Ni buku kedua penulis SHAZIE KAMARUZAMAN yang saya baca. Sebelum ni, ada satu buku beliau yang telah saya buat review sebelum ini iaitu Tutor Terlajak Garang (TTG). Buku ni juga lebih tebal berbanding dengan TTG tu. Satu yang dapat saya perhatikan dalam novel ini, penulis banyak memasukkan semula kesemua watak dalam novel-novelnya. Biasanya teknik begini banyak saya baca dalam novel karya Anjell. Teknik sebegini sebenarnya kalau pada saya banyak menimbulkan rasa ingin tahu pembaca terhadap watak tersebut sehingga mungkin membeli karya lain ha ha contohnya macam saya selepas karya ni terus mencari karya beliau yang lain yang belum saya baca.
Okei berbalik kepada novel ni, kisah masih santai dan tidak menyebalkan. Konflik yang timbulpun tidak terlalu berat. Klise memang klise he he tipikal cerita imaginasi romantik Melayu cuma mungkin anti klise tu pada bahagian-bahagian tertentu dan secara tersirat. Kisah tentang seorang gadis yatim piatu bernama Rose (panjang sebenarnya nama dia dan susah nak sebut he he) yang terlihat kecurangan bakal tunangnya Kael menyebabkan dia kehilangan pertimbangan dan hampir dilanggar kereta sewaktu melintas jalan dalam keadaan yang tergesa-gesa. Pertemuan tidak sengajanya dengan Seth lelaki yang hampir melanggarnya melakar pertemuan pertama mereka. Terkejut beruk Seth apabila Rose memohon pertolongan yang tidak dijangkanya.
"I need your help. Boleh you tolong I," Macam nak tak nak saja suara aku keluar dari mulut.
"Tolong apa?'
"Take me to your place,". Senafas aku lontarkan ayat itu.
Dah lah mereka baru pertama kali berjumpa, tiba-tiba seorang perempuan berani meminta dibawa balik ke rumahnya memang terkejutlah Seth . Tapi waktu tu mungkin dah terdetik sesuatu rasa dalam diri Seth.
"Fine, I bawa you balik ke rumah I. Cuma satu je I nak pesan."
"Okey, apa dia?" Beratus pesanan pun I sanggup, you.
Mata lelaki itu memicing seketika. Bertambah lajulah jantung aku berdegup.
"Jangan menyesal."
Maka bermulalah episod mereka tinggal serumah namun tidak berdua sebab Seth telah meminta pembantu rumahnya iaitu Kak Tun tinggal bersama sepanjang Rose berada di rumah itu. Oh ya, Seth ni merupakan designer terkenal tau. Dia memiliki syarikat sendiri dan sebenarnya dia sudah bertunang dengan seorang model bernama Anggerik atau glamernya Angie. Namun hanya dengan alasan kesibukan Seth yang tiada masa untuk dirinya menyebabkan Angie meminta pertunangan mereka diputuskan kerana dia sudah memilih untuk bersama dengan lelaki lain. Cuma yang menyebalkan Angie ni dah macam gila talak apatah lagi apabila mengetahui kewujudan seorang perempuan bersama bekas tunangnya iaitu Rose.
Rose ni sebenarnya mengelak untuk berjumpa dengan ex BF dia Kael. Tu yang dia ikut Seth balik ke rumah dan seterusnya meminta kerja di syarikat Seth sebagai PA kepada PA Seth iaitu Hadee. Hubungan mereka baik sahaja sehinggalah satu ketika, Rose merasakan tindakannya tinggal bersama Seth pasti akan menjadi buah mulut orang dan menjatuhkan reputasi Seth dan dia dituduh punca Seth putus tunang dengan Angie. Oleh itu, dia telah mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah Seth. Namun satu kejutan berlaku apabila Seth melamarnya menjadi isteri kepada lelaki itu. Rose pada mulanya tidak bersetuju tetapi selepas melihat hasil siasatan bodyguardnya Thariq tentang identiti kekasih Kael maka Rose bersetuju untuk berkahwin dengan Seth dengan syarat pernikahan mereka dirahsiakan sehingga Rose bersedia. Klise bukan he he dan Seth pun bersetuju maka berlangsunglah perkahwinan rahsia itu.
Yang tak klise nya tak adalah tangguh-tangguh untuk mereka nak rasmi jadi suami isteri sebenar sebab Seth memang mendominasi keadaan ha ha. Tak ada kisah-kisah asing bilik sebab Seth memang nak isteri dia sentiasa berada di sampingnya. Kisah mereka macam biasalah antara majikan dan pekerja ketika berada di opis dan suami isteri di belakang Kak Tun di rumah. Banyak jugalah kisah lucu Seth + Rose yang curi-curi untuk bermesra seperti kedapatan ketika berada di kampung Kak Tun sewaktu pernikahan Mak Jemah. Ahaa....di sinilah semua watak tu muncul....Dean dan Karl sebagai watak penyeri yang memang menghiburkan.
