Showing posts with label Sha Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Sha Ibrahim. Show all posts

Friday, 30 December 2022

NOVEL ZER & FIYA



 Image result for novel zer & fiya
Ini novel pertama penulis Sha Ibrahim yang saya baca dan terus menjadikan beliau antara penulis kegemaran saya. Saya suka sangat membaca karya beliau kerana cara penulisannya yang memang santai....bahasa yang mudah.....plot yang gila-gila pada saya he he...tetapi itulah tarikan kuat karya beliau di mata saya......Sha Ibrahim menulis karya ala-ala remaja punya bahasa menyebabkan saya adakalanya terburai ketawa kerana bahasa tersebut.... dan novel ini juga antara novel terawal yang saya miliki sejak mula berjinak-jinak dengan dunia novel bermula hujung tahun lepas.....

Jujur....saya membaca buku ini non stop....pukul tiga pagi saya masih lagi terkekek-kekek ketawa sampai En. Suami tegur dan saya terpaksa turun ke ruang tamu di tingkat bawah meneruskan pembacaan he he....waktu tu saya rasa seronok sangat sebab dah lama tidak membaca novel....jumpa pula novel ni memang mengena betullah di jiwa saya.....unsur humor yang bersahaja disampaikan oleh penulis melalui dialog-dialog watak turut membangkitkan semangat pembacaan saya...dapatan dalam novel ini :-
1.    KEIKHLASAN DAN KETELUSAN HATI MERUPAKAN CERMINAN KEJUJURAN DALAM HIDUP
-       Orang yang betul-betu jujur akan ikhlas dalam setiap perbuatannya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Malah dia juga tidak akan mengharapkan setiap perbuatan yang dilakukannya akan mendapat penghargaan apatah lagi pujian daripada orang lain. Pekara ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana sudah menjadi kelaziman untuk manusia biasa seperti kita untuk mengharapkan sedikit penghargaan daripada apa yang kita lakukan. Aafiya menolong anak-anak yatim piatu tanpa mengharapkan sebarang pujian. Dia ikhlas menolong anak-anak yatim tersebut walaupun dia langsung tidak mengenali arwah ibu bapa mereka.

2.    JANGAN MENILAI ORANG DARIPADA LUARAN SAHAJA MUNGKIN TERDAPAT PELBAGAI KEBAIKANNYA DARI SUDUT YANG BERLAINAN.
-       Mungkin agak kasar dan biadap atas pemerhatian kita tetapi mungkin dari sudut yang berbeza pasti ada nilai kebaikan yang ada dalam diri seseorang yang kita anggap kurang beradab. Oleh itu, nasihat juga pada diri sendiri agar sentiasa seimbang dalam menilai orang lain. Elakkan penilaian negatif terus tapi utamakan atau selitkn penilaian positif. Aafiya yang agak kasar memang Nampak kurang beradab tetapi hanya Qaizer yang tahu betapa mulianya hati wanita tersebut.

3.    ATURAN ALLAH TERLALU INDAH. YANG PENTING KITA HANYA PERLU          MEMINTA DAN MEMOHON KEPADA-NYA.
-       Ini termasuklah aturan jodoh kita. Jika kita inginkan sesuatu maka berdoalah...minta kepadaNya...adakalanya sesuatu yang kita harapkan tidak seperti yang kita dapat...dan sesuatu yang kita dapat tidak semestinya seperti yang kita harapkan...samalah seperti Aafiya dan Qaizer....merancang tapi tidak semudah yang dirancang...

SINOPSIS

Cerita ini berkisar tentang seorang gadis cantik manis bernama Aafiya yang berperwatakan agak kasar. Saya sendiri tertanya-tanya apa yang menyebabkan c Fiya ni agak kasar...mgkn disebabkan dia hanyalah satu-satunya perempuan dalam adik beradiknya ataupun sebab dia memang kaki panas baran...sebab dia ni memang digambarkan sebagai perempuan yang kasar...mulut laser....dan jangan terkejut pula dia ni juga merupakan ahli kickboxing tau....he he.....

