Friday 1 June 2018

NOVEL HATI YANG KAU SAKITI


Image result for novel hati yang kau sakiti

Fuuh....daripada banyak-banyak novel yang saya pinjam daripada sahabat maya Dunia Novel Miss Tahirah....novel ni betul-betul mengena di jiwa saya....jiwa berasa tenang, santai, rileks dan tersenyum-senyum saja baca novel ni he he....rasa bahagia menerpa jiwa sebab novel ni tiadalah konflik yang menyesakkan minda anda tetapi lebih kepada konflik dalaman watak itu sendiri dan seterusnya tercetus protes tapi protes ala-ala manja gitu he he. Hebat penulis ni melakarkan emosi pembaca daripada sedikit tegang kepada berbunga-bunga dek keprihatinan Amru...aduhai Amru memang the best he he...

Wah...novel ni rupanya hasil karya penulis novel Cinta Asma dan Ferhad sebab saya jumpalah watak tu dalam novel ni he he....walaupun dalam novel tu Shima Awang...dalam novel ni dah jadi Shima Rostam....mesti orang yang sama...kekuatan novel ni pada jalinan cerita yang cukup menarik dan mampu membuatkan anda rasa berbunga-bunga apabila membacanya he he. Banyak dah novel yang saya baca namun jarang sebenarnya saya menemui novel yang benar-benar menyentuh jiwa bahagia pembaca saya he he. Maksud saya di sini....kalau dalam novel....penulis akan selalu bayangkan umpama rama-rama berterbangan dalam perut ha ha....Banyak juga novel berunsur romantik yang saya baca sebab ni memang genre kegemaran saya tetapi banyak juga yang tidak mencapai piawaian atau menyentuh naluri bahagia pembacaan saya....

Novel ni berkisar tentang seorang gadis bernama Ami yang ditinggalkan oleh kekasihnya Hafiz atas alasan boring kerana Ami terlalu kuno disebabkan Ami menjaga batas pergaulan mereka ketika dating. Hafiz lebih berminat dengan Lisa seorang gadis yang lebih terbuka dan rela untuk diraba-raba ketika keluar bersama. Namun di sebalik semua itu sebenarnya rakan-rakan sebilik Ami iaitu Kira dan Syidah yang meminta bantuan Lisa untuk melepaskan Ami daripada Hafiz.

Dalam situasi lain pula, Amru turut ditinggalkan kekasihnya Bella sebab pada Bella Amru lebih mengutamakan ibunya berbanding dengan dirinya. Bella ni nak perhatian lebih...perempuan bajet mengadalah katakan. Akibat rasa tercabar dengan kata-kata Hafiz...Ami telah melakukan tindakan gila mengikuti rakan sebiliknya mengunjungi tempat yang tidak pernah dijejakinya iaitu kelab malam. Di sinilah pertemuannya dengan Amru yang dapat melihat kejanggalannya berada di tempat itu. Amru cuba menasihati Ami agar meninggalkan tempat itu namun dek kedegilan Ami maka dia kekal berada di situ.

Kesempatan ini telah digunakan oleh Aali kawan baik Amru. Aali ni sebenarnya sangat tidak menyukai Amru dengan Bella sebab dia tahu Bella jenis perempuan yang tidak baik. Aali yang kebetulan menjadi kekasih kepada Kira telah menjalankan satu komplot kejahatan memerangkap Amru dan Ami sehingga mereka terlanjur dalam keadaan dipengaruhi oleh pil khayal. Kisah ini membuatkan Ami menjadi trauma dan sangat membenci Amru. Ami beranggapan Amru yang bersalah kerana sepatutnya Amru lebih matang daripada dia dan boleh menolak perkara itu daripada berlaku. Ni lah kelemahan Ami...sampai ke sudah dia menyalahkan Amru walaupun selepas itu...rakan-rakan sebiliknya mula memberitahunya perkara sebenar. Namun dia tidak boleh menerima Amru yang memang nak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka.
Jodoh mereka amat kuat apabila mereka dijodohkan oleh keluarga. Adik Amru yang hendak berkahwin dengan abang Ami tidak boleh berkahwin selagi Amru tidak berkahwin. Oleh itu, perkahwinan mereka mula diatur. Pada Amru ni adalah kesempatan terbaik untuknya namun pada Ami ni adalah bala untuk hidupnya. Dia tidak boleh bersama Amru kerana sentiasa dibayangi trauma peristiwa hitam mereka.

Amru sungguh seorang lelaki yang bertanggungjawab dan penyayang. Dia tidak kisah dan ambil hati dengan sikap keras kepala Ami. Dia sentiasa cuba memenangi dan menawan hati keras milik isterinya itu. Tambahan pula, Amru telahpun mengatur agar Ami sentiasa berada di depan matanya apabila Ami ditempatkan praktikal di syarikat tempat Amru berkerja. Memanglah ada langau yang muncul. Bella muncul juga nakkan Amru semula tetapi akhirnya menemui ajal sendiri kerana terlalu mengikut emosi hati. Yana pula yang tidak habis-habis menganggu hidup Amru dan Ami. Dia tidak  mempercayai Amru sudah berkahwin kerana Ami meminta Amru merahsiakan perkahwinan mereka sepanjang dia praktikal di situ.

Akhirnya peristiwa di Genting Highlands yang direka-reka oleh Yana telah membongkar hubungan sebenar Amru dan Ami. Dari sini jugalah Lisa yang turut menyimpan perasaan terhadap Amru terkedu apabila mengetahui hal sebenarnya. Namun semua ini terlerai dengan baik. Banyak lagi cerita menarik ya...ada lagi kisah lain dalam ni.....kisah Aali dan Kira...kisah Hafiz dan Wawa....jadi rugi kalau korang tidak baca. K dapatan novel ini :-
1.    JANGAN TERLALU MENGIKUT KATA ORANG
-       Sikap mudah tercabar dengan kata-kata orang ni ada positif namun lebih kepada negatif jika kita tidak mengawalnya. Yalah disebabkan kita nak membuktikan pada orang yang kitapun boleh buat....jadi perkara yang negatifpun kita nak buat juga. Tak payahlah nak membuktikan pada orang lain kalau terang-terangan perkara itu membawa kepada keburukan.

2.    BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK
-    Jangan terlalu mengikut kata hati kelak memusnah diri. Utamakan akal yang waras. Pertimbangkan sesuatu menggunakan akal bukannya menggunakan gerak hati yang adakalanya lebih kepada emosi kita.


#Saya akan cari novel ni untuk dijadikan koleksi...sebab novel ni saya pinjam namun saya akan pastikan ada dalam simpanan saya he he....HATI YANG KAU SAKITI.....berjaya merawat jiwaku dengan CINTA ASMA DAN FERHAD......he he.....

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...