Friday, 30 December 2022

NOVEL DIA...DATO’ TERLAJAK SENGAL



  Image result for novel dia dato terlajak sengal





Ini pula novel kedua karya Cik Tet yang saya baca...sengaja saya mulakan dengan Mahabbah Terindah Adam & Hawa sebab kononnya nak jadikan ini sebagai pelempias kepedihan sekiranya novel itu membuatkan hati rasa disakiti chewah ha ha....namun ternyata novel MTAH.... sangat-sangat tidak mengecewakan saya... berbalik pada novel DDTS ni pula (kita guna nama singkatan...panjang sgt)...jika anda inginkan hiburan memang ini pilihan yang tepat.

Dalam catatan penulis kepada saya melalui buku ini pun sudah menggambarkan novel ini memang menghiburkan he he....Cik Tet tulis “Moga terhibur dengan Si Sengal dan Si Senget”...memang terhibur sangat Cik Tet......memang sengal dan senget ha ha...Sepanjang pembacaan saya memang banyak tersenyum sorang-sorang dan adakalanya ketawa sorang-sorang...memang hebat penulis ni mengundang unsur humor dalam diri pembaca. Dalam gelak-gelakpun ada unsur pengajaran tau yang kita dapat. Seperti biasa...selepas pembacaan...tutup buku dan fikirkan balik apa yang kita perolehi...jangan hadam yang ‘sawit’ sahaja...he he...k dapatannya :-

1.    BERTERUS-TERANG LEBIH BAIK DARIPADA MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN.
Inilah konflik utama dalam novel ini. Susah sangat nak berterus-terang. Sengal betul walhal bukannya susahpun nak kata orang itu adalah awak. Tapi lagilah sengal kalau buat macam tu kan sebab tak adalah buku ni kalau terus-terus bagitau benda tu ha ha....Cuma dalam realiti yang sebenar jika tidak mahu cari penyakit...tidak mahu terseksa...kalau dah jelas depan mata tu...cakap sajalah...kang orang tu lari awak juga yang merana..

2.    PELUANG KEDUA SUKAR UNTUK DIPEROLEHI
Oleh itu, jika kita benar-benar sayangkan seseorang...berusaha untuk menghargai kerana bukan mudah untuk orang lain memberikan peluang kedua. Luka yang ada pun bukan mudah untuk diubati apatah lagi membuka ruang kedua yang kita tidak pasti mampu atau tidak menjamin luka yang lama tidak akan berulang semula. Lydia dan Hakimi...orang yang hilang peluang kedua kerana kesilapan sendiri.

3.    IKHLAS DALAM SETIAP PERBUATAN PASTI ADA GANJARANNYA
Apabila kita sudi membantu mereka yang dalam kesulitan dengan niat tidak mahu mereka terluka sepertimana kelukaan yang pernah kita lalui, pasti Tuhan yang Maha Melihat akan memberikan sesuatu atas keikhlasan yang dilakukan. Apapun yang penting ikhlas...nak tahu sama ada ikhlas atau tidak...tepuk dada tanya selera...hanya kita yang tahu ikhlas atau tidak. Dina ikhlas menyelamatkan maruah keluarga Arjuna dan ganjarannya Allah kurniakan kebahagiaan kepadanya.

 SINOPSIS

Kisah cinta seorang Arjuna yang begitu dalam terhadap seorang budak kecil comel yang pernah hadir dalam zaman remajanya. Dia menyimpan perasaan cintanya diam-diam terhadap seorang budak perempuan comel yang hanya berusia 8 tahun melalui simbol patung kertas yang ditinggalkan. Setelah 18 tahun terpisah, Dato’ Ammar Arjuna CEO Megah Jaya baru terjumpa dengan Dina gadis idamannya. Malang sekali pada waktu itu, dia tidak lama lagi akan melangsungkan perkahwinan dengan anak gadis kawan baik papanya.

Namun jodoh mereka sangat kuat apabila Lydia yang sepatutnya berkhawin dengan Arjuna telah melarikan diri saat-saat pernikahan mereka berlangsung. Dina telah dilamar oleh ibu Arjuna. Atas dasar menjaga ikatan kekeluargaan dan juga ikhlas membantu mereka kerana Dina telah merasai dikhianati sebelum ini apabila Hakimi turut meninggalkannya maka Dina bersetuju untuk berkahwin dengan Arjuna. Konflik wujud apabila Arjuna masih tidak berterus-terang pemilik hatinya yang sebenar manakala isterinya pula merasakan dia tidak layak bersama Arjuna kerana hati suaminya telah dimiliki orang lain tanpa menyedari dialah pemilik hati itu sejak 18 tahun yang lamanya....he he....sweetkan....

Nah tahu tahap sengal dan sengetnya pasangan ni...kena baca ya....sebab dalam sinopsis tu saya tak sebut lagi watak si sengal kecil aka Reiz yang sentiasa menyakiti mama long Dinanya he he....nak teaser tak...k lah.....sikit ya...kang banyak-banyak tak syok pula....korang baca sendiri....

PERTEMUAN PERTAMA SELEPAS 18 TAHUN

“Juna, inilah adik bongsu Syah. Nik Nur Syamiza Irdina. Panjang sungguh namanya. Saja nak dera bakal suami ya?” Sempat Aunty Ipah bergurau, tapi kenapa aku lihat wajah anaknya itu seakan terkejut bila mendengar nama penuh aku? Wajahnya diraup berkali-kali, mengeluh kecil dan menggeleng kepala. Ada apa-apa yang tak kena ke?


SEJURUS SELEPAS MAJLIS PERNIKAHAN ARJUNA DAN DINA

“Jangan nak mengada. Masuk.” Tegas Arjuna sambil menolak tubuh aku namun aku tahan dengan berpegang kemas pada pintu kereta.

“Biarlah saya balik jalan kaki. Kalau orang tak ikhlas, saya pun tak sudilah.”

“Awak nampak ke ikhlas saya macam mana?” soal Arjuna perlahan tapi cukup tegas.

“Tak Nampak sebab saya rasa ikhlas awak tu kecik aje. Lebih kecik dari kutu yang ada dekat badan Mr Bruce ayah saya tu. Kalau nak cari pun saya kena guna kanta pembesar. Nampak sangat tak ikhlas. Dahlah Pak Imam baru nak balik tu.” Aku menjuihkan bibir aku ke arah Pak Imam Mail yang baru turun dari masjid.

“Itu peminat saya tau. Saya nak tumpang pak imam tu naik motor dia. Lagi best makan angin dengan motor kapcai dia itu. Bye Dato’ Arjuna,.” Baru saja aku nak singsing kain baju pengantin aku yang meleret, tubuh aku sudah disauk dan dibawa masuk ke dalam kereta.

“Lepaslah. Saya nak balik dengan pak imamlah.” Aku tolak tangan Arjuna yang melekat di pinggang aku.

“Awak kahwin dengan pak imam ke tadi? Awak kahwin dengan saya Dina. Yang gatal sangat nak naik motor dengan dia tu kenapa?”

*Memang sengal dan senget pasangan ni ha ha.......nak tahu tahap sengalnya Arjuna dan sengetnya Dina....korang baca ya....

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...