik kotor menggunakan gambar bogel Hana untuk mengugut Hana memutuskan pertunangan dengan Badri.

Hana yang bengong ni pun.....terpaksalah mengikut kehendak Megat Amir namun dia lupa keupayaan seorang Ayahanda Badri he he....samseng punya stylelah....lunyai dua beradik Megat tu dia kerjakan ha ha...akhirnya Hana berkahwin juga dengan Badri. Kisah sedih pula muncul apabila Hanafi abang Hana yang kemalangan meninggal selepas pernikahan Hana dan Badri hu hu. Kesannya sangat dalam kepada Hana apatah lagi dia dapat suami yang tersangatlah penyayang...masuk dapur untuk bancuh air pun tidak boleh....fuuuh semangat....untunglah bini macam tu tapi boringlah kot sebab Hana ni jenis yang suka dan pandai memasak.

Ada juga kisah langau Amira nak cuba mengacau tapi kemunculan Rayyan sepupu Badri membantu menghalangnya daripada menganggu Badri dan Hana. Sekali lagi perkahwinan mereka diuji dengan kemunculan Xander yang nakkan juga c Hana ni. Maka bermulalah kisah Xander mahukan Hana dengan bantuan Lara. Pelbagai usaha jahat mereka buat namun macam biasalah...siapa boleh lawan Ayahanda Badri he he....apabila Hana mengandung lagi haru-biru dengan perangainya...namun Badri berjaya juga atasi perangai isterinya...HAPPY ENDING...

* Korang kena baca sendiri tau....banyak benda yang berlaku...bagaimana Hana tahu tentang identiti tunangnya dan siapa sebenarnya lelaki yg Hana pernah sukai satu ketika dahulu he he...dan rasanya kalau penulis nak kembangkan watak Rayyan dengan kakak ipar Hana pun best juga...mungkin projek novel yang akan datang kot he he....sebab kisah diorg tu blh dijdikn sebuah cerita

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...