Friday 20 December 2019

KERANA DIA LELAKI ITU

Image result for KERANA DIA LELAKI ITU
Omo omo omo...he he..menyesal saya peram buku ni lama-lama. WAWA AKIL memang antara penulis yang saya minati. Teknik penulisan beliau yang santai dan bersahaja disulam dengan penggunaan bahasa yang selamba mampu mencuit hati pembaca. Dalam masa yang sama, pelbagai emosi turut dibangkitkan seperti sedih, marah, geram dan gembira. 

Kisah sedih yang menyelubungi keluarga gadis jelita Sara Khadeeja. Ketika usianya baru sebulan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkatnya. Hal ini disebabkan perpisahan antara walid dan mummynya disebabkan perbezaan darjat. Ibu Syed Hisyam iaitu Puan Seri Anom bermati-matian menghancurkan rumahtangga anaknya sendiri. Akibat tidak tahan dengan ugutan dan tekanan ibu mentuanya maka Nabila telah meminta Syed Hisyam ceraikannya. Syed Hisyam terpaksa melafazkan talak pada waktu itu kerana tidak mahu melihat isterinya tertekan dengan keadaan mereka. Ini kisah sedih, permulaan hidup seorang Sara Khadeeja.

Di sebalik kesedihan itu, Sara yang masih kecil membesar dan dididik dengan sempurna serta penuh tanggungjawab oleh keluarga angkatnya iaitu Hendan + Aminudin yang juga merupakan sahabat baik kedua-dua ibu bapa kandungnya. Baik sangat keluarga ni. Mereka tidak pernah menyisihkan Sara dan mereka juga tidak pernah menyembunyikan status Sara sebagai anak angkat. Malahan, Datin Seri Hendan sentiasa bercerita tentang walid dan mummynya kepada Sara agar anak gadis itu tidak menyimpan dendam atau rasa marah terhadap ibu bapa kandungnya yang menjadi mangsa keadaan. 25 tahun Nabila dan Syed Hisyam menghilangkan diri. Setiap bulan Nabila tidak pernah lupa mengirim nafkah untuk Sara dan setiap tahun akan mengirim hadiah hari jadi untuk anaknya.

Sara yang mewarisi kejelitaan mummynya dan muka ala-ala Arab walidnya menjadikan dia gadis idaman abang angkatnya sendiri iaitu Gibran Addin. Begitu juga dengan Sara. Dalam diam, kedua-duanya menyimpan rasa yang sama namun kerana status membesar bersama dan konsep adik-abang menyebabkan kedua-duanya menyembunyikan perasaan masing-masing.

SCENE I

"Along ni kan. Takkan puji sikit dah kata jatuh cinta. Tapi kan kalau dia jatuh cinta dengan Maira alahai untungnya...handsome gila,"

"Tapi sayangnya, dia tak syokkan Maira..dia," sengaja dia tidak menyambung kata-katanya.

"Habis tu syok siapa?" soal Gibran Addin. Pintu biliknya dibuka. Di belakang si adik setia mengekori langkahnya.

"Dia syokkan kakak. Ada ke patut dia ingat along kekasih kakak. Bila Maira cakap kakak dan along adik beradik punyalah berseri muka dia," dia bercerita.

Tanpa dia sedari ada wajah yang berubah mendengar kata-kata itu. Gibran Addin mendengus.

"Long kita nak dapat ipar erk,"soal Maira. Langsung tidak mempedulikan wajah abangnya yang berubah.

Dari tadi lagi dia mahu melompat tinggi tetapi cuba ditahan rassa hatinya. Yes! Along cemburu, ada peluang ni, desisnya.

SCENE II

"Long agak-agaklah nak berlakon sibuk pun. Takkan tilik fail kosong," makin kuat dia mentertawakan si abang.

"Mengakulah long...kalau tak melepas Tak salah along jatuh cinta pada kakak. Along bukan mahram kakakpun. Kakak halal untuk along nikahi," dia membuat perangkap samar lagi.

"Maira ni dah kenapa?,"marah Gibran Addin. Sakit pula telinganya mendengar ketawa si adik.

"Budak kecik jangan nak melalut boleh tak. Duk cerita yang bukan-bukan ni. Melalut sejak tadi," marah Gibran Addin.

Adik tak mungkin akan jadi kekasih. Seorang abang takkan biarkan hatinya berubah. Adik tetap adik.

SCENE III

"Kau okey tak ni?" soal Ziyyad. Tenang saja dia memandu keluar dari ibu kota menuju ke Office mereka di Pandan Indah.

"Aku okey. Apa hal tak okeynya. Tapi alang-alang kau dah tanya ni, aku ucap terima kasihlah sebab kau ambil berat pasal aku," perlahan saja suara Gibran Addin.

"Alhamdulillah. Kau mengakulah ni?" tanyanya lagi.

"Ya Allah...nak mengaku apanya?" dia masih buat-buat tak faham

Ziyyad tarik nafas. Buatlah muka blur macam tu, nanti tak pasal-pasal menangis tak berlagu nanti. Geram sungguh dengan sikap temannya itu.

"Mengaku apa yang aku nampak depan mata tadi. Kalau kau tak ada hati dengan Sara, kau tak jadi macam tu bila tengok Sara dengan si Fadh tadi.

"Jadi macam mana? Nampaknya orang lain pula lebih tahu pasal diri aku berbanding aku sendiri," dengus Gibran Addin.

SCENE IV

"Hissh, terputus pula," rungutnya.

"Bukan terputus tu. Entah-entah adik kau sengaja putuskan," saja Ziyyad menambah bara di hati Gibran Addin.

"Barulah padan muka kau," tanpa perasaan Ziyyad berkata. Perlahan saja nada suaranya tapi jelas di pendengaran Gibran Addin.

"Kau ni kenapa? Dari tadi tak habis-habis nak menyakitkan hati aku," marahnya. Wajah bersahaja temannya itu dipandang dengan pelbagai rasa.

"Laaa...kau terasa ke ? Ingatkan Gibran Addin Datuk Seri Aminuddin tak ada perasaa." sinis lagi bunyi itu.

Gibran Addin mengelu.

