Novel ini merupakan karya SOPHILEA.....macam ini karya pertama beliau yang saya baca. Lama juga saya menunggu ketibaan novel ni
he he. Teaser dia memang menarik sebab jarang jumpa situasi isteri kena
mencarikan calon isteri untuk suami sendiri. Rasa macam nak meroyan apabila
memikirkan situasi tu. Bayangkanlah jika berlaku pada diri kita....hanya Allah
yang tahu.
Kisah ni tentang Haizi seorang gadis yang
berhijrah ke Kuala Lumpur selepas dikecewakan oleh bekas tunangnya Luqman. Haizi
bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Datin Zainab. Azab dalam hidup Haizi
apabila dia diminta oleh majikannya untuk berkahwin dengan anak lelaki Datin
Zainab yang bernama Raja Nazim. Syarat ditetapkan bahawa Haizi perlu menjadi
isteri Raja Nazim sehingga Raja Nazim menemui calon isteri yang sesuai. Dalam masa
yang sama, semua urusan pencarian calon isteri itu dibuat oleh Haizi dan
mendapat tekanan daripada ibu mertuanya. Cuma yang jadi penawarnya apabila
Nazim sudah jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Dia mula membantah tindakan
isterinya yang sibuk mencarikan calon isteri untuknya. Nazim juga mula mengurat
isterinya sendiri.
Di saat kedua pasangan ini mula menyatukan
cinta mereka.....ujian melanda apabila punca Datin Zainab meminta mereka
berkahwin akhirnya terbongkar. Hal ini disebabkan perjanjian antara arwah suaminya
dengan Dato Rizal yang meminta supaya Nazim akan berkahwin dengan anak
perempuan Natasya. Namun yang jadi masalahnya, Natasya ni pula mempunyai
masalah mental dan dia boleh berubah menjadi pembunuh. Dia pernah membunuh
ibunya. Kehadiran Natasya yang agresif dan semestinya mempamerkan perangai
gilanya menimbulkan kekusutan dalam hidup Nazim dan Haizi. Tambahan pula Dato
Rizal sangat menyayangi dan melindungi anaknya walaupun dia tahu anaknya tu
menghadapi masalah jiwa.
Nazim telah dipaksa untuk berkahwin dengan
Natasya. Atas ugutan Natasya, Haizi telah meninggalkan suaminya di hari
pernikahan Nazim dan Natasya. Haizi melarikan diri ke Langkawi. Nazim pula jadi
tidak keruan apabila ditinggalkan isteri kesayangannya. Dia memang tidak mahu
hidup dengan Natasya. Akhirnya berlaku peristiwa Dato Rizal akhirnya meninggal
dunia ditikam oleh anaknya sendiri. Natasya pula telah dihantar ke hospital
sakit jiwa. Bermula episode pencarian Nazim namun dia yang merajuk kerana
ditinggalkan Haizi menyimpan pelbagai tanggapan terhadap isterinya itu. Pertemuan
mereka di sebuah resort di Langkawi menjadikan episode pujuk-memujuk dan
rajuk-merajuk seronok untuk dibaca he he.....akhirnya HAPPY ENDING.....k
dapatan novel ini :-
1.
TERUS
TERANGKAN LEBIH BAIK
-
Kadang-kadangkan
yang menyebalkan ni apabila konflik berpusing-pusing hanya disebabkan oleh
tiadanya istilah nak berterus-terang. Apabila tiada kejujuran maka tiada
perbincangan. Jika tiada perbincangan maka mudahlah orang luar memporak-perandakan
hubungan. Jadi apa-apapun...jujurlah dan sentiasa bersedia untuk
berterus-terang dengan pasangan kita.
2.
SAKIT
HATI, SAKIT JIWA, SALAH SIAPA?
-
Setiap
perbuatan yang mendatangkan kesakitan dalam hidup kita...adakalanya berpunca
daripada sikap kita sendiri. Kita jadi sakit hati...sakit jiwa disebabkan oleh
diri dan sekeping hati kita yang sentiasa merasakan tindakan kita betul.
# Mengapa adanya perjanjian Dato’Rizal dengan
Raja Riduan.....ini punca kepada permasalahan yang wujud....korang baca
eeh...kalau rasa tak logik tu...anggaplah ini sebagai hiburan.
No comments:
Post a Comment