Klimaks sangat2lah menyebalkan pada saya. Apabila Rose dah mengandung dan hidup bahagia dengan Seth...Tok Mama Seth pun menerima Rose...muncul pula c langau Angie yang mengatakan dia mengandung. Yang menyakitkan hati, Seth ni dalam dia tak nak menyakiti hati isteri dia dengan berahsia dan nampak lebih memihak kepada Angie tanpa dia sedari dia telah menyakiti hati isterinya berganda-ganda sebab terlalu melebihkan Angie semata-mata untuk mengelakkan Rose tahu Angie menuduhnya bapa kepada kandungan perempuan itu.
Rose ni bukan calang-calang orang tau. Dia sebenarnya anak kepada Tan Sri Ghazali. Dia seorang wanita yang kuat namun macam yang dia kata kepada suaminya....My had limit is Angie....maka akhirnya dia kalah dengan perasaan marah itu. Apabila Seth berjaya menyelesaikan Angie, Rose berhadapan lagi dengan ancaman lain sehingga melibatkan pencerobohan ke penthouse mereka. Akhir sekali Rose diculik oleh dua orang wanita yang berkomplot membenci Rose iaitu Angie + Felina menyebabkan Rose kemalangan.
SCENE 1
"I love you, love."
Ayat itu yang menjadi kekuatan aku. Ayat itu yang buatkan aku terjaga dua jam lepas. Tak ada wajah lain yang aku nak lihat selain wajah Seth. Hanya Seth.
"Seth, I okey. Sikit je ni."
"Sikit? You tak sedarkan diri lebih daripada 24 jam, Rose. You hampir mati!" Seth bangkit berdiri. Melihat ke luar.
SCENE II
Selesai saja, dia tak terus pakaikan pijama itu. Sebaliknya dia perhatikan segenap tubuh aku. Reaksinya langsung berubah. Bergerak-gerak rahangnya.
Aku tahu dia nampak lebam dan luka yang masih baru. Dan aku tahu dia marah. Aku capai tangannya dan mendongak.
"Seth, it's okay. I okey. I dah rasa sihat sikit."
Seth menggeleng. Tak mahu mengiakan kata-kata aku.
"Seth..."
"Enough." Seth memintas.
Dia hanya diam selepas itu. Selepas menggantikan pakaian, dia suruh aku berbaring. Aku perhatikan saja dia tarikkan duvet sehingga ke paras dada. Dia mahu berlalu. Tapi, aku menahan.
"Teman I kejap, please?
Tanpa suara Seth terus naik ke atas katil. Aku mengiring. Begitu juga dia. Dekat sehingga nafasnya terasa menampar wajah aku.
Jari aku mula bermain dengan jambangnya. Kasar, tapi aku suka. Kemudian, beralih ke pipinya pula. Sebelum turun ke bibirnya. Bibir itu semakin kurang senyum sejak aku sedar di katil hospital.
"You marah I ke, Seth?"
"Yes, I marah you. Sangat-sangat."
"I minta maaf sebab buat you marah."
Seth sentuh tangan aku yang berada di pipinya. Kemudian, dibawa ke bibirnya lama.
"I love you, Rose."
Aku senyum."I love you too."
"Don't ever doubt it."
"I won't, husband."
Tu antara scene-scene romantik Seth + Rose he he...selebihnya korang bacalah ya. Selepas kemalangan itu maka bermulalah hidup bahagia mereka he he dan di sinilah muncul pula watak TTG iaitu Noah dan Kayla...sekejap je...masa persandingan mereka...and HAPPY ENDING...k dapatan :-
- JANGAN TAMAK DALAM APA SAJA. TAK KIRALAH HARTA ATAUPUN MEMILIKI PERASAAN ORANG LAIN.
- SENTIASA MENCARI ALASAN UNTUK MEMENANGKAN DIRI SENDIRI DAN MERASAKAN DIRINYA ADALAH MANGSA MERUPAKAN SIFAT PENGECUT DAN BACUL.
# Anti klisenya di mana pun korang kena baca baru dapat hadam. Kalau tak korang tak akan tahu anti klisenya di mana he he.
# Saya sebenarnya agak terganggu dan tidak berapa gemar dengan panggilan moden macam I dan You ni tapi kerana tarikan jalinan cerita novel ni maka saya mampu menghabiskannya dan berjaya menyingkirkan rasa tidak senang itu he he....Daebak untuk penulis ni.
13/60 CABARAN 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 29 JANUARI 2019
No comments:
Post a Comment