Fiya berasa sangat tertekan apabila ayahnya terlalu mendesak dia untuk berkahwin. Ayahnya risau melihatkan nasib anak perempuan tunggalnya yang agak berbeza dengan wanita lain. Oleh itu, ayahnya telah mengaturkan beberapa calon untuk dijadikan suami Fiya namun semuanya tidak tahan dengan perangai kasar dan semengah Aafiya. Namun akhirnya impian ayah Aafiya hampir tercapai apabila Qaizer dengan bersungguh-sungguh ingin memperisterikan Aafiya walaupun dia sedia maklum perangai anak perempuan Tan Sri Omar.

Maka bermulalah kisah Qaizer nak mengurat Aafiya yang garang...yang ni banyak part-part yang melucukan pada saya sebab dialog-dialog yang digunakan oleh kedua-dua mereka sangat bersahaja dan memang nakal...gelagat Qaizer yang tak makan saman dan sentiasa berjaya mengalahkan c mulut laser Aafiya menyebabkan Aafiya mula membuka hatinya untuk seorang Qaizer...namun tidak seindah seperti yang disangka sebab kehadiran Humaira adik susuan Qaizer yang menyimpan perasaan terhadap abang susuannya menjadikan hubungan mereka berantakan...

Pada saat mereka hampir melangsungkan perkahwinan, tercetus satu pergaduhan di rumah Qaizer akibat fitnah Humaira terhadap adik-adik angkat Aafiya menyebabkan Aafiya yang memang panas baran mengeluarkan kata-kata kasar terhadap ibu Qaizer yang menyebelahi Humaira...hal ini menyebabkan Qaizer hilang pertimbangan dan menampar Aafiya...kejadian ini meninggalkan kesan dalam perhubungan mereka. Aafiya cuba meminta maaf namun tidak diendahkan oleh Qaizer dan apabila marah Qaizer dah surut...Aafiya pula tawar hati dengan perhubungan mereka..maka berlakulah tarik tali yang hanya menyakitkan mereka berdua...kesudahannya Qaizer mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Aafiya buat sementara waktu dengan pergi ke Dubai...pemergian Qaizer ini menyebabkan Aafiya bertambah marah dan kecewa dengan Qaizer....

Selepas tiga bulan, Qaizer kembali semula dan bertemu dengan Aafiya yang semakin cantik pada pandangan matanya kerana Aafiya sudah mula bertudung...dan tambah mengejutkannya apabila hubungan keluarganya termasuk Humaira dengan Aafiya baik seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Qaizer telah mengambil keputusan untuk meminang Aafiya sekali lagi dan Aafiya bersetuju dengan syarat semua urusan perkahwinan diuruskan oleh Qaizer seorang.

Part yang ini memang kelakar....apabila Qaizer timbul rasa seram sejuk terhadap bakal isteri sendiri kerana Aafiya seperti ada agenda tersembunyi terhadapnya...berbeza dengan perempuan lain yang dua minggu sebelum kahwin akan mengunjungi spa atau butik kecantikan...tetapi Aafiya setiap hari datang ke gym berlatih kickboxing dengan jurulatihnya...tindakan Aafiya ini menimbulkan tanda tanya Qaizer...dan akhirnya terjawab apabila pada malam pertama perkahwinan mereka.....Aafiya telah membawa suaminya sendiri untuk berlawan kickboxing dengannya ha ha....yang ini memang kelakar giler....Aafiya ni memang berani tahap gaban punyalah...dia bukannya tidak tahu yang suaminya tu dulu merupakan champion dalam kickboxing tetapi dia nak juga bertarung kerana ingin melepaskan segala rasa geramnya terhadap tindakan Qaizer yang telah meninggalkannya selama 3 bulan....hasil pertarungan...Qaizer bengkak di betis terkena tendangan padu isterinya namun sebagai balasannya dia akhinrya dapat kasih sayang penuh daripada isterinya.....memang diorang ni pasangan luar alam betulkan he he....

Diorang ni sebenarnya ada kisah silam yang menyebabkan Qaizer begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Aafiya....bermula dari situlah Qaizer mula jatuh hati dengan ketelusan hati Aafiya....apa yang berlaku....bacalah ZER & FIYA...saya tinggalkan sedikit saspen untuk anda ya....he he

NOVEL SHA & SHAH


Image result for novel sha & shah


Ini novel kedua hasil karya Sha Ibrahim yang saya baca...disebabkan penangan novel sebelumnya Zer & Fiya saya gigih mencari lagi novel lain karya beliau he he dan menjumpai novel ini.....memang seperti yang saya jangkakan saya memang suka dengan cara penulisan penulis ini....memang berjaya mencuit hati saya....jalan cerita novel ini masih juga santai walaupun konfliknya diperhebatkan dengan kehadiran watak penganggu dan juga konflik dalaman antara hero dan heroinnya..

