Friday, 30 December 2022

SEMANIS KASEH


Image result for semanis kaseh

Buku ni bukan novel tau tetapi himpunan empat buah cerpan (Cerpen Panjang) daripada empat orang penulis yang berbakat. Saya tertarik dengan buku ini sebab saya meminati salah satu penulisnya iaitu CIK TET he he....karya beliau memang tidak pernah mengecewakan...kalau nak rasa bahagia dalam pembacaan....bacalah karya-karya beliau. Anda boleh senyum...boleh ketawa....dan anda juga boleh menangis.....blh rasa berada di awang-awangan he he....pada saya itulah kelebihan CIK TET mungkin kena dengan selera pembacaan saya.

SEHANGAT MALAM PERTAMA

Ini cerpen pertama dalam buku ini. Ia merupakan karya SANIA YASMIN. Kisahnya mudah saja tentang Aisyah Adura yang dijodohkan dengan Khairy Jalaludin. Seperti biasala apabila dijodohkan ni...konflik pertama ialah saling meragui akan keikhlasan masing-masing. Namun kekuatan cerpen ini adalah kesungguhan Khairy untuk berubah daripada zaman jahiliyahnya kepada manusia yang lebih baik. Apabila mereka mula mengecapi kebahagiaan Maya datang menganggu dengan mendakwa dia telah mengandung anak Khairy. Hasil bantuan nasihat Zairi, Khairy akhirnya berjaya membongkar penipuan Maya dan menyelamatkan rumahtangganya dengan isterinya Adura yang mula dicintainya dengan sepenuh hati.

IKHLAS CINTA ANGGUN

Aah....kerana cerpen ni lah saya beli buku ini he he....memang tidak mengecewakan saya...best....saya menitiskan air mata saat Anggun berkonflik dengan keegoaan neneknya. Terasa dengan penderitaan Anggun yang terpinggir disebabkan perkahwinan ayahnya dengan ibunya. Anggun menerima tempias kemarahan neneknya yang tidak mahu mengakui kewujudannya sebagai salah satu daripada cucunya.

Perkahwinannya secara rahsia dengan En Ikhlas iaitu sepupu pertama merangkap bosnya membuka satu tirai baru dalam hidupnya. Dia bahagia namun dalam masa yang sama, perkahwinan itu bakal memusnahkan misinya memohon kemaafan neneknya untuk arwah ibunya jika terbongkar. Luka bertambah parah apabila neneknya menjodohkan Ikhlas dengan Zara adik berlainan ibu dengan Anggun. Seperti yang dijangka, apabila rahsia perkahwinan mereka terbongkar....neneknya sangatlah marah walaupun ibu dan keluarga Ikhlas yang lain menerima Anggun dengan terbuka.

Nenek mereka telah meletakkan syarat jika Anggun inginkan kemaafan dia harus meminta cerai talak tiga daripada Ikhlas...giler nenek dia ni....Anggun yang tidak sanggup berhadapan dengan Ikhlas telah melarikan diri dan mengurung di rumah lamanya berbulan-bulan. Anggun keguguran apabila dia diragut dan pada masa inilah Ikhlas berjaya menjejakinya....bermula adegan pujuk memujuk k...he he....nenek sedar...Zara ada pilihan lain...HAPPY ENDING....he he’

 SOFEA JANE

Yang ni pula karya DILLA AHMAD....cerpen ini mengisahkan cinta Sofea Jane dan Zul Hilman yang terkenal dengan kenakalannya sewaktu zaman sekolah. Ia lebih kepada bagaimana perjuangan hidup Zul memperbaiki kehidupannya bersama ibunya sehinggalah takdir menemukan dia dengan Datuk Seri Haniff. Pertemuan ini menjadikan dia cucu kepada orang kaya dan seterusnya mewarisi perniagaan datuk angkatnya.

Kehidupan Zul berubah. Daripada tiada apa-apa menjadi seseorang yang dikenali. Dia masih teringat dengan Sofea kawan sekolahnya yang pernah bertakhta di hatinya. Namun akibat tidak mahu terikat dengan apa-apa perasaan demi mengejar cita-cita Zul menolak Sofea. Takdir sekali lagi memihak pada Zul apabila dia dipertemukan semula dengan Sofea. Zul memenuhi janjinya satu ketika dahulu kepada Sofea iaitu jika mereka bertemu semula dan masih belum berkahwin, Zul berjanji akan meminang Sofea. He he....mestilah HAPPY ENDING....

AWAK CINTA HATI SAYA

Ni pula karya AZIEANA ISMAIL. Cerita tentang keinginan seorang anak yang mahukan kebebasan dalam menentukan arah hidupnya. Cerpen ini lebih banyak memaparkan unsur kekeluargaan dan juga kemasyarakatan. Kisah cinta antara Eddie dan Yasmine yang berlandaskan kepada kejujuran dan keikhlasan dalam sesebuah perhubungan. Eddie yang mahu hidup mengikut cara sendiri tetapi ayahnya mahu dia mengikut apa yang dirancang. Setelah bertemu dengan Yasmine si gadis manis janda berhias.....(korang tau tak janda berhias tu apa...he he...janda yang tak pernah lagi disentuh oleh mana-mana lelaki yang menjadi suaminya)...pandangan hidup Eddie mula berubah. Dia akhirnya berusaha untuk menjadi lelaki terbaik kepada Yasmine sementara Yasmine pula menyambung pengajian.....selepas tiga tahun....mereka akhirnya bersama.....


#Cerpan ni semuanya berkisar tentang kisah cinta yang berbeza darjah kesawitannya he he....sesuailah dengan tajuknya Semanis Kaseh....bacalah jika anda inginkan hiburan. 

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...