Monday 18 December 2017

NOVEL BIBIK MILENIUM


Image result for bibik milenium



Novel ini hasil tulisan AEIN DHIYAUDDIN. Rasanya ini karya pertama beliau yang saya baca. Sebelum ini saya terbaca satu post penulis ni di FB yang memaparkan salah satu komen yang diterimanya berkaitan dengan novel ini ialah ada pembaca yang menyatakan bahawa novel ini tidak logik....aduhai...kesian penulis ni...namanya novel...hasil sastera...adunan antara realiti dan imaginasi dalam menyampaikan sesuatu perkara...kalau nak harapkan sesuatu yang benar-benar berlaku itu fakta sejarah namanya....issh...tak faham sungguh ...

Saya sangat suka novel ni....ha ha....saya boleh ketawa terbahak-bahak membacanya..memang kelakar sungguh...pandai penulis menjalin cerita dengan gabungan unsur humor dan juga sedih namun saya tegaskan sekali lagi kalau anda peminat novel action/thriller...tak payah gatal-gatak nak baca novel genre begini sebab anda hanya akan tahu mengutuk saja...jadi nasihat saya sebelum baca dapatkan review dulu supaya tidak muntah hijau....huuh....

Kisah novel ni simple sahaja....kisah tentang seorang gadis malang anak yatim piatu. Dibesarkan di rumah anak yatim namun akhirnya dia muncul sebagai seorang arkitek wanita yang berjaya. Dia berasa bersyukur kerana dipertemukan dengan keluarga angkat merangkap keluarga sahabat baiknya sendiri. Berbekalkan kelebihan yang dia ada...kecantikan, bakat dalam bidang rekaan bangunan menjadikan dia Suhaila Aileen Al-Hakeem begitu terkenal namun ramai yang tidak mengenali wajahnya kerana dia seorang yang low profile.

Kisah sedih di awal cerita apabila Suhaila akhirnya mengetahui punca sebenar tunangnya Saiful memutuskan pertunangan mereka adalah disebabkan oleh sahabat baiknya sendiri iaitu Karlisa. Yang paling menjengkelkan keseluruhan majlis perkahwinan itu Suhaila yang mengeluarkan kos tetapi Saiful dan Karlisa bersanding sedap-sedap di situ. Sudah tu pula, sampai di rumah sewanya, Suhaila diusir pula oleh ibu Karlisa seolah-olah rumah itu miliknya sendiri. Tapi saya suka watak Suhaila ni...tak adanya dia lemah....dia suruh jiran-jiran dia angkut semua barang dalam rumah tu sebab semua tu dia yang beli.....adegan ni ala-ala dalam filem Tiga Abdul he he....waktu P. Ramlee sedekahkan barang2 mertua dia he he....

Sewaktu bersedih dengan pengkhianatan Saiful dan Karlisa, berlaku pula satu episode baru dalam hidup Suhaila apabila dia tersalah masuk ke bilik Tengku Khalis Aiman...si playboy Malaya menyebabkan dia terpaksa berkahwin dengan lelaki tersebut....haaah....di sini korang kena baca....bermulalah kisah bibik millennium dalam menjalankan misinya....garang, gedik, nakal, manja...semua ada he he...rugi korang tak baca...

Macam biasalah apabila mula mengecapi bahagia mesti ada ujian kesulitan...Khalis yang cemburu marah dengan Suhaila...ditinggalkan di tepi jalan...apabila dia sudah tahu bahawa Suhaila itu merupakan Suhaila AL-Hakeem wanita arkitek yang dikaguminya...yang dicari-carinya selama ini...betapa dia sangat menyesal dan berusaha untuk mencari isterinya...namun takdir memisahkan mereka selama berbulan-bulan kerana Suhaila telah dilanggar orang dan hilang ingatan. Mereka akhirnya bertemu semula dengan kekuatan anak mereka dalam kandungan Suhaila. Banyak lagi kisah ni...korang baca ya he he..
Tak masuk lagi konflik keluarga tau...yang akhirnya terlerai apabila terbongkar Suhaila ada keluarganya sendiri...Syed Haidar itu siapa....kemunculan Datin Hanis yang dinanti oleh Tengku Khalis...bersatu semula semua anak Tengku Zabidi atas bantuan Suhaila...yang ini pun menarik untuk korang bongkar ha ha....siapa yang melanggar Suhaila sehingga dia hilang ingatan dan kenapa....semuanya terjawab dalam bentuk HAPPY ENDING he he...Cuma di penghujung cerita tu agak suspens sedikit.....rasa macam tercabut jantung apabila penulis seolah-olah mematikan watak hero...fuuh...walhal....tak adapun....Suhaila tu saja nak jadi sengal menggedik dengan suami kerana pembawaan baby kedua he he....

K hasil dapatan novel ini :-
1.    SYUKURI DAN HARGAI APA YANG KITA MILIK
Mencemburui kelebihan orang lain hanya mengundang bencana dalam hidup kita kerana daripada rasa dengki inilah maka dendam kesumat akan muncul. Apabila mula berdendam maka manusia akan mula berhati busuk dan sanggup melakukan apa sahaja. Karlisa yang sangat cemburu dengan Suhaila sanggup mengaibkan kawan baiknya malah menghancurkan hidupnya. Begitu juga dengan Saiful...kata sayang tapi tidak boleh mempertahankan Suhaila....

2.    JANGAN CEPAT MENGHUKUM SESEORANG
Sehebat manapun kita tetapi bukan menjadi tugas kita untuk menentukan darjat seseorang berdasarkan masa silamnya. Saiful kehilangan wanita yang disayanginya kerana terlalu taasub dengan keturunan. Khalis juga hampir kehilangan wanita yang disayanginya kerana terlalu cepat menghukum Suhaila hanya kerana fitnah tentang keturunanannya.

#Saya memang suka novel ni....di mana keistimewaannya...saya letak pada pengolahan penulis yang berjaya membangkitkan emosi humor dan sedih dalam pembacaan saya...tapi lain padang lain belalang, lain orang lain pandangan ha ha...

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...