Friday, 30 December 2022

NOVEL TUNANG TAK DIUNDANG


Image result for novel tunang tak diundang



NOVEL TUNANG TAK DIUNDANG

Ini novel kedua karya novelis KAT MARIAM yang saya miliki. Novel ini ala-ala cerita dalam sinetron he he....sewaktu saya seronok membacanya memang tergambar betullah seperti cerita sinetron mungkin disebabkan cerita ini berkaitan dengan anak raja atau golongan bangsawan...ala-ala Cinderella pun ada jugalah.

Novel ini berkisar tentang hidup seorang gadis bangsawan yang membesar dalam keadaan yang daif di luar istana.Thia Alena hidup dalam serba kekurangan. Tinggal di kawasan setinggan, bekerja sebagai cleaner di sebuah syarikat...memiliki wajah yang cantik namun agak terjejas dengan kehadiran tanda lahir yang besar menyebabkan dia rasa hodoh. Thia dibesarkan oleh ibu kandungnya sendiri namun dia hidup dalam penderitaan kerana ibunya tidak pernah melayan dengan baik malah dia diperlakukan seperti bukan anak kandung. Thia telah dipaksa untuk masuk ke dalam istana menjadi tunang kepada Tengku Zen Zafrin yang juga merupakan bosnya sendiri.

Lebih mengejutkan apabila Zen memilih Thia gadis biasa yang memiliki banyak kekurangan sebagai calon tunangnya dalam majlis pemilihan oleh Zen. Ini menimbulkan kemarahan bonda Zen dan telah menjadikan Thia sebagai musuhnya. Apabila Thia masuk ke dalam istana, bermula episode penderaan oleh bonda Zen terhadap Thia. Ooh ya....Zen ni sebenarnya terdesak sebab bakal isterinya telah melarikan diri pada saat akhir pernikahan mereka.

Penderitaan hidup Thia berterusan apabila Tirana kembali dan bergabung pula dengan bonda Zen untuk mengenakannya. Memang sinetron betullah. Tup tup...Thia tu pula adik beradik dengan Tirana iaitu anak kepada Tengku Khalish. Saat dia diusir dari istana atas kerelaan secara terpaksa Zen kerana tidak sanggup melihat penderitaan gadis yang mula disayanginya itu kerana perbuatan bonda dan Tirana, Thia mendapat nafas kehidupan baru daripada ayahnya. Dia telah menjalankan misi membalas dendam untuk kembali ke istana dan peluangnya terbuka apabila dia mempergunakan Tengku Iskandar iaitu abang angkat Zen.

Saat-saat dia hampir melangsungkan perkhawinan dengan Iskandar berlaku sesuatu perkara yang dia dan Zen tidak ketahui siapa angkaranya menyebabkan mereka berdua terpaksa berkahwin. Bermula pula episode sinetron memujuk dan dendam antara Zen, Iskandar, Thia dan Tirana...korang baca sendiri ha ha....memanglah HAPPY ENDING....

#Ini memang cerita sinetron.....memang hebat penulisnya menggambarkan keseluruhan cerita seolah-olah saya macam nampak secara visual di ruang minda tentang ceritanya he he....

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...