Monday 18 December 2017

NOVEL BIBIK MILENIUM


Image result for bibik milenium



Novel ini hasil tulisan AEIN DHIYAUDDIN. Rasanya ini karya pertama beliau yang saya baca. Sebelum ini saya terbaca satu post penulis ni di FB yang memaparkan salah satu komen yang diterimanya berkaitan dengan novel ini ialah ada pembaca yang menyatakan bahawa novel ini tidak logik....aduhai...kesian penulis ni...namanya novel...hasil sastera...adunan antara realiti dan imaginasi dalam menyampaikan sesuatu perkara...kalau nak harapkan sesuatu yang benar-benar berlaku itu fakta sejarah namanya....issh...tak faham sungguh ...

Saya sangat suka novel ni....ha ha....saya boleh ketawa terbahak-bahak membacanya..memang kelakar sungguh...pandai penulis menjalin cerita dengan gabungan unsur humor dan juga sedih namun saya tegaskan sekali lagi kalau anda peminat novel action/thriller...tak payah gatal-gatak nak baca novel genre begini sebab anda hanya akan tahu mengutuk saja...jadi nasihat saya sebelum baca dapatkan review dulu supaya tidak muntah hijau....huuh....

Kisah novel ni simple sahaja....kisah tentang seorang gadis malang anak yatim piatu. Dibesarkan di rumah anak yatim namun akhirnya dia muncul sebagai seorang arkitek wanita yang berjaya. Dia berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga angkat merangkap keluarga sahabat baiknya sendiri. Berbekalkan kelebihan yang dia ada...kecantikan, bakat dalam bidang rekaan bangunan menjadikan dia Suhaila Aileen Al-Hakeem begitu terkenal namun ramai yang tidak mengenali wajahnya kerana dia seorang yang low profile.

Kisah sedih di awal cerita apabila Suhaila akhirnya mengetahui punca sebenar tunangnya Saiful memutuskan pertunangan mereka adalah disebabkan oleh sahabat baiknya sendiri iaitu Karlisa. Yang paling menjengkelkan keseluruhan majlis perkahwinan itu Suhaila yang mengeluarkan kos tetapi Saiful dan Karlisa bersanding sedap-sedap di situ. Sudah tu pula, sampai di rumah sewanya, Suhaila diusir pula oleh ibu Karlisa seolah-olah rumah itu miliknya sendiri. Tapi saya suka watak Suhaila ni...tak adanya dia lemah....dia suruh jiran-jiran dia angkut semua barang dalam rumah tu sebab semua tu dia yang beli.....adegan ni ala-ala dalam filem Tiga Abdul he he....waktu P. Ramlee sedekahkan barang2 mertua dia he he....

Sewaktu bersedih dengan pengkhianatan Saiful dan Karlisa, berlaku pula satu episode baru dalam hidup Suhaila apabila dia tersalah masuk ke bilik Tengku Khalis Aiman...si playboy Malaya menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan lelaki tersebut....haaah....di sini korang kena baca....bermulalah kisah bibik millennium dalam menjalankan misinya....garang, gedik, nakal, manja...semua ada he he...rugi korang tak baca...

Macam biasalah apabila mula mengecapi bahagia mesti ada ujian kesulitan...Khalis yang cemburu marah dengan Suhaila...ditinggalkan di tepi jalan...apabila dia sudah tahu bahawa Suhaila itu merupakan Suhaila AL-Hakeem wanita arkitek yang dikaguminya...yang dicari-carinya selama ini...betapa dia sangat menyesal dan berusaha untuk mencari isterinya...namun takdir memisahkan mereka selama berbulan-bulan kerana Suhaila telah dilanggar orang dan hilang ingatan. Mereka akhirnya bertemu semula dengan kekuatan anak mereka dalam kandungan Suhaila. Banyak lagi kisah ni...korang baca ya he he..
Tak masuk lagi konflik keluarga tau...yang akhirnya terlerai apabila terbongkar Suhaila ada keluarganya sendiri...Syed Haidar itu siapa....kemunculan Datin Hanis yang dinanti oleh Tengku Khalis...bersatu semula semua anak Tengku Zabidi atas bantuan Suhaila...yang ini pun menarik untuk korang bongkar ha ha....siapa yang melanggar Suhaila sehingga dia hilang ingatan dan kenapa....semuanya terjawab dalam bentuk HAPPY ENDING he he...Cuma di penghujung cerita tu agak suspens sedikit.....rasa macam tercabut jantung apabila penulis seolah-olah mematikan watak hero...fuuh...walhal....tak adapun....Suhaila tu saja nak jadi sengal menggedik dengan suami kerana pembawaan baby kedua he he....

