Novel ini merupakan novel kedua karya WAWA
AKIL yang saya baca. Dan sungguh saya terpikat dengan cara penulisan beliau
yang mencipta jalinan plot yang santai dan tidak sarat dengan konflik yang
menyebalkan. Saya rasa tenang saja dengan hasil tulisan beliau kerana novel ini
hanya novel santai untuk menghiburkan jiwa. Namun bagi mereka yang tidak suka
dengan novel yang mereka anggap klise ni diingatkan tidak perlu baca ya takut
korang mendidih pula.
Novel ini mengisahkan Aira Ifftiyah merupakan
seorang gadis yang melanjutkan pelajaran di Brisbane dalam bidang perakauan
telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan pilihan keluarga kerana
mereka telah mendapat perkhabaran bahawa dia hidup dengan sosial di Negara luar.
Iyya berasa sangat tertekan kerana dia bukanlah gadis yang sosial. Dia sentiasa
menjaga tingkah lakunya. Dia sendiri tidak pernah menjalin hubungan dengan
mana-mana lelaki. Bagaimana mungkin keluarganya tergamak menuduhnya seperti
itu.
Namun sebagai anak yang patuh kepada ayahnya,
Iyya bersetuju menikah dengan lelaki pilihan keluarganya bernama Izz Harraz. Setelah
kembali ke tanah air, Iyya telah dipaksa pula oleh ayahnya untuk menghadiri temuduga
menjadi setiausaha Izz Harraz. Di situlah bermulanya pertemuan pertama suami
isteri tersebut. Maka bermulalah kisah Harraz untuk memikat dan menawan hati
isterinya supaya mereka dapat tinggal bersama tetapi hati seorang Iyya ni cukup
keras. Dia merasa marah apabila selama 6 bulan mereka menjadi suami isteri
Harraz tidak pernah datang menjenguknya. Dia tidak tahu yang Harraz memang
pernah datang ke Brisbane tetapi tersalah sangka dengannya. Harraz terlihat dia
sedang bermesra dengan seorang lelaki yang disangkakan sebagai kekasih
isterinya tetapi sebenarnya abang sulung Iyya.
Apabila hubungan mereka semakin baik,
pastilah muncul klimaks cerita. Netty seorang model yang pernah rapat dengan
Harraz telah memfitnah Harraz dengan mengatakan bahawa dia mengandungkan anak
Harraz. Pertengkaran mereka telah dirakam oleh Alina staf Harraz dan kawan baik
sepejabat Iyya. Akhirnya tersebarlah fitnah tersebut yang menyebabkan tekanan
kepada pasangan tersebut. Kepercayaan mereka diuji namun kesungguhan
kedua-duanya cuba mempertahankan hubungan suci mereka akhirnya berjaya dengan
pertolongan rakaman Alina.
Hanif pula muncul untuk cuba mendapatkan Iyya
semula tanpa dia mengetahui bahawa dia bekerja di bawah syarikat suami Iyya
sendiri. Hanif dan Kay merupakan kawan rapat Iyya ketika di Brisbane. Hanif memang
sukakan Iyya tapi Iyya mahu dia bersama dengan Kay yang begitu mencintai Hanif
dan akhirnya mereka bertunang. Akhirnya HAPPY ENDING....k dapatan novel :-
1.
JANGAN
MENGKHIANATI SESUATU PERHUBUNGAN
-
Sesuatu
perhubungan itu sama ada dalam bentuk persahabatan ataupun jalinan perasaan
perlulah dijaga. Sekali kita mengkhianati kepercayaan orang lain maka terlalu
sukar untuk kita mendapatkan kepercayaan tersebut.
2.
KEMAAFAN
SESUATU YANG TERLALU SUKAR UNTUK DIUNGKAPKAN TETAPI KESANNYA MENDAMAIKAN DALAM
HIDUP.
-
Bukan
mudah untuk mengungkapkan sebuah kemaafan. Mudah untuk menyakiti orang lain
tetapi sukar untuk kita mendapatkan sebuah kemaafan. Kemaafan mungkin senang
diluahkan tetapi luka yang ditinggalkan bukanlah satu perkara mudah yang boleh
dihilangkan begitu sahaja.
#Siapa sebenarnya yang sanggup memfitnah Iyya
sehingga dia dihukum oleh keluarganya. Mengapa orang itu sanggup memfitnah
Iyya......saya tinggalkan untuk korang dapatkan jawapannya he he....
No comments:
Post a Comment