Pernah juga cuba untuk menonton adaptasinya dalam drama namun hanya mampu melihat 3 episod sahaja itupun ‘lompat-lompat’ TAKUT kesucian jalan cerita novel telah ternoda ha ha....melampau tak kalau gambarkan macam tu.....sebenarnya saya yang fanatik pada karya asli penulis...ada orang yang tahan menonton drama ada yang spesis macam saya...lebih kepada pembacaan....dan dalam drama tu juga....saya tak kenal dengan pelakonnya...juga salah satu penganggu konsentrasi saya he he....dapatan novel ini :-

1.    ERTI SEBUAH PERSAHABATAN
-       Hadirnya sahabat merupakan pelengkap dalam kehidupan kita. Jika kena pada gayanya....kena pada pemilihan erti sahabat yang tepat maka memang wujud satu ikatan yang benar-benar ikhlas untuk sama-sama menghadapi susah dan senang kehidupan....namun perlu diingat..sahabat tetap sahabat...ada batasnya..tidak mungkin semua perkara akan dapat kita kongsikan dengan sahabat kita walaupun katanya BFF...hubungan Sha dan Shah yang bermula dengan persahabatan dan berlanjutan hingga ke perkahwinan merupakan perkara yang sukar untuk dimengerti...adakah ini satu pengorbanan atau satu penyeksaan... renung-renungkanlah sahabat di sekitar anda..

2.    ERTI SEBUAH PERKAHWINAN
-       Perkahwinan itu adakalanya seperti jalinan sebuah persahabatan yang teguh. Saling memerlukan..saling melengkapi dan saling menghargai. Namun tidak semua persahabatan itu merupakan satu perkahwinan kerana erti sebuah perkahwinan lebih daripada hubungan sebuah persahabatan.....macam berbelit-belit pula he he....dalam novel ni...inilah yang penulis garapkan bahawa perkahwinan tidak boleh dipertaruhkan semata-mata hanya kerana ingin mengekalkan persahabatan...pastinya mesti ada sedikit kesediaan untuk bersama mendirikan mahligai tersebut walaupun bukan atas dasar cinta...Sha dan Shah...sebelum ini pun mereka rasanya dah ada perasaan antara satu sama lain namun dikunci rapat kerana alasan persahabatan mereka.

3.    JANGAN GUNAKAN KELEBIHAN DIRI UNTUK KESERONOKAN SEMATA-MATA
-      Setampan manapun kita...sekaya manapun kita...malah sehebat manapun kita...itu bukan jaminan untuk kita terus kekal berkuasa atau berada di kedudukan tertinggi setiap masa....gunakanlah kelebihan yang dikurniakan kepada kita dengan sebaik-baiknya dan bukan untuk mempermain-mainkan perasaan dan kedudukan orang lain...sekali kita menyakiti orang lain atau memberikan harapan kepada orang lain maka selamanya orang akan mengingati segala perbuatan kita dan yang lebih teruk akan menyimpan dendam terhadap kita.

SINOPSIS

Novel ini berkisar tentang hubungan persahabatan antara Sha dan Shah yang terjalin sejak mereka berusia 6 tahun. Setelah kedua-duanya meningkat dewasa, mereka telah mengambil keputusan untuk berkahwin. Hal ini atas desakan Shah yang mahu menyelamatkan diri daripada dipaksa oleh ibunya berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Shah seorang lelaki yang suka berkawan dengan perempuan atau pendek katanya playboy...dan selalunya tempatnya untuk merujuk adalah Sha sahabat karibnya. Shah meminta pertolongan supaya Sha berkahwin dengannya kerana dia yakin hanya Sha yang boleh memahami perangainya dan menerima segala keburukannya.

