Buku ni hasil karya RAISYAS AZLIEY. Buku ni tak terlalu tebal. Nipis saja. Pada saya lebih kepada mini novel sebenarnya. Anda hanya perlukan mungkin dua atau tiga jam jika anda betul-betul fokus untuk menghabiskannya. Kisah tentang Fia Zinnirah seorang gadis yang telah ditinggalkan oleh bakal suaminya 4 hari sebelum pernikahan mereka. Ketika Rafael memutuskan perhubungan mereka di tepi pantai, Fia rasa nak pengsan nasib baik ada seseorang yang datang membantunya. Tiba-tiba lelaki itu menawarkan tawaran gila-gila kepada Fia :-
"Aku boleh tolong kau. Aku tolong kau. Kau tolong aku. Kita sama-sama tolong. Sebetulnya aku sendiri pun tengah cari calon untuk buat bini. " Langkahku mati sebaik mendengar tawarannya. Bunyi macam menarik. Tapi aku belum tahu agenda dia. Cara dia cari calon bini pun main tangkap muat.
Demi menutup malu keluarga, Fia akhirnya menerima tawaran Fareel lelaki yang baru dikenalinya. Pernikahan tersebut diteruskan cuma pengantin lelaki yang berlainan. Sebelum mereka menikah, Fareel telahpun meletakkan beberapa syarat dalam perkahwinan mereka. Apabila mereka telah diijabkabul bermulalah episod suka duka dalam hidup berumah tangga Fia.
Fareel ni jenis lelaki yang panas baran dan garang termasuklah dingin beku. Dia langsung tidak ada timbang rasa dengan Fia. Dia nak kan isteri dia, dia buat macam isteri tu bahan untuknya memuaskan nafsu semata-mata. Memang Fia dikasari. Banyak kekasaran fizikal dan mental yang Fia hadapi namun kerana menjaga hati banyak pihak maka Fia bertahan dengan suaminya.
Hal ini berlarutan sehinggalah Fia terdengar perbualan antara Fareel dengan kawan baiknya Luq. Dari sanalah baru Fia tahu yang selama ini suaminya menyimpan dendam yang begitu mendalam terhadapnya. Akibat perbuatannya sewaktu mereka masih berada di alam persekolahan menyebabkan hidup suaminya tidak tentu arah dan terpaksa berhenti sekolah. Sebab itulah Fareel menyimpan dendam terhadap seorang gadis bernama Fia Zinnirah dan juga kepada Rafael yang turut menghinanya suatu ketika dulu. Peluang berkahwin dengan Fia digunakan sepenuhnya untuk membalas dendam.
Namun pada saya cerita ni terlalu cepat nak sampai kepada penghujungnya. Begitu kejam Fareel lakukan terhadap isterinya tetapi boleh pula dia insaf macam tu sahaja. Fia yang sudah jatuh cinta dengan suaminya pula alahai cepatnya cair he he...macam tak puas nak sampai ke ending. Tak pastilah pula kalau penulis ni penulis baru sebab bahasa yang digunakan pun bahasa bdk-bdk zaman sekarang. HAPPY ENDING...k dapatan novel ni :-
- BERHATI-HATI DALAM KATA-KATA AGAR TIDAK MENYAKITI ORANG LAIN APATAH LAGI MENYEBABKAN DIA BERDENDAM KEPADA KITA.
- KESAKITAN YANG MENDALAM KESAN DARIPADA PENGHINAAN AMAT SUKAR UNTUK DILUPAKAN. MUDAH UNTUK MENUTURKAN MAAF TETAPI LUKA DARIPADA KESAKITAN ITU BUKAN MUDAH UNTUK PUDAR.
# Novel ni akan lebih bertambah-tambah best jika jalinan plot diperkemaskan lagi supaya tidak nampak terlalu nak cepat habis. Mungkin penulis boleh huraikan lagi balasan atau penderitaan Fareel pula sehingga dia lembut hati untuk menjejaki Fia. Memanglah ada disebut tetapi tak puas dik...akak tak puas ha ha...akak ni tamak nak tengok Fareel tu insaf lagu mana....
# Apa jadi sebenarnya dengan Fareel dan Fia ni masa sekolah. Kenapa tiba-tiba Rafael tinggalkan Fia. Ni semua kerja Fareel jugakah he he...korang baca eeh...sikit je lagi tu...
9/60 CABARAN 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL - 20 JANUARI 2019
No comments:
Post a Comment