Friday, 30 December 2022

MISI DELAYLA



Saya lama tidak membaca novel. Rasanya hampir dua bulan lebih saya langsung tidak membaca koleksi novel saya. Namun yang pasti dalam tempoh dua bulan ini, buku-buku begitu banyak sekali sampai ke tempat saya.  Pastinya buku-buku tersebut hasil tempahan dan pembelian saya sendiri sama ada secara sedar atau tidak sedar ha ha...boleh tak cakap macam tu.


Ini buku pertama yang saya baca selepas berehat lama. Saya memilih buku ini disebabakan terpengaruh dengan provokasi rakan-rakan dalam group Dunia Novel yang mengatakan cerita ni best sangat-sangat. Jadi sayapun meneruskan pembacaan. Secara keseluruhan, cerita ini memang menghiburkan. Tidak ada konflik yang berat dan memeningkan kepala anda. Biasanya yang menyebabkan pembacaan agak terganggu ni apabila terlalu banyak konflik yang menyebalkan wujud.
Image result for misi delaylaCerita novel ini lebih kepada genre penyiasatan + romantik. Kisah tentang seorang gadis berusia 18 tahun bernama Delayla Marcela yang telah kehilangan kedua-dua ibu bapanya akibat kemalangan. Sedih part-part awal cerita ini apabila Delayla berhadapan dengan ketamakan keluarganya sendiri. Adik-beradik arwah ayahnya berebut mahukan harta peninggalan saudara mereka tetapi tidak seorangpun dalam kalangan mereka yang mahu menjaga anak yatim piatu itu termasuklah neneknya sendiri. Ketegangan ini terungkai dengan kemunculan peguam ayah Delayla (Dee) iaitu Rizal yang membawa bersama wasiat terakhir En. Rosli. Nak tercekik semua pakcik Dee tu sebab apabila wasiat itu dibacakan, ternyata semua harta merupakan milik Dee iaitu anak tunggal En Rosli. Bermulalah pula kisah Pak Long Dee yang cuba nak mengahwinkan Dee dengan anak saudaranya semata-mata untuk memastikan harta-harta tersebut menjadi milik mereka. Namun kehadiran Uncel Darius (he he) yang merupakan orang kanan arwah ayah Dee berjaya menyelamatkan keadaan apabila dia sendiri sanggup berkahwin dengan Dee.
Perkahwinan yang tidak diduga pada usianya yang begitu muda memberi satu tekanan yang hebat kepada Dee. Tambahan pula, dia berkahwin dengan seorang lelaki yang sebelum ini dia panggil sebagai Uncle. Perbezaan belasan tahun itu membuatkan Dee sangat tidak selesa dan selalu tersasul memanggil suami sendiri dengan panggilan Uncle. Mestilah Darius rasa tidak selesa apabila isteri sendiri asyik panggil dia Uncle ha ha bak kata Darius dalam novel ni...dia seolah-olah sedang memperkosa gadis di bawah umur ha ha. Tapi tak adalah tua sangat Darius ni, baru 33 tahun tetapi jika dibandingkan dengan Dee yang baru berumur 18 tahun memang jauh jugalah bezanya.
Konflik muncul apabila Darius menjadi begitu misteri kepada Dee. Darius mengatur segala kehidupan Dee termasuklah memaksa dia melanjutkan pelajaran. Di sinilah soal perasaan mereka mula diuji apabila Dee bertemu dengan peminat fanatik suaminya iaitu Julia.Darius pula diuji dengan kehadiran Dean dalam persekitaran kampus Dee. Yang menjadi tanda tanya kepada Dee ialah identiti suaminya. Dia langsung tidak mengetahui latar belakang suaminya. Hal ini semakin bertambah rumit apabila Darius semakin menjauhi dan bersikap dingin dengan Dee. Kemuncaknya apabila Dee terlalu mengikut perasaan mudanya sehingga dia hampir diperangkap oleh seorang lelaki bernama Zean di sebuah zouk.
Selepas peristiwa itu, Darius dan Rizal akhirnya mengambil langkah drastik untuk menghantar Dee ke luar negara dengan alasan honeymoon dengan Darius. Penerbangan yang berasingan dan serangan di Lapangan Terbang Amsterdeem benar-benar menimbulkan tanda tanya dalam diri Dee. Akhirnya Darius memberitahu kisah sebenar tentang misi mereka bersama arwah ayah Dee. Misi tersebut dinamakan Misi Delayla bersempena nama Dee sendiri dan sebab itulah selama ini dia menjadi buruan dan Darius bersama Rizal dan team mereka melindungi Dee. Di sini jugalah Dee mengetahui status sebenar ibu dan ayahnya iaitu Kapten Rosli dan Kapten Marcela. Mereka ini mengetuai misi menyelamatkan data keselamatan negara (lebih kurang macam tu lah) dan dalang di sebalik kejahatan ni pula adalah Pak Long Dee sendiri yang bersembunyi di sebalik imej ustaznya.
Dee atas permintaan Darius akhirnya melaksanakan misi terakhir itu. Dalam tempoh pelaksanaan misi terakhir itu, Dee terpisah dengan Darius yang telah hilang tanpa diketahui statusnya. Sudahnya Dee kembali ke Malaysia menanti kepulangan suaminya yang tidak diketahui sama ada amsih hidup atau tidak. Atas nasihat Rizal, Dee diminta untuk melanjutkan pelajaran ke Manchster (kalau tak salah) dan seperti yang korang boleh jangkakan...di sinilah dia bertemu semula dengan suaminya Darius (malas nak tulis panjang2 lagi ha ha)...HAPPY ENDING.
Cuma cerita ni tergantung tau. Dia tak bagitau pun siapa Darius tu. Ni cnfrm ada sambungan selepas ini. Ok...itu sahaja...banyak unsur suspen sebenarnya banyak juga peristiwa yang berlaku...jantung saya sempat jugalah berdegup-degup sebab suspen dalam cerita ini. 
Apa misi terakhiri Dee mengikut arahan Darius....kenapa semua itu mesti Dee yang mengakhirinya...korang bacalah ya he he. Dapatan cerita ini :-
1. JANGAN TAMAK HARTA DUNIA SEHINGGA SANGGUP MENGORBANKAN SAUDARA KANDUNG SENDIRI.
2. JANGAN DIIKUT RASA HATI YANG MELAMPAU TETAPI GUNAKAN AKAL FIKIRAN AGAR TINDAKAN KITA LEBIH RASIONAL
# Cerita ini agak daring khususnya di awal-awal perkahwinan Darius + Dee. Walaupun tidaklah terlalu 18 sx sangat tetapi pada saya penceritaan itu lbh kepada cerita dewasa.

                                                                              KOLEKSI BICARA NOVEL (17 NOV 2018 )

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...