Friday, 30 December 2022

NOVEL PANAHAN CINTA MR AGORAPHOBIA


Image result for novel panahan cinta mr agorafobia


Novel ini merupakan karya terbaru SURI RYANA sempena PBAKL 2018. Wow....he he...novelis ini tidak pernah menghampakan saya. Agak tebal juga buku ini namun berjaya dihabiskan dalam tempoh 8 jam. Apabila sampai di bahagian yang romantik memang seriau korang tau tak he he sebab kelebihan penulis kalau dalam soal-soal luahan perasaan memang power gila...sweet talker ha ha...kalau baca macam kita pula yang jadi tersipu-sipu ha ha...perasaan giler....menusuk jiwa kot feeling dia...sebab tu....kadang-kadang part yang ni laju-laju sikit....seriau ha ha

Masih berkisar tentang cerita kahwin paksa seperti yang dibawa dalam tema-tema novelnya sebelum ini namun yang berbeza adalah dari segi plotnya. Saya baca novel ni saya teringat drama Korea Hyde,Jackel and Me....lebih kurang tapi tak sama ha ha.

Gadis miskin bernama Thalia Asyara yang terpaksa berhadapan dengan kemelut tuntutan hutang oleh Abang Joe terpaksa bekerja part time untuk melunaskan hutang pembedahan ayahnya. Jika dia tidak mampu untuk melunaskan hutang itu maka dia dipaksa oleh Abang Joe untuk menjadi isteri nombor tiganya. Oleh sebab kerja kuatnya mencari duit maka pelajarannya terganggu. Hal ini menimbulkan kemarahan pensyarahnya Dr Aliff (ni bukan watak utama tau he he). Thalia bertambah risau apabila Dr Aliff mengugutnya untuk tidak membenarkan dia menjalani latihan praktikal di Al-Hayyan Group sedangkan impiannya adalah untuk berada di situ kerana itulah satu-satunya syarikat yang memberikan elaun tertinggi kepada pelatihnya.

Konflik bermula apabila dia hampir diperkosa oleh Abang Joe namun berjaya menyelamatkan diri dan masuk ke dalam kilang Al-Hayyan Group. Dari sinilah pertemuannya dengan Tuan Faleeq bermula. Dia telah dibawa ke rumah Tuan Faleeq selepas dia pengsan namun perselisihan faham berlaku apabila dia disangka sebagai pencuri di kilang itu. Gaduh-gaduh manja diorang ni cute....main curi-curi IC lah pula he he sehinggalah Abang Joe memfitnah Thalia semata-mata untuk membolehkannya memiliki gadis itu. Abang Joe menggunakan kepercayaan ayah Thalia yang sedang sakit untuk meracuninya. Thalia dipaksa untuk berkahwin dengan Abang Joe. Hal ini menyebabkan Thalia terpaksa meminta bantuan Tuan Faleeq untuk membuktikan dia tidak bersalah. Akhirnya hutang keluarga Thalia telah dilunaskan oleh Tuan Faleeq dan Abang Joe telah dibelasah sebagai pengajaran.

Hubungan mereka terhenti sehinggalah Thalia menyelamatkan Tuan Faleeq dalam kilangnya yang terbakar. Dari sinilah pula Tuan Faleeq menghidap Agoraphobia setelah terkena serangan panik. Di sinilah bermulanya proses penyembuhan Tuan Faleeq dan isunya yang menjadi safe person untuk dirinya adalah Thalia he he. Demi menyelamatkan maruah syarikat dna keluarga Tuan Faleeq maka dia dan Thalia dipaksa berkahwin(Part ni korang kena baca baru faham...maruah apa...dan kenapa).

Tak adalah konflik yang besar sangat selain konflik penerimaan suami isteri tu. Yang ada hanyalah Hanee dan Dr Aliff tapi tidaklah terlalu menyebalkan sebab tu novel ni pada saya jadi best...santai...rileks he he. Akhirnya hubungan mereka jadi baik dan saling menerima antara satu sama lain. Namun timbul lagi isu berkaitan dengan kematian arwah ibu Thalia ada kaitan dengan keluarga Tuan Faleeq...aduh....kacaulah pula he he tapi jangan risau....part ni sikit jer....selepas part ni...HAPPY ENDING...dapatan :-

1.    KEIKHLASAN DALAM PENGORBANAN
-    Kita boleh saja melakukan pengorbanan namun sejauhmana keikhlasan dalam melakukannya menjadi ukuran kepada kekuatan kita untuk menghadapi cabaran yang muncul selepas itu.

2.    KEMAAFAN UNTUK KEBAHAGIAAN
-  Nak terus menderita dengan sebuah dendam atau nak hulurkan kemaafan walaupun sakit tapi itulah penawar dalam mencapai ketenangan hidup.

# Penulis ni memang tidak menghampakan. Kejap lagi adalah kot drama dia ni he he. Ooh ya.....korang kena baca baru best. Boleh gelak-gelak....boleh seriau ha ha...ada juga suspens sikit-sikit....memang best

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...