"Kau nak aku buat apa? Sara itu adik aku. Aku membesar dengan dia. Dari kecil kami bersama. Dalam hati dia, aku hanya seorang abang, Along pada dia. Aku tempat berlindung dia selama ini," Matanya dihala ke luar tingkap kereta.

"Maksudnya kau dah mengaku. Kau ada rasa pada Sara?Bravo...bravo akhirnya lelaki ego, lelaki degil macam kau tunduk juga dengan rasa itu."

Namun apabila Fadh Idhlan mula menunjukkan kesungguhan untuk mengurat Sara, Gibran Addin jadi tak ketentuan. Dia mula berperang dengan emosi dan perasaannya sendiri. Walhal pada masa yang sama dia tetap melayan Suriana yang dianggapnya tidak lebih sebagai adik untuk test perasaan Sara. Apabila Gibran sudah tidak mampu untuk membendung perasaanya melihat hubungan Sara dan Fadh yang semakin rapat, Gibran telah mengambil langkah menggunakan walid Sara iaitu Syed Hasyim sebagai perantaraannya. Maka berlangsunglah kisah nak mereka bertunang tetapi dalam sekelip mata majlis pertunangan diubah kepada pernikahan pula. Tak ada konflik pun sebab Fadh dan Surianna bukanlah langau tegar he he sebab tu saya suka penulis ni. Tidak merumitkan konflik langau tu.

Kisah pertemuan anak-beranak ni cukup meruntun jiwa saya hu hu. Rasa hampir nak menitis air mata. Saat kali pertama berjumpa dengan walidnya, pengsan Sara tu sebab terlalu terkejut. Bayangkanlah dah 25 tahun berpisah. Masa perkahwinannya pula dia dikejutkan dengan kehadiran mummynya nasib kali ni Sara dah tak pengsan lagi he he. Misi Sara dan Gibran pula bermula untuk menyatukan semula walid dan mummynya dan usaha mereka berjaya apabila Hisyam dan Nabila masih lagi menyimpan rasa yang sama walaupun telah terpisah 25 tahun. Majlis perkahwinan kedua merekapun dalam keadaan yang meriah. Tambahan pula, dengan kehadiran Tan Sri Syed Bakhtiar dan Puan Seri Anom yang telah insaf dengan kesalahannya selepas anak sulungnya meninggalkan mereka. HAPPY ENDING...fuuh puas weii baca cerita macam ni.....sekarang ni pun ntah dah beberapa kali ulang baca he he...k dapatan novel :-

  1. DARJAT TAK DIBAWA MATIPUN. LEBIH BAIK UTAMAKAN KASIH SAYANG KERANA SEKALI RASA ITU HILANG DATANGLAH SETINGGI MANA DARJAT SEKALIPUN TAK AKAN MAMPU UNTUK MEMBELINYA.
  2. PENYESALAN ITU SANGAT MENYAKITKAN. OLEH ITU, KITA PERLU BERFIKIR LEBIH DALAM SEBELUM BERTEMU DENGAN ERTI SEBUAH PENYESALAN.

# Oh ya...Sara dan Fadhlan tu sebenarnya selepas dibongkar-bongkar ceritanya ada hubungan juga tau he he tapi yang tu korang bacalah ya he he.

# Kisah lama Syed Hisyam dan Nabila iaitu walid dan mummy Sara juga berbaloi untuk dibaca sebab anda boleh rasa kesakitan itu hu hu.

16/60 CABARAN 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 03 FEBRUARI 2019

Wednesday 18 December 2019

TQ KAPTEN


Image result for NOVEL TQ KAPTEN

Karya QASH IRDINA yang pertama saya baca. Nama-nama pena yang cantik-cantik macam ni biasanya menjadi trend penulis kini. Dah lama sangat tidak membaca buku keluaran Love Novel. Dahulu banyak buku-buku penerbitan ini yang telah saya baca. Saya tergerak membaca cerita ni sebab ada kawan yang rekomen kata ceritanya best. So sayapun mulakan pembacaan.

Secara keseluruhannya, apabila anda membaca novel ni, ia ala-ala drama popular Korea DOTS tapi bukan semua tau... sebab tu saya kata ala-ala. Ada sedikit persamaan seperti latar cerita ini yang banyak berkisar tentang dunia ketenteraan. Kalau dalam DOTS kapten tentera dengan doktor yang ni pula kapten tentera dengan wartawan.

Nama watak dalam novel ni membuatkan saya hampir tertukar jantina he he sebab heroin nama Mikayla (ala-ala nama lelaki) manakala heroin pula Dhiya(kan nama perempuan tu he he). Pertemuan mereka bermula sewaktu Kay yang kelaparan mengusap perutnya disangkakan mengandung oleh Dhiya. Cerita mereka terus berkembang apabila Dhiya dan sahabatnya membantu Kay yang diragut. Nasib Kay bertambah malang apabila dia pengsan akibat tekanan darah rendah menyebabkan Dhiya' terpaksa membawanya ke hospital. Di situlah permulan perkenalan Dhiya' dengan keluarga Kay yang memang baik. Dhiya' yang telah membawa Kay balik dengan selamat ke Cameron Highlands. kebetulan mereka juga dalam perjalanan bercuti di sana. 

Perkenalan singkat antara mereka tidak sempat mekar disebabkan ketidaksanggupan Kay berhadapan dengan kesibukan Kapten Dhiya' (ni yang saya kata ala-ala DOTS he he perasaan tak). Kay mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan mereka. Namun atas arahan Encik Ziyad peminat setia Kay, dia terpaksa membuat dokumentari ketenteraan. Oh ya, Kay ni wartawan terkenal tau...semua orang kenal dia...selalu masuk tv. Dalam dokumentari itu dia sekali lagi bertemu dengan Kapten Dhiya'. Memang kena habis-habisanlah dia oleh Kapten Dhiya' yang seolah-olah sengaja mengenakannya selepas dia menolak lelaki itu. Pengakhiran mereka di sini tidak berapa baik apabila Kay percaya bulat-bulat gurauan Amsyar yang mengatakan Kapten Dhiya' bakal berkahwin dengan Kapten Emily.

