Dah lama saya tidak buat review untuk
novel-novel keluaran Karya Seni dan Penulisan2U walaupun pada dasarnya saya
mempunyai koleksi yang dikira banyak jugalah daripada penerbit ini. Namun malangnya,
lebih banyak koleksi yang memenuhi rak buku yang belum dibaca berbanding rak
buku yang telah saya baca...hu hu...bukan tak best tau tapi banyak membaca
novel terbitan lain.
Buku ni merupakan karya NURIFFA...rasanya ni
buku kedua beliau yang saya baca selepas Hati Yang Tersakiti. Kisah dalam novel
ni simple sahaja....rileks dan santai. Tidak adalah konflik yang menyesakkan
jiwa. Cerita ni lebih berkisar kepada konflik dalam mendapatkan sesuatu yang
diingini dan seterusnya mempertahankannya daripada hilang dalam genggaman.
Kisah tentang seorang jutawan muda bernama
Izzad Daniel yang dalam keadaan darurat untuk mencari pewaris kepada hartanya. Izzad
dengan bantuan rakan karib merangkap pembantu peribadinya iaitu Adam telah
mengadakan sesi temuduga untuk memilih calon isteri jutawan. Kelakarnya, Yanie
atau Nurul Izyanie ni telah tersalah masuk temudugua menyebabkan timbul
kekalutan dalam hidupnya. Dia sepatutnya menghadiri temuduga akauntan di
tingkat dua tetapi tersalah masuk ke sesi temuduga calon isteri Izzad pula he
he.
Oh ya....kisah Yanie ni agak sedih. Dia berhijrah
ke bandar dan tinggal di rumah Mak Ngahnya selepas kematian kedua ibu bapanya
dan selepas kakaknya berkahwin. Perkahwinan kakaknya dengan Malik tidak
sebahagia seperti yang diimpikan oleh kakaknya Ifti. Namun Yanie seakan-akan
sudah dapat mengagak kepelikan perangai abang iparnya itu. Firasat Yanie betul
apabila kehidupan kakaknya Ifti menderita bersama Malik yang telah kehilangan
pekerjaan. Penderitaan yang ditanggung oleh Ifti membuatkan Yanie bertekad
untuk mencari kerja supaya dapat membantu kakaknya. Tambahan pula, Ifti
telahpun mengandung.
Disebabkan hal inilah maka Yanie terpaksa
menerima tawaran yang lebih kepada ugutan daripada Izzad untuk masuk dalam list
terakhir calon isterinya. Masa ni lah, Yanie berhadapan dengan
perangai-perangai tak berhemah daripada calon isteri yang lain terutamanya
Tengku Fathia dan Saly. Banyaklah bentuk ujian yang telah dibuat oleh Izzad
untuk menapis calon isterinya. Ketibaan nek wan Izzad iaitu Mek Yah banyak
membantu menapis calon isteri cucunya dengan lebih pantas ha ha. Part yang ni
memang kelakar. Apabila Mek Yah menjadi panel pemilihan. Kelam kabut
calon-calon yang lain kecuali Yanie sebab Yanie kan wanita Melayu terakhir he
he.
Akhirnya, Yanie menjadi pilihan calon isteri
Izzad. Namun tidak semudah seperti yang Izzad rancangkan sebab Yanie
bersungguh-sungguh menolaknya. Namun akhirnya, selepas Izzad memenuhi kehendak
Yanie untuk berubah dan mendekatkan diri dengan Allah, Yanie akhirnya menerima
Izzad menjadi suaminya. Perkahwinan mereka masing-masing ada agenda yang
tersendiri. Tambahan pula, keadaan Izzad yang semakin hari semakin teruk. Keadaan
itu menyebabkan Izzad lebih banyak berada di rumah.
Di sinilah ujian rumahtangga mereka bermula. Tengku
Fathia yang tak berhenti-henti mahukan Izzad. Tambah kalut lagi apabila dia
bergabung dengan Adam untuk memusnahkan rumah tangga Izzad dan Yanie. Adam yang
pernah dijanjikan oleh Izzad akan melepaskan Yanie satu hari nanti datang
menuntut janji tersebut. Bertelingkahlah dua sahabat ini hanya kerana seorang
wanita bernama Yanie. Waktu itu Yanie telahpun mengandung anaknya dengan Izzad.
Konflik bertambah teruk apabila gambar-gambar Yanie dan Adam dihantar kepada
Izzad. adam pula terang-terangan mengaku dan mengugut Izzad agar melepaskan
Yanie.
Namun berkat kepercayaan dan saling
berterus-terang antara kedua suami isteri ini berjaya menyelamatkan rumah
tangga mereka. Adam akhirnya sedar dengan kesilapannya manakala Tengku Fathia
yang telah merancang untuk membunuh Yanie meninggal dalam kemalangan. Akhirnya,
HAPPY ENDING he he.
# Ok....saya tinggalkan sedikit kegusaran
kepada anda....apa yang berlaku kepada Izzad sebenarnya....kenapa dia terdesak
untuk mencari isteri...kenapa dia takut kehilangan Yanie sedangkan dia ada
segala-galanya...korang baca eeh. Saya juga tak masukkan kisah sepupu Yanie yang nak mengurat dia. Tapi watak Qairil tu sikit sangat dan tak menjejaskan emosi kita he he.
#Janji bukan setakat janji tetapi adalah satu
harapan yang telah kita berikan kepada orang lain. Oleh itu, jangan mudah
menabur janji kelak memakan diri.
#Sabar kunci dalam mengharungi dugaan hidup. Namun
tidak semudah dan selancar bicara untuk kita bersabar kerana adakalanya dugaan
itu benar-benar mengugat keimanan kita. Apa-apapun kembalilah kepada ALLAH.
KOLEKSI BICARA NOVEL 29 SEPT 2018
No comments:
Post a Comment