Buku ni karya lama sebenarnya. Saya belipun masa PBAKL tahun lepas. Namun baru dapat masa untuk membacanya. Itupun disebabkan adanya Cabaran 60 Buku Setahun. Kalu tak mungkin sampai ke sudah buku ni masih lagi dalam rak he he. Sebenarnya untuk buku-buku keluaran Karya Seni atau Penulisan2U saya ada rak khas sebab tak muat he he
Buku ni karya AIMY HANIYA. Rasanya pertama kali kot saya baca karya beliau. Kisah yang santai dipaparkan oleh penulis namun penuh dengan babak-babak drama he he. Kekuatan novel ini saya letakkan pada kemampuan penulis untuk terus menarik minat pembaca mengikuti cerita sampai ke hujung. Berdebar juga apabila telahan yang ada dalam fikiran saya tidak seperti yang diandaikan he he tu menyebabkan saya lebih teruja. Adakalanya unsur sebegini yang membuatkan pembaca terus melekat pada pembacaan mereka sehingga ke akhirnya he he.
Kisah tentang seorang jururawat bernama Nur Dahlia yang menyimpan perasaan terhadap majikannya yang bernama Dr Ridzwan. Atas dasar perasaan itu jugalah, Dahlia akhirnya menerima arahan daripada Dr Ridzwan untuk menjadi jururawat kepada Nasri Haikal yang merupakan seorang pesakit kemurungan major. Pada awalnya, Dahlia mempunyai kesukaran untuk berinteraksi dengan Nasri yang terlalu pasif dan selalu bersembunyi di bawah katil namun lama-kelamaan sikap Dahlia yang ikhlas, amanah dan bertanggungjawab berjaya membuka ruang untuk Nasri berkomunikasi dengannya.
Nasri ni langsung tidak mahu bercakap dengan siapa-siapa selepas tragedi kematian ibu dan adiknya yang telah mati akibat minum racun. Hal ini disebabkan tindakan ayahnya Datuk Azmi yang telah berkahwin dengan Datin Sara menyebabkan ibu Nasri kecewa dan balik ke kampung. Tindakan ibunya membunuh diri dan membawa bersama adik perempuannya menjadi titik-tolak kepada kemurungan Nasri. Dia pernah cuba membunuh diri namun tidak berjaya. Dari situlah dia mula mengalami kemurungan yang teruk dan selalu mencederakan dirinya.
Itu versi yang Dahlia dengar daripada orang sekeliling. Apabila Nasri sudah mula bercakap dengannya, Dahlia mendapat info baru daripada tuan badan sendiri. Nasri mengesyaki ada komplot yang ingin membunuhnya secara diam-diam menggunakan cara halus. Oleh itu, Nasri telah meminta bantuan Dahlia untuk mendapatkan info tentang ubat yang dimakannya tanpa pengetahuan Dr Ridzwan ataupun Dr Hakim yang merawatnya. Hal ini disebabkan selama ini, dia hanya cuba ingin membunuh diri sekali sahaja tetapi segala kecederaan seperti celar yang terdapat pada tangannya dan di bahagian badan lain bukanlah disebabkan oleh dirinya sendiri.
Selepas mendapatkan pandangan lain daripada Dr Ramesh ahli pskiatrik, Nasri dan Dahlia mula menyusun rancangan untuk memerangkap manusia yang terlibat menganiaya hidupnya. Nasri mengesyaki ibu tirinya Datin Sara namun sikap baik yang ditunjukkan oleh Datin Sara membuatkan Dahlia tidak mempercayainya. Namun selepas beberapa siri penyiasatan dan tindakan mereka akhirnya segala rancangan Datin Sara terbongkar.
Satu hal yang mengejutkan buat Dahlia apabila Dr Ridzwan yang selama ini tidak menunjukkan minat dengannya mula menunjukkan gaya yang menyebalkan Dahlia. Sikap Dr Ridzwan yang mengambil hati keluarganya membuatkan ahli keluarganya menyukai lelaki itu. Konflik timbul apabila Nasri yang telah sembuh juga mula menyimpan perasaan terhadap Dahlia. Persaingan kedua-dua lelaki ini membingungkan Dahlia. Namun kemenangan berpihak kepada Nasri yang lebih tulus dan jujur dalam usaha mendapatkan Dahlia. Berbeza dengan Dr Ridzwan yang sanggup menggunakan cara kotor untuk mendapatkan Dahlia. Sebelum ini Dr Ridzwan ni tidak menunjukkan minat pada perempuan selepas dikecewakan dengan kekasihnya Aleesa. Tetapi Dahlia berlainan namun dia sudah terlambat apabila hati Dahlia telahpun dicuri oleh Nasri.
Apabila semua konflik ni terungkai, konflik pasangan ni pula muncul. Nasri tiba-tiba menghilangkan diri berbulan-bulan tanpa khabar berita. Ini menjadikan Dahlia penasaran. Yalah tiba-tiba hilang langsung tak dapat dihubungi. Rupanya c Nasri ni keluar negara cari duit untuk memenuhi impian bakal isterinya. Tapi saya betul-betul tidak faham...kan dia tu anak orang kaya...pewaris tunggal kekayaan mak dan bapa dia kot...tak kanlah nak pi luar negara lagi ha ha...buang karan betul tapi bila fikir secara rasional mungkin itu adalah prinsip hidupnya, tidak mahu bergantung kekayaan orang tuanya tetapi biarlah dia cari sendiri...k alasan boleh diterima he he dan akhirnya HAPPY ENDING...k dapatan novel ni :-
- TAMAK MENJADIKAN KITA INSAN PALING MALANG DI MUKA BUMI.
- CEMBURU MENGHILANGKAN SEGALA RASIONAL DALAM DIRI JIKA TIDAK DIBENDUNG.
# Fuuuh...banyak lagi konflik yang tak terjawab dalam review tu. Tebal jugalah buku ni jadi tak laratlah nak cerita satu per satu he he...korang bacalah ya.
# Ibu dan adik perempuan Nasri sebenarnya tidak membunuh diri tetapi mereka telah dibunuh...WHAT...Siapa pembunuhnya?????
# Semua kemurungan Nasri selama ini adalah dirancang dan terancang dengan cukup baik tanpa disedari oleh orang-orang di sekelilingnya...WHAT....siapa yang buat?????dan kenapa?????
# Datin Sara ibu tiri tu sebenarnya adalah Aleesa bekas kekasih Dr Rdzwan yang telah meninggalkannya kerana dasar harta. Okey...selebihnya korang baca k.
10/60 CABARAN 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 23 JANUARI 2019
No comments:
Post a Comment