K hasil dapatan novel ini :-
1.    SYUKURI DAN HARGAI APA YANG KITA MILIK
Mencemburui kelebihan orang lain hanya mengundang bencana dalam hidup kita kerana daripada rasa dengki inilah maka dendam kesumat akan muncul. Apabila mula berdendam maka manusia akan mula berhati busuk dan sanggup melakukan apa sahaja. Karlisa yang sangat cemburu dengan Suhaila sanggup mengaibkan kawan baiknya malah menghancurkan hidupnya. Begitu juga dengan Saiful...kata sayang tapi tidak boleh mempertahankan Suhaila....

2.    JANGAN CEPAT MENGHUKUM SESEORANG
Sehebat manapun kita tetapi bukan menjadi tugas kita untuk menentukan darjat seseorang berdasarkan masa silamnya. Saiful kehilangan wanita yang disayanginya kerana terlalu taasub dengan keturunan. Khalis juga hampir kehilangan wanita yang disayanginya kerana terlalu cepat menghukum Suhaila hanya kerana fitnah tentang keturunanannya.

#Saya memang suka novel ni....di mana keistimewaannya...saya letak pada pengolahan penulis yang berjaya membangkitkan emosi humor dan sedih dalam pembacaan saya...tapi lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan ha ha...

Sunday 29 October 2017

NOVEL CALON ISTERI SEORANG PLAYBOY


 Image result for novel calon isteri seorang playboy


Ini novel pertama keluaran Penerbitan Tiga Dara yang saya baca.....hasil tulisan KAT MARIAM....awal-awalnya saya tidaklah berminat sangat sebab tengok tajuk tu pun dah nampak pelik......tapi apabila saya terbaca sinopsisnya macam menarik pula...sewaktu saya mengeluarkan buku ni daripada rak untuk dibaca...Mr Hubby sempat memerli cover novel ni.....dia kata...Playboy tapi gambar berpurdah.....issh...rasa nak bagi ceramah saja dgn dia ni.....tu lah namanya sarkastik....kena fahamlah cik abang oi....

Saya mula membaca....di peringkat awal cerita tu feeling biasa-biasa saja tapi apabila sudah mula masuk bahagian perkembangan ceritanya dah mula teruja.....sampai lagi kepada klimaks.....fuuuh....berjaya mencuit emosi sedih saya....hu hu....rasanya jarang saya menitiskan air mata apabila membaca novel tapi tidak tahu novel ni punya penangan walaupun ceritanya biasa-biasa saja tapi berjaya membuatkan saya menangis hu hu....ada beberapa perkara yang berjaya menjentik emosi saya iaitu :-
      i.        Saat-saat Amina Munawwarah dipaksa menikah dengan Syed Iskandar dan selepas itu dihalau keluar oleh ayah angkatnya.....dahlah dia anak yatim piatu hu hu...

    ii.        Ketika Syed Iskandar mendera perasaan dan emosi Amina sebagai isterinya....sedih weii

   iii.     Saat emosi seorang isteri yang begitu tulus mencintai suaminya namun dia tidak dicintai oleh suaminya sendiri

   iv.        Saat kembalinya seorang hamba Allah kepada penciptanya

Mungkin cara penyampaian dan pengolahan cerita oleh penulis yang dapat menggambarkan suasana malah emosi watak pada setiap kejadian tersebut membuatkan jiwa pembaca saya menjadi sensitif......fuuuh....hebat penulis ini....k..dapatan novel ini :-

