Ini adalah antara
drama adaptasi yang saya tengok dari mula hingga habis episodnya he he....kata
tak suka tapi yang ini boleh pula saya menghabiskan episodnya...pada saya jalan
ceritanya saya suka dan pasangan pelakon juga mantap....saya memang suka
Emma....lakononnya bersama Aiman memang power...ada keserasian yang kuat saya nampak he he sebab tu saya tahan mengikuti cerita ini......
Saya juga tidak
berpuas hati hanya menonton drama sahaja jadi sayapun belilah juga novel
ini....perasaan mahu tahu jalan cerita novel sangat kuat...dalam hati saya
berandaian mungkin dalam bentuk penceritaan novel lagi best he he....gigihlah
saya mencari novel ini dalam timbunan buku-buku lama yang ada di salah sebuah
kedai buku di Labuan....dan setelah membaca novel ini....dapatan saya ialah :-
- SETIALAH DALAM PERHUBUNGAN
-
Seandainya
anda mengharapkan orang lain untuk setia dan menghargai anda maka belajarlah
terlebih dahulu untuk setia dan menghargai orang lain...acapkali kita menuntut
orang untuk tidak mengkhianati kita tetapi dalam masa yang sama kita turut
melakukan perkara yang menyebabkan pasangan kita tidak menyukainya...sedar atau
tidak...layanan kita terhadap orang jika terlebih mesra boleh sahaja
disalahertikan oleh orang tersebut walaupun kita hanya beranggapan mereka
adalah kawan biasa sahaja....dalam novel tidaklah menonjolkan sangat watak Zita
sebagai penganggu tetapi dalam drama memang dihighlight habislah watak tu....
- JANGAN EGO DAN MEMANDANG RENDAH ORANG LAIN. BELAJARLAH UNTUK MENERIMA KRITIKAN ORANG LAIN
-
Rasa
sayang yang terlalu dalam terhadap orang yang kita sayang menyebabkan kita
tidak sanggup mendengar perkara yang tidak baik tentang dirinya walhal
kenyataannya memang dia telah melakukan sesuatu yang menyakitkan kita. Pasti
ada sesuatu yang mencurigakan jika lebih daripada seorang yang memaklumkan
kepada kita tentang perangai buruknya. Oleh itu, jangan ego dan memandang
rendah terhadap orang yang mungkin telah menyelamatkan kita daripada terus
menjalin hubungan dengan manusia yang tidak menghargai kita sepenuhnya...Nazrin
yang taksub dengan cinta Zita dengan penuh egonya memandang rendah pada Medina
Izwani yang membongkar rahsia kecurangan Zita....dia turut berdendam malah
membenci Medina yang dianggapnya punca keretakan hubungan dengan Zita.
- REDA PADA TAKDIR ALLAH
-
Memang
bukan satu perkara yang mudah untuk kita reda dengan sesuatu yang menyakitkan
namun kita tidak ada pilihan kerana sesungguhnya kita hanyalah insan biasa
milik pencipta yang Maha Agung. Semakin kita menolak semakin kuat tekanan yang
akan kita perolehi ..jadi lebih baik kita berusaha untuk reda walaupun sangat
menyakitkan...
SINOPSIS
Novel ini berkisar tentang kehidupan rumah
tangga Medina Izwani dan juga Nazrin. Mereka terpaksa berkahwin dalam usia
Medina yang masih muda kerana memenuhi permintaan nenek mereka. Konflik berlaku
apabila Nazrin tidak dapat menerima tindakan Medina yang memaklumkan kepada
keluarganya tentang kecurangan kekasih hatinya Zita. Nazrin beranggapan Medina
hanya menabur fitnah kerana terlalu sayangkan Zita. Medina ini pula merupakan
anak angkat dalam keluarga Nazrin. Oleh itu, dia tidak ada pilihan selain
daripada bersetuju dengan permintaan nenek angkatnya untuk berkahwin dengan
‘bapa singa’ he he....gelarannya untuk Nazrin.
Cerita semakin berkembang apabila Nazrin
bertugas sebagai pensyarah di tempat Medina melanjutkan pelajaran. Banyaklah
kisah-kisah diorang berdua ni berlakon bahagia di hadapan orang tua mereka.
Akhirnya kecurangan Zita telah terbongkar di Bali dan di sini jugalah Nazrin mula
meluahkan perasaannya kepada Medina. Apabila mereka berdua ni dah k...bahagia
bersama....muncul pula Zafril yang datang untuk membalas dendam terhadap
kematian abangnya Megat Shazril....ooh ya...Megat ni dulu adalah orang yang c
Medina suka masa di bangku sekolah dan mereka sama-sama berjanji akan
melanjutkan pelajaran di tempat yang sama namun tidak kesampaian apabila Medina
dipaksa berkahwin dengan Nazrin.
Megat telah membunuh diri kerana tidak dapat
menerima hakikat kehilangan Medina. Ibu bapanya turut terbunuh dalam kemalangan
sewaktu hendak melawat Megat. Zafril yang tertekan dengan kehilangan ahli
keluarganya mengalami tekanan jiwa dan telah menyamar sebagai siswa di
universiti tempat Medina belajar. Dia telah mempergunakan Niza sahabat baik Medina
setelah gagal mendapatkan Medina. Berjayakah usaha balas dendam
Zafril......agak-agak korang mcmana ya????he he....baca novel ini.
Note :
Saya tak berani nak ulas banyak-banyak sebab saya dah terlalu terpengaruh
dengan jalan cerita dalam drama he he.....minat sangat dengan gandingan lakonan
Emma dan Aiman......
No comments:
Post a Comment