Kdrama ini memang saya dah lama tunggu untuk menontonnya. Tapi disebabkan kekangan masa maka barulah saya dapat meluangkan masa untuk drama ini. Saya tertarik dengan drama ini kerana Male Lead(ML) adalah dalam kalangan actor Korea yang saya minati iaitu Jung Kyung Ho. Saya sangat suka dengan karakter beliau dalam drama yang berunsurkan dracom kerana keupayaannya membawa watak-watak sebegini. Turut membintangi drama ini adalah Seol In Ah dan N. Gandingan generasi muda yang tidak kurang hebatnya untuk drama genre komedi.
Pada saya, drama ini adalah dalam genre komedi sebab tidak nampak sangat unsur-unsur romance dalam drama ini. Ia lebih berfokus kepada kesungguhan seorang peguam yang mengkhusus dalam undang-undang buruh yang membela nasib golongan pekerja yang ditindas oleh majikan mereka khususnya dalam aspek keselamatan dan penyalahgunaan kuasa. Kisah mula cerita ini agak menyedihkan apabila Noh Mu Jin yang telah menggunakan kesemua duit persaraannya di sebuah firma guaman untuk melabur. Tapi malangnya sebelum mendapat pulangan pelaburannya, sahabat yang menjadi agen pelaburan tersebut telah meninggal dunia. Dia pula telah ditinggalkan oleh isterinya Mi Joo yang juga seorang peguam kerana marah dengan perangai suaminya yang tidak pernah mahu meminta pandangan daripadanya sebelum mengambil tindakan. Part ini sepatutnya sedih tau yeoreobun ha ha tapi disebabkan actornya adalah Jung Kyung Ho maka korang boleh bayangkanlah ekspresinya macamana he he. Orang menangis kesedihan sahabat meninggal tapi dia menangis teruk mengenangkan duit pelaburannya yang lenyap bersama kematian sahabatnya.
Atas saranan rakannya maka Mu Jin telah mengambil lesen untuk menjadi Peguam Buruh. Ini istilah yang mereka gunakan dalam drama ini. Kebijaksanaan dan kesungguhannya membuahkan hasil apabila dia berjaya mendapatkan lesen tersebut dan dia akhirnya membuka sebuah opis kecil dan dibantu oleh adik iparnya Na Hee Joo. Hee Joo pula meminta bantuan rakan pempengaruhnya iaitu Go Gyeon U untuk melancarkan perniagaan mereka kerana tidak mendapat sambutan. Pelbagai usaha mereka lakukan untuk menarik lebih ramai pelanggan kerana sumber kewangan yang terdesak sehinggakan bayaran sewa opis juga tertunggak.
Akhirnya satu kemalangan yang hampir meragut
nyawa Mu Jin di sebuah kilang. Namun berlaku peristiwa ajaib apabila dia telah diselamatkan
oleh seorang dewa (kita panggil dewalah sebab ni bkn manusia biasa ha ha)
dengan syarat, Mu Jin kena membantu roh-roh pekerja yang tidak tenang akibat penindasan
majikan yang membawa kepada kematian mereka. Akhirnya Mu Jin dalam keadaan
berat hati terpaksa memenuhi syarat tersebut kerana impaknya bukan
kaleng-kaleng. Ekoran peristiwa itu, dia akhirnya boleh melihat roh-roh
tersebut dan peringkat awalnya memang sangat menakutkan untuk Mu Jin.
Klien pertamanya adalah Lee Min Uk kalau saya tidak salah eja namanya. Pemuda yang sepatutnya menjalani latihan praktikal di sebuah kilang tempat Mu Jin hampir ditimpa besi itu telah terbunuh digilis mesin akibat kecuaian pihak pengurusan kilang yang tidak mementingkan aspek keselamatan. Yang lebih menyedihkan Min Uk sepatutnya boleh diselamatkan tetapi pengurus kilang telah mengambil keputusan kejam untuk membiarkannya dan menyembunyikan pekara tersebut. Di sinilah perjuangan Mu Jin dan teamnya membantu membela Nasib Min Uk dan akhirnya membuatkan rohnya tenang dan juga membantu mententeramkan ibunya yang begitu sedih dengan kehilangan anaknya.
Klien kedua pula adalah seorang jururawat junior yang menerima pembulian daripada doctor dan staff senior menyebabkan akhirnya dia membunuh diri. Mu Jin dan team telah membantu jururawat ini mendedahkan kebenaran dan pastinya melalui pelbagai halangan. Klien seterusnya adalah kawan sekerja ibunya sendiri yang telah meninggal akibat tekanan kerja daripada pengurus mereka. Dalam kes ini, para pekerja pembersihan di Universiti Hankuk yang terdiri daripada golongan lanjut usia telah diminta untuk menjawab soalan yang ntah apa-apa untuk usia dan tahap pendidikan mereka. Ini korang kena tengok. Gabungan usaha padu antara ibu dan anak iaitu Mu Jin dan ibunya memantapkan usaha mereka meraih kejayaan selepas melalui halangan yang mencabar. Part pendedahan ujian ini secara langsung yang dibuat oleh Gyeon U dan Hee Joo memang best.
Seterusnya, mereka berhadapan dengan klien yang agak ramai iaitu mangsa korban kebakaran di sebuah kilang yang dimanipulasi oleh sebuah syarikat besar. Ni memang klimaks cerita maka kisah yang ini lebih menarik dan mencabar lagi. Apatah lagi digabungkan dengan unsur-unsur luar biasa yang pasti menghiburkan.
Akhirnya cerita ini melabuhkan tirai dengan HAPPY ENDING apabila Mu Jin akhirnya kembali bersama isterinya Mi Joo dan Hee Joo + Gyeon U pun menjadi juga ha ha. Korang kena tengok sendiri baru dapat feel. Hanya 10 episod maka saya boleh habiskan dari pagi sehingga ke petang Sahaja he he. Tapi bagi mereka yang suka genre aksi ini bukanlah drama anda.
Sisipan teladan : Tidak semua perkara mampu kita selesaikan. Kita perlukan sokongan orang-orang terdekat untuk bersama-sama kita. Saya tertarik dengan salah satu dialog dalam drama ini yang berbunyi, “Sesuatu itu perlu kamu hadapi agar kamu mampu untuk melewatinya”.
Yeoreobun….ada unsur plot twist juga dalam ni. Betul saya tidak sangka plot twistnya iaitu berkaitan dengan abang Mu Jin. Nak tahu..korang tengoklah ya.
CURHAT KDRAMA : 21 SEPT
2025
Penghujung cuti penggal
No comments:
Post a Comment