1.    JANGAN HANYUT DENGAN NIKMAT DUNIA
-       Adakalanya kita diuji dengan nikmat kelebihan yang kita ada seperti kekayaan atau kecantikan dan ketampanan sehingga kita menjadi alpa dan lebih teruk lagi terjerumus dalam kemaksiatan. Apabila jiwa sudah sebati dengan maksiat maka mudah sangat untuk kita lalai beribadah kepadaNya. Kelalaian itulah yang akan membawa kita semakin jauh daripada mengingati Allah. Berhati-hatilah dengan perkara remeh nikmat dunia yang mungkin sudah menjadi kebiasaan kita tetapi lama-kelamaan penyumbang kepada kemaksiatan yang kita lakukan. Nikmat dunia boleh wujud dalam pelbagai cara namun terpulanglah kepada kita bagaimana untuk mengendalikannya sama ada di jalan yang betul ataupun sebaliknya. Dalam novel ni....penulis menegaskan bahawa pencegah kepada nikmat dunia yang melalaikan ialah IMAN yang kita miliki. Jika iman kita kosong maka senang sangatlah kita melakukan kemaksiatan kerana tidak ada pedoman dan pegangan dalam hidup yang  boleh membatasi kehidupan kita.
-        
2.    KECANTIKAN BUKAN JAMINAN KEKAL
- Iskandar Si Playboy...terlalu obeses dengan wanita-wanita cantik. Dia berpandangan bahawa wanita-wanita cantik ini hanyalah aset kepada lelaki untuk memuaskan nafsu mereka. Tambahan pula jika wanita-wanita tersebut rela untuk menggadai maruahnya sendiri menggunakan kecantikan yang dimiliki. Kecantikan yang sejati hanya untuk mereka yang berhak melihatnya. Kecantikan yang digunakan di jalan yang salah umpama mengundang bala kepada pemiliknya. Oleh itu, hargailah ‘nilai kecantikan’ yang kita miliki.

3.    BERKORBAN PERASAAN SENDIRI UNTUK ORANG YANG DICINTAI :            BERBALOI ATAU BODOH
-       Maaflah agak kasar sedikit.....adakalanya saya terfikir juga....kenapalah masih ada orang di luar sana yang begitu sanggup berkorban perasaan sendiri semata-mata untuk orang yang dicintai.....k.....berkorban tu k...tapi janganlah melampau-lampau sangat macam tak senonoh pula he he....yalah kita cintakan orang itu...dan sanggup membiarkan hati kita terluka dengan parah walhal dia yahu yahu dengan kebahagiaannya atas penderitaan kita...TAPI bila saya fikir semula...mungkin ada sebab kukuh mengapa manusia begini merasakan tindakannya walaupun bodoh tetapi berbaloi untuk mereka yang disayangi...

4.    KEBIJAKSANAAN DAN KEBERANIAN MEMBAWA KE JALAN BENAR
-       Saya suka watak Pak Razak dalam novel ni.....terhapus terus rasa geram dengan sikap garangnya yang tanpa usul periksa mengahwinkan Amina dengan Iskandar...tetapi dialah juga yang berjaya menyedarkan Iskandar agar berhenti melakukan kemaksiatan...sanggup ayah mertua ni masuk pub semata-mata mengekori menantunya....yang kelakarnya dia siap ceramahkan semua pengunjung pub tersebut he he......akhirnya Pak Razak mengambil pendekatan lembut untuk mendekati menantunya dan berjaya....

SINOPSIS

Novel ini mengisahkan tentang Amina Munawwarah seorang gadis kacukan Jepun-Melayu yang telah kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi. Oleh itu dia telah dipelihara dan dibesarkan oleh keluarga Pak Razak. Konflik bermula apabila Faris iaitu abang angkatnya melamarnya dan cadangan perkahwinan tersebut sangat dipersetujui oleh Pak Razak. Namun demikian, Amina berada dalam keadaan serba salah kerana dia sama sekali tidak menyimpan sebarang perasaan cinta terhadap Faris. Atas faktor hendak membalas budi maka Amina cuba untuk menerima perkahwinan tersebut.

Dia bertemu dengan Si Playboy Syed Iskandar di KLIA ketika dia dalam keadaan susah hati memikirkan masalah lamaran Faris manakala Iskandar pula terlepas penerbangan ke UK. Amina telah memberikan ceramah agama percuma kepada si Playboy ini yang memang kerjanya menjadi pengunjung setia pub dan juga tidur dengan perempuan-perempuan cantik yang gedik. Apalagi terbakarlah rasa ego Iskandar terhadap seorang gadis berniqab yang dianggap ala-ala ustazah. Adalah beberapa kisah pertemuan mereka selepas itu....korang bacalah ya he he

Pada hari pernikahannya, atas dorongan Maisarah adik Faris dan Farihah sahabat baiknya, Amina nekad lari. Ketika dia dikejar oleh Pak Razak.....dia bersama dengan Iskandar yang kebetulan berada di kampung tersebut dan hampir melanggarnya. Situasi ini telah menimbullkan salah sangka Pak Razak yang sememangnya marah dengan tindakan Amina yang memalukan anaknya dan keluarga mereka. Oleh itu, Pak Razak telah mengarahkan Amina dan Iskandar menikah malam tu juga. Amina juga telah dihalau dan dimarah teruk oleh Pak Razak.

Pernikahan itu menjadi satu bebanan kepada Iskandar apatah lagi wanita yang dinikahinya tidak pernah dilihat wajah sepenuhnya. Dia juga masih mahu bebas dan berfoya-foya dengan wanita-wanita tanpa ada ikatan. Bermula kisah penderitaan emosi oleh si suami terhadap isterinya yang telah mula jatuh hati kepada suaminya sendiri. Namun ego Iskandar ni tinggi....dia tidak dapat menerima ikatan perkahwinan tersebut malah dia juga melarang Amina untuk tidak menunjukkan muka sebenar dan teruskan berniqab walaupun di rumah kerana takut Amina memiliki wajah yang hodoh.

Banyaklah cara Amina nak menawan dan menyedarkan suaminya...korang bacalah ya....termasuklah Amina sanggup membantu suaminya untuk mengurat wanita yang dicintai oleh suaminya. Paling best saat Iskandar terlihat sebenar wajah milik isterinya...kejadian sewaktu dia dating dengan kekasihnya dia terserempak dengan Amina yang diperkenalkannya sebagai adik kandungnya....punyalah jahat lelaki ni.....tiba-tiba Iskandar tercedera di tangan sewaktu bergelut dengan peragut yang cuba meragut kekasihnya....Amina yang melihat kejadian tersebut datang dan membuka kain niqabnya untuk membalut luka Iskandar....barulah Iskandar ternampak betapa jelitanya si isteri...dan barulah dia tahu mengapa isterinya sentiasa menutup mukanya kerana mengelakkan fitnah atas sebab kejelitaan yang dimilikinya..

Iskandarpun mcm biasalah baru terbuka hati....mula-mula nak pilih....nak pinang kekasih dia atau kekal dengan Amina...bab sedih bila Amina bersungguh-sungguh membantu Iskandar melamar kekasihnya malah dia turut menghantar Iskandar ke rumah Natalia....ntah berbaloi atau tidak...rasa nak lempang jer he he...tpi lepas tu Amina terus tinggalkan Iskandar....dan korang dah dapat agak endingnya kan...Iskandar mula menyesal...cari punya cari...pujuk punya pujuk....akhirnya dapat....HAPPY ENDING.....

# Wujud tak wanita setulus hati Amina Munawwarah....fuuh...mcm bengang jer rasa menyakiti hati sendiri tapi dia ada alasan tersendiri untuk berkelakukan demikian...

NOVEL 100 HARI MENGENAL CINTA



Image result for novel 100 hari mengenal cinta
Saya sebenarnya bercadang untuk berhenti membaca novel untuk beberapa hari memandangkan ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Namun demikian disebabkan gambaran cerita Cinta Asma & Ferhad begitu kuat menganggu di minda maka saya terpaksalah gagahkan diri mengambil satu lagi novel dalam koleksi yang belum dibaca dengan harapan akan dapat memudarkan sedikit kemendungan yang bertakhta di jiwa ha ha....saja nak cari alasan....

Saya pilih novel ini.....untuk lari seketika daripada novel-novel keluaran LN sebab nak mententeramkan jiwa ha ha....kelakar yang tak lawak...tidak apalah yang penting daku bahagia he he....novel ini keluaran Penulisan2u dan hasil karya SYU ARIANI....novel ini antara novel yang  terlaris dijual di Popular maka terdetik hati saya untuk membacanya...

