Saturday 16 September 2023

LUQ



Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh sebab timbunan buku-buku di rak seolah-olah menggamit rasa maka saya pun cuba menimbulkan mood untuk kembali membaca. Banyka lagi sebenarnya koleksi buku-buku yang belum sempat saya baca. Kalau dihitung jumlah mencecah angka ratus-ratus juga tu hu hu. Terasa membazir pula kalau langsung saya tak baca. Itupun tidak termasuk yang telah saya buang, sedekahkah ataupun yang telah 'ditapau' tapi tidak dikembalikan. 

Ok saya mulakan bacaan semula dengan sebuah novel karya Dilla Ahmad yang bertajuk LUQ. Dahulu saya pernah baca novel ini tapi tidak sampai separuh rasanya sebab hilang mood. Jadi kali ini saya cuba juga paksa diri untuk membacanya. Alhamdulillah bacaan kali kedua ini, saya lebih menghayati jalan ceritanya dan seronok dengan plot santai yang diketengahkan oleh penulis. Tidak banyak plot twist mahupun suspen dalam cerita ini. Konflik juga tidaklah terlalu rumit cuma hanya berkisar kepada konflik gaduh-gaduh manja sahaja so sesuailah untuk bacaan santai atau healing-healing yang tidak memerlukan anda untuk memberikan fokus sehingga berkerut-kerut dahi he he.

Kisah simple dan klise antara seorang gangsterlah rasanya watak c Luqman Hakim ni yang digambarkan sebagai lelaki dingin yang kurang pegangan agama disebabkan oleh latar belakang hidupnya yang terabai sejak dari kecil ekoran kematian ayahnya dan selepas dia ditinggalkan oleh mamanya yang telah mengikut lelaki lain. Kisah kecurangan dan pengabaian ibunya telah membuatkan Luq mendendami dan tidak mempercayai kaum wanita malah dia meletakkan kaum wanita ini hanya sebagai alat pemuas nafsunya semata-mata. Luq terlibat dengan dunia kasanova ini setelah dia dijadikan anak angkat Tengku Badri yang merupakan pemilik kelab malam selepas Luq menyelamatkan dia daripada dibelasah suatu ketika dulu. Luq telah diangkat menjadi orang kanan Tengku Badri dan menguasahakan perniagaan kelab malam ayah angkatnya itu.

Pertemuan antara Luq dengan seorang gadis bisu bernama Irdina berlaku apabila Deris ayah tiri Irdina menjadikannya sebagai cagaran hutangnya dengan Luq. Pada awal pertemuan, Luq lebih banyak menyakiti Irdina kerana dia tidak dapat berkomunikasi dengan gadis bisu tersebut. Dia cuba berkali-kali untuk menyentuh Irdina tetapi ketegasan dan kesungguhan Irdina untuk mempertahankan maruahnya mencabar ego jantan Luq. Irdina menetapkan syarat agar Luq mengahwininya jika dia ingin menyentuh Irdina. Cabaran Irdina disahut oleh Luq yang pada ketika itu memang sudah jatuh cinta dengan gadis bisu tersebut namun pada hari pernikahan mereka, Irdina telah melarikan diri dan meminta Tengku Jeslina anak perempuan Tengku Badri yang sememangnya menyukai Luq untuk menggantikan tempatnya menikah dengan Luq.

Hal ini pastinya telah menambahkan luka dalam hidup Luq dan menambahkan rasa bencinya pada Irdina. Luq berusaha untuk menjejaki Irdina dan akhirnya dia berjaya menemui Irdina yang bekerja sebagai seorang guru di sekolah khas. Luq telah memaksa Irdina untuk menikah dengannya agar dia dapat membalas dendam terhadap perbuatan Irdina meninggalkannya dan rasa sangsinya terhadap Irdina yang disangkanya sebagai pembunuh Tengku Badri atas sebab melunaskan dendama sepertimana yang diceritakan oleh Irdina dalam buku catatannya kepada Luq. Bermula episod Luq melempiaskan kemarahan kepada Irdina. Macam-macamlah dia buat untuk menyeksa Irdina tapi dalam diam dia sentiasa memerhati isteri kesayangannya itu. 

Irdina bertahan dengan semua perlakuan Luq ke atas dirinya kerana sedar kemarahan Luq berpunca daripada sikapnya sebelum ini. Namun apabila Luq membawa perempuan lain tidur bersamanya di bilik kelamin mereka, tahap kesabaran Irdina tidak tertanggung lagi. Pada malam itu juga, Irdina telah melarikan diri dan tidak dapat dijejaki oleh Luq. Tapi takdir juga menemukan mereka tanpa sengaja apabila Irdina yang sedang healing-healing di sebuah kampung di Perak rupanya berada di homestay nenek Luq yang mejaganya dari kecil. Bermulalah episod pujuk memujuk he he. Nampaklah kesungguhan Luq meminta maaf kepada Irdina.

Apabila mereka kembali ke KL, terpecahlah misteri pembunuhan Tengku Badri dan mama Irdina. Irdina sebenarnya telah mengatur perancangan dengan ayah tirinya Deris untuk mendekati Tengku Badri dengan mempergunakan Luq kerana dendam Irdina terhadap Tengku Badri yang telah membunuh ibunya. Irdina sebenarnya tidak lahir bisu tetapi akibat beberapa trauma dalam hidupnya...larat den nak kabo kat sini he he...korang bacalah ya...Irdina telah kehilangan suaranya. Terbongkarlah rahsia bahawa bukan Irdina yang membunuh Tengku Badri dan bukan juga Tengku Badri yang membunuh Irdina.