Setelah berkahwin, Shah mula sedar tentang perasaan sebenarnya terhadap isteri a.k.a sahabat baiknya sendiri yang mula bertukar kepada perasaan yang lebih daripada seorang kawan. Shah mula menjalankan operasi mengurat isteri sendiri. Ini korang kena baca sendiri baru dapat feel....gaya manja yang adakalanya terlebih-lebih manja Shah semata-mata untuk menawan hati sendiri. Kehadiran Iskandar dan Atilia merupakan watak penganggu dalam rumah tangga mereka. Konflik dikembangkan lagi dengan kehadiran watak seorang isteri yang didera oleh suaminya sendiri. Perempuan malang ini merupakan jiran kepada Shah dan Sha.

Macam biasalah......bumi mana tidak ditimpa hujan dan rumah tangga mana yang tidak dilanda badai.....adalah juga Shah dan Sha berkonflik maha hebat apabila timbul rasa siapa yang berkuasa ketika berada di pejabat. Namun tidaklah berpanjangan sangat gaduhnya...yang menyebalkan ni...c Atilia tu.....dah jadi pesakit mental sebab angaukan c Shah. Iskandar pula nasib jadi baik wataknya....apa-apapun...novel ni tetap best.

Note : Saya tak tahu dramanya pula macamana sebab tak habis tengok he he....novel ni dah lama saya baca...sebab tu sinopsis agak kurang sedikit he he...namun kalau nak baca untuk hiburan...kira berbaloi novel ni....tak percaya...bacalah.....

Monday, 16 October 2017

NOVEL B.F.E (BEST FATHER EVER)



 Image result for novel bfe
Masih lagi dengan karya penulis Sha Ibrahim.......saya memang sukalah dengan penulis ni.....santai...rileks...terhibur di samping mendapat mesej-mesej yang bernilai sepanjang pembacaan...ada juga rakan-rakan yang mempersoalkan review dan juga dapatan yang saya tulis untuk sesebuah novel...ada yang kata...dah novel cinta-cinta....mesej apa lagi yang boleh diperolehi....memang sah-sahlah tentang cinta...

Pada saya, bergantunglah kepada sejauhmana tanggapan dan kebolehan seseorang pembaca itu untuk menilai mesej yang ada dalam novel...kalau memang otak tu dah diset dengan cinta sahaja maka mesej cintalah yang pembaca tu dapat...tapi kalau pembaca tu open minda dia untuk menilai secara menyeluruh bukan sahaja dari segi cinta semata-mata tetapi juga pergolakan, permasalahan, unsur kebahagiaan, unsur keagamaan, nilai kemasyarakatan.....banyak sahaja dalam novel tu....tinggal kebijaksanaan pembaca tu sendiri sahajalah yang menentukannya...

Itulah sastera...kita nak menegur orang...kita nak memberikan kesedaran tak semestinya dengan kata-kata pedas sahaja...boleh sahaja dengan cara yang lembut dan tersirat tapi mampu sampai jauh ke lubuk hati jika kena pada gayanya...nah dah kena bebel dengan guru sastera he he....tak perlah....masing-masing punya citarasakan....kita saling menghormati pilihan kita...jika kita tidak suka..terima sajalah...jika kita sukapun layan sajalah...macam saya yang tak gemar dengan drama adaptasi...mgkn di luar sana...ramai penggemarnya...jadi...win win situationlah kan......k....ayuh...dapatan untuk novel ini  saya pernah share dalam FB:-

1.    NIKMAT KASIH SAYANG MERUPAKAN ANUGERAH TERINDAH ALLAH.
-       Rasa sayang dan cinta itu merupakan perasaan yang sukar untuk kita tafsir. Adakalanya perasaan itu mengundang sejuta kebahagiaan dalam hidup kita dan adakalanya juga boleh menyebabkan kehidupan kita menderita hanya kerana perasaan ini. Oleh itu, saya katakana ia adalah anugerah terindah kerana kehadiran boleh sahaja menggembirakan dan dalam sekelip mata mengundang derita.
-       Adakala juga kasih sayang ini merupakan ujian Allah kepada hambanya agar lebih matang dalam mengharungi cabaran kehidupan. Dengan wujudnya perasaan sayang maka Allah minta manusia berfikir secara rasional bagaimana cara untuk menggunakannya di jalan yang diredhaiNya. Kasih sayang antara anak dan ayah yang terjalin begitu kuat sehinggakan menjadikan c ayah tidak rela melepaskan anaknya mencari kebahagiaan sendiri yang dia tidak temui ada pada kasih sayang ayahnya.