Novel ni biasa-biasa sahaja...tiadalah kisah berkahwin dengan jutawan...ia lebih kepada unsur kemasyarakatan tentang kasih sayang yang agak bercelaru menimpa keluarga Airina dan Hazizul....k dapatan novel ini :-
1.    NAFSU PEMUSNAH KEBAHAGIAAN HIDUP
-       Nafsu ni luas....tak kiralah dalam bentuk apa-apapun.....namanya nafsu haruslah dikawal agar tidak memakan diri. Jika terlalu mengikut nafsu maka manusia akan mudah terjerumus ke dalam lembah kemaksiatan. Sekali kita memulainya maka akan ada hasutan syaitan untuk terus melakuknnya semula. Oleh itu berhati-hatilah. Harris yang terlalu mengikut nafsu mengejar Syida telah mempergunakan kakak tiri Syida iaitu Airina tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Kesan daripada itu jugalah dia akhirnya tidak pernah tunduk dengan nafsunya walaupun selepas memiliki Syida.

2.    ANAK YANG HORMAT DAN TIDAK BERDENDAM AKAN ORANG TUANYA PASTI DIBERKATI.
-       Seteruk manapun layanan orang tua terhadap anak-anaknya, adalah menjadi tanggungjawab anak-anak agar terus menghormati orang tua mereka selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah. Hazizul berhadapan dengan trauma yang teruk selepas didera oleh ayah kandung dan ibu tirinya sejak dari kecil. Namun dia tidak menyimpan sekelumit dendam kerana rasa hormat yang tinggi terhadap mereka.

3.    SENTIASA BERFIKIRAN RASIONAL DAN JANGAN BERTINDAK MENGIKUT KATA HATI
-       Kata hati kita adakalanya tidak benar....ia masih memerlukan akal waras kita untuk berfikir secara rasional supaya setiap tindakan yang kita lakukan berbaloi. Jangan terlalu menurut kata hati terutama apabila menyentuh tentang soal hati, kelebihan orang lain dan kekurangan yang kita miliki. Syida yang begitu lancang membenci kakak tirinya Airina tanpa sebarang sebab munasabah menjadikan dia sendiri tertekan dan meroyan.


SINOPSIS

Di peringkat awal novel ini digambarkan perasaan berkecamuk seorang gadis bernama Airina yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya namun dia tidak sedikitpun berasa teruja atau mempunyai perasaan terhadap Harris walaupun telah bertunang selama 2 tahun. Saat-saat menjelang pernikahan mereka, penipuan Harris terbongkar apabila Airina menyaksikan sendiri kecurangan tunangnya bersama Syida adik tirinya. Airina yang berasa kecewa dengan mereka telah bertemu dengan Hazizul adik tiri Harris yang telah menawarkan perkahwinan selama 100 hari untuk mereka mengenal cinta. Jika dalam tempoh itu mereka tidak mempunyai perasaan apa-apa maka mereka boleh menamatkan ikatan mereka.

Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 100 hari itu. Termasuklah perkahwinan Syida dan Harris. Turut juga terbongkar kemaksiatan mereka selepas Syida didapati mengandung 6 minggu sedangkan mereka baru berkahwin seminggu. Turut terbongkar kisah kecurangan Harris dengan setiausahanya. Walaupun jelas di depan mata yang bersalah adalah mereka namun Syida tidak habis-habis meletakkan kesalahan kepada Airina. Dia menuduh Airina punca dia diceraikan talak tiga oleh Harris dan pembunuh kepada anak dalam kandungannya walhal dia yang menganggu Airina dalam pemanduannya sehingga menyebabkan mereka kemalangan.

Konflik diperhebatkan lagi apabila Syida menjalankan misi jahat menghancurkan rumah tangga Airina dan Hazizul dengan cubaan menggoda abang iparnya sendiri. Tindakan Syida berjaya menganggu hubungan suami isteri mereka namun berjaya dirasionalkan oleh ibu bapa Airina. Di penghujung cerita, semuanya pulih seperti biasa. Akhirnya Hazizul diterima oleh keluarganya dan kisah 100 hari mereka memang berjaya mengenal cinta....he he....

Tentang siapa Hazizul yang sebenar.....apa yang berlaku dengan dia....kenapa dia menawarkan perkahwinan 100 hari untuk mengenal cinta...korang baca sendiri k......



#Misi tercapai mengubat lara di jiwa he he.....malangnya teringin lagi membaca novel yang lain pula hu hu...janganlah banyak kerja ni......

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...