Sekali lagi takdir menemukan mereka apabila Kay diminta untuk membuat liputan tentang misi pengaman di Beirut. Di sinilah kisah cinta mereka semakin tersulam indah. Kata janji dan cinta dilafaz bersama. Ada juga peristiwa cemas yang melibatkan Kay namun kemunculan Kapten Dhiya' pasti akan menyelamatkannya. Ujian dalam perhubungan mereka bermula apabila Kay kembali ke Malaysia dan Kapten Dhiya' masih di sana. Perkenalan Kay dengan Tengku Zafriel dijadikan alasan untuk keregangan hubungan mereka. Namun ada cerita di sebaliknya.

Kapten Dhiya' semakin menjauhkan diri daripada Kay. Kay tidak tahu apa-apa dengan punca Kapten Dhiya' memutuskan perhubungan mereka, Kay frust menonggeng dan ini menjadikan hubungannya dengan Tengku Zafriel semakin rapat walaupun hati Kay masih tidak mampu untuk melupakan Dhiya'. Hal ini berterusan sehinggalah pada malam sambutan hari lahir Kay dan malam Tengku Zafriel nak melamar Kay, Kapten Emily telah membongkar rahsia yang menghalang hubungan Kay dan Kapten Dhiya'.

Tengku Zafriel juga tidak lagi meneruskan niat untuk melamar Kay selepas dimaklumkan cerita sebenar. Akhirnya hubungan Kapten Dhiya' dan Kay pun berlangsung baik sehingga mereka akhirnya berkahwin. Kapten Emily pula diberi hint oleh penulis couple dengan Tengku Zafriel...mungkin next novel kot he he...manakala kawan membawang c Kay...Elda pula berkahwin dengan bos mereka Encik Ziya...and then HAPPY ENDING....k dapatan novel :-

  1. JAGA PERASAAN SENDIRI JIKA TIDAK MAHU TERLUKA.
  2. KESETIAAN TIADA ERTINYA TANPA SATU KEKUATAN JALINAN PERASAAN.

# Kapten Emily ni ada kaitan dengan Kay tau. Walaupun pada awalnya hubungan mereka tidak berapa baik namun akhirnya mereka menjadi rapat...apa hubungan mereka...korang baca.

# Apa punca dan siapa dalang penyebab hubungan Kapten Dhiya' dan Kay berantakan...kenapa dia berbuat begitu...sedih tau part ni he he....korang kaji sendiri baru ada feel

# Kay ni menyimpan satu kerinduan yang mendalam terhadap seseorang yang begitu penting dalam hidupnya...siapakah orang itu....korang cari sendiri dalam buku ni k he he


7/60 CABARAN 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 17 JANUARI 2019

Sunday 15 December 2019

SETIA DIA


Image result for novel setia dia

SETIA DIA - buku yg dah basi utk korang🤣🤣bru berkesempatan utk dibaca..masih lagi bergenre santai...rileks dan tenang jiwa ketika membacanya😍:-
1. Omo....omo..omo...Hariz u make my day😝😝😝hero ni pasti menjadi dambaan dan igauan imaginasi wanita...sifat gentleman yg begitu terserlah...pelindung dan pencinta yg setia. Tegas dan punya pendirian yg kukuh. Gambaran kesempurnaan watak hero yg mampu menggetarkn naluri sy🤣🤣😉😉😉😉

2. Kepolosan watak heroin c Intan berjaya menjentik naluri wanita sy😔😔😔betapa tingginya ketabahan Intan menghadapi kegetiran hidupnya...terbuang dlm keluarga sendiri...tetapi kepolosan dia ini juga lama kelamaan mula menjengkelkn sy🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀terlalu baik...terlalu menyayangi....terlalu berkorban sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri...in the real life...tiada sbb utk kt menjadi terlalu baik begini.

3. Keharmonian keluarga Hariz sgtlah membahagiakan🥰🥰🥰ibu bapa dan adik beradik yg sporting...penuh dgn kasih sayang...pasti menjadi keluarga idol utk pembaca😁

4. Kepincangan keluarga Tuan Isa iktibar agar kt tdk mementingkan kerjaya, nafsu dan kehendak sendiri. Tak blh hadam betapa lemahnya Tuan Isa dlm menyelesaikan masalah keluarganya seblm musibah menjadi lbh besar🤦‍♀🤦‍♀

5. Awal pembacaan smpi perkembangan cerita jiwa pembacaan juga kembang kuncup🤣🤣berbunga2....melting hbs dgn pasangan ini tpi apb menghampiri klimaks...cerita mcm hmpr hilang arah...klimaks yg tdk mendebarkn lagi🙊🙊sbb rasa geram dgn polosnya Intan mengorbankan diri...apb klimaks tdk terasa kesan peleraian cerita menjadi sedikit hambar namun masih bersemut🤣🤣🤣

#Naskah berbaloi dimiliki utk mrk yg suka cerita santai😍

ALI ALAUDDIN


Image result for novel alif alauddin

ALI ALAUDDIN - nama yg sedap disebut..tergmbr di minda jelmaan lelaki solid, macho dan of cos gentleman😁😁😁ternyat penulis berjaya menggarap karakter Ali dlm novel ni seindah namanya...dgn kelembutan dan kesabaran disulami dgn kebijaksanaan dlm meneladani sikap si isteri yg penuh huru hara akibat trauma yg melanda hidupnya. Kesungguhan Ali berbaloi apb akhirnya dia berjaya membawa keluar isteri yg disayanginya drpd kemelut trauma yg menyakitkn. Melting kat Ali pula dah😅😅😍😍

Alilatul Barizah...wanita polos yg bergelumang dgn trauma yg menghantui hidupnya slps terlibat dgn kemalangan yg akhirnya membawa kpd kematian tunangnya Fateh...penderitaan hidupnga didalangi oleh kwn karib merangkap adik arwah Fateh yg bertopengkn kasih sayang memusnahkan hidup Barizah dlm diam..kelembutan Barizah menjadikan dia mangsa C Farah ni namun jelas terserlah ketegasannya apb ada langau Jana yg cb utk memporak-perandakn rumah tangganya....keistimewaan watak Barizah ni pd sy umpama epal yg sedang masak ranum kekal terpelihara dgn baik disebabkn ketegasan didikan daddynya...namun drpd sini jugalah org luar mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Novel ini banyak menyelitkn unsur pengajaran dlm kehidupan rumah tangga :-
1. Jangan mudah membuka aib pasangan kita di hadapan org tak kisah lah dlm bentuk gurauan ataupun gossip santai bersama teman2.