2.    HUBUNGAN RAPAT DALAM KALANGAN AHLI KELUARGA
-       Saya turut terkesan dengan ikatan kekeluargaan yang begitu rapat dalam cerita ini. Ikatan antara mereka jelas tergambar gelombang kasih sayang yang walaupun nampak berserabut namun menuju kepada satu matlamat yang sama iaitu SAYANG. DP Zyne yang begitu menyayangi anaknya Tiara dan dalam masa yang sama membuka hati untuk seorang wanita bernama Rania. Saya membuat kesimpulan sendiri bahawa perlu wujud hubungan yang erat antara ibu bapa dan anak apabila mereka semakin meningkat dewasa.

3.    JODOH MERUPAKAN RENCANA TERHEBAT ALLAH. JANGKA MASA          PERHUBUNGAN BUKAN JAMINAN KEPADA SATU IKATAN YANG KEKAL
-       Pendek kata...bercintalah bagai nak rak sekalipun jika itu bukan jodoh kita maka tak akan ke mana. Salute dengan Fateh dan DP Zyne yang benar-benar menjaga batas perhubungan mereka kerana mereka ikhlas untuk melangkah dalam dunia perhubungan yang lebih serius.

SINOPSIS

Novel ini mengisahkan kehidupan ayah-anak yang sangat rapat selepas mereka kehilangan insan tersayang dalam hidup mereka. Datuk Paduka Zyne Airiz dan anak tunggal perempuannya iaitu Tiara Ameena menjadi sahabat karib. Hubungan rapat mereka boleh menimbulkan syak wasangka bagi mereka yang tidak mengetahui hubungan sebenar antara DP Zyne dan Tiara. Oleh itu, tidak mustahil untuk seorang lelaki luar seperti Fateh yang kebetulan baru putus cinta melontarkan kata-kata sinis terhadap pasangan anak-beranak tersebut yang disangkanya sugar daddy dengan anak belaannya. Natijahnya Fateh terpaksa berhadapan dengan situasi tegang apabila dia akhirnya jatuh cinta denga Tiara dan nak memujuk bapa mertua spt DP Zyne bukanlah satu pekara yang mudah... he he...bingung c Fateh dikerjakannya.

Banyak kisah lucu dalam novel ini yang mencuit hati saya...seperti sewaktu DP Zyne melamar Rania.....sewaktu Fateh nak mengurat Tiara....dan begitu juga sebaliknya. Banyak sangat kisah lucu yang memaparkan ikatan kasih sayang yang kukuh antara kesemua watak dalam novel ini menguatkan rasa berbunga-bunga dalam jiwa. Tak masuk lagi gelagat Tok Mi yang asyik nak berbalah dengan Tiara dan DP Zyne he he...

Tu tak masuk lagi Pak Long....insan yang ditemui oleh Tiara sewaktu dia melarikan diri kerana bergaduh dengan papanya. Walaupun agak kasar dan kesat bahasa yang digunakan namun Pak Long berasa selesa dengan kemunculan Tiara seorang anak gadis yang jujur dan berhati mulia di hadapan. Dia dan isterinyta bercadang untuk menjodohkan Tiara yang juga merupakan anak kepada bekas anak muridnya dengan anak bongsu mereka namun awal-awal telah direject ha ha......

Last sekali...berjaya juga Pak Long dan Mak Long bermenantukan Tiara sebab akhirnya anak bongsu mereka sendiri yang membawa balik menantu pilihan mereka...betapa aturan jodoh Allah itu sungguh hebat...korang faham sendirikan he he

Note : Saya memang bagi 5 bintang untuk novel ini he he.....sebab dari awal saya membacanya malah dari review penulisnya lagi di FB memang saya sangat terpikat dengan jalan ceritanya...sebab tu saya kata keterujaan saya untuk memilikinya amat berbaloi....saya asyik ketawa sahaja apabila membaca kisah lucu dalam keluarga Tiara dan DP Zyne....terhibur sangat...apatah lagi penggunaan bahasa luar alam he he ni ayat yang mesti ada dalam novel karya penulis ini...perangai luar alam ha ha...tak percaya...korang baca......mmg best......

*Saya dapat sign daripada penulis Sha Ibrahim untuk buku ni sebab tu lebih berbunga-bunga rasa hati ha ha....sebab beli buku ni direct dgn dia....

REVIEW KDRAMA : OH MY GHOST CLIENTS

Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ...