Novel ini karya IZZ JAJA...rasanya kali
pertama kot baca novel beliau..kalau tak silaplah he he sebab dah terlalu
banyak sangat novel yang telah dibaca...pada peringkat awal kononnya lepas
membaca nak buat review...tak sempat den nak membuatnya...lepas satu baca
lagi...tak berhenti last-last buat mana yang sempat jer lah he he...
Pada saya novel ni walaupun masih dalam genre
‘sawit’ tetapi boleh masuk dalam kategori yang agak berat sedikitlah sebab
tidak menjurus kepada kisah cinta semata-mata tetapi juga memasukkan unsur
keagamaan dan ikatan kekeluargaan. Sejak membaca banyak novel ni...saya
adakalanya jadi culas dalam pembacaan...saya sudah pandai memilih...saya tidak
suka maka saya boleh berhenti dan meletakkannya semula dalam rak dengan andaian
apabila stok novel ku habis maka akan kusambung semula he he
Awal cerita novel ni agak lucu sedikit sebab
pertemuan antara Aira dan Noah dalam bentuk yang mencuit hati. Bermula dengan
Aira duduk selamba di hadapan Noah dan menghabiskan makanannya kerana tidak ada
tempat duduk di sebuah kedai makan. Disusuli dengan kejadian Aira terpaksa
menebalkan muka untuk meminjam tandas di rumah Noah kerana sakit perut. Pertemuan
demi pertemuan sehinggalah Noah meminta Aira menjadi kekasih namun selepas 3
minggu Aira ambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka kerana perbezaan
agama.
Hubungan menarik dan mencuit hati pasangan
kembar Aira dan Ajirun ni pun sangat seronok tau...korang baca eeh...dua minggu
sebelum Ajrun menikah, Noah telah melamar Aira dan satu kejutan buat Aira yang
sebenarnya Noah merupakan seorang muslim. Bermula episode bahagia namun
terbongkar pula penipuan Noah. Noah ni sebenarnya seorang yang Islam pada
zahirnya tetapi tidak pernah percaya atau mengamalkannya dalam kehidupan. Aira berasa
tertipu dan sangat marah. Berkat nasihat keluarga Aira kembali bersama Noah.
Konflik lain pula muncul....bekas kekasih
Noah iaitu Nina, Iqa sahabat Aira sendiri dan kemunculan si psiko Faiz telah
menyebabkan kemusnahan rumahtangga Noah dan Aira...apatah lagi di saat Aira
mengandungkan si kembar dalam perutnya...Aira bertambah sedih apabila Noah
mempertikaikan kandungannya namun akhirnya Noah sedar dan bermula episode pujuk
memujuk....part yang ni memang part memujuk betullah sebab Aira ni degil
betul...tapi sedih juga sebab dalam keadaan Aira begitu, adik kembarnya Ajirun
yang kehilangan bayinya juga turut kemalangan dan tidak boleh berjalan.
Dalam episode memujuk ni lah Noah mula
berubah. Hidayah sampai kepadanya dan dia mula belajar tentang Islam. Pada peringkat
awal, Aira tidak yakin kerana sebelum ini suaminya itu hanya memperlekehkan
ajaran agama mereka sendiri. Namun sesungguhnya,...hidayah itu milik
Allah...Noah berubah dan Aira kembali padanya....
Apa yang berlaku pada Aira sampai Noah
marah...angkara siapa....baca eeh he he.
#Novel
ni sesuai dengan tajuknya...waktu membaca ni...balik-balik terdetik di
hati...alahai apalah susahnya untuk jujur dan berterus-terang sahaja...selesai
masalah he he
No comments:
Post a Comment