2. Jgn pandang remeh kepuasan dlm hubungan suami isteri kerana kelak iya umpama bom jangka yg menunggu waktunya utk meletup. Berterus teranglah dan berkomunikasilah dgn pasangan anda agar penyelesaian blh dicari dan bknnya mencari 'makan' di luar utk memenuhi naluri kepuasan anda.

3. Fahamilah bahawa men want more sex but women want more intimacy...dlm melayari kemanisan berumahtangga perkara asas ini tdk blh dipandang remeh..adakalanya pertelingkahan tercetus hanya krn egoisnya kt utk mengakui keperluan diri.

4. Utamakn kepuasan pasangan tdk kira zahir dan batin...tdk ada gunanya kt tampak hebat dan sempurna di luar tetapi di mata pasangan kt hanya pendamping bongkak, kayu dan tak berperasaan menghormati pasangan.

# Cm agak terkejut dgn klimaks penulis  cerita ini dgn unsur kejutan dan suspens...mcm tak logik tpi kira logiklah🤣🤣ttg nikah khitbah yg tiba2 benar2 berlaku sdgkn awal2 tu punyalah c Jana tu tak mau...nasib watak Barizah tu kuat...klu tak...main tarik tali lagi🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀

# Okey...done 'membebel' ttg buku ini🤣🤣🤣🤣naskah yg berbaloi utk dimiliki...cerita santai namun sarat dgn ilmu jika kt benar2 melihatnya dr sudut positif.

KEKASIH HATI MR BODYGUARD


Image result for novel kekasih hati mr bodyguard"

Kekasih Hati Mr Bodyguard - Wow agak terkesima seketika baca buku ni...tajuk punyalah romantik tpi sebenarnya novel ni bergenre thriller...tak bnyk pun cerita2 romance🤣🤣🤣🤣

Speechless dgn kemampuan penulis mengolah satu plot cerita yg sgt menarik dan mendebarkan. Jujur pada awal pembacaan....dlm minda sy ni dah bermacam2 andaian watak pengkhianat yg menjadi dalang kpd siri pembunuhan yg berlaku dlm lingkungan keluarga Dato Yusof.

Tpi hebatnya penulis ni memutar cerita melalui jalinan teknik kejuta, suspens dan pertembungan konflik berganda benar2 mengujakan pembacaan sy sehingga tak blh nak berhenti membaca. Debaran utk mengetahui ending cerita sgtlah kuat🤣🤣.

Cuma hmpr terbaling buku ni bila smpi pd klimaks cerita😞😞😞apb Aralyn berada dlm keadaan yg mendebarkn....smbl menyelak helaian demi helaian...tak putus2 dlm hati sy berharap moga Aralyn tdk smpi ke tahap diperkosa....tak dptku bayangkan permainan emosi dlm diri jika benda itu benar2🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀🤦‍♀

Hadif Akashah...sebutan yg sedap meniti di bibir....nama ini jelas menggambarkan hero yg dingin beku namun gagah perkasa🤣🤣ternyata benar sbb Hadif muncul sebagai pelindung sejati kpd wanita yg disayanginya.

# Novel ni bkn kategori sawit mawit....🤣🤣🤣mmg cerita aksi disulami dgn kekeluargaan..klu nak tgk dr aspek pengajaran...bnyk sgt..tak larat nak tulis🤣🤣🤣apa2pun buku ini masih berbaloi utk dimiliki dan mampu melontar tahap keterujaan anda di tahap yg tinggi😄😄😄

MAKMUM YANG TERTINGGAL


Image result for novel makmum yang tertinggal"

Makmum Yang Tertinggal - Awal2 nak dptkn buku ni mmg sy teruja sebenarnya tetapi disebabkn kesibukan maka sy terlupa utk membacanya sehinggalah subuh tdi sewaktu membersihkn habuk di rak buku sy ternmpk buku ini semula.

Dahulu zaman sekolah menengah, kerja sy pada waktu mlm di hujung minggu adalah menjadi penglipur lara kpd kwn2 seasrama...biasanya berbelas2 jugalah yg menjadi pendengar setia cerita sy🤣🤣🤣dan apa yg sy jdikn bahan cerita adalah imaginasi dan khayalan sy🤣🤣🤣

Sewaktu membaca buku ini, sy agak terkejut sbb ni adalah antara imaginasi cerita yg selalu sy jdikn bahan cerita berpuluh thn yg lepas🤣🤣sy mmg ingat sbb sy ulang cerita ni berkali2 dahulu...rupanya klu sy pandai menulis...sy dah jdi penulis novel...cm hero sy tdklah sekejam hero dlm novel ni sbb waktu itu...sy hanyalah gadis kg yg berusia belasan thn yg membesar dlm dunia kg tersendiri🤣🤣

Penceritaan utk heroin sama...utk menarik minat para pendengar, sy biasanya akan jdikn cerita tu tragis utk c heroin spt Hanan Izzati dlm novel ini yg hidupnya sentiasa bergelumang dgn penderitaan..ditinggalkan oleh ibu bapa...dianiayai...dihina...dicerca ttpi otak polos sy pada waktu itu blm mampu utk smpi ke tahap suami merogol isteri sptmana yg Faliq lakukn  terhadap isterinya Hanan😞😞😞

Sy tdk pasti penulis ni baru atau tdk cm sy terperasaan susunan cerita agak terlompat2 sedikit...smpi sy dua kali menengok betulkah mukasurat ni atau susunannya tdk btl...sbb nmpk mcm ada peristiwa yg tiba2 berlaku dan muncul tanpa ada sebarang perkaitan.

Namun scr keseluruhannya, jika nak satu bacaan yg santai namun masih mampu menggetarkan rasa sendu dlm diri...blhlah baca buku ini. Walaupun klise tpi getaran rasa itu tetap ada😍😍😍

UNCLE DOKTOR NAK TAK JADI PAPA NINY?


