Wow....Nampaknya ini review novel pertama saya di tahun 2018......sudah lama saya tidak buat review
novel. Banyak novel yang tertunggak untuk dibuatkan reviewnya. Sabarlah ya
novel-novel sayang he he...pasti satu hari nanti anda akan saya masukkan dalam
himpunan review Blog Bicara Novel. Ok...untuk melepaskan gian nak menulis
review saya cari novel yang nipis sahaja supaya senang saya nak membelek dan
mengingat semula jalan ceritanya.
Novel ini karya SARA KYOKO dan rasanya karya
pertama beliau yang saya baca. Saya mula mencari novel ni selepas saya menonton
drama adaptasinya lakonan Aaron Aziz bersama Amerya Rosli. Kejelitaan Amerya
dan betapa coolnya Aaaron Aziz berlakon benar-benar memukau pandangan saya he
he.....namun seperti biasa, pada saya....novel still the best...jadi....gigihlah
saya mencari dan membeli novel ini .
Novel ni ceritanya simple sahaja...berkaitan
dengan kisah seorang gadis yatim piatu bernama Seroja Irdina yang hidup sosial
dan mementingkan kemewahan. Dia terpaksa tinggal bersama dengan kawan baik
arwah ibunya iaitu Tuan Ihsan. Digambarkan Tuan Ihsan ini juga anak yatim yang
akhirnya berjaya menjadi jutawan. Dahulu dia sebenarnya pernah menyimpan
perasaan pada ibu Seroja iaitu Iman namun Iman memilih ayah Seroja walaupun
mendapat tentangan daripada datuk kandung Seroja sendiri. Tan Sri Samsudin ni
seorang yang sangat materialistik dan mementingkan darjat. Oleh itu, dia sangat
membenci Iman dan Seroja kerana telah mencemarkan maruah keluarganya.
Ada beza watak Tan Sri Samsudin dalam drama
dengan novel. Dalam drama tu banyak ditokok tambah kejahatan beliau mungkin untuk
memanjangkan cerita sebab novel ni tidaklah tebal. Kalau dalam drama.....Tan
Sri siap menghamilkan model yang dipergunakannya untuk menggoda Tuan Ihsan dan
sampai dia menghembuskan nafas terakhir dia tetap tidak boleh menerima cucu
kandungnya sendiri iaitu Seroja. Tetapi dalam novel Tan Sri akhirnya insaf. Dia
juga dapat menerima Seroja sebagai cucunya. Dia tak mati dalam novel tapi
wataknya dalam drama dimatikan dengan begitu tragik sekali....bezakan...korang
akan sedar perbezaan tu....sangat ketara.
Sambung cerita semula...Seroja akhirnya
berjaya membuka hati Pakcik Hotnya iaitu Tuan Ihsan. Kalau dalam drama
.....punyalah gedik Seroja ni he he...sampai terlebih-lebih dah gedik dia tu ha
ha....mereka akhirnya berkahwin dan mempunyai anak kembar tiga. Sewaktu Tuan
Ihsan melamar Seroja dalam drama...alahai punyalah meremang bulu roma
saya....rasa tak sanggup tengok...memang saya tak tengokpun....gelilah ha
ha....tapi dalam novel k jer......k....itu saja ceritanya...nak tahu konflik
feeling2 antara Seroja yang mengurat Pakcik Hot dan Pakcik Hot yang mengatur
misi untuk menikah dengan buah hati nakalnya iaitu Seroja....korang bacalah ya.
K dapatan novel ini ialah :-
1. DARJAT BUKAN PENENTU AKHLAK YANG BAIK
- Kedudukan
kita sebagai penghuni bumi milik Allah bukanlah ditentukan oleh darjat kekayaan
tetapi oleh kesungguhan kita beriman kepada Allah. Kekayaan dan kemewahan yang
kita milik juga datang daripada Allah. Oleh itu, janganlah merendahkan
keturunan orang lain semata-mata untuk menjaga darjat diri.
2. CINTA TIDAK MENGENAL USIA
-
Memang
betullah cinta itu tidak kenal usia. Tetapi perkara yang paling penting adalah
mengawal maruah diri agar tidak terpedaya dengan pengaruh cinta. Apabila cinta
tidak dikawal maka dikhuatiri nafsu pula menguasai diri. Seroja yang gedik ni
bahaya untuk kaum lelaki he he nasib baiklah Tuan Ihsan si Pakcik Hot ni dah
berumur maka bolehlah dia mengawal keadaan....kalau tak takut Pakcik Hot pun
tersungkur juga ha ha....
#Seroja memang gedik....meremang bulu roma
tengok dan baca kegedikan dia tapi Pakcik Hot memang cool dan tetap hot
walaupun dah berusia he he.....gian menulis review dah terubat....lepas ni lagi
ya....kita cari novel lain pula....stay tune....
No comments:
Post a Comment