Friday, 30 December 2022

NOVEL KERANA INDAHNYA SENYUMANMU SAYANG (K.I.S.S)


Image result for novel kerana indahnya senyumanmu sayang
Lama dah saya beli buku ni. Dalam group Dunia Novel ramai yang ‘membako’ kata novel ni best...best sangat2 sampai ada yang kata melting habis dengan watak heronya. Maka dengan itu, sayapun gigihlah mencari buku dalam simpanan. Sebelum ni, saya sebenarnya tidak berminat dengan buku ini memandangkan apabila saya membaca teaser atau sinopisnya melibatkan perempuan menjadi pelacur. Saya cukup tak berkenaan dengan cerita-cerita yang perempuannya terdesak menjadi pelacur tak kiralah sama ada terpaksa atau secara paksa rela atau sukarela. Pada saya, ada banyak lagi jalan penyelesaian tanpa perlu melibatkan maruah diri. Namun mungkin sebab kita tidak berada di tempat orang itu maka kita tidak tahu kan apa yang berlaku huhu.

K berbalik pada buku ini. Ini karya Ailah Deila. Kisah tentang gadis kampung yang sangat terdesak dengan tekanan orang kampung yang menuntut wang mereka yang telah dibawa lari oleh ayah gadis itu. Gadis cantik ini merupakan anak kacukan. Ibunya seorang Melayu yang telah berkahwin dengan seorang lelaki Kanada. Namun malangnya, ayahnya telah meninggalkan mereka bersama dengan hutang yang bukan sedikit. Hal ini menjadikan kehidupan gadis itu menjadi huru-hara. Tambahan pula, dia berhadapan dengan ugutan dan tekanan seksual daripada sepupunya Idham yang turut menjadikan hutang sebagai alasan untuk menguasainya zahir dan batin.

Gadis malang yang cantik bernama Maria Jane ini akhirnya datang ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mendapatkan duit dengan segera dalam tempoh 6 bulan. Satu-satunya cara untuk mendapatkan duit cepat adalah dengan menjadi pelacur. Pada Maria, tidak ada beza dirinya menjadi pelacur kerana dia berada di kampung sekalipun, dia sentiasa berhadapan dengan gangguan Idham yang telah beberapa kali cuba merogolnya. Oleh sebab itulah, Maria tekad menggadai maruah.

Namun, Maria terselamat apabila berjaya diselamatkan tanpa sengaja oleh pemilik kelab malam Zone ZF iaitu Zafrul. Maria yang terkejut dengan sentuhan pelanggan pertamanya telah memukul pelanggan tersebut dan menyebabkan dia dipanggil menghadap Zafrul. Di sinilah Zafrul mengetahui yang Maria ini masih suci dan tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Zafrul berasa sangat marah sebab polisi kelab malamnya ialah tidak menerima mana-mana gadis yang masih dara bekerja sebagai pelacur atau pelayan di kelabnya.

Perkenalan mereka malam itu menjadikan Zafrul pelindung kepada Maria. Zafrul ni dalam ganas-ganas dan ego yang melangit tetapi dia cukup melindungi Maria. Dia tempatkan Maria tinggal di kondo. Dia berusaha untuk membina benteng dengan Maria kerana dia menghormati Maria yang masih suci. Dalam keadaan macam ni, saya geram sangat dengan Maria. Dia beberapa kali juga memaksa dan mencuba untuk menjadi pelacur tetapi dihalang oleh Zafrul. Nasiblah Zafrul tu menghalang. Maria jadi begini sebab sangat-sangat terdesak.

Zafrul akhirnya menawarkan Maria menjadi perempuan simpanannya. Tugas Maria adalah melayan Zafrul seorang dengan tagline senyumanmu hanya milikku ha ha. Maria akhirnya akur dan cuba untuk memujuk Zafrul agar mereka berkahwin sebelum terjebak dengan kemaksiatan sebab mereka selalu berdua di rumah. Akhirnya Zafrul bersetuju menikahi Maria dengan 10 syarat. Antara syarat utamanya ialah perkahwinan mereka tidak melibatkan soal hati dan perasaan(klise bukan he he tapi i like ha ha). Sepanjang perkahwinan itu, ketara sangat Zafrul ni sangatlah menyayangi Maria. Namun dia cuba menafikan dengan alasan Maria adalah miliknya dan hanya boleh melayannya. Banyaklah peristiwa2 yang menunjukkan betapa Zafrul ni mengongkong Maria kerana terlalu sayangkan Maria sebenarnya tetapi disebabkan Zafrul tidak mahu peristiwa lama dengan bekas kekasihnya berulang, Zafrul bertindak seperti itu. 

Zafrul menjadi pemilik kelab malam sebenarnya disebabkan terlalu kecewa dengan bekas kekasihnya bernama Ain Syakilla. Ain gadis yang dulu bekerja sebagai pelacur telah dicintai sepenuh hati oleh Zafrul tanpa memandang latar belakangnya tetapi malangnya Ain mengkhianatinya. Oleh sebab itulah dia berdendam dan menjadi panas baran. Kemunculan Ain sedikit sebanyak mengugat Maria yang telahpun mula mencintai suaminya(lagi klise he he). Namun tidak bagi Zafrul. Kehadiran Ain langsung tidak memberikan kesan kepadanya. Ain ni dilayan macam sampah masih tak tahu malu. Dia masih juga merengek dan merayu nakkan Zafrul.

Sehingga akhirnya Ain dan Idham berkomplot untuk memisahkan Maria dan Zafrul. Tindakan itu menyebabkan Maria telah meninggalkan Zafrul dengan mengambil cek kosong Zafrul untuk diberikan kepada Idham. Selepas ditinggalkan Maria barulah Zafrul terasa kehilangannya. Pada peringkat awal dia sememangnya marah dengan Maria tetapi setelah disiasat akhirnya dia mencari Maria sehingga ke kampungnya. Zafrul berusaha memujuk Maria walaupun Maria begitu kasar terhadapnya. Kesungguhan Zafrul dibantu oleh ibu Maria yang telah mengetahui perkahwinan mereka. Idham samseng kampung yang cuba nak tunjukkan taring tapi manalah mampu nak kalahkan Zafrul yang gagah perkasa ha ha.

Zafrul akhirnya melunaskan segala hutang keluarga isterinya. Dia juga berubah dan insaf atas perbuatannya. Zone ZF diserahkan kepada bekas orang kanannya Darren dan dia membina hidup baru bersama Maria dan papanya. Kehidupan mereka lebih bermakna....HAPPY ENDING.

#Banyak lagi tau peristiwa yang tak larat nak diceritakan. Korang kena baca ya contohnya kenapa Maria tiba-tiba tinggalkan Zafrul?Apa yang Ain dan Idham telah lakukan sehingga Maria nekad untuk lari dan mencuri duit suaminya?

#Apa-apapun NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. Banyak lagi benda yang boleh dibuat. Apa yang penting kembali dan minta bantuan kepada yang maha kuasa.

KOLEKSI BICARA NOVEL 03 OKT 2018

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...