Image result for novel uncle doktor nak tak jadi papa niny"

Sebuah kisah santai yg klu anda spesis sy membaca utk hiburan pasti tdk akan mengecewakan...sy scr perbadi melihat keistimewaan sesebuah karya bkn pada beratnya binaan plot sesebuah cerita tetapi sy lbh cenderung kpd sejauhmana karya itu mampu memuaskan hati sy krn 'kepuasan' itu adalah bersifat subjektif...bergantung kpd penilaian masing2

Berbalik pada novel ini...ia sebenarnya menawar 'sakit hati'sy terhadap drama korea berjudul Marriage Contract...jln cerita tdk sama tpi disebabkan adanya watak Niny itu mengingatkn sy kpd watak Eun Sang(lbh kuranglah nama dia🤣🤣🤣)..sy sgt terluka dgn ending drama tersebut walaupun sy sedar the real life mmg begitu

Jalinan cerita dlm plot ni smooth saja...tdk ada konflik tegar yg menyakitkan malah tdk ada tarikan perasaan yg menyebalkan🤣sgt santai dan klu sy lah berbunga2 hati sepanjang membacanya.

Pemilihan gaya bahasa yg mudah dan santai turut memainkan peranan penyampaian cerita yg lbh berkesan.

Penggunaan teknik deskriptif melalui teknik monolog dan monolog dalaman individu berjaya memaparkan perasaan dan emosi watak dgn baik. Cm mgkn utk mrk yg tdk gemar dgn POV sebegini akan rasa sedikit terganggu apb ada pengulangan scene utk tujuan kesinambungan cerita.

Dr Sam = Juga menjadi hero igauan imaginasi pembaca🤣🤣seorang duda yg terseksa dgn hambatan kisah pedih kehilangan anaknya mula terubat apb bertemu dgn seorg anak kecil bernama Niny yg hmpr seiras dgn anaknya. Keikhlasan Dr Sam utk memiliki tanpa menggunakan paksaan akhirnya berjaya menambat hati insan yg ingin dimilikinya.

Lini = Wanita muda cekal yg menjadi mangsa insan bergelar suami yg manis bak madu seblm kawin dan bertukar menjadi sepahit hempedu slps kawin. Pengalaman ini menjadikan dia wanita yg berusaha utk menutup pintu hatinya. Namun penulis tdklah menjadikan watak ini sebagai watak sinetron yg terlalu tragis hidupnya...ckplah dgn penderitaan silam yg juga tdk digmbrkn dgn detail tpi masih mampu dirasai dukanya oleh pembaca apb mendpt suami yg kaki pukul dan kaki pèrempuan. Tmbhn pula dia bkn menantu yg disukai oleh pihak mertuanya. Kisah ini meninggalkn kesan kpdnya. Lamaran doktor yg ikhlas terhadapnya berjaya membuka hatinya namun kerisauan tetap ada apb dia berhadapan dgn kemarahan mertua barunya pula tpi jgn risau diselesaikan oleh penulis dgn baik.

Niny = Sy tertarik dgn watak anak kecil ini sebenarnya. Pusat tarikan sy utk novel ni ialah pada watak cilik ini. Penulis ingin menggambarkn Niny sebagai watak genius khususnya bidang Math dan menjadikn watak ini sgt istimewa. Mgkn terinsipirasi drpd watak Adi putra😅mgknlah. Cm apb smpi monolog Niny...kdg2 sy terfikir begini juga ke anak2 kt apb ibu bapa saling bermanja...ada unsur cemburu dan meluat di situ🤣🤣🤣watak ini sgt cute....mgknkah ada sambungan utk Niny + Iskandar yg suka ambil peluang atas kebijaksanaannya🤣🤣🤣

# Secara keseluruhan...sy terhibur...sy suka dgn cerita ini....santai tpi masih cukup bermakna.

#Jangan tanya sy....apa pengajaran utk novel yg santai mcm ni selain drpd isu cinta....sbb sy malas nak bertekak dgn mrk yg citarasa tak sm dgn sy🤣🤣🤣klu anda jenis pembaca hebat yg nak plot biasa2...tak pyh cri review novel yg pernah sy baca sbb anda mgkn akan🤮🤮 sbb taste kt tak sama dik🤣🤣🤣

Monday 18 November 2019

RAID ARJUNA


Image result for RAID ARJUNA


Wow....adakah citarasa sy berubah kpd genre thriller pula😅😅dah tiga buku berturut2 semua cerita aksi...mendebarkan dan mengujakan.

Sy membaca cerita ni mcm sy tgk filem hindustan😆😆bermula dgn penderitaan hero yg mmg hidupnya jdi zero, teraniaya, dizalimi sehingga nyawa2 ikan😔😔nasiblah masih ada pengikut setia iaitu Noah dan Gambit yg menjaganya spt nyawa mrk sendiri.

Raid Arjuna bangkit bersandarkan kekuatannya utk mencari dalang kemusnahan keluarganya di samping amanah yg menggunung utk terus melindungi Asyanur..si budak kecil yatim piatu yg kehilangan keluarga dlm kemalangan tragis bersama Raid akhirnya membesar menjadi gadis cantik yg berjaya mencairkn hati batu Raid. Mungkin mrk ini mmg tlh tertulis jodohnya sejak dr dulu😉😉

Raid Arjuna...gambaran kental jiwa seorg lelaki yg membesar dgn seribu pengalaman perit dlm usaha utk menebus maruah keluarganya. Kegigihan Raid akhirnya membuahkan hasil apb berjaya membongkar segala2nya. Dia blh  jatuhkn 10 musuh dlm satu tembakan tanpa mengotorkn tangannya dgn darah kotor mrk. Raid perancang yg hebat, pengatur strategi yg mantap walaupun selalunya tindakan itu membuatkan Asyanur, Noah dan Gambit menjadi huru-hara .

Fuuh...buku yg berbaloi utk dimiliki. Pengolahan cerita yg mengasyikkan disulami dgn gaya bahasa yg padu menjadikan kt seolah2 sdg menonton sebuah filem hindustan😆😆mcm real gaiss....klu membaca pndi terangkat badan sbb berdebar2🤣🤣🤣

Anda pasti akan terhibur dgn penggunaan bahasanya yg......fuuuuh ala2 zaman P Ramlae dlm versi moden . Cth :-
"Jangan kau buat kerbau tanduk panjang, kau tu ular bukan, ikan pun bukan. Aku malas berkelahi dgn org tak berambut". 