Akhirnya, Luq insaf dan membawa isterinya kembali ke kampung untuk menguasahakan homestay neneknya. Semua konflik terlerai dengan begitu smooth sekali cuma saya tak sure Irdina tu dapat bercakap semula kah tidak sebab ada part di mana suara dia sudah mula terkeluar tetapi hanya berbisik-bisik sahaja dan cukup untuk dia dan Luq yang mengetahuinya.

# Best cerita ni....tak rugi korang baca. 

# Cinta tidak menuntut kesempurnaan tetapi ia adalah sandaran untuk saling melengkapi kekurangan.

# Bacaan Hari Malaysia 16 Sept 2023





Friday 15 September 2023

THE BEAUTY INSIDE

 


Ni bukanlah kdrama baru. Disiarkan pada tahun 2018 kalau sy tidak silap. Ramai yang review katanya drama ni best khusus untuk mereka yang menggemari romcom drama. Barisan pelakon juga bukanlah dalam kalangan artis Korea yang saya minati cuma cukup untuk mengenali mereka. Gandingan Seo Hyun Jin dan Lee Min Ki ini pastinya tidak akan menghampakan untuk anda yang meminati genre Romcom. 

Jalan cerita drama ini masih berkisar tipikal kdrama iaitu anak-anak chabeol he he. Kisah tentang Seo Do Jae yang merupakan pewaris syarikat penerbangan T-Road yang telah mengalami kemalangan ketika sedang bercuti di luar negara. Kemalangan itu berlaku disebabkan niat murni Do Jae untuk menyelamatkan seorang nenek tua yang berada dalam keadaan tidak tentu arah dalam kesibukan jalan raya. Kesan daripada kemalangan itu telah menyebabkan kecederaan otak kepada Do Jae dan mengakibatkan dia menjadi pesakit prosopagnosia iaitu tidak dapat mengecam wajah manusia. Do Jae berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitarannya dengan menghafal cara jalan, gaya rambut atau fesyen yang dimiliki oleh orang-orang yang berada di sekitarnya. Do Jae dengan bantuan setiausahanya Jung Joo Hwan belajar mengadapatasi keadaan dengan menggunakan terapi ikan untuk mengenalpasti ciri-ciri manusia yang berada di sekitarnya.

Heroin yang diberi nama Han Se Kye ini merupakan seorang pelakon yang terkenal. Dia juga merupakan duta kepada syarikat T-Road milik keluarga Do Jae. Namun demikian, reputasi Se Kye semakin lama semakin merosot disebabkan dia selalu melarikan diri ketika berada di set penggambaran. Se Kye juga akan bercuti dan mendiamkan diri selama seminggu dalam setiap bulan. Malah lebih teruk lagi, dia pernah melarikan diri ketika sedang menerima anugerah. Hal ini menyebabkan menimbulkan kecurigaan dalam kalangan peminat, selebritii mahupun krew penggambaran.

Se Kye ini sebenarnya berhadapan dengan masalah identiti. Dia akan bertukar wajah malah menjadi orang lain sekali sebulan. Hal inilah yang menyebabkan dia terpaksa bersembunyi kerana bila-bila masa dia boleh bertukar menjadi seorang perempuan tua, lelaki tua, budak kecil tanpa mengira bangsa. Jika anda menonton drama ini, anda akan dapat saksikan kekerapannya Se Kye bertukar sejak 10 tahun melalui gambar-gambar yang diambilnya ketika dia bertukar menjadi orang lain. Masalah yang dihadapi oleh Se Kye ini memang sangat menganggu kerjayanya. Ada part sedih apabila dia bersungguh-sungguh ingin berlakon di bawah pengarah yang pernah mempopularkannya sebelum ini tapi malangnya disebabkan kecaman dan fitnah yang dilemparkan kepadanya maka pengarah tersebut tidak mahu memberikan watak utama kepadanya. Namun Se kye ini agak kuat semangat. Dia tetap juga mahu berlakon di bawah pengarah tersebut walaupun hanya sebagai watak pembantu. Dalam part ini anda boleh menyaksikan betapa menjengkelkan watak Chae Yuri yang berusaha untuk menjatuhkan Se Kye.

Dua orang pesakit ini akhirnya membina kontrak kerahsiaan sebab kedua-duanya menjadikan kelemahan mereka sebagai sandaran kepada kerjasama mereka. Banyaklah kisah menarik mereka berdua ini yang akhirnya membawa kepada terjalinnya ikatan percintaan antara mereka berdua. Tidaklah terlalu rumit konflik cinta mereka ini cuma hanya berkisar pada rasa bersalah yang menyebabkan salah seorang daripada mereka tidak mahu meneruskan hubungan tersebut.

Pada saya drama ini sangat santai. Tidak ada pertikaian atau perebutan kuasa yang rumit. Watak-watak sampingan pun semuanya comel-comel saja. Tidak adalah kisah yang menyebabkan kita jadi muak atau berdebar sangat. Watak-watak penjahat hanya dijentik sekali sahaja terus tumbang he he sebab dalam drama ini yang diorg nak highlightkan ialah kisah antara Se Kye dan Do Jae itu. Tentangan percintaanpun tidaklah rumit walaupun melibatkan orang kaya dan orang biasa. Masing-masing reda dan akur dengan keadaan he he.

Of course cerita ini happy ending untuk semua watak yang bercouple. Do Jae + Se Kye, Sa Ra + Eun Hyo. Cm mula-mula saya ingat U-mi manager c Se Kye ni partnernya dengan Joo Hwan tapi rupanya ada plot twist he he. Anda boleh melting, terhibur dan boleh juga menitiskan airmata kalau anda termasuk dalam kategori cengeng apabila menonton drama ini ha ha.

# Ada kisah di sebalik hubungan antara Do Jae dan Se Kye yang perlu anda tengok sendiri. Jangan tahap stressnya biasa2 saja he he.

                                                                                                                                    08 Julai 2023

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...