Novel ini karya CIK BAWANG. Pertama kali
membaca karya beliau. Dalam group peminat novel kata novel ni kelakar dan best. Dah lama beli
novel ni namun tersimpan dalam koleksi. Setelah memulakan pembacaan, memang
kelakarlah novel ni. Tajuk sahaja gangster tapi cerita dalam ni boleh
membuatkan orang yang tak suka cerita yang ‘sawit-sawit’ boleh muntah hijau ha
ha. Tapi tak semua cerita ni tentang sweet sahaja tau tetapi padat dengan
konflik dalaman watak dan juga antara watak.
Kisah tentang Nik Batman ketua kumpulan
gangster Batman yang jatuh cinta dengan Bella Qistina gadis yang tersalah culik
oleh anak-anak buahnya. Nik mengarahkan supaya Bella Marmara anak kepada
gangster Yong yang mengkhianati kumpulan mereka diculik tetapi mereka tersalah
culik gadis lain. Bermulalah kisah Nik memaksa Bella Qistina ini untuk menjadi
isterinya. Biasalah gangster kan....manalah dia tahu nak romantik2 dalam
melamar orang. Yang dia tahu Bella kahwin dengan dia ha ha. Bella apa
lagi....memanglah dia takut gila. Dahlah gangster, ketua pula tu mestilah dia takut setengah mati he he. Namun
kahwin jugalah mereka dan apabila mereka berkahwin barulah Bella menyedari yang
Nik ni mempunyai trauma teruk dalam hidupnya.
Kemunculan King aka Nik Borhan, ketua sebenar
Batman merangkap ayah kandung kepada Nik memberi peluang kepada Nik untuk
memenuhi janjinya kepada Bella. Nik berjanji akan mengubah cara hidupnya. Kalau
nak tahu Nik ni sebenarnya doktor haiwan tau. Dan trauma Nik juga isteri dia
sendiri iaitu Bella yang merawatnya kerana Bella pernah belajar dan membuat
latihan praktikal dalam bidang psikologi dan psikiatrik. Gelagat kawan baik dan
abang angkat Nik iaitu Black yang mengurat kawan baik Bella iaitu Mayangpun
kelakar. Gangster nak mengurat korang bayangkanlah ha ha. Tapi diorang ni
gangster celup jer. Hati lembut ha ha. Pendek kata jadi gangster kerana
terpaksa. Apa yang memaksa mereka....korang bacalah. K dapatan dalam novel ini
:-
1.
PINTU
TAUBAT SENTIASA TERBUKA
-
Seteruk
manapun perbuatan seseorang jika dia diberi peluang untuk bertaubat dan dia
tidak melepaskan peluang itu, siapalah kita untuk menghukumnya. Selagi anda
ruang dan peluang untuk bertaubat....kita gunakanlah sebab ajal datang tanpa
dijemput.
2.
KEPINCANGAN
KELUARGA PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK ANAK-ANAK
- Keluarga
yang dilanda krisis yang teruk menjadi punca anak-anak hilang pedoman. Apatah lagi
apabila ibu atau bapa sendiri tidak memberikan penekanan didikan agama kepada
anak-anak maka hanyutlah mereka. Apa yang berlaku dalam proses pembesaran
anak-anak itulah yang akan mencorakkan mereka pada masa hadapan.
#Novel
ni genre romantik komedi namun terselit sejuta kedukaan dalamnya. Mengapa Nik
dan Black jadi gangster....apa trauma Nik sehingga menyebabkan dia menderita
PTSD...sedih tahu tak kisah hidup dia...depan mata dia sendiri ibunya
diperlakukan dengan begitu kejam sekali oleh ibu saudaranya sendiri. Nak mengingati
peristiwa itupun sudah buat saya sedih dan sakit hati apatah lagi jiwa Nik hu hu....nak
tahu apa yang berlaku pada Nik dan Black.....korang bacalah ya
No comments:
Post a Comment