Novel ni antara yang termahal dalam list novel preloved. Harga mencecah RM 120 belum termasuk postage hu hu sebab tu lah novel ni tidak mampu untuk dimiliki. Nasib jugalah ada rakan dalam group gojes yang sudi meminjamkan buku ni. Jauh buku ni terbang dari semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan he he. Buku ni karya MUM LINZ dan ini bukan karya pertama beliau yang saya baca rasanya tak tahulah pula kalau sebelum ni saya tidak pernah buat review karya beliau (kes malas nak menyelongkar semula ha ha)
Kisah mahal ni tentang seorang pensyarah hot yang begitu digilai ramai termasuklah murid dan rakan sejawatnya. Ketampanan dan keperibadian Aduka Eskandar ni memang memukau mata para wanita...itu yang digambarkan dalam novel ni lah sampaikan ada yang sanggup jadi peminat fanatik kepada pensyarah itu. Namun biasalah heroin kan...semestinya satu-satunya gadis yang tidak menyimpan apa-apa perasaan pada pensyarahnya malahan dia amat meluat dengan gadis-gadis yang begitu fanatik terhadap lelaki itu.
Konflik bermula apabila Dewi telah dipaksa untuk berkahwin dengan anak kawan baik ayahnya. Demi tidak menyakiti hati ayahnya maka terpaksalah dia bersetuju dalam terpaksa dengan permintaan ayahnya. Tambah mengejutkan bakal suaminya itu adalah si pensyarah hot. Maka bermulalah episod gaduh-gaduh manja tidak mahu berkahwin antara mereka namun atas dasar tidak mahu jadi anak derhaka maka kedua-duanya bersetuju dengan aturan ibu bapa mereka. Pernikahan mereka terpaksa dipercepatkan selepas insiden tidak sengaja mereka tidur bersama (tanpa melakukan apa-apa ya) di rumah Dewi menyebabkan mereka akur dalam keterpaksaan.
Selepas pernikahan itu, Dewi meminta suami hotnya supaya merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum kerana tidak mahu berhadapan dengan risiko berani mati para peminat fanatik suaminya. Namun kisah pernikahan mula terbongkar apabila Rayyan sahabat mesra si Dewi mula menyimpan dendam kerana ditolak cintanya. Hal pernikahan ini juga turut diketahui oleh dua rakan baik Dewi yang sentiasa menyokong sahabat mereka. Fitnah demi fitnah telah dikenakan ke atas Dewi oleh orang yang cuba menganaiyainya. Hal menjadi semakin rumit apabila Kayla mula campurtangan untuk memburuk-burukkan Dewi.
Sehinggalah apabila Dewi disahkan mengandung, dia telah dituduh mengandung anak luar nikah. Pensyarah Hot yang tidak sanggup melihat isterinya dihina maka telah mendedahkan hal yang sebenar. Maka bermula episod dendam-mendendam daripada peminat kedua-dua belah pihak suami itu. Namun pasangan ini teguh bersama melalui segala cabaran dalam hubungan mereka sehinggalah kemuncaknya Dewi telah diculik oleh Rayyan dengan kerjasama Kayla. Dalam penculikan ini menyebabkan seorang daripada anak kembar Dewi + Aduka telah meninggal dunia.
Ketika dalam keadaan yang masih trauma, terbongkarlah lagi satu kisah kejam dalam hidup Dewi apabila gambarnya tanpa seurat benang berpelukan dengan Rayyan ketika dia tidak sedarkan diri menjadi duri kejam dalam hidup Aduka. Aduka yang tidak dapat menerima hakikat itu tidak mampu untuk menerima isterinya. Dia telah menjauhkan diri daripada isterinya yang sedang mengandung. Tindakan kejam Aduka ini menimbulkan kemarahan ahli keluarga namun Aduka tidak dapat memujuk hatinya untuk menerima Dewi yang tidak bersalah.
Apabila Dewi mula menjauhkan diri, meninggalkan suaminya dan ada lelaki lain yang cuba mendekatinya menyebabkan Aduka pula tidak senang duduk. Akhirnya Aduka tidak dapat menahan rasa dan terus mendapatkan semula isterinya...k HAPPY ENDING...dapatan novel ini:-
- JANGAN RIAK DENGAN KELEBIHAN YANG KITA MILIKI TAKUT NANTI ALLAH UJI KITA DENGAN HAL TERSEBUT.
- KUASAI DAN JAGA HATI DAN MINDA KITA AGAR KUAT DALAM MENGHADAPI CABARAN HIDUP
#Kisah ni tentang orang sakit jiwa sebenarnya...Rayyan sakit jiwa...Kayla juga ada unsur sakit jiwa sebab Dewi...apakah puncanya korang baca eeeh.
#Itulah kisahnya buku yang mahal ini ha ha.....
21/60 CABARAN MEMBACA 60 BUAH NOVEL
KOLEKSI BICARA NOVEL - 06 MAC 2019
No comments:
Post a Comment