Friday, 30 December 2022

NOVEL ZER & FIYA



 Image result for novel zer & fiya
Ini novel pertama penulis Sha Ibrahim yang saya baca dan terus menjadikan beliau antara penulis kegemaran saya. Saya suka sangat membaca karya beliau kerana cara penulisannya yang memang santai....bahasa yang mudah.....plot yang gila-gila pada saya he he...tetapi itulah tarikan kuat karya beliau di mata saya......Sha Ibrahim menulis karya ala-ala remaja punya bahasa menyebabkan saya adakalanya terburai ketawa kerana bahasa tersebut.... dan novel ini juga antara novel terawal yang saya miliki sejak mula berjinak-jinak dengan dunia novel bermula hujung tahun lepas.....

Jujur....saya membaca buku ini non stop....pukul tiga pagi saya masih lagi terkekek-kekek ketawa sampai En. Suami tegur dan saya terpaksa turun ke ruang tamu di tingkat bawah meneruskan pembacaan he he....waktu tu saya rasa seronok sangat sebab dah lama tidak membaca novel....jumpa pula novel ni memang mengena betullah di jiwa saya.....unsur humor yang bersahaja disampaikan oleh penulis melalui dialog-dialog watak turut membangkitkan semangat pembacaan saya...dapatan dalam novel ini :-
1.    KEIKHLASAN DAN KETELUSAN HATI MERUPAKAN CERMINAN KEJUJURAN DALAM HIDUP
-       Orang yang betul-betu jujur akan ikhlas dalam setiap perbuatannya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Malah dia juga tidak akan mengharapkan setiap perbuatan yang dilakukannya akan mendapat penghargaan apatah lagi pujian daripada orang lain. Pekara ini bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana sudah menjadi kelaziman untuk manusia biasa seperti kita untuk mengharapkan sedikit penghargaan daripada apa yang kita lakukan. Aafiya menolong anak-anak yatim piatu tanpa mengharapkan sebarang pujian. Dia ikhlas menolong anak-anak yatim tersebut walaupun dia langsung tidak mengenali arwah ibu bapa mereka.

2.    JANGAN MENILAI ORANG DARIPADA LUARAN SAHAJA MUNGKIN TERDAPAT PELBAGAI KEBAIKANNYA DARI SUDUT YANG BERLAINAN.
-       Mungkin agak kasar dan biadap atas pemerhatian kita tetapi mungkin dari sudut yang berbeza pasti ada nilai kebaikan yang ada dalam diri seseorang yang kita anggap kurang beradab. Oleh itu, nasihat juga pada diri sendiri agar sentiasa seimbang dalam menilai orang lain. Elakkan penilaian negatif terus tapi utamakan atau selitkn penilaian positif. Aafiya yang agak kasar memang Nampak kurang beradab tetapi hanya Qaizer yang tahu betapa mulianya hati wanita tersebut.

3.    ATURAN ALLAH TERLALU INDAH. YANG PENTING KITA HANYA PERLU          MEMINTA DAN MEMOHON KEPADA-NYA.
-       Ini termasuklah aturan jodoh kita. Jika kita inginkan sesuatu maka berdoalah...minta kepadaNya...adakalanya sesuatu yang kita harapkan tidak seperti yang kita dapat...dan sesuatu yang kita dapat tidak semestinya seperti yang kita harapkan...samalah seperti Aafiya dan Qaizer....merancang tapi tidak semudah yang dirancang...

SINOPSIS

Cerita ini berkisar tentang seorang gadis cantik manis bernama Aafiya yang berperwatakan agak kasar. Saya sendiri tertanya-tanya apa yang menyebabkan c Fiya ni agak kasar...mgkn disebabkan dia hanyalah satu-satunya perempuan dalam adik beradiknya ataupun sebab dia memang kaki panas baran...sebab dia ni memang digambarkan sebagai perempuan yang kasar...mulut laser....dan jangan terkejut pula dia ni juga merupakan ahli kickboxing tau....he he.....