# Padu beb bahasa dia🥰🥰speechless dan kredit utk penulis buku ini....nmpknya Rose Harissa telah membuat penyelidikan yg baik dlm bidang ekonomi, pertanian dan penternakan dlm penghasilan novel ini.

CABARAN MEMBACA 2019
47/60

Wednesday 13 February 2019

LAYAKKAH AKU MENCINTAIMU?

Image result for layakkah aku mencintaimu
Waduh.... dah lama tak update blog ni disebabkan kekangan masa walaupun sebenarnya banyak juga buku yang saya baca dalam beberapa minggu ni. Awal-awal tahun hari tu, azam kononnya akan sentiasa buat review terus buku yang dah dibaca namun malangnya tak kesampaian. Cabaran 60 novel setahun banyak membantu menimbulkan mood untuk membaca he he bagus jugalah untuk mengurangkan stok buku yang banyak belum dibaca.

Ok....berbalik kepada novel ni. Ni karya kedua NANI YUHANNA yang telah saya baca dan berjaya memasukkan penulis ni dalam novelis kegemaran saya he he kenapa...sebab saya suka dengan idea jalinan cerita beliau yang santai namun dalam masa yang sama masih terselit permainan emosi yang mampu menjentik naluri pembaca acah-acah nak menitis ayaq mata tapi tak de lah smpi menangispun cuma sendu dan rasa meruntun jiwa tu ada he he...kekuatan pada novel ini juga saya letakkan pada penceritaan yang tidak meleret-leret dan jalinan konflik yang tidak diperbesarkan dan diselesaikan dengan segera. Yang menyebalkan apabila konflik yang sama diperbesar2kan sehingga tak nampak penyelesaian....sakit weei nak menghabiskan bacaan ha ha...

Kisah klise yang menyeronokkan antara Tuan Dariss dengan pembantu rumahnya Ainuha. Ainuha ni tersangatlah pemalu kalau berhadapan dengan Tuan Dariss sampai nak bercakap pun susah. Dan pastinya ada sebab Ainuha berkelakuan demikian he he. Berbeza dengan Tuan Dariss yang sangat baik terhadap semua orang gajinya termasuk Ainuha. Namun sifat pemalu Ainuha ini adakalanya menjengkelkan Tuan Dariss sebab pemalu sangat ha ha. Ainuha ni sebenarnya menyimpan perasaan terhadap majikannya tu yang dia berusaha untuk selamba agar tidak kantoi di hadapan Tuan Dariss. Saya suka perwatakan Ainuha yang begini. Tak lah nampak watak heroin yang mengedik dan mengada2 cuma nampak kalut je lah ha ha. 

Sampai kat meja, Dariss angkat plastik jernih berisi kota berbunga dan diletakkan atas meja. Wajah menunduk Ainuha yang berada di sebelah Kak Wawa dipandang.

"Nuha macam mana dengan dahi awak? Dah okey?"Mata jatuh pada dahi yang masih tertampal plaster.

Ainuha tersentak. Terjongket bahunya. Seakan terkena renjatan elektrik saat namanya meniti di bibir basah lelaki itu. Kepala diangkat lambat-lambat. Dan renungan mereka berlaga! Makin meremang bulu tengkuknya.

"Errr...dah okey,Tuan." Hampir tak kedengaran suaranya. Tangan anik menyentuh dahi yang masih belum kering lukanya. Senyum janggal terukir di bibir.

"Baguslah dah baik. Lega saya," Dariss senyum nipis pada si gadis

Ainuha kemam bibir. Merah padam kulit mukanya tatkala dia angkat muka, renungan mata lelaki itu masih padanya. Rasa nak bersepai jantungnya!

Kadang dia sendiri hairan dengan penyakit darah gmuruhnya ini. Bila berada dekat dengan Tuan Dariss aje penyakitnya tu datang. kalau tak elok aje semua organ dalamannya. Tuan Dariss elok aje tenang seperti biasa, dia aje yang terlebih gabra.

Nampak tak betapa kalut dan gabra Ainuha kalau berhadapan dengan Tuan Dariss he he. Banyak lagi kisah kekalutan Nuha ni namun gaya cool dan bersahaja Dariss tu banyak membantu menjernihkan keadaan. Kisah mereka berkembang apabila kemunculan Ammara adik angkat kepada tunang tak jadi Dariss satu ketika dahulu. Ammara ni macam biasalah menyimpan perasaan terhadap Dariss dan berusaha untuk memilikinya namun pada hakikatnya Dariss langsung tidak ada perasaan terhadapnya. Dia cuma menganggap Ammara sebagai adiknya sahaja. Kemunculan Ammara pastinya menimbulkan rasa cemburu yang dikawal sehabis baik oleh Ainuha tanpa dapat dikesan oleh sesiapa. Oleh sebab tidak mahu terus-terusan menyeksa diri maka Nuha mengambil keputusan untuk mencari kerja lain dan kantoi dengan Dariss namun tak adalah pula Dariss menghalangnya walaupun wujud rasa keberatan melepaskan gadis itu.

Nuha ni sebenarnya mempunyai kisah keluarga yang tragik. Selepas kematian ayah dan adiknya dalam kemalangan, ibunya pula lumpuh dan hilang ingatan. Kewujudan Nuha langsung tidak diingatinya. Malah lebih teruk apabila Pak Su dan Mak Su Nuha telah mengambil kesempatan dengan mengenepikan semua hak Nuha terhadap ibunya. Nuha tidak dibenarkan berjumpa ibunya malah harta Nuha juga diambil oleh Pak Su. Oleh sebab itulah, Nuha tidak pernah bercerita kepada sesiapa tentang kisah keluarganya

Kisah terus berkembang apabila Dariss memberikan cuti kepada semua pekerjanya. Kak Wawa balik ke kampung manakala Radi balik bertunang. Nuha pula bercadang bercuti ke Melaka memandangkan dia tidak ada tempat nak dituju. Ammara pula ada trip bersama kawan-kawannya. Dariss menikmati masa santai bersendirian di rumah sehinggalah suatu malam dia terdengar ada orang di dapur dan apabila diamati orang itu adalah Nuha. Dariss terkejut bukan main dengan keberadaan Nuha yang ditimpa malang sebab kad pengenalannya hilang menyebabkan dia tidak boleh bercuti ke Melaka. 

