Ini novel kedua hasil karya Sha Ibrahim yang
saya baca...disebabkan penangan novel sebelumnya Zer & Fiya saya gigih
mencari lagi novel lain karya beliau he he dan menjumpai novel ini.....memang
seperti yang saya jangkakan saya memang suka dengan cara penulisan penulis
ini....memang berjaya mencuit hati saya....jalan cerita novel ini masih juga
santai walaupun konfliknya diperhebatkan dengan kehadiran watak penganggu dan
juga konflik dalaman antara hero dan heroinnya..
Pernah juga cuba untuk menonton adaptasinya
dalam drama namun hanya mampu melihat 3 episod sahaja itupun ‘lompat-lompat’ TAKUT kesucian jalan cerita novel telah ternoda ha ha....melampau tak
kalau gambarkan macam tu.....sebenarnya saya yang fanatik pada karya asli
penulis...ada orang yang tahan menonton drama ada yang spesis macam
saya...lebih kepada pembacaan....dan dalam drama tu juga....saya tak kenal dengan pelakonnya...juga salah satu penganggu konsentrasi
saya he he....dapatan novel ini :-
1.
ERTI
SEBUAH PERSAHABATAN
-
Hadirnya
sahabat merupakan pelengkap dalam kehidupan kita. Jika kena pada
gayanya....kena pada pemilihan erti sahabat yang tepat maka memang wujud satu
ikatan yang benar-benar ikhlas untuk sama-sama menghadapi susah dan senang
kehidupan....namun perlu diingat..sahabat tetap sahabat...ada batasnya..tidak
mungkin semua perkara akan dapat kita kongsikan dengan sahabat kita walaupun
katanya BFF...hubungan Sha dan Shah yang bermula dengan persahabatan dan
berlanjutan hingga ke perkahwinan merupakan perkara yang sukar untuk
dimengerti...adakah ini satu pengorbanan atau satu penyeksaan...
renung-renungkanlah sahabat di sekitar anda..
2.
ERTI
SEBUAH PERKAHWINAN
-
Perkahwinan
itu adakalanya seperti jalinan sebuah persahabatan yang teguh. Saling
memerlukan..saling melengkapi dan saling menghargai. Namun tidak semua
persahabatan itu merupakan satu perkahwinan kerana erti sebuah perkahwinan
lebih daripada hubungan sebuah persahabatan.....macam berbelit-belit pula he
he....dalam novel ni...inilah yang penulis garapkan bahawa perkahwinan tidak
boleh dipertaruhkan semata-mata hanya kerana ingin mengekalkan persahabatan...pastinya
mesti ada sedikit kesediaan untuk bersama mendirikan mahligai tersebut walaupun
bukan atas dasar cinta...Sha dan Shah...sebelum ini pun mereka rasanya dah ada
perasaan antara satu sama lain namun dikunci rapat kerana alasan persahabatan
mereka.
3.
JANGAN
GUNAKAN KELEBIHAN DIRI UNTUK KESERONOKAN SEMATA-MATA
- Setampan
manapun kita...sekaya manapun kita...malah sehebat manapun kita...itu bukan
jaminan untuk kita terus kekal berkuasa atau berada di kedudukan tertinggi
setiap masa....gunakanlah kelebihan yang dikurniakan kepada kita dengan
sebaik-baiknya dan bukan untuk mempermain-mainkan perasaan dan kedudukan orang
lain...sekali kita menyakiti orang lain atau memberikan harapan kepada orang
lain maka selamanya orang akan mengingati segala perbuatan kita dan yang lebih
teruk akan menyimpan dendam terhadap kita.
SINOPSIS
Novel ini berkisar tentang hubungan
persahabatan antara Sha dan Shah yang terjalin sejak mereka berusia 6 tahun.
Setelah kedua-duanya meningkat dewasa, mereka telah mengambil keputusan untuk
berkahwin. Hal ini atas desakan Shah yang mahu menyelamatkan diri daripada
dipaksa oleh ibunya berkahwin dengan gadis pilihan mereka. Shah seorang lelaki
yang suka berkawan dengan perempuan atau pendek katanya playboy...dan selalunya
tempatnya untuk merujuk adalah Sha sahabat karibnya. Shah meminta pertolongan
supaya Sha berkahwin dengannya kerana dia yakin hanya Sha yang boleh memahami
perangainya dan menerima segala keburukannya.
Setelah berkahwin, Shah mula sedar tentang
perasaan sebenarnya terhadap isteri a.k.a sahabat baiknya sendiri yang mula
bertukar kepada perasaan yang lebih daripada seorang kawan. Shah mula
menjalankan operasi mengurat isteri sendiri. Ini korang kena baca sendiri baru
dapat feel....gaya manja yang adakalanya terlebih-lebih manja Shah semata-mata
untuk menawan hati sendiri. Kehadiran Iskandar dan Atilia merupakan watak
penganggu dalam rumah tangga mereka. Konflik dikembangkan lagi dengan kehadiran
watak seorang isteri yang didera oleh suaminya sendiri. Perempuan malang ini
merupakan jiran kepada Shah dan Sha.
Macam biasalah......bumi mana tidak ditimpa hujan
dan rumah tangga mana yang tidak dilanda badai.....adalah juga Shah dan Sha
berkonflik maha hebat apabila timbul rasa siapa yang berkuasa ketika berada di
pejabat. Namun tidaklah berpanjangan sangat gaduhnya...yang menyebalkan ni...c
Atilia tu.....dah jadi pesakit mental sebab angaukan c Shah. Iskandar pula
nasib jadi baik wataknya....apa-apapun...novel ni tetap best.
Note : Saya tak tahu dramanya pula macamana
sebab tak habis tengok he he....novel ni dah lama saya baca...sebab tu sinopsis
agak kurang sedikit he he...namun kalau nak baca untuk hiburan...kira berbaloi
novel ni....tak percaya...bacalah.....
No comments:
Post a Comment