Friday, 30 December 2022

DIA ISTERI AKU RUPANYA

Novel ni karya HASH AULIA. Memang banyak dah buku-buku karya beliau yang telah saya baca. Penulis muda ni memang giat menulis. Dalam setahun mampu untuk menghasilkan berbelas-belas novel untuk tatapan para peminatnya. Namun ada yang berpendapat bahawa kualiti perlu diutamakan berbanding dengan kuantiti. Saya tidak tujukan kenyataan ini kepada buku ini tetapi secara umum. Jujur pada saya, oleh sebab saya membaca untuk tujuan mengisi masa lapang dan hiburan maka sebenarnya saya jarang menganalisa karya itu lebih daripada unsur pengajaran yang terdapat di dalamnya. Dari segi jalinan cerita jika sudah memuaskan hati saya, saya tidak lagi berfikir jauh-jauh. Kesalahan bahasa atau typing error pun saya tak kisah sangat. Saya jenis yang akan cuba juga memahaminya dan membetulkan sendiri he he. Nak komen yang membina saya tidak pandai...apatah lagi nak mengkritik dan bukan juga nak mengampu tetapi itulah hakikatnya apabila saya membaca buku.

Berbalik kepada kisah ini, kisah tentang Firkash dan Safiya yang cuba dijodohkan oleh kedua orang tua mereka namun kedua-duanya menolak tanpa bersetuju untuk bertemu muka. Fikash telah kemalangan dan mengakibatkan dia hilang penglihatan. Hal ini menimbulkan tekanan kepadanya. Yalah daripada seorang lelaki rebutan Malaya dia menjadi seorang buta yang tidak mampu melihat apa-apa. Firkash menyalahkan ibunya yang menjadi punca kepada kemalangan itu kerana membangkitkan isu perkahwinannya. 

Pertemuan tidak sengaja antara Safiya dan Firkash berlaku apabila Safiya melihat betapa teruknya Firkash dihina oleh peminata fanatiknya Izora. Safiya telah membantu Firkash di restoran itu dengan mengaku tunangan kepada Firkash tanpa mengetahui yang itulah lelaki yang pernah dijodohkan dengannya. Ibu Firkash telah merayunya berkahwin dengan Firkash. Pernikahan mereka berlangsung dalam keadaan yang sungguh mengharukan apabila mereka menerima pelbagai cemuhan daripada tetamu yang datang. keikhlasaan Safiya diragui dan dituduh sebagai materialistik kerana sanggup berkahwin dengan lelaki buta. Hal ini sedikit sebanyak membakar hati Firkash yang belum dapat menerima kekurangan dirinya. Hubungan menjadi tegang namun dengan kelembutan dan keikhlasaan Safiya menjaga suaminya maka kedua-duanya cuba untuk memberikan ruang di hati masing-masing untuk saling menerima.

Dipendekkan cerita he he, Izora telah membakar hati Firkash dengan tuduhan Safiya berkahwin dengannya atas dasar duit. Hal ini semakin kukuh apabila Firkash terdengar perbualan ibunya dan Safiya sewaktu Safiya mengembalikan semula wang RM 50 ribu kepada ibunya. Firkash mengamuk dan mengusir Safiya pada malam itu juga. Malam di mana penglihatannya kembali semula tetapi dia langsung tidak mahu melihat wajah isterinya. Safiya diusir keluar dengan kejam oleh Firkash.

Safiya yang kecewa terpaksa menanggung kesedihan itu sendirian. Dia yang telah sanggup berhenti kerja semata-mata ingi mnenjaga suaminya diusir pada hari dia berhenti kerja. Safiya telah mengambil keputusan untuk menghadiri temuduga PA sementara kepada bos kawannya Aneesa memandangkan dia perlukan duit. Ketika temuduga....jeng jeng ha ha sungguh dia tidak menyangka yang lelaki itu adalah suaminya Firkash. Firkash seolah-olah dapat mengecam itu isterinya melalui suara dan nama namun dinafikan sepenuhnya oleh Safiya. Maka bermula kisah Firkash mula jatuh cinta kepada isterinya sendiri. Kewujudan Airil yang juga rapat dengan Safiya menjadikan Firkash cemburu tanpa mengetahui identiti sebenar Airil.

Atas pujukan ibu Firkash, Safiya akhirnya bersetuju untuk kembali ke rumah Firkash. Kejutan untuk Firkash sebab perempuan yang dicintainya itu adalah isterinya sendiri. Maka bermulalah kisah Firkash pula memujuk hati isteri yang telah dilukainya dan akhirnya berjaya....HAPPY ENDING...selepas mereka menemui kebahagiaan Izora datang lagi mengacau tapi sikit jer...tepi sekali dah tumbang he he...k dapatan untuk novel ini :

  1. JANGAN TERLALU IKUT RASA HATI. BERFIKIR SECARA RASIONAL SEBELUM BERTINDAK AGAR TIDAK MENYESAL KEMUDIAN HARI.
  2. REDA WALAUPUN SAKIT UNTUK MENERIMA DARIPADA SAKIT BERTERUSAN KERANA TIDAK MAHU MENERIMA TAKDIR.
#Apa yang Izora lakukan...siapa Airil ni sebenarnya...dia pun ada kisah tersendiri dalam cerita ini he he...saya tinggalkan untuk korang baca.



6/6 CABARAN 60 NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (16 JANUARI 2019)



No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...