Kisah hitam mereka bermula dengan kehadiran mengejut Ammara dan sahabat baiknya Bella ke rumah Dariss. Mereka tidak menyangka kehadiran Nuha dalam rumah itu. Mereka telah menjalankan rancangan untuk memerangkap Dariss dengan meletakkan pil perangsang pada minuman Dariss dengan harapan Dariss akan merogol Ammara dan seterusnya berkahwin dengan Ammara. Namun Ammara mengubah fikiran dan tidak sanggup menggadai maruahnya hanya kerana cinta. Dan akhirnya Nuha menjadi mangsa Dariss pada malam itu. Kesian kat Nuha namun nasibnya baik apabila Dariss sanggup bertanggungjawab terhadap kejadian itu dan mengahwininya.

Pernikahan mereka dirahsiakan dan mereka tetap seperti biasa iaitu hubungan antara majikan dan pekerja. Namun dalam masa yang sama wujud rasa yang mendalam tetapi tidak terluah antara mereka. Macam-macam peristiwa berlaku antara kedua-dua suami isteri yang berhubung secara diam-diam ini sehinggalah Nuha ditangkap khalawat dengan sepupunya Zamarul. Hal ini menmimbulkan kemarahan Dariss sehingga dia menghalau isterinya keluar daripada rumah. Nuha terpaksa membocorkan status dirinya selepas dia dipaksa oleh Pak Su dan Mak Su untuk berkahwin dengan Zamarul untuk menutup malu. Nuha meneruskan kehidupan bekerja di sebuah kilang namun selalu mengambil cuti kecemasan sebab dia mengandung. Melihatkan penderitaan Nuha, Zamarul telah mengambil tindakan berjumpa dengan Dariss dan menerangkan semua perkara tentang mereka.

Kesilapan Nuha di sini ialah dia tidak berterus-terang dengan Dariss tentang kewujudan keluarganya yang sebenar. Dia mengaku sebagai anak yatim piatu menyebabkan Dariss tidak mempercayai Zamarul sepupu Nuha dan sebab itulah dia marah dengan isterinya. Tetapi apabila semua sudah dijelaskan, Dariss datang mencari dan memujuk isterinya. Dan pastinya Dariss lah menangkan he he dan membawa isterinya ke kondo persendiriannya. Pernikahan mereka berterusan sehinggalah Dariss terdengar perbualan Ammara dan Bella dan mengetahui segala rancangan jahat mereka. Dariss mengambil keputusan berterus-terang dengan mummy dan Tok Mama dan akhirnya HAPPY ENDING he he...k dapatan novel ini :-
  1. BERSIKAP JUJURLAH AGAR KITA TIDAK TERBEBAN DENGAN SATU PENIPUAN YANG MENYESAKKAN.
  2. HORMAT PADA PERASAAN ORANG LAIN WALAUPUN HATI KITA SENDIRI TIDAK MENYENANGINYA.
# Oh ya...apa kesudahan cerita ibu Nuha....adakah dia boleh berjalan semula...adakah dia kembali mengingati Nuha sebagai anaknya...he he saya tinggalkan sedikit rasa saspens supaya korang baca ya.


14/60 CABARAN 60 BUAH NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 30 JANUARI 2019

BUKAN LELAKI TERINDAH


Image result for bukan lelaki terindah

Ni karya pertama NANI YUHANNA yang saya baca. Beliau bukan calang-calang penulis juga ni sebab banyak dah karya dia di bawah Idea Kreatif dan rasanya dalam simpanan saya ada lebih daripada satu karyanya namun buku baru ni jugalah yang saya baca dulu. Zue rakan dari Dunia Novel yang mempromosikan buku ni...dia kata dia melting habis dengan Izdiyad watak dalam novel ni ha ha...adakalanya hanya penggemar novel sahaja yang tahu pelbagai perasaan yang akan dilalui ketika membaca novel. Mereka yang tidak suka tu biasanya tak rasa apa-apa jadi biorkanlah.

Buku ni tidaklah tebal. Sekejap sahaja nak habiskan jika kita betul-betul berikan tumpuan penuh. Kisah santai yang rileks tanpa ada sebarang konflik yang menganggu jiwa. Kisah tentang Izdiyad seorang duda dingin beku disebabkan menerima penghinaan yang terlalu menyakitkan daripada bekas isterinya telah berusaha untuk bangkit daripada kesakitan itu Hasilnya dia berjaya menjadi lelaki berjaya dan dalam masa yang sama lelaki yang menyimpan seribu kedukaan mendalam. Dia dipertemukan secara tidak sengaja dengan Cikgu Aisya seorang pencinta sejati yang tetap bertahan walaupun dicurangi oleh kekasih sendiri.

Pertemuan mereka ketika Izdiyad mengambil anaknya di sekolah dan bertemu dengan Cikgu Aisya namun sebenarnya mereka ni pernah bertemu sebelum ini tetapi tidak saling mengenali. Pertemuan demi pertemuan tanpa dirancang membolehkan Izdiyad mengetahui permasalahan hidup Aisya tanpa sengaja. Hal ini disebabkan ketika mereka bertemu, di situ jugalah Aisya terlihat aksi curang kekasihnya Zulfan. Hidup Aisya semakin tertekan apabila Zulfan ditangkap khalawat dengan Dania dan seterusnya berkahwin dengan gadis tersebut walaupun pada dasarnya dia masih mahukan Aisya. Itu yang selepas kahwinpun Zulfan macam orang gila talak. Asyik menganggu Aisya saja nak balik dengan Aisya. Tu tak campur lagi cemburu Dania yang asyik marahkan Aisya dan menuduh Aisya mengejar lakinya.

