K..ni buku ketiga penulis ni yang telah saya baca. Buku ni lebih kurang saja ketebalan dengan Tutor Terlajak Garang...buku ni hanya 275 muka surat sahaja jadi tidaklah terlalu lama untuk dihabiskan. Satu pemerhatian saya terhadap corak penulis ni adalah dari segi penggunaan bahasanya. Kalau bukunya nipis maka banyaklah bahasa-bahasa selamba yang digunakan tapi kalau buku dia agak tebal standard novel biasa penggunaan bahasanya tidak terlalu menampakkan bahasa anak-anak muda zaman sekarang.
Kisah simple dan santai. Jika anda pernah menonton drama popular suatu ketika dahulu iaitu Bety..yang dulunya hodoh jadi cantik..lebih kurang mcm ni lah konsep cerita dia he he. Kisah tentang seorang gadis bernama Alma Ameena. Sorang gadis introvert yang suka menyendiri dan berpenampilan agak tidak menarik walaupun sebenarnya dia digambarkan memiliki aura kecantikan yang tersendiri. Kisah malang dalam hidupnya bermula apabila dia meluahkan rasa sukanya terhadap Ryan crush yang diminatinya secara diam-diam. Ryan bukan sahaja tidak menerima luahan perasaannya malah Amee telah dihina dengan begitu teruk sekali.
"Amee, terima kasih sebab suka saya. Saya hargai perasaan awak tu. Tapi..."
Ah perkataan 'tapi' itu biasanya bawa maksud tak baik.
"Saya tak minat perempuan selekeh macam awak ni, Amee."
Aku pandang diri sendiri. Selekeh?!
"Pakai specs stail orang tua."
Stail orang tua?!
"Mix dan match baju macam orang buta warna."
Buta warna?!
Muka tak siap. Tak ada seri."
Tak siap?!
"Awak tak sepatutnya ada perasaan dekat saya, Amee. Awak kena sedar diri dari mula lagi yang awak tu tak layak untuk saya."
Tu dia...mak aiii...penghinaan tu betul-betul menyakitkan hati Amee. Tapi bestnya Amee ni bukanlah watak yang lemah. Setelah apa yang Ryan katakan pada dia Amee akhirnya...
Ryan yang baru nak berlalu, berhenti melangkah. Aku berdiri. Dan, dengan sekuat hati aku baling sebiji cream puff tepat ke mukanya.
Kan....tgk mendapat c Ryan dengan Amee gara-gara mulut celupar tu. Bukan setakat itu sahaja, Ryan telah menjaja cerita tentang sesi luahan Amee kepada rakan-rakan kuliah mereka dan ini benar-benar memalukan Amee. Nasib baiklah dia teringat akan seorang lelaki maco iaitu Fadh Benjamin yang menyaksikan kisah malangnya dengan Ryan di Kafe INN beria-ria nak membantunya untuk berubah.
Amee akhirnya mengambil keputusan untuk berubah dengan bantuan Ben. Namun bukan calang-calang cabaran yang terpaksanya dilaluinya terutamanya berhadapan dengan bebalan Ben yang tak kurang pedasnya. Hasil bantuan Ben yang merupakan lelaki perfect dengan raut wajah dan kekayaan yang dimilikinya menjadikan Amee yang baru berjaya dilahirkan pada hari pertama cuti semester dibuka.
Ramai yang tidak kenal Amee he he sampaikan pensyarahnya sendiri ingatkan dia adalah pelajar baru masuk. Dan yang lebih memuaskan hati, Ryan juga terkejar-kejarkan dirinya semula sehingga menimbulkan kemarahan Thalia GF Ryan. Sir Arman juga mula mengejar Amee namun apa saja yang berlaku Ben pasti ada he he tambahan pula hubungan Ben dengan ayah Amee tersangatlah baik.
Hubungan Ben + Amee tidaklah terus menjadi kekasih tetapi lebih kepada teman tersangatlah mesra. Gelagat pekerja GBC milik Ben sangat-sangatlah menghiburkan. Konflik muncul apabila ayah Amee tiba-tiba didapati ada hubungan dengan orang lain. Amee berasa tertekan kerana dia seolah-olah dipinggirkan namun setelah dirasionalkan oleh Ben, Amee akhirnya menerima dan merestui pilihan ayahnya.
Amee sekali lagi mengambil keberanian untuk meluahkan perasaanya kepada Ben. Walaupun dia tidak menerima penghinaan daripada Ben malah Ben menyatakan dia juga menyukai Amee namun ada perkataan 'tapi' yang tergantung sehinggalah Amee dipertemukan dengan Bazla yang Ben akui sebagai GF nya. Amee cuba bersikap profesional walaupun dia agak sakit di dalam. Konflik terlerai apabila Bazla dan Raid muncul memaklumkan kepada Amee hal sebenar. Bazla tu sebenarnya adalah kakak kandung kepada Ben.
Amee yang mengetahui kisah sebenar mula menggodam balik instagram Ben dan akhirnya dia dapat merungkai kod-kod rahsia kaspyen Ben pada gambar-gambar miliknya di instagram. Dari situlah Amee tahu Ben juga menyukai dan menyayanginya. Mereka cuba menjalin hubungan dan ceritanya ni diakhiri dengan Ben melamar Amee pada hari konvoksyennya...tu je...mungkin ada sambungan..tak tau lah pula he he..k dapatan novel ini :-
- JANGAN MENGHINA KEKURANGAN ORANG LAIN
- HARGAI PERTOLONGAN ORANG LAIN
# Apa yang menyebabkan Ben menolak Amee sedangkan dia juga berperasaan sama seperti Amee. Apa yang Ben takuti sehingga dia sanggup menyeksa diri walaupun jiwanya terseksa merindui Amee.
# Ayah Amee kawin dengan siapa...macam Amee kenal je dengan wanita itu he he.
# Penulis ada tinggalkan hint untuk watak next novelnya....he he saya rasa watak Gibb...kita tunggu dan lihat
17/60 CABARAN MEMBACA 60 BUKU SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (11 FEBUARI 2019)
No comments:
Post a Comment