Dari mula lagi terdetik sudah di hati saya
bahawa macam ada sesuatu yang akan mendatangkan ketidaksukaan saya terhadap
perjalanan cerita dalam novel ini. Oleh itu, saya telah mengelakkan untuk
membelinya. Namun ntah macamana sewaktu membeli novel dengan Love Novel
Penerbitan, hati saya terdetik untuk membacanya sebab nampak macam jalan
ceritanya best. Maka sayapun memulakan pembacaan.
Peringkat awal pembacaan.....memang sangat ‘sawit
atau sweet’ juga cerita ni sampai macam terlebih-lebih pula...dah mula terdetik
di hati...ni mesti ada konflik yang menyakitkan dalam cerita ni sebab ‘sawit’
sangat awal-awalnya....apabila saya teruskan pembacaan dan mula sampai kepada
klimaks......rasa sesak di jiwa...nak teruskan pembacaan atau tidak sebab hati
dah mula rasa tak selesa....hu hu
Namun saya gagahkan juga diri menghabiskan
pembacaan walaupun dalam hati ni dah meronta GERAM yang teramat
sangat......ahhaaa...inilah yang saya paling tidak suka dengan sikap saya
sendiri....saya sukar untuk menerima sesuatu yang memang saya tidak
suka.....kalau perasaan sebegini datang maka saya akan cuba untuk mula
menganalisis perkara-pekara dalam cerita tersebut sehingga memeningkan kepala
saya sendiri.....isssh tak suka betul...sebab tu saya tidak suka membaca
sesuatu yang berat kerana saya jenis manusia kepala batu yang tidak boleh
menerima sesuatu perkara yang saya anggap menyakitkan dengan mudah....saya akan
mula memikirkan perkara tersebut dari aspek :-
i.
Logik
tak logik cerita tersebut
ii.
Wajar
atau tidak jalan cerita tersebut
iii.
Wujud
atau tidak cerita tersebut
Warrghh.....kalau benda ni sudah
berlegar-legar dalam minda maka akan memakan masa yang lamalah melekat di minda
tentang ketidakpuasan hati terhadap cerita ini maka saya terdorong untuk
meluahkan segala rasa yang terbuku di jiwa hu hu...
Ooh ya...saya tak kata novel ni tak best atau
saya mengkritik penulis ini cuma saya hanya ingin meluahkan apa yang saya rasa
sebagai pembaca naïf yang berjaya terjentik emosinya melalui novel ini....ini
bererti penulis novel ini hebat sebab berjaya menimbulkan pelbagai rasa dalam
penulisannya...apabila saya mula rasa geram bererti penulis dah berjaya
memaparkan konflik dengan baik dan apabila saya rasa sedih bererti penulis juga
berjaya mewujudkan permainan emosi yang dalam....bukankah hebat penulis ini
kerana saya memang terasa geram dengan jalan ceritanya sehinggakan saya
menghempaskan buku ni selepas saya menghabiskan pembacaan saya he he......bukan
marah tapi geram....umpama kita tidak
puas hati dengan mana-mana movie yang tidak berkenaan di jiwa...
Novel ini sebenarnya banyak memaparkan unsur pengajaran
yang boleh diteladani jika kita benar-benar memahami yang tersirat di
sebaliknya....namun saya yang tidak dapat menerima apabila penulis berjaya
menjentik emosi geram saya dengan memisahkan hero dan heroin.....k yang itu blh
terima lagi.....tapi apabila hero kahwin dengan perempuan lain warrgghhh....dah
tak boleh terima he he....janganlah kahwin...saya ni umpama penonton filem Hindustan
yang tidak boleh menerima sad ending...terukkan he he...
