Friday, 30 December 2022

NOVEL CIK JULIET DAN ENCIK ROMEO



 Image result for novel cik juliet dan encik romeo
Novel ini sudah lama dalam simpanan....adalah dalam 3 bulan....sebab banyak sangat buku baharu maka yang ini dipandang sipi he he....oh ya novel ini hasil karya AIRISZ. Novel ini berbeza dengan novel-novel yang telah saya baca sebab novel ini berkisar tentang kehidupan realiti manusia. Tiadalah sangat unsur-unsur percintaan ala-ala Cinderella....asyik-asyik orang kaya he he....

Novel ini sarat dengan pemaparan erti sebuah kemaafan dan nilai persahabatan. Kisahnya biasa-biasa saja cuma dekat dengan manusia marhaein seperti saya. Kehidupan si tukang jahit dengan penternak ayam. Simplekan. Berbeza dengan novel sebelum ini....yang rata-ratanya anak-anak orang kaya....apabila dihidangkan dengan cerita seperti ini rasa dekat di jiwa.....k lah hasil dapatan novel :-

1.    ERTI SEBUAH KEMAAFAN
-       Bukan mudah untuk kita meluahkan permohonan maaf atau menerima sebuah kemaafan. Hal ini kerana di sebalik MAAF itu tercalit peristiwa yang sangat menyakitkan dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa sebab itulah hati kita terluka dan dihulur dengan kemaafan. Adakalanya kemaafan sukar untuk kita lafazkan atau terima kerana rasa sakit hati itu membara menjadi dendam kesumat dalam hati. Jika ini berlaku maka bertambah-tambahlah kelukaan di hati kita. Sudahlah dengan peristiwa yang menyakitkan.....kerana sukarnya menerima sebuah kemaafan maka kesakitan itu kekal terpahat dalam jiwa. Jah yang tidak boleh menerima kemaafan menjadikan kehidupan rumah tangga anak bongsunya Awah sebagai taruhan kebencian.

2.    CINTA PEMUSNAH PERSAHABATAN
-       Selalu saya ingatkan dalam review novel yang saya telah baca iaitu cinta itu memang buta tapi jangan sampai membutakan mata hati kita. Memanglah cinta itu merupakan naluri perasaan yang sukar untuk ditolak namun kita masih dikurniakan akal untuk mengawal hati kita. Apabila sebuah persahabatan kita khianati maka kesannya akan memakan jiwa raga kita sehingga ke penghujung hidup. Persahabatan yang terjalin namun disulami dengan pengkhianatan pasti membawa seribu penyesalan yang tidak berkesudahan. Walaupun zahir tampak bahagia tetapi pendaman penyesalan dalam jiwa itu tidak mampu untuk kita sangkal kerana orang yang kita sakiti adalah orang yang rapat dengan kita. Oleh itu, berhati-hatilah dalam memilih cinta hati anda.....Habibah yang telah mempergunakan sahabatnya Jah untuk mendapatkan Hamid menyebabkan persahabatan erat mereka akhirnya terjejas.

3.    BELAJAR UNTUK MENERIMA DAN REDA
-       Dua perkataan ini sangat sukar untuk diluahkan iaitu SABAR dan REDA namun pada hakikatnya tersangatlah sukar untuk diamalkan. Bukan mudah untuk kita menerima sesuatu yang pahit namun adalah tidak wajar untuk kita terus menyimpan dan mendendami kerana ini hanya memakan diri. Lebih baik kita mencari bahagia sendiri dan melepaskan semua kedukaan dengan harapan Allah akan gantikan semua itu dengan sesuatu yang lebih baik untuk kita dunia akhirat.

SINOPSIS

Novel ini nipis sahaja....saya menghabiskan pembacaan hanya dalam tempoh 3 jam sahaja....itupun terhenti-henti dengan kerja rumah he he.....k....novel ini berkisar tentang kisah percintaan Zahra Emilia (Awah) dengan Yassin. Mereka ini telah bercinta sejak dari zaman sekolah lagi dan telahpun mempunyai perancangan untuk berkahwin. Namun tiba-tiba Yassin telah menghilangkan diri tanpa dapat dikesan dan meninggalkan Awah tanpa sebarang penjelasan.

Awah si gadis cekal tidak menjadikan kekecewaan itu sebagai penghalang kepada hidupnya. Dia cuba untuk berhadapan dengan kelukaan ini dan akhirnya usahanya berbaloi apabila dia muncul sebagai usahawan berjaya dalam bidang jahitan. Kedai jahit dan juga rekaan jubah onlinenya semakin mendapat sambutan hangat daripada pelanggannya. Dalam kesibukan Awah untuk memajukan perniagaannya, dia masih berharap agar Yassin akan muncul untuk memberikan penjelasan. Dia menolak semua calon suami yang diperkenalkan kepadanya selagi dia tidak mendengar penjelasan Yassin.

Setelah 6 tahun terpisah, kepulangan Yassin ke kampung halaman menimbulkan pelbagai kontroversi. Yassin balik dan mula menjalankan penternakan ayam yang pastinya menjadi hinaan masyarakat kampung yang tipikal dengan kehidupan mereka. Yassin menerima pelbagai penghinaan namun tidak dihiraukan. Banyaklah kisah Yassin ni nak memujuk semula si Awah tapi ala-ala bermain tarik talilah.....he he korang baca sendiri.

Pendek cerita, Yassin telah berterus-terang dengan Awah bahawa sebab utama dia meninggalkan Awah 6 tahun yang lepas adalah atas permintaan ibu Awah sendiri. Patutlah ibu Awah iaitu Cik Jah sangat membenci keluarga Yassin rupa-rupanya Cik Jah dan Habibah suatu ketika dulu berkawan rapat namun musnah selepas Habibah merampas Hamid daripadanya....maka bermulalah dendam kesumat. Namun semua ini berakhir selepas Hamid meninggal dunia dan menimbulkan kesedaran kepada Cik Jah untuk menerima sebuah kemaafan.

Oh ya.....Awah dan Yassin kahwin juga tapi dengan syarat nikah gantung dulu sehingga kenduri kawin diadakan. Syarat ini saja Cik Jah kenakan kerana rasa benci terhadap keluarga Yassin. Namun dalam keadaan dihalang-halangpun......Awah mengandung juga he he......best juga cerita ni...boleh baca ya....


#Saya suka sikap cool dan selamba ayah Awah yang sabar melayan dendam isterinya.....cool jer ayah dia walaupun mulut agak pedas dan lancang dengan kata-kata he he

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...