Fiya berasa sangat tertekan apabila ayahnya terlalu mendesak dia untuk berkahwin. Ayahnya risau melihatkan nasib anak perempuan tunggalnya yang agak berbeza dengan wanita lain. Oleh itu, ayahnya telah mengaturkan beberapa calon untuk dijadikan suami Fiya namun semuanya tidak tahan dengan perangai kasar dan semengah Aafiya. Namun akhirnya impian ayah Aafiya hampir tercapai apabila Qaizer dengan bersungguh-sungguh ingin memperisterikan Aafiya walaupun dia sedia maklum perangai anak perempuan Tan Sri Omar.

Maka bermulalah kisah Qaizer nak mengurat Aafiya yang garang...yang ni banyak part-part yang melucukan pada saya sebab dialog-dialog yang digunakan oleh kedua-dua mereka sangat bersahaja dan memang nakal...gelagat Qaizer yang tak makan saman dan sentiasa berjaya mengalahkan c mulut laser Aafiya menyebabkan Aafiya mula membuka hatinya untuk seorang Qaizer...namun tidak seindah seperti yang disangka sebab kehadiran Humaira adik susuan Qaizer yang menyimpan perasaan terhadap abang susuannya menjadikan hubungan mereka berantakan...

Pada saat mereka hampir melangsungkan perkahwinan, tercetus satu pergaduhan di rumah Qaizer akibat fitnah Humaira terhadap adik-adik angkat Aafiya menyebabkan Aafiya yang memang panas baran mengeluarkan kata-kata kasar terhadap ibu Qaizer yang menyebelahi Humaira...hal ini menyebabkan Qaizer hilang pertimbangan dan menampar Aafiya...kejadian ini meninggalkan kesan dalam perhubungan mereka. Aafiya cuba meminta maaf namun tidak diendahkan oleh Qaizer dan apabila marah Qaizer dah surut...Aafiya pula tawar hati dengan perhubungan mereka..maka berlakulah tarik tali yang hanya menyakitkan mereka berdua...kesudahannya Qaizer mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Aafiya buat sementara waktu dengan pergi ke Dubai...pemergian Qaizer ini menyebabkan Aafiya bertambah marah dan kecewa dengan Qaizer....

Selepas tiga bulan, Qaizer kembali semula dan bertemu dengan Aafiya yang semakin cantik pada pandangan matanya kerana Aafiya sudah mula bertudung...dan tambah mengejutkannya apabila hubungan keluarganya termasuk Humaira dengan Aafiya baik seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Qaizer telah mengambil keputusan untuk meminang Aafiya sekali lagi dan Aafiya bersetuju dengan syarat semua urusan perkahwinan diuruskan oleh Qaizer seorang.

Part yang ini memang kelakar....apabila Qaizer timbul rasa seram sejuk terhadap bakal isteri sendiri kerana Aafiya seperti ada agenda tersembunyi terhadapnya...berbeza dengan perempuan lain yang dua minggu sebelum kahwin akan mengunjungi spa atau butik kecantikan...tetapi Aafiya setiap hari datang ke gym berlatih kickboxing dengan jurulatihnya...tindakan Aafiya ini menimbulkan tanda tanya Qaizer...dan akhirnya terjawab apabila pada malam pertama perkahwinan mereka.....Aafiya telah membawa suaminya sendiri untuk berlawan kickboxing dengannya ha ha....yang ini memang kelakar giler....Aafiya ni memang berani tahap gaban punyalah...dia bukannya tidak tahu yang suaminya tu dulu merupakan champion dalam kickboxing tetapi dia nak juga bertarung kerana ingin melepaskan segala rasa geramnya terhadap tindakan Qaizer yang telah meninggalkannya selama 3 bulan....hasil pertarungan...Qaizer bengkak di betis terkena tendangan padu isterinya namun sebagai balasannya dia akhinrya dapat kasih sayang penuh daripada isterinya.....memang diorang ni pasangan luar alam betulkan he he....

Diorang ni sebenarnya ada kisah silam yang menyebabkan Qaizer begitu bersungguh-sungguh untuk mendapatkan Aafiya....bermula dari situlah Qaizer mula jatuh hati dengan ketelusan hati Aafiya....apa yang berlaku....bacalah ZER & FIYA...saya tinggalkan sedikit saspen untuk anda ya....he he

No comments:

Post a Comment

LUQ

Fuiyooo...lama kutinggalkan aktiviti membaca buku ni. Last rancak membaca buku ni rasanya musim sebelum pandemik melanda negara lagi. Oleh s...