Lama saya berfikir selepas pembacaan dan cuba
untuk menjernihkan emosi ekoran daripada cerita ini....kenapa mesti begitu.....oooh
k....sel-sel otak saya dah mula menghubungkan jalinan ceritanya.....Ferhad
berkahwin dengan Tiffany selepas hilang ingatan atas paksaan
keluarganya....namun bila difikir balik.....alah...sebelum dia kahwin dengan Asma
pun dia dah pernah tidur dengan c Tiffany tu....dengan istilah Friends with Benefit....walaupun dia
tidak suka dengan Tiffany tetapi atas dasar desakan nafsu dan juga terhutang
budi maka dia buat kemaksiatan dan bersetuju berkahwin dengannya....so tak
kisahlah dia kahwin dengan Tiffany yang terlalu taasub dengan cintanya terhadap
Ferhad....Cuma terubat sedikit rasa di jiwa apabila Ferhad tidak mampu
mencintai Tiffany walaupun selepas berkahwin kerana dia merasakan jiwanya
terisi dengan kerinduan terhadap seseorang tetapi dia tidak tahu siapa kerana
diakan hilang ingatan selepas kemalangan......(saya dah legakan hati dengan
yang ini)
Apabila dah tahu anak yang dikandung oleh
Tiffany tu bukan anak dia...Ferhad masih berkeras untuk tidak mahu menceraikan
Tiffany walaupun ayah kepada kandungan Tiffany iaitu Alex datang untuk
memaklumkan cerita sebenar.....baru saya faham....mungkin Ferhad mahu
bertanggungjawab terhadap Tiffany yang telah memeluk agama Islam kerananya dan
mahu membimbing dia...dan Ferhad mungkin juga sakit rasa dikhianati sebab Alex
itu adalah kawan baiknya namun sempat memadu kasih dengan isterinya....Ferhad
juga mungkin rasa bersalah kerana layanan dingin terhadap isterinya itu yang
menyebabkan Tiffany berlaku curang dengan Alex.....(k dah mula
terima...logik...logik)
Kan saya dah kata apabila fikiran begini ada
dalam minda maka logik atau tidak logik akan muncul.....saya mula
mempertikaikan beberapa perkara :-
i.
Hilang
ingatan terhadap semua perkara yang berlaku sebelum kemalangan tetapi hal-hal
dia dengan Tiffany seperti perasaannya terhadap Tiffany yang tidak boleh
berubah kepada cinta boleh pula diingat.....huuuh....yang hairannya hanya Asma
yang dia tidak ingat....kan tengok saya dah mula mempersoalkannya he he
ii.
Fatin.....pembuat
angkara....huuh....boleh pula dia benci c Asma ni tanpa sebab...hanya kerana
dia cemburu neneknya melebihkan Asma sedangkan dia sendiri tidak digambarkan
rapat dengan neneknya.....mungkin penulis nak bagitau bahawa Fatin ni memang
jenis manusia yang berhati busuk.....membenci dan menganiayai orang lain
walaupun tiada alasan yang kukuh...pelikkan...biasanya dalam novel akan
diterangkan kenapa tapi Fatin ni membenci melulu....oooooh mungkin ni balasan
pada kegagalan orang tua mendidik anak-anak mereka dan mengabaikan ibu sendiri.....mungkinlah
iii.
Asma
gadis muda anak yatim yang terpaksa berkahwin dalam usia 18 tahun akhirnya
hidup menderita apabila mula kehilangan satu per satu orang tersayang....ibu
dan nenek angkat meninggal...suami menghilang.....dia akhirnya bangun daripada
kesulitan.....dia boleh pula menerima Tiffany tu dengan penuh rasa belas
kasihan hu hu...dia yakin suaminya Ferhad akan berlaku
adil......warrgghh...adakah lagi manusia setulus Asma.......kalau manusia mcm
saya....kali pertama bertemu Ferhad...dah kena hadiah dengan penampar....tak
kisahlah dia hilang ingatan atau tidak......hu hu.....
Saya hanya akan menulis tentang yang ini
sahaja untuk novel ini....mohon maaf bukan tak best....kira best sangatlah tu
sebab berjaya memgucar-kacirkan mood pembacaan saya he he....kiranya penulisnya
berjaya menjentik emosi sebenar pembaca....korang bacalah.....best juga novel
ni
SINOPSIS
Oklah......sedikit reviewlah.....Asma gadis
berusia 18 tahun telah berkahwin dengan Ferhad yang 10 tahun lebih tua
daripadanya. Mereka bersetuju untuk menikah bagi memenuhi permintaan Nek Som
iaitu nenek Ferhad yang mahu Ferhad membantu Asma menyambung pelajaran namun
Ferhad telah jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Malangnya hubungan mereka
ini diganggu dan dianiayai oleh Fatin Nur adik Ferhad sendiri sehinggakan
mereka terpisah. Ini berlaku setelah Ferhad kemalangan dan hilang
ingatan.....yang lebih sedih kisah Asma yang mengandung...melahirkan dan
menjaga anaknya bersendirian....nasib baik ada kawan-kawannya yang membantunya......bayangkan
dia terpaksa ke kuliah membawa anaknya yang masih kecil malah dituduh
melahirkan anak luar nikah.....tulus betul hati seorang wanita bernama
Asma...selebihnya korang bacalah ya
Jiwaku terkurung dalam sangkar ketidakpuasan....bermakna kena baca satu lagi novel untuk mengubati lara di jiwa ha ha....
Assalamualaikum sis.. Terima kasih di atas review dan komen yang diberikan.. Jangan serik baca novel saya akan datang ya😉😉😉
ReplyDelete