Buku ini sebenarnya hanyalah mini novel hasil karya MIA KIFF. Ini karya pertama beliau yang saya baca walaupun ada sebuah lagi novel beliau yang telahpun diadaptasi ke drama iaitu Halalkan Hati Yang Kucuri. Dah lama sangat buku ni saya peram dalam rak sehingga kini saya masih belum membacanya kerana tebal he he. Disebabkan mini novel ni nipis sahaja maka ia menjadi pembuka tirai pembacaan saya untuk tahun 2019. Disebabkan hanya mini novel maka masa yang diperlukan untuk membacanyapun sekejap sahaja he he.
Cerita ni pun santai sahaja. Tidak ada konflik yang memberatkan minda anda. Jangan hairan jika hampir keseluruhan novel yang saya baca dalam kelompok ini sebab saya memang membaca untuk mengisi masa lapang dan mendapatkan hiburan. Oleh itu, saya tidak berapa gemar dengan cerita-cerita yang terlalu berat sehingga memaksa saya untuk sukar melupakan kesulitan dalam novel itu he he
Kisah tentang seorang gadi andartu(tapi tidak dinyatakan berapa umur sebenar, jadi tidak tahu tahap 'keandartuannya' he he). Khaleeda seorang penulis yang terlalu cerewet dalam soal pasangan Jika boleh dia mahu bakal suaminya ala-ala hero novel ciptaannya. Atas dasar status itu maka Leeda telah ditunangkan oleh ibunya dengan seorang lelaki yang tiba-tiba datang melamarnya. Dalam keadaan terpaksa, Leeda menerima juga tunangnya dan akhirnya apabila dia bertemu kali pertama dengan tunangnya itu, dia terus jatuh cinta.
Saya sebenarnya tak berapa berkenaan dengan kesengalan...saya anggap sengallah watak heroin yang terlalu terkedu apabila melihat ketampanan tunangnya buat kali pertama. Lebih menyedihkan, Leeda berjumpa dengan tunangnya dalam keadaan dia mengeliat dan menguap ketika baru bangun tidur. Bayangkanlah betapa buruknya penampilan Leeda pada waktu itu he he. Namun tindakan Leeda yang teruja selepas Khai tunangannya memaklumkan akan meneruskan pertunangan mereka walaupan selepas melihat tabiat buruk Leeda, sedikit mendatangkan rasa 'malu' dan sebal dalam diri saya he he...terasa sangatlah gedik bila dia kata...nak nak nak...
Konflik berlaku apabila Khai menguji tunangnya dengan pelbagai ujian termasuklah menaiki kereta buruk milik bapa kawan serumahnya, mengaku bekerja sebagai guard, memaksa memakan laksa pedas sehingga Leeda masuk hospital. Dan yang paling teruk Khai sanggup meminta kawan baiknya Paan untuk menguji kesetiaan Leeda dengan menguratnya secara terang-terangan. Namun pembohongan Khai ini terbongkar sebelum sempat dia memaklumkan sendiri kepada tunangnya menyebabkan Leeda mengambil tindakan membalas perbuatan Khai dengan meminta pertunangan mereka diputuskan.
Dalam usaha tidak mahu terikat dengan Khai, Leeda menyediakan plan ABC namun semuanya gagal kerana akhirnya dia tetap menjadi isteri Khai. Nak tau apa plan ABC Leeda...korang bacalah mini novel ini ya he he...ada juga watak langau penganggu iaitu Feeya ex GF Khai yang juga BFF adik Khai iaitu Atiya tetapi berjaya ditepis. Cuma yang jadi masalah selepas itu ialah permainan tarik tali...rajuk merajuk dan pujuk memujuk antara pasangan ini. Banyak juga kisah-kisah lucu antara mereka...rugi korang tak baca he hge...apa-apapun......cnfrmlah HAPPY ENDING... k dapatan :-
- PERLUKAH MENGUJI BAKAL PASANGAN KITA DENGAN PELBAGAI PERKARA YANG MENYAKITKAN. KATA SAYANG...KATA NAK SETIA SO TIDAK PERLU RASANYA MENYAKITI HATINYA DENGAN UJIAN YANG HANYA MENYUSAHKAN SATU PIHAK
- MAMPUKAH HIPOKRIT MENYEMBUNYIKAN SEMUA PERASAAN SEBENAR KITA ATAU KEIKHLASAAN MENGATASI SEGALA-GALANYA
#Saya suka part Leeda mula mengenakan Khai semula. Hilang segala perangai sengal dia yang terlalu teruja dengan tunangnya. Part-part ni saya suka sebab nampak maruah seorang wanita yang bergitu terjaga he he. Tak suka baca watak ppuan yang macam lupa dunia apabila nampak lelaki handsome ha ha.
#Cerita ni juga bukan kisah cinta dua darjat...bukan juga tentang anak orang kaya tetapi berpaksikan kehidupan masyarakat biasa...jadi lari sedikitlah daripada cerita klise Melayu
1/60 CABARAN MEMBACA 60 NOVEL SETAHUN
KOLEKSI BICARA NOVEL (5 JANUARI 2019)
No comments:
Post a Comment