Jodoh Aisya dan Izdiyad ni agak kuat apabila kedua-dua keluarga mereka saling mengenali dan akhirnya bersetuju untuk menjodohkan mereka. Permulaan perkahwinan mereka sangatlah tidak bermula dengan baik sebab pada malam pertama pernikahan mereka jugalah kedua-duanya bertengkar setelah Aisya mengetahui Izdiyad itu adalah duda. Aisya rasa tertipu apabila Izdiyad tidak mahu berterus-terang dengannya. Izdiyad pula tidak mahu mengungkit kisah silamnya yang sangat menyakitkan maka kedua-duanya menjadi dingin. Puas Aisya cuba memujuk suaminya namun layanan Izdiyad tetaplah dingin. Namun setelah dinasihati oleh ibunya, Izdiyad cuba untuk beralah dan mereka mula menjalani kehidupan suami isteri yang sebenar.

Cerita ni santai sebab tiada konflik berat. Langau macam Zulfan + Dania, sekali jentik saja dah tumbang. Muncul juga bekas isteri Izdiyad tetapi hanya sebagai langau baik yang telah insaf. Santaikan he he. Yang jadi masalah sikit-sikit tu salah faham dan juga kes Izdiyad cemburu itu je. Jadi anda akan rileks membaca novel ini. K dapatan novel :-

  1. FAHAMI HATI DAN PERASAAN ANDA. JIKA SUDAH TIDAK ADA RASA TERHADAP SESEORANG ITU MAKA LEBIH BAIK BERTERUS-TERANG DARIPADA CURANG DAN TAMBAH MENYAKITKAN HATI ORANG LAIN.
  2. CINTA BUKAN SEGALA-GALANYA
# Apakah kisah silam Izdiyad yang begitu kelam sehingga menjadikan dia serik dalam kehidupannya.

#Mengapakah Aisya nak juga bertahan walaupun telah berkali-kali dibentangkan bukti depan mata tentang kecurangan Zulfan.

#Di manakah pertemuan pertama Izdiyad + Aisya....he he...saya tinggalkan ini untuk korang baca k.



5/60 CABARAN 60 BUAH NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (14 JANUARI 2019)


Tuesday 12 February 2019

PEMILIK CINTA ZANIA

Buku ni karya MISS DEE. Pertama kali membaca buku beliau. Saya tertarik dengan teasernya dan tambahan pula buku ni kombo sekali dengan novel yang dah lama saya tunggu he he sebab tu lah semangat beli. Saya tidaklah mahu menjatuhkan mood atau reputasi penulis tetapi secara jujur novel ni mendatangkan ketidakpuasan naluri pembacaan saya disebabkan :-
  1. Plot cerita yang berterabur. Penulis nak merumitkan sesuatu konflik tu tetapi dengan cara yang meleret-leret menyebabkan konflik itu menyebalkan. Semakin konflik DENDAM itu dirumitkan dan disulami dengan teknik saspens yang agak kurang menyakinkan menimbulkan rasa keboringan dalam diri pembaca.
  2. Kewujudan kisah lain seperti pasangan Aina dan Zaf sedikit sebanyak menganggu plot cerita sebab penulis menimbulkan satu cerita baru.
Kisah ni tentang Dania Wafa yang tertekan dengan sikap Zahin. Zahin ni tak berhenti-henti nak kan c Dania walaupun berkali-kali ditolak oleh Dania. Penulis cuba untuk menimbulkan dendam antara mereka ni tetapi ditonjolkan dalam keadaan yang mengejut dan meleret-leret menyebabkan pada saya ksiah mereka ni tidak cukup utuh untuk menjadi sebuah dendam yang kompleks. Dania yang berdendam dengan Zahin telah memalukan Zahin semasa majlis harijadi lelaki itu. Hal ini menyebabkan Zahin pula makin tercabar ego lelakinya maka dia telah mengatur rancangan untuk memerangkap Dania dengan peristiwa hitam di sebuah hotel.

Di sini saya betul-betul pening. Penulis begitu teruja untuk menjadikan unsur ni saspens sehinggakan saya tak tau apa sebenarnya yang berlaku di hotel tu. Kata peristiwa hitam tapi selepas mereka kawin Zahin tu macam tak sentuhpun isteri dia tu malah dia kata dia akan tunggu isteri dia benar-benar bersedia. Jadi...gambar yang dihantar kepada abah Dania tu apa...gambar dia dengan Dania sedang tidur atas katil dan atas sebab itulah Dania dan Zahin berkahwin.

Bila mereka dah berkahwin...makin tmbh pening dengan adegan romantis yang tak berapa nak menjadi he he. Penulis cuba untuk menggambarkan betapa romantiknya pasangan ni terutama apabila mereka saling menggoda antara satu sama lain tapi feel tu tak sama (atau saya yang gatal ha ha). Pengolahan bahagian ni agak hambar dan berulang-ulang perlakuan yang sama.

Muncul pula watak Zaidi kawan Zahin yang tiba-tiba menculik Dania pada masa reunion walaupun penulis ada terangkan yang itu sebenarnya rancangan Zahin sendiri agar nampak hero di mata Dania tapi sampai kesudah penulis tidak bagitau motif Zaidi membongkarkan rahsia Zahin tu. Dia hanya bgtau Zahin dah berjanji akan menyerahkan Dania untuk dirasai oleh Zaidi tapi tak logik pada saya sebab digambarkn pada endingnya Zahinnya memang cinta mati kat Dania dari awal lagi...so ai is pening seketika ha ha.

Tiada konflik yang lain. Hanya berkisar tu je. Mainan tarik tali perasaan Zahin dan Dania. Akhirnya merekapun berbaik tapi tiba-tiba Zahin menghilangkan diri selama sebulan dan terbongkarlah kisah semuanya. Abah dan Along Dania yang pada saya sepatutnya menjadi watak pelindung kepada Dania tidak perlu berkomplot dengan Zahin walaupun alasannya nampak sinar cinta dan keikhlasan pada mata Zahin. Tapi agak-agaklah Abah tu sanggup berkomplot edit gambar atas katil anak dia sendiri...ish ish ish...k HAPPY ENDING.

# Apa DENDAM mereka sebenarnya ni he he...korang baca. 

# Maaf saya tak jumpa cover buku ni di google mungkin sebab baru kot...

18/60 CABARAN MEMBACA 60 NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 12 